Friday, March 8, 2013

Gebang Jumaat - Bulatan Gembira dan Suami bikin malam Jumaat jadi Istimewa. ;)

Walaupun tajuk adalah tentang malam Jumaat yang mana sesetengah pasangan berkahwin akan tersenyum sinis membaca tajuk ini (mungkin?!), percayalah, entry ini lulus untuk tontonan umum (U) dan dijamin 100% bebas dari unsur 18sx. ngeheeee...

seperti biasalah, malam Jumaat untuk BERBULATAN GEMBIRA (pada yang baru masuk blog ini, ia juga boleh dibaca sbg USRAH). dan malam tadi turn saya untuk membuat penyampaian dgn mendapat tugasan untuk mentadabbur surah AL-FAJR (surah 89). beberapa hari saya berlatih membaca surah AL-FAJR tu dgn berlenggok (belajar dari tab jer pon); kununnya nak memberi kesan dalam penyampaian la (konon!). dan gigihlah mencari bahan/isi utk men-tadabbur surah tersebut. sekali sampai masa, bulan mengambang daaa... nasib baik Murobbiah saya super cekap. tlg dapatkan video bacaan surah ini di You Tube. memang menambah kesan sebab ia beserta terjemahan dan gambar2 yang berkaitan dgn ayat2 dalam surah itu. nanti saya lampirkan video ini di hujung entry ini ye...

tapi biasalah... saya adalah manusia spesis gelabah sotong. menulis bergebang dalam bentuk tulisan memang takde masalah, tapi bila dalam bentuk lisan ni memang hmmmmmm... tak tahulah nak cakap cemana. gugup melampau! terus hilang semangat darah pendekar dalam badan. hahahaha...
tapi Alhamdulillah... berjaya juga melalui fasa getir itu dgn tenang dgn bantuan Allah dan murobbiah serta sahabat2 bulatan gembira. tapi biasalah... sendiri menyampaikan, sendiri sob2 di akhir penyampaian. hahhahaa... sangatlah syok sendiri. nak buat cemana, saya ini sangatlah neng yatimah. specially semenjak masuk 3 carat ni (pakai carat mahal sikit dari series :p).
#tadabbur surah Al-Fajr ni nanti insyaAllah akan saya kongsikan di lain entry. InsyaAllah...

malam tadi, bukan jiwa sahaja diberi santapan rohani. malah perut pun dapat habuannya juga. pakat bawak juadah barang sedikit sorang. sedikit2, ramai2 jadi bukit. ;)
zati bawakkan bihun goreng sedap. kak lily bawakkan coklat muffin gebu yg yummy. ustazah bawakkan special drink; dragon fruit lychee. kak mel bawak kuih karipap tunjuk dan kurma dari Makkah. kak sarina bawak air twister. nik bwk kuih apa ntah - sedap! saya? bawak lepat ubi, lepat pisang dan kuih koci. semuanya hasil gigih tunjuk di pasar malam :p 
dan busyra bawak baby. hehee... memang meriah la malam tadi.


 



ahli bulatan gembira termuda. Wan Ahmad Imran, 2 bulan. behave sangat tunggu ibu berbulatan gembira. semoga jadi khalifah Allah yang berjihad di jalan Allah bila besar nanti wahai anak kecil. juga semoga jadi anak yg soleh untuk ibu dan ayah.


sebab ada sesi makan2 sambil gebang2 lepas sesi tarbiyah, jadi semalam lambat lah sikit habisnya Usrah kami. pukul 12 baru sampai rumah. bukak pintu, silau mata tengok rumah. oh, suami bertukar jadi mr. mama sepeninggalan isteri ke usrah. kain menggunung tak berlipat dah tersusun rapi dlm gobok, dapur dan ruang tamu berkilat. ohh~~~ suami... ada surprise malam jumaat untuk si isteri! ohhhh (lagi)~~~ kamu romantis dgn cara kamu yang tersendiri. tersentuh amat sang isteri! terus jadi lebih bermotivasi utk menjadi ketua bidadari syurga buat suami di Jannah Ilahi.
 
wahai suami2 di luar sana... kami kaum isteri tak mengharap hadiah yg mahal utk ekspresikan cinta, kasih dan sayang... kadang2 hal yg kecil itu BESAR kesannya. 


sudah sampai di akhiran entry. kan dah kata entry ini bebas dari unsur2 yg tidak sihat! :p


seperti yang dijanjikan, nah istimewa buat kesayangan; video bacaan Surah AL-FAJR:












9 comments:

  1. Interested sangat nak join usrah camni tapi tak tahu mana nak refer...pastu macam malu...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, sangatlah suka baca al-kisah Che Kaki. Semuanya ada berbaur dalam satu menjadi alkisah yang indah. Mudah2an semuanya menjadi santunan jiwa dan habuan habuan qalbu .

    ReplyDelete
  3. Teruskan berdakwah dan kongsi ilmu dgn kami ye.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya berusrah! Tak pernah join dan tak tau nak join kat mana.

    ReplyDelete
  5. masa kt US dulu, mmg ada komuniti islam yg wat usrah cmni yg mostly muslim from Indon...aku pergi jugak join..yg bestnye..mknan sgt2 sedap...

    da blk sini, takdak peluang da nk berusrah..tak tau nk cari kt mana...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak ina. sheila teringin nak join usrah ni. dekat kg suami ada.. bakal akak ipar pun join usrah camni. kat KL susah nak jumpaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. salam..kak ina...bestnya..dpt 'berbulatan gembira'...saya sejak...buat latihan industri di KL..x jumpa2..lagi usrah....sedihnye...tak tahu nk cari kt mana...humm....

    ReplyDelete