Friday, April 26, 2013

Kembara Umrah March2013 [Part 2] : KLIA - Muscat - Jeddah - Madinah

Assalamualaikum kesayangan...

Tanpa perlu berbahasa basi, saya teruskan catatan kembara umrah ini. 

saya mengambil pakej 15H13M (13-27/Mar/2013) penerbangan Oman melalui Andalusia Travel & Tours. sebelum keberangkatan ni memang cuak sangat sebab masa ni timbul isu banyak VISA tak lepas dan ada kes jemaah umrah terkandas di airport. lepas tu boss yg baru balik dari umrah cakap, sana tengah pack sangat. kalau boleh tangguh, tangguh la dulu. lepas bincang ngan suami, suami kata dah tak mampu nak tangguh lagi dah. jiwa memang dah terbang ke sana. masa tu doa tak henti2 minta Allah permudahkan segala urusan dan Allah menerima kedatangan kami.

ikut jadual 13Mar bertolak. flight pukul 8 pagi. seminggu sebelum masih tak dapat apa2 berita dari pihak Andalusia. bayangkan betapa susahnya hati ni. akhirnya penantian berakhir pada hari Jumaat, 4 hari sebelum berangkat. baru dapat pengesahan yang VISA dah lulus. Alhamdulillah... happy giler masa ni. 

hari ganti hari... kerjanya menghitung hari. antara teruja dan berdebar silih berganti. teruja nak ke sana... dalam masa sama, risau adakah Allah sudi menerima hamba hina ini sebagai tetamuNYA... buku panduan Umrah diheret ke sana ke mari. (heret jer tak guna kalau tak dibaca. gulp~~~~)

13.03.13, Rabu...
masa yang dinanti tiba. debaran semakin memuncak. memandangkan pukul 5 - 5:30 pagi lagi kami diarahkan berkumpul di KLIA, jadi pukul 4 pagi dah kena bertolak dari rumah. bangun pagi, dimulakan dengan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat dan solat sunat musafir. minta Allah permudahkan perjalanan kami dan jadikan umrah kami ini umrah maqbullah.

keberangkatan kami ke KLIA ditemani oleh mak dan abang ngah saya. lepas taklimat n letak beg semua, kami menunaikan solat Subuh di surau. kemudian sempat lagi breakfast kat OldTown White Coffee. oh lupa nak bagitahu, mutawwif kami gerak bersama kami dari KLIA. ini lebih memudahkan la...

suami dan abang ngah saya.

 masa ni oke lagi... happy2, gelak2 jer. lepas tu mula la scene air mata bila pelok cium minta maaf, mintak halal susu, makan minum semua ngan mak kite. dia mak... dia ayah. 
mak kite sedih... kite lagi sedih. :(

 teruja! subuh yang paling indah dalam hidup saya...


kembara bermula... flying without wings...

Oman Air di langit biru.

 laila masih dengan majnunnya... tiada terpisah seat nya. :)

1st meal - breakfast di langit biru

 2nd meal - lepas breakfast, minum pagi kan? apa2 ajerlah... orang bagi makan, kita makan. :)


perjalanan dari KLIA - Muscat, Oman ni ambil masa dalam 7 jam ++ gitu. jadi, manfaatkanlah perjalanan ini dengan xtvt yang bermanfaat. dengar Quran, baca Quran, banyakkan zikir... hafal beberapa doa yang susah nak lekat kat minda tak genius ni. banyak makan megi sangat! tapi biasa la... selagi tak last minit, selagi tu 'giant' dlm diri ni tak keluar. hehehee...

kami sampai di Muscat International Airport dalam pukul 11 pagi waktu tempatan. beza dalam 4 jam gitulah dari Malaysia. cuaca macam panas, tapi sejuk. cemana tu?! matahari terpacak, tapi suhu dalam 24-25 darjah gitulah... 


kami transit di sini kurang lebih 5 jam. puas tawaf satu airport tu kot. nak shopping tak dapek, sebab 1 Omani Riyal = RM 8! lap peluh dalam aircond jap! kihkihkihhhhh... nak makan pun berkira-kira. lepas la duk convert setiap harga meal tu ke ringgit malaysia. sudahnya, ambik keputusan 'pejam mata'. makan jerla... bila lagi nak cuba masakan diorang kan. lagi pun, perut memang mintak diisi dah pun. 

 ni around RM 30+- gitu lah harga meal ni. rasa nak kunyah ngan pinggan2 nya sekali.
nasib baik sedap. betul, memang sedap!!! nak bukti sedap?


v

v

see! tak toleh kiri kanan. takpe, makan bang... :)

window shopping jer la... tgk fridge magnet 2 Omani Riyal. oke, yang ni boleh congak. = RM16! 
gulpppp~~~ telan air liur banyak2 kali.

ni ntah port lepak yg ke berapa ntah...

kami solat qasar zuhur dan jamak qasar asar kat airport ni. surau dan toilet bersih amat. :)


kembara diteruskan...
Muscat, Oman ke Jeddah mengambil masa dalam 4 jam. sampai Jeddah airport dalam pukul 7 mlm gitu tapi nak tunggu semua jemaah kami lepaskan imigresen tu pepaham jerla... sempatlah solat maghrib dan Isya' di sini dulu. lepastu baru bertolak ke Madinah dengan bas yang mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Jeddah Airport.

Alhamdulillah, perjalanan 6 jam tu rasa macam sekejap jer. sempatlah berhenti makan nasi bungkus yang telah disediakan oleh pihak Andalusia. lepastu sambung tidur. dalam sesedap tidur tu, Mutawwif kami, Ustaz Nazrin buat pengumuman kata kita dah nak sampai Madinah. jantung terus dup dup dupppp... waktu tu dah nak masuk waktu Subuh. masuk hotel, tunggu Ustaz panggil untuk bagi kunci bilik, naik ke bilik, letak beg, siap2 untuk Solat Subuh di Masjid Nabawi. Masjid Nabawi??? 

kaki di langkah... laju. ingin segera sampai ke situ.
 ya Allah... bagai mimpi! tears on pipi gebu...
***cerita berhenti di sini***



**********************************
SINOPSIS PERJALANAN:
**********************************


KLIA, KL --> Muscat, Oman = 7jam ++
transit 5 jam
Muscat, Oman --> Jeddah = 4 jam
Jeddah --> Madinah = 6 jam

my very long journey. perjalanan yang mengambil lebih dari 24 jam. bila rasa penat, terus kenangkan penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah yang mengambil masa lebih kurang 2 minggu dengan pelbagai dugaan dan cabaran. baginda dan sahabat jalan kaki jer... kamu jauh jauh jauh beruntung azlina... terus rasa bersemangat dan kisah penghijrahan Rasulullah inspired me a lot! 



# tips 1: untuk long journey macam ni, pastikan anda berpakaian selesa dan mesra solat serta wajah mesra wudhu'. :)



 Entry sebelum:




15 comments:

  1. Sambungan yg di tunggu2....bergenang mata ni ina oiiii....Allahuakbar...

    ReplyDelete
  2. ooh rasa nak scroll bawah bawah lagi..betapa tak sabar nak tunggu kesinambungannya..
    perjalanan jauh yang menarik..bila la dapat rasa ni dik..

    seronoknyer..tibe2 muka ko mcm baby face..hahaha..tak nak tulis tapi tertulis..
    baju jgn retass eh ;p

    ReplyDelete
  3. dup dap dup dap baca kembara ina..
    cepat teruskan!

    ReplyDelete
  4. kak Ina..tears on my pipi gebu!Sebak! Taktahu kenapa....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ina, selama ni kty silent reader je, tapi masa ina kt madinah, masa kty last day kt sana, kty ada terserempak ngn ina dn hubby, tp takut nk tegur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kty. ala kty, nape x tegur. indahnya jika dpt melebarkan saya ukhwah di tanah barakah.

      Delete
    2. masa tu kty ngn mak,makcik adik kty baru balik dari ziarah wida makan rasullullah s.a.w, ina ngn acik lak masa tu otw hala ke sana ..betul2 dpn kty selisih..kty lak dalam hati..eh..eh..mcm ku kenal je ..tp terus berlalu..huhuhuhuhu..

      Delete
  6. cepat2 la sambung kak ina...jarang org kongsi travel menunaikan umrah...biase travel jalan2 je

    ReplyDelete
  7. ya Allah...seronoknyer baca...nk sgt pegi sana...meronta hati ni nk pergi sana..doakn saya dimurahkn rezki mngerjakn umrah n haji... hukhuk

    ReplyDelete
  8. Ina...
    sebak dok baca... entah bila la dapat menjadi tetamu Allah
    Seronok baca entry Ina ni...
    Sila sambung secepat mungkin.

    ReplyDelete
  9. sebak sangat baca entry nie..harap satu hari nanti kita dijemput menjadi tetamu-NYA

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak ina. subhanallah. sebak baca entri ni. satu titik permulaan bagi ummah yang menjadi tetamu Allah. bestnya.... manisnya suami isteri ni :)

    ReplyDelete
  11. ALLAH...bertuahnya...nanges lagiiii!! iloveu~

    ReplyDelete