Friday, December 6, 2013

Kalau nak cop saya sebagai 'keyboard warrior'... silakan!


Saya cuba utk tak meluah ketakpuasan hati saya di sini... yer, takut nanti mencalar imej muslimah sopan yg lain hanya krn ketidaksusilaan mulut saya. puas ku didik jari tak menaip ikut emosi. taknaklah kelantangan saya jadi kudis pada yg lain. tapi memang tak puas hati! tetap nak jugak tulis di sini. ttp nk meluahkan ketakpuasan hati saya walaupun saya tahu suara rakyat marhaen seperti saya hanya terhenti di sini. pak2 menteri tetap bersidang bersorak di dewan berhawa dingin dgn pelbagai juadah sedap jugak (bkn ckp kosong yer... sape tgk buletin tv3 mlm tadi tahulah kebenarannya). 





**Google**

bila upload gambar perbandingan penempatan mangsa banjir negara kita dgn negara luar, kita dikata mempolitikkan situasi yg berlaku. tak membantu apa pun. wallahi... bukan niat nak menangguk di air keruh. at least harap ada mata/minda/hati yg terbukak lihat situasi yg sebenar di Malaysia ini. 

yer, aurat semua tu fardhu ain dan tanggungjawab diri sendiri. bkn tanggungjawab kerajaan (erk?!). tapi cuba bayangkan erk... banjir ni adalah bencana alam dan benda ni berlaku di luar kawal. air naik dgn cepat. dan yg dipindahkan ke pusat tahanan banjir tu mostly selai sepinggang. ditempatkan di bilik2 darjah di sekolah juga di dewan atau balai raya dlm keadaan ramai2. bukan satu keluarga, satu bilik darjah pun. dan ditempatkan bukan sehari, tapi berhari-hari. fikir tak mcm mana muslimah/ibu2 nak baring dan menyusu baby (bagi yg breastfeed)? mungkin anda rasa, baring jerlah... tapi believe me, org yg cakna dgn aurat dan menjaga adab, baring di tempat yg ramai2 itu sebenarnya agak segan. 
dan banjir di Malaysia ni bkn fenemona luar biasa... hampir setiap thn kot berlaku. patutnya pihak bertanggungjawab dah standby dgn segala kemungkinan ni. kalau negara luar boleh sediakan kemudahan tertentu utk penempatan bencana alam, kenapa tidak negara kita Malaysia serba boleh dan maju ni? 

kalau ckp jln terputus, mana pergi helikopter2 milik polis/tentera? oh mungkin hanya utk buat aksi di hari merdeka jer kot. kalau surau2 persendirian boleh ambil inisiatif beli bot pelampung utk bantu mangsa, takkan kerajaan tak mampu nak buat apa? tak cukup kakitangan? kalau tentera polis boleh dikerah turun padang utk himpunan haram, kenapa tidak ketika bencana alam?

saya bkn nak jadi keyboard warrior di bilik berhawa dingin semata... insyaAllah saya membantu apa yg termampu.

saya terima/redha kalau duit income tax, gst, dipotong subsudi minyak, gula, tarif elektrik dinaikkan jika duit kami disalurkan kpd rakyat yg memerlukan. bkn membazir pada benda tah hape2...

sahabat... teruskan menyumbang dan membantu apa mampu.


simpati dan empati itu bkn sekadar tulisan di muka buku...
simpati dan empati itu bkn bermakna kena menangis meratap hiba sepanjang masa.
simpati dan empati itu bkn bermakna kita tak boleh mkn, minum dan bergelak ketawa.
simpati dan empati itu kita mengambil inisiatif utk membantu mereka.
jika tak mampu dgn wang, kita bagi tenaga. 
doa jgn lupa, itu senjata besar kita sbg muslim yg yakin dgn yg Maha Esa.
 |Azlina Hasan, 6.Dis.2013|


.

10 comments:

  1. setuju sangat. saya pn emosi bila jadi perkara2 mcm ni. Apa2 rakyat yg kena dulu.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar..kak ina dah pun menyampaikan apa yg terbuku dihati saya..sungguh..apa yg terlintas kt hati sy, kasihan dgn mangsa musibah umumnya dan muslimah khususnya. Sulitnya mereka hndak kekal memelihara aurat dlm keadaan darurat (yg enggan diisytihar darurat oleh sang pemerintah)..tambahan pula sy ibu menyusu..nak menyusu anak dpn adik beradik pun terasa malu..inikan pula org luar..Allahuakbar..
    Semoga Allah mengirim rahmat & bantuan buat mereka..musibah ni jugak, Allah beri kita yg bukan mangsa ni, peluang menambah pahala. Bantulah seikhlas hati, apa yg terdaya. Mudah2an usaha kecil kita juga diberkati. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Ina..

    Saya baru tergerak nak wat entri pasal banjir n letak gambar sebijik macam tu.. tapi kak ina lebih mendahului.. hehehehe.. syabas kerana telah berkongsi pencerahan seperti ini.. Saya juga memikirkan benda yang sama.. Jika ada yang marah kerana kita bandingkan Malaysia dengan Jepun, its okay.. Jepun dan malaysia mcm langit dan bumi.. tapi bukalah mata.. Malaysia rasanya lebih maju daripada Thailand.. Tapi kenapa mereka boleh menyediakan keperluan yang "agak" selesa kepada rakyatnya dan tidak seperti di negara kita yang di katakan "aman" ni.. Rasanya banjir ni dah jadi acara tahunan dalam kalendar Malaysia.. tapi kenapa tidak "disediakan payung sebelum hujan"..

    Sekian.

    ReplyDelete
  4. ape yg akak tulis ade betulnya.. if x dpt nk sediakan mcm negara luar tu seperti kemah, apasalah nye asingkan penempatan sementara tu ikut jantina (lelaki n perempuan di bilik berasingan), manakala kanak2 lelaki yg kecik plk blh lah ikut ibu.. kalu x blh sngt pun, buat tirai mcm kt hsptal tu, belah kanan utk lelaki n belah kiri utk perempuan (kalau dewan tu besar lah). n pintu masuk pun berasingan..

    kite kena pikir utk ibu2 yg BF or dlm pantang, mcm mane keadaan mereka tu (terutama yg memakai bj kurung or berkain batik, so dh tentu2 ader yg ter.. ter.. yg x sengaja..& dh sah2 dorang sehelai sepinggang kn..)

    sepatutnye pihak tersebut kene pikir isu sensitif ni, sbb mcm yg akak bg tau td, fenomena ni hampir tiap2 thn akan jd.. dorang kene siap2 sedia stanby tmpt penempatan tu sblm apa2 perkara yg x di ingini berlaku.. kena sedia kan brg2 mkanan, selimut, baju2, ubat2an, n semua lah...

    -ita-

    ReplyDelete
  5. setuju sangat dengan entri ni..
    semoga mereka2 yg di atas sana, yg diberi amanah utk menjaga dan berjuang untuk hak rakyat tu buka mata/hati/minda... sudah2 la abiskan duit negara utk hal2 hiburan dan maksiat...

    sepatutnya duit tu digunakan untuk kebajikan rakyat... (-__-)"

    p/s : setuju jgk dgn komen ily kt atas ni... semoga Allah merahmati dan melindungi mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! habiskan duit untuk k-pop boleh. untuk rakyat berkira & terhegeh-hegeh. haih

      Delete
  6. Sy sokong 100x...
    Tau tak apa yg sy pikir skrg...lps ni akn byk claim prblnjaan darurat...konon nya...yg d byr govt...dgn nilai yg brganda2 dr hrga yg sptt nya...dlm keadaan darurat ada org yg tersenyum...sbb masyuk...trutama yg dpt kontrak mmbekal keperluan mknn kemudahan n watever yg brkaitan la....sm mcm kes d lahad datu..kos pnyewaan knderaan pd musim darurat tu brjuta2...tp sy x bole ckp byk...cuma mampu berkata2 dlm hati n blkg2...khemah2 mcm tu d giant cuma 59.90rgt...govt lbi dr mampu utk beli tu..wlu hnya utk skli pkai...tp jgn lupa if govt yg beli khemah2 tu kos dlm bil jd brganda2...makanya govt akn declare its too expensive to buy...sy ckp byk pn x guna kn....

    ReplyDelete
  7. Setuju dgn kamu wahai ina yg comel ;) luahan bicara yg sama tp saya bukan keyboard warrior seperti anda.

    ReplyDelete
  8. so true... dah bertahun tahun isu banjir ni....hairan bila persediaan menghadapi banjir tak pernah improve. kesian kt rakyat2 yg menjadi mangsa...

    ReplyDelete
  9. saya setuju dengan penggunaan khemah di penempatan mangsa-mangsa banjir ni. sesuai untuk orang nak tukar baju ke kaum wanita yang meyusukan anak mereka ke

    ReplyDelete