Monday, August 26, 2013

Masih pulang ke 'daerah' sama...

kenapa yer...
masih berpaling dan kembali ke 'daerah' lama setelah Allah bukakan jalannya...
telah berkali mencuba... tapi tetap pulang ke daerah sama!
kenapa susahnya saya nak istiqamah?!!!
kecewa dgn diri sendiri...

contoh merujuk kepada situasi ini:
dari bertudung biasa... ke bertudung labuh elok tutup dada. 
baju dilonggar dan dilabuhkan, sorok susuk tubuh.
mula sedar dan faham stokin itu bukan fesyen org berubah jadi baik ataupon pakaian ustazah, 
tapi kewajipan utk menutup aurat kaki.

tapi ini tak bertahan lama... 
rasa tudung labuh tak trendy... 
baju longgar gelobos buat diri nampak gemuk. 
stokin? ala... aurat kaki jerpon, kalo dosa... kecil jer kot?

sahabat...
aurat kita wanita tak terlindung dgn tudung singkat tayang dada...
baju ketat tunjuk susuk tubuh dan lemak.
stokin pakai bila suka... tak pakai bila lupa letak stokin kat mana.

dan tak lengkap konsep tutup aurat kalau berstokin tapi baju ketat tudung singkat. 
atau tudung labuh tapi tak tutup aurat kaki, lengan baju tersenteng sampai nampak lengan.

bagaimana nak istiqamah atau realisasikan fahaman menutup aurat yg sebenarnya?
yg belum mula... mulakan! 
jgn kata tak mampu kalau tak cuba dahulu. 
tak susah mana pun... sungguh ni ai tak tipu! 

dah mula... cemana nak istiqamah?
buangkan sikit kegilaan pada fesyen.
eh wanitakan sukakan kecantikan?! mana boleh buang rasa nak berfesyen?
hei hei hei wale wale heiii... siapa kata tutup aurat tak boleh nak cantik? tak boleh berfesyen?
eh cantik juga ape!
dan cerdikkan fikiran bagaiman berfesyen dalam Islam.
jangan sempitkan fikiran tutup aurat yg sebenarnya perlu berjubah mahu bertudung bulat macam ustazah di sekolah PASTI...
pakailah apa mahumu yg penting baju tu longgar... labuh... tak tayang dada dan susuk tubuh. 
pakai stokin pon cantik ape, boleh tutup kuku cagu! huhuuu... :)


eh... bosan la cik kaki... asyik tulis topik sama berkali kali...
pasal aurat tak habis2 lagi...
eh, kenapa harus jemu?!
syukur andai kata ada satu hati terbuka setiap kali pesanan diulang tayang...
yg pasti, ini cara tarbiyahkan diri sendiri.
berpesan pesan... 
dah pesan takkan tak praktikkan pada diri sendiri.
kalau tak, itu namanya cakap tak serupa bikin! ;)


ayuh!!! persiapkan diri ketemu ILAHI.


# maaf andai ada email dan persoalan tak dijawab secara khusus... soalan sama dan jawapannya juga sama. terkadang saya punya kekangan masa. maaf juta2...



9 comments:

  1. :-(
    saya terasa dengan entry ni,
    sebab saya kadang2 begitu juga.
    selalu tersasar. selalu kembali ke daerah yang sama.
    hari2 berdoa tapi hati masih goyang. jiwa masih di awang awang.
    :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. maafkan saya...
      ini peringatan utk saya juga.
      sama2 kita doa minta Allah tetapkan hati2 kita.

      Delete
  2. Salam...

    saya terbaca satu quote yg menyentuh hati..

    "istiqamah boleh dicapai jika kita betul2 bercinta dengan TUHAN kita"...

    ReplyDelete
  3. allahuakbar. allah maha besar dan mengetahui setiapa ada apa dalam hati.

    mari sama2 teruskan perjuangan menuju ke akhirat.

    terima kasih atas entry ini sahabat :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ina sayanggg. alhamdullilah kak. sheila cuba untuk terus berubah ke arah kebaikan. insyallah. doakan sheila selalu. sayanggggg kak ina :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sheila...
      saaayang sheila jugak!
      akak doakan yg terbaik utk sheila. :)

      Delete
  5. Ni yang suka masuk blog inaachik. Tiap kali masuk je mesti ada reminder. Insyallah... Shu sentiasa cuba untuk berubah mengikut syariat yg telah ditetapkan.

    ReplyDelete