lamanya tak menulis berbicara di blog picisan hamba.
nak kata sibuk tak juga, tapi jiwa menulis tu tak ada...
yang ada, mood makan2 raya sahaja.
hehehee...
harap masih tak terlewat kiranya jika saya baru nak ucap SELAMAT HARI RAYA.
AMPUN MAAF dipinta.
susun 10 jari memohon keampunan atas terlanjur kata, terguris bahasa atau lantang bersuara...
maaf juga andai ada perkongsian buat hati terluka.
saya sayang pembaca blog saya.
senyum.
tahun ini raya paling sederhana,
tidak lagi teruja membuat persiapan raya.
dibelenggu rasa sedih tinggalkan bulan puasa.
tapi bila balik kampung, seronok pula!
hilang sedihnya bila ziarah kaum kerabat juga sahabat taulan yg dah lama tak jumpa.
ditambah pula dgn juadah2 raya yg terhidang depan mata.
ngap saja kerjanya! senyum lagi.
dalam seronok berhari raya...
harapnya TARBIYAH RAMADHAN tidak pergi begitu sahaja.
jadi titik momentum IMAN utk bertemu RAMADHAN akan datang harapnya.
tahun ni raya di kampung mertua.
tak kisahlah di kampung sendiri atau mertua, sama sahaja...
dua2 keluarga saya.
pagi raya...
seawal Subuh dah jaga...
hari kebesaran hadiah Allah dimulakan dgn mandi sunat hari raya.
dan pagi tu kami nak solat di masjid jauh sikit dari kampung suami saya.
saya nak sangat solat di Masjid Rusila, masjid Tuan Haji Hadi.
Alhamdulillah, tercapai impian saya. :)
semua menangis bila mendengar khutbah rayanya...
apatah lagi bila yg menyampaikannya juga bersebak hiba.
kelam lagi anak tekak bila solat sunat Aidilfitri bersamanya.
Ayah Chik entah berapa kali terhenti bacaannya kerana sebak di dada.
saya? tinggal tak lap hingus di telekung sembahyang ja...
pesan Ayah Chik...
Marilah kita melangkah meninggalkan Ramadhan dgn taqwa yg lebih tinggi.
coretan riang ria raya bersambung di lain siaran ya...
saje taknak rosakkan puisi Aidilfitri saya. :p
assalamualaikum kak ina. selamat hari raya. sheila minta maaf sekiranya ada komen2 sheila yg terguris hati kak ina...
ReplyDeleteselamat hari raya =)
ReplyDelete