Kau minta mahu masuk universiti… Allah bagi…
kau mahu graduate dan mahu kerja bagus… pun Allah bagi…
kau mahu punya suami sayang kau sepenuh jiwa… dgn izin Allah, kamu miliki…
kau mahu rumah… ya Allah beri lagi…
banyak urusan dunia kau Allah mudahi…
Kau di kelilingi orang2 yg menyayangi dan disayangi…
apa lagi kau mahu dan minta diberi?!
mahu mengeluh hiba utk satu dua hal yg Allah duga dan uji?!
hey hey heyyyyyy…
hidup kalau tak mahu diduga dan indah semuanya itu ada di SYURGA!!!
jadi… usahakanlah di dunia selagi ada sisa masa…
ya... ya ya....
aku tahu kau dan aku manusia biasa...
terkadang rasa mahu menangis bila teruji.
ah, dasar perempuan hati kristal dan banyak air mata.
ah, baik menangis dari sesak jiwa tahan sebak di dada.
Menangislah jika itu redakan sakit di hatimu... derita di jiwamu...
tapi jangan menangisi episod hidup yg telah Allah atur dan tentukan untukmu...
kerna MENANGIS DAN MENANGISI itu jauh bezanya...
"Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir."
[ "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."]
assalamualaikum kak ina. syukur alhamdullilah dengan segala yang dikurniakanNya. insyallah akan terus beristiqomah ♥
ReplyDeletewaalaikumussalam...
ReplyDeletesemoga Allah bagi kita kekuatan utk terus istiqamah...
"Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir."
ReplyDeletedoa hari2 dalam usaha TTC ku
amin ya Allah..
ReplyDeletenice entry..moga menjadi panduan buat kite semua..amin
ReplyDeleteinsap!
ReplyDeleteYe memang la kita ni manusia, banyak yang kita nak kan, nak itu, ini... Harapnya, bila Allah bagi tu, kita tak lupa beribadahpada dia, dan tinggalkan apa yang Allah tak suka kan..
ReplyDelete