Tuesday, September 24, 2013

Jika vs Mungkin




Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari anak yang liar.


Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.


Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.


Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.


Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.


Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.


Jika tiada rezeki hari ini, 
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.



Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.

Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

#bukan kalam saya... saya copy dari Facebook.







 Allah dah atur baik punyer... 
kadang kite tak sedar kelebihan nikmat yg Allah bagi bila asyik pandang satu nikmat yg Allah lambatkan.
BERGEMBIRALAH!.
SENYUMLAH!
kerna sedang kamu menangisi kekuranganmu, 
kamu sedang punya apa yang orang lain tak punya.





hidup terlalu singkat untuk bersedih...






5 comments:

  1. nice la, suka baca.. jom join, berpantun je..tak pyh buat entry pun..bleh mng hadiah :) jom!

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/09/segmen-komen-berpantun-by-shakira.html

    ReplyDelete
  2. Salam,

    yup tepat sekali..Allah is the best planner..

    kalau berminat dengan supplement from Shaklee saya ada buat promo ESP Shaklee..do visit my blog ye
    http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html

    thanks!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,
    semoga ina dan suami senantiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT...amin
    berhajat sebenarnya...
    mendambakan entry" CARA-CARA MENDIRIKAN SOLAT"...(maksud saya yang "sebenarnya" berbanding mencuri ketika di dalam solat/terlalu ringkas solatnya)
    kerana,pada pengamatan saya terdapat sedikit perbezaan yg tidak berapa ketara antara si A menunaikan solat dengan si B menunaikan solat.( tidak ada sebarang kena mengena dengan syiah :) )
    tq

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ada orang macam u yg sentiasa tulis entry muhasabah diri macam ni. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. Keyword dia... bersyukur dgn apa yg kita ada. Thank you for sharing. Terasa cam ada org usap dada ni kasi lega.

    ReplyDelete