Tuesday, September 3, 2013

Bicara rakyat pertengahan bersama salam DUAPLOHSEN...


Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia. 

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.

Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

****************


akhirnya ada bicara yg luah apa aku rasa. terima kasih wahai penulis qalam!
 
oh kesian pada yg mereka yg tak sudah bicara "bersyukurlah dgn keamanan yg Malaysia ada." 

heyyyyy, ko tahu tak bersyukur tu ape?! 
dan ko yakin sgt ke Malaysia ni aman even jenayah sini sana... 
tembak menembak mcm dah kat SIAM?! 
bukaklah mata... jgn bercakap pakai voucer BRIM!



janji PM tersayang sebelum pilihan raya.



hadiah Merdeka dari PM selepas pilihan raya.
tak ape... next pilihanraya, mereka akan lupa. 
MELAYU KAN MUDAH LUPA!



sekian salam DUAPLOHSEN dari saya, rakyat pertengahan.




mata akan memandang sebagaimana otak berfikir. fikirlah ikut kotak dan keperluan masing2. 
berdebat pon tak guna... berhak setuju atau tidak.

yer, negara kita jauh lebih baik dr apa yg berlaku di luar sana. 

jadi berdiam diri dan bersyukurlah apa yg ada. 
sekurang kurangnya kita masih mampu mkn dan pakai dgn selesa. 
org lain yg struggle utk mencari rezeki akibat kekangan ekonomi semasa buat apa kita nak fikir, 
bkn tanggungan kita.
[ayat sinis yg tak menjadi]

13 comments:

  1. siap keluar hadis bagai kak, tntg kenaikan harga masa zmn Rasulullah.mane boleh bezakn mcm tu..kena tgk Rasulullah mentadbir camne, hok pemimpin skrg mentadbir camne?pfttt...suke bebeno mempergunakan agama utk menghalalkan ape yg diowg buat.pastu gitau last minit.memg marah la org.kt indonesia at least 1 week before dah gitau.apa2 pun, kalau org berjanji tp tak kotakan, kategori munafik dh tu.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ina. huwaaaa dari petang semalam tengok kereta bersusun kat petrol pam. hanya kerana PM lupa 20 sen tu boleh menyusahkan org yang sedih susahhhhh :(

    ReplyDelete
  3. berderet keta kat pam minya semalam. mcm setangki keta tu boleh tahan sebulan, walhal seminggu pun blm lepas... nampak tak betapa rakyat nak jugak berjimat walau 20sen tu.
    sadiss...

    ReplyDelete
  4. true indeed...ramai yg bercakap atas kapasiti mereka yg punya wang. 20 sen tak significant pd mereka. lupa impak 20 sen bkn hanya pd yg pandu kereta. ada org miskin, hidup kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn petang. tak ada kereta pun. mungkin mereka ini tak mengeluh harga minyak naik, sbb nak beli kereta pun mereka tak mampu. tp implikasi kenaikan harga minyak tu, turut membebani mereka. harga makanan naik, harga barang naik, semuanya lah naik. silap2 darah tinggi mereka pun boleh naik mencanak. harga rumah yg mmg dah sedia tak munasabah, makin la tak masuk dek akal melambung naik nanti.
    saya selalu terfikir, ckp pd suami, kalau kita yg kerja gaji alhamdulillah cukup makan pakai ni, tapi nak beli rumah pun rasa tak mampu, orang yang gaji jauh lebih rendah dari kita ni, ape perasaan dierang? byr sewa rumah pun dah mcm sesak nafas, nak beli rumah, nak buat loan pun tak lepas...Ya Allah, tak terjangkau dek akal ni..

    ReplyDelete
  5. as-salam...thanks ina bg puisi tu...mmg sme cam yg aku rs...kt ni pk kan org2 yg hidup x brape kaya kt luar sne...tnda akhir zaman kn...yg kaya bertambah kaya...yg miskin bertambah miskin...huuuuuuu

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Tuan-tuan dunia pengagung ekonomi sekular dan kapitalis sedang mengajak orang kebanyakkan berpimpin tangan dengan mereka memasuki lurang2 neraka..

    acap saya terfikir...bila mereka yang kaya berbincang untuk menghimpit rakyat biasa...rakyat terpaksa berkerja xtra...tidak kira..pagi petang siang dan malam...lantas ada yg melupakan YANG Empunya dunia...

    yer..kerja itu ibadah..tetapi Rasulullah pernah menjawab kepada sahabat yang bertanya bagaimana untuk dia bersama Rasulullah di syurga..jawab nabi "banyakkan BERSUJUD"..dengan kata lain..solat...

    mana masa HAMBA dengan TUHANnya?????

    ReplyDelete
  7. as salam ina
    tq entry ni.ant pjuangan suara gol ptengahan

    kerana brim,gol atasan rasa sudah memadai memberi tahap kmampuan pada rakyat

    20sen pd dorg ibarat lambung syiling ke langit shj.sdgkan kita..20sen itulah rezeki yg disyukuri kalu dpt menabung.

    tahla
    kesal pd mereka yg takut brubah masa undi yg lalu.setia pd pmimpin yg janji dimungkiri.

    ReplyDelete
  8. gaji cuma setahun sekali naik..itu pon ada y belum tentu cecah rm50 setiap kali kenaikan..dapat bayangkan tak??
    ada y x naik gaji...harapkan keje lebih masa (OT) utk keperluan harian y semakin menuntut wang...wang..wang..

    ReplyDelete
  9. macam mane kalau saya kata gaji saya cukup2 makan?
    sedang saya bekerja sebagai chemist, suami pula keja gov..
    kami berdegree dan berdiploma..

    makan setiap hari berkira dan berbajet..

    bayangkan orang lebih susah dari saya? 20sen itu sudah sangat ebsarnye nilai bagi saya..bagaimana pula orang lain..

    kenapalah manusia seperti najib yang muka tembaok taktahu malu ni perlu wujud?

    ReplyDelete
  10. Salam InaAchik, ini kawan dari Instagram @yangbernamaibu.

    Hai sayang, patutlah bahasamu berbunga-bunga. Blogger rupanya. Salam perkenalan

    ReplyDelete
  11. Salam InaAchik, ini sahabat dari Instagram (yangbernamaibu)

    Baru tahu awak ni blogger,.salam perkenalan

    ReplyDelete
  12. setuju sgt dgn entry ini :)

    teruskan berdakwah dgn membuka mata mereka2 :)

    ReplyDelete
  13. xtahu nak kata apa... tetapi seandainya kita jadi pemimpin... itulah perkara yang sukar itu kita buat utk puaskan hati semua pihak... sebab itu, allah tidak pilih kita jadi pemimpin utk memimpin Negara kerana minda kita yang sempit... allahualam.

    ReplyDelete