Thursday, March 7, 2013

Hukum hakam hal2 kewanitaan - Keputihan tu najis ke? Boleh ker potong kuku masa haid? Bagaimana dgn gambar lama dedah aurat yg orang lain masih simpan? juga ada permintaan kecil dari saya.


Assalamualaikum kesayangan...

sedikit malu untuk menulis tajuk di atas... yer, Cik Puan Kaki makin hari makin pemalu! :p
tapi ketepikan rasa malu seketika. ini hal yang wanita wajib tahu. jadi tulis juga sambil tutup pipi gebu yang bertukar kaler jadi pink. 
eh chop! lelaki2 juga patut tahu... yang dah kahwin, ini tugas anda menyampaikan pada isteri. yang belum kahwin, ini persediaan untuk jadi suami yg super osem. ;)



Keputihan tu najis ke ?



Soalan : Keputihan yang keluar dari faraj wanita tu dikira najis atau tidak?

Jawapan : Keputihan ada 2 jenis, ada yang najis dan tak najis. Kalau dia jernih atau seakan2 jernih dan tidak/kurang berbau, TAK NAJIS. Tapi kalau putih/kuning pekat dan berbau busuk NAJIS.



# Cik Puan Kaki: tahukan kalau najis, tak sah solat. jadi, jadilah wanita yg bijak. banyak kemudahan ada di Guardian mahupon Watson atau kedai2 pilihan terdekat. 





Potong Kuku Masa Haid




Soalan : Betul ke perempuan bila datang haid tak boleh potong kuku?

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Tak boleh potong kalau tak ada pengepit kuku. Kalau ada pengepit kuku boleh potong kuku samada masa darah haid sedang keluar memancut2 atau ketika darah sudah sedikit.


-tak perlu dimandikan bersama kuku atau rambut yg telah dipotong tu..sebaiknya kalau potong kuku tu, potong la kt tmpt air mengalir cam dlm sink ke..jgn dibuang merata2.  


Cik Puan Kaki: ingat lagi... masa sekolah ustazah ajar supaya tidak potong kuku masa haid. Kalau potong pun, kena simpan dan cuci sekali semasa mandi wajib. Alhamdulillah si penanya tanyakan soalan ni, dapat pahala bantu org lain hilangkan kemusykilan. jazakillah.





Gambar lama dedah aurat orang lain masih simpan


 

Soalan : Ada satu persoalan ustaz, Jenab suka ambik gambar buka aurat, lepastu dia dah taubat, kadang-kadang gambar2 lama tu orang still simpan dan boleh menjadi tatapan umum, macam mana tu ustaz?

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Jenab kena beritahu kawan2 supaya buang gambar2 lama tersebut. Jika mereka enggan buang, berserahlah kepada Allah dengan memohon ampun kepadaNya.

#Cik Puan Kaki: di kesempatan ini... saya; Azlina Hasan / InaAchik / Cik Kaki memohon jasa baik sahabat2 tersayang untuk men-DELETE gambar2 zaman jahiliah saya yang berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna. SANGAT2 MENGHARAP. jika boleh berbuat demikian, itulah hadiah yang terhebat untuk saya. jika rasa permintaan saya ini besar dan menyusahkan, tak ape... saya redha. mungkin ini balasan dosa atas kejahilan lampau saya. saya takkan berhenti mengharapkan keampunan daripada Allah dan saya akan terus bersangka baik kpd Allah yang Allah itu maha pengampun. sebak! 



laju2 tutup entry dengan NOKTAH sebelum air mata berjurai laju






 

15 comments:

  1. akak terima kasih kongsi benda ni manfaat sangat :)

    ReplyDelete
  2. bab potong kuku tu sama la ngan shu kak na... ustazah masa sekolah dulu pon ckp cmtu..potong boleh tp kena simpan & cuci sekali masa mandi wajib..

    ReplyDelete
  3. aku diajar bahawa apa2 sahaja yang keluar dari jalan depan atau belakang adalah najis kecuali air mani. juga kena mencuci bahagian dalam faraj setakat satu ruas jari. ini kerana kadang2 lendir/keputihan ni bukan keluar semua, dok bertepek kat dalam tu. begitu juga bila nak mandi sebab hadi, kena cek dulu dalam faraj menggunakan kapas. aku guna putik kapasla...tertinggal kapas kat dalam kang naya. setelah betul2 bersih, tanpa bau & warna baru mandi wajib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau guna kapas/putik kapas..takut terkoyak selaput dara..walau jolok sikit je ada org sng koyak..islam tu mudah..bersihkan vjj sampai bersih..pastu make sure pakaian bersih..in shaa allah boleh solat..

      sbb masa mak ada pendarahan lebih 14 hari dulu (kira dah bukan darah haid)..ada dgr ustaz/ustazah tu kata..bersihkan tempat kotor tu..pastu pakai semula pad bersih pakaian bersih..boleh solat dah..kalau terkeluar darah masa solat, tu diluar kawalan kita..

      tapi tula..kadang2 org yg sampaikan ilmu tu bagi pendapat berbeza..masa sekolah dulu pun ustazah kata takleh potong kuku..kalau nak potong gak kena mandikan sekali masa mandi wajib..ikut la mana kita plg yakin..lagi dgr byk pendapat org berilmu..lagi kuat keyakinan kita atas sesuatu..

      masa sekolah dulu mmg selalu keliru nak ikut mana 1..byk betul pendapat berbeza =(

      Delete
    2. bab terkoyak selaput dara tu tak pernah dengar pulak. bukan suruh talakan sampai ke dalam2 nun. cukup setakat hujung putik kapas tu je.

      memang masa sekolah ustazah bagi pendapat dia, kemudian kakak2 bagi pendapat.. kemudian baca buku2 agama macam ni macam tu pulak.

      yang penting jangan terlalu was2 tapi hendakla yakin yang kita berada dalam keadaan suci untuk tunaikan ibadah. sebab bab2 najis ni kalau tak bersih, ibadah tertolak.

      dikhabarkan Imam Syafi'e mengahwini ramai wanita semata2 untuk mendalami feqah wanita. setiap wanita berbeza2.

      alhamdulillah tak pernah kena istihadah lagi. memang minta doa banyak2 dijauhkan penyakit tu.

      Delete
    3. anon & anis:
      kalau byk khilafiah/pendapat... gunalah yang mana kita yakin. tak perlulah kita berdebat hal2 yang bercanggah pendapat ni. dan kita, usaha/buat ikut kemampuan tapi bkn bermakna kita ambil mudah.

      cuma saya setuju dgn anis. saya juga diberi pencerahan utk menggunakan kapas utk memastikan kita benar2 bersih utk mandi wajib. jika kapas tak bertukar warna, maka kita dah boleh mandi wajib. wallahuallam...

      Delete
    4. Saidatina Aisyah pernah kata , jgnlah kamu terburu2 mandi hadas setelah kamu melihat seperti kapur putih... yg dmaksudkan itu adalah keputihan yg menandakan haid sudah kering. Saidatina aisyah kata mcm tu pun sbb sekumpulan wanita dtg kpd dia dan menunjukkan kapas yg mereka gunakan utk check tu tadi dan bertanya kpd saidatina aisyah sama ada dia sudah boleh mandi atau tidak. Jd pendapat sy xperlu la guna kapas utk check dalam2 tu.

      Delete
  4. sy rs lebih wajar kalau kuku tue di buang kt tempat yg ada tanah psl kita kan dr tanah...kalau air nie tak tahu lak nnt dia mengalir kemana....since kt umah x der tanah...saya buang kt pasu yg ditanam dgn dedaun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatlah yg mana ikut kesenangan bila berbeza pendapat. wallahuallam...

      Delete
  5. pencerahan yg paling terbaik.kdg2 org amik remeh hal2 keputihan nie. =) tumbs up to sis sb share same2.

    ReplyDelete
  6. Thnks kak na for sharing..trjwb sume yg musykil.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak ina. alhamdullilah. sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu. sheila pun dah minta kawan2 delete gambar tak bertudung tu. mujur rakan2 memahami :)

    ReplyDelete
  8. asssalamualaikum..tumpang tnaye..klu kite solat tp xpresan ade njis mcm mne erk? sah ke solat kite..conth nya ade njis mlekat kat kain smbhyng kite 2 3 ari dah tp kite x prsan..solat kite 2 3 ari tu mcm mne? sah ke x?

    ReplyDelete