Thursday, February 23, 2012

Sejauh mana KEWAJIPAN berSTOKIN bagi wanita?



Situasi 1:
Di rumah sendiri dalam acara makan2 secara berjemaah bersama kaum kerabat tercinta.
Dijemput adik beradik ipar duai mak sedara pak sedara & sepupu sepapat... ibu tercinta tak lupa :)

sepupu (gegel) : "u memang suka pakai stokin dalam rumah erk? sejuk ker?"

monolog hati: nak jawab yg betul ker... nak bagi jawapan selamat nak jaga hati? oh, berkata yg benar itu adalah lebih baik!

saya : "kan ada adik ipar i... abang ipar i... mereka tu kan bukan mahram i. so, i wajib tutup kaki."



Situasi 2:


Bersuka ria bersama keluarga di pantai... orang main ombak, takkan nak tengok jer?! itu giler oke! harus berlarian kejar ombak bersama!!! ohhhhh nikmat berganda di situ...

tapi ada mata yang memandang kepelikan...
"gilo apo pompuan ni berkejaran di pantai dengan lengkap berstokin bagai!"

aku tak kisah stokin basah... modal 5 hengget cuma! 


Situasi 3:
Bila balik kampung, ada ipar duai yang lelaki... so, masa ni kompius... kena pakai stokin all the time ker? sedangkan kita kena masak... kluar masuk jamban...

___________________________________________________________


2 situasi di atas dialami oleh penulis (ayat skema).
jadi, mari kita sama2 kupas dan carik pendapat yang arif dari wak bijak cerdik sesuki hati sendiri...

Ustaz Azhar kata tak wajib pakai stokin tapi wajib tutup kaki!
mung nok pakai stokin ker... mung nok pakai kasut phua chu kang ker... terpulang, janji tutup kaki! heeeee~~~


Dalil yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


Tapi,
Pendapat daripada yusuf Qardhawi (Fatwa ke-19).. aurat pada bahagian kaki dan pergelangan tangan merupakan sesuatu yang ada rukhsoh atau keringanan (ref : ad-Durul Mantsur oleh as-Suyuthi).  stokin kaki/ stokin tangan bukanlah menjadi kewajipan sekiranya kita berada dalam rumah yang 'ghalid' bagi kita menguruskan rumah tersebut. cthnya keperluan mengurus dapur, memasak, mencuci pinggan mangkuk, juga keluar masuk bilik air untuk mandikan anak/ basuh berak kencing anak, dan apa sahaja tugasan harian kita di rumah, maka dibolehkan kita menampakkan kaki dan kadar segenggam pada pergelangan tangan. (fatwa yusuf Qardhawi)..  bahkan pada zaman Rasulullah pernah sahabat menegur wanita yang berniaga di pasar kerana ternampak bahagian lengannya ketika menguli tepung, tetapi Rasulullah membenarkannya kerana keperluannya menyinsing sedikit bahgian lengan untuk perkerjaannya. (al-Majmu', 3: 167-168) dan dalam website ustaz zaharuddin.net juga ada menyebutkan tentang dibolehkan menampakkan pergelangan tangan/kaki pada sesetengah keadaan yang aman daripada fitnah.

Jadi, tak perlu berstokin kalau ke laman rumah sendiri atau ketika sekali-sekala pulang ke kampung ibubapa yang turut disertai ipar-duai (cth: bermalam di kampung) pada musim cuti sekolah dan lain-lain.

WALLAHU'ALAM...


 BERSTOKIN ITU TIDAK WAJIB... TUTUP KAKI YANG WAJIB sebenarnya...



#Jangan memudahkan cara untuk menghalalkan cara. buat sehabis mampu...
jika tak mampu, akui itu kelemahan iman kita...
dan semoga Allah mengampuni dosa2 kita...

Boleh utarakan pendapat atau info untuk perkongsian bersama...
semoga ada pencerahan buat aku yang masih bertatih ini...


23 comments:

  1. thank 4 sharing..zetty pun xtau pasall ni..ehehehehe

    ReplyDelete
  2. kita pn x tutup aurat penuh lg.
    baju pun lengan 3/4.
    kaki?? lagi laaa...

    insyaallah, semoga ada perubahan.

    ReplyDelete
  3. info yg sgt berguna..thx for sharing kak ina..n sy mintak izin nk share ye post ka ina ni, boleh?

    ReplyDelete
  4. semoga suatu hari nanti...sinar ini hadir dalam diri aku jugak....

    ReplyDelete
  5. akak pun banyak kena perbaiki diri.. kebetulan pulak harini pakai setokin. sebelum ni tak pakai. walhal husband banyak kali tegur. huhu.. kena kuatkan iman. thanks atas peringatan ina. :)

    ReplyDelete
  6. sgt sukeee dgr ceramah ustak ohsem nih...(walaupon dgr dlm u-tube aje) :)

    ReplyDelete
  7. Tq awak..baru kita tahu hukumnya bagaimana..

    ReplyDelete
  8. saya suka!

    kita wajib tutup kaki... sebagaimana wajibnya tutup aurat rambut... pakai tudung tak wajib... yang wajib tutup aurat.

    ramai yang tak tahu bab wajibnya berstokin... bila dah banyak pegi kelas agama... kuliah... baru tahu dan rasa menyesalnya mendedahkan aurat di khalayak ramai. Hinanya...

    ReplyDelete
  9. ina sentiasa belajar pakai stokin dari subuh sampai isyak ataupun sampai tertidur esok pagi mulai harini tidak kira rumah ada orang atau tidak, kasut jenis tutup semua pun kena beli khas pakai dalam rumah sahaja.

    ReplyDelete
  10. Sy pun nk buat aktiviti laut..pun kna pakai stokin juga ni

    ReplyDelete
  11. kadang2 kita tahu yang pakai stokin tu wajib. tapi kita bukak jugak sebab taknak lain dari kawan2 yang tak pakai stokin. nanti dorang cakap "alahai,,, baiknya. takkan kat pantai pun nak berstokin. basah nanti" Masha Allah. hati kena kuat. niat kena benar rupanya. :)terima kasih

    ReplyDelete
  12. Kalau nk cepat kluar rumah pkai kasut yg tertutup..ms blk kg pkai slipper yg tutup depan dan labuhkn kain/sluar di dlm rumah..masa kt pantai pkai stokin dan bw stokin lebih..mula2 mmg rs janggal dan x selesa...tp bila dah biasa ternyata pakai stokin itu amat mudah,nyaman,dan menjaga kaki...saya juga baru belajar2 menutup aurat dgn sempurna dan hanya ingin berkongsi pendapat...terima kasih

    ReplyDelete
  13. Ahamdulillah, dah mula start pakai stokin start bulan Ramadan n sampai sekarang . Saya minat pergi ke pantai n swimming. Sekarang ada juga jual Waterproof sock.
    Tengok link ini, http://www.waterproofsock.com/
    Siapa kata nak tutup aurat itu susah? Mudahkan..:))

    ReplyDelete
  14. As slm...sy kurang arif mengenai hukum pki stokin pd wanita...so kesimpulannye cmne erk...adekah wajib seorg wanita memakai stokin

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... ya WAJIB tp diberi keringanan pada situasi tertentu seperti dinyatakan di entry di atas.

      Delete
  15. Assalamualaikum...klau pemakaian dpn sepupu kat kampung wajib tutup kaki ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...
      seperti dinyatakan di atas;
      Tapi,
      Pendapat daripada yusuf Qardhawi (Fatwa ke-19).. aurat pada bahagian kaki dan pergelangan tangan merupakan sesuatu yang ada rukhsoh atau keringanan (ref : ad-Durul Mantsur oleh as-Suyuthi). stokin kaki/ stokin tangan bukanlah menjadi kewajipan sekiranya kita berada dalam rumah yang 'ghalid' bagi kita menguruskan rumah tersebut. cthnya keperluan mengurus dapur, memasak, mencuci pinggan mangkuk, juga keluar masuk bilik air untuk mandikan anak/ basuh berak kencing anak, dan apa sahaja tugasan harian kita di rumah, maka dibolehkan kita menampakkan kaki dan kadar segenggam pada pergelangan tangan. (fatwa yusuf Qardhawi).. bahkan pada zaman Rasulullah pernah sahabat menegur wanita yang berniaga di pasar kerana ternampak bahagian lengannya ketika menguli tepung, tetapi Rasulullah membenarkannya kerana keperluannya menyinsing sedikit bahgian lengan untuk perkerjaannya. (al-Majmu', 3: 167-168) dan dalam website ustaz zaharuddin.net juga ada menyebutkan tentang dibolehkan menampakkan pergelangan tangan/kaki pada sesetengah keadaan yang aman daripada fitnah.

      Delete
  16. macam mane kalau pergi waterpark?wajibkah pakai stokin ketika mandi di situ bersama-sam rakan yang lain?

    ReplyDelete
  17. Takut saya nak jawab ni sebenarnya... tapi saya jawab ikut kefahaman saya dan apa yg saya praktikkan dlm kehidupan saya.
    mandi di waterpark tu kalau ada bukan mahram elakkanlah... melainkan mmg pastikan tidak terlihat susuh tubuh dlm keadaan basah, maksudnya pakaian mmg benar2 tebal or mmg jenis x nmpk susuk tubuh. setakat rendam2 kaki separuh badan ok kot (KOT). dan saya akan pastikan saya berstokin.

    moga membantu...

    ReplyDelete