Wednesday, November 30, 2011

Superrrrrrrrrrr POWER!!!


Nahhamekko... 8 dalam 1 terus!
apa yg 8 tu pon aku tak tahu!
tapi inilah minuman bertenanga gi pagi rabu...
yeh, tenaga berganda diperlukan hari ni...
untuk melawan penyakit M dan bertekun ngan kerja2 yg sedikit complicated...
boss sajer jer tau jeles tgk i senang lenang lately ni kan...
pastu terus cabar minda i bagi yg susah2~~~ :(

igt malam jemaat petang khamis jer nak extra power?! :p

Tuesday, November 29, 2011

Tahu hari ni Selasa tapi nak wordless jugak! tak kira!!! :p


apa macam dei???
semua terkena batang hidung sendiri!
ngehehehee...


November to Remember_Part 2 ~ Cik Kaki jadi OP utk Wedd GG yang UNIK!

Yer, seperti sedia maklum dari entry sebelum ini, aku dah jadi bidan terjun tak pakai payung terjun jadi OP untuk wedding GG (stand for our Gegel Gedix in da house) bila OP yg sebenar nyer tak menjalankan kerja dengan professionalnya... eeee...rugi bayar beriban tapi malaslah nak ketuk pahat kasik berbunyi sebab tukang bayornyer bukan aku... pengantin yg bayor... hehehheheheee... lagi pon, xder nyer kebahagiaan perkahwinan tu bergantung pada gambar kawen yg cantek! :p

Kite mulakan dengan gambar ramai2... gambar gedix pengantin laki bini letak last2 sket...



 Sampai sini korang perasan tak KEUNIKAN wedding GG ni? 
Dayang2 a.k.a Bridemaids nyer adalah jantanz! eh, kalo perempuan blehla panggil dayang... kalo jantan kite nak panggil aper? DUGONG?! cam tak sesuai... DAYUNG lah! comel sikit! hehehehe...
Biasa bridemaids wanita2 gojes... sekali dia nyer wedd jejantanz dari pelbagai peringkat usia... dah adik bradik ramai laki, ginilah yer... tapi comel aper! semua sepakat beli baju melayu PINK raya hari tu... yang buta warna salah pilih kaler PINK raya sudah (rujuk yg ke-2 dari kanan) sanggup beli baju melayu baru! suka sangat! :)

wah achik dah cam samseng kampung dusun bagi peringatan kat Joe Lorenzo... 
cam bagi warning: lepas penyerahan ni, hope takder cacat cela pasni... kalo ader, tambat kat tiang api lepas kerengga! berani?!

oh, GAMBAR yang ni paling suka!!! nanti kite frame tampal kat dinding yer...

 yang ni lagi kiut! Deck comel sgt jadi tukang angkat ekor kain!


Masa untuk bersakitan mata melihat aksi2 pengantin baru hasil OP bidan terjun yang sangat amatur ini... 



scene ni hanya aku as OP ngan pengantin jer tahu! org semua tertanya tapi kami keep SHHHHHHH~~~ hahahahhaa... kamu ni mmg sengal la GG! bila aku kata dia sengal, sudahnya aku jugak yg dapat title sengal balik! hehehhee...

setelah hujan berhenti...






tetiba OP suka hasil gambar ni... ;)

wak aksi hindustan sekeping! suh main ciku cak balik tiang tapi hasilnya... pengantin laki keras ketung cam tiang! hahahahhaa...

 GG perasan ringan suh laki dia dukung dia...

sekali hammeekkkk ko! tergolek bok cam nangka busuk daaaaa... padan muka!!! hahahaha...

 dah alang2 ko jatuh dah tu... per kata bersimpuh ayu jer situ... n pengantin laki, please wak muka paling macho! sekali hasilnya... cam askar jepun daaaa... :p

kunun nak buat penceritaan ler ni...
mula dua insan berbeza... pastu berkenalan... dan akhirnya aku milikmu... :)
tapi sumpah percintaan AIN n Joe Lorenzo la paling unik skali! cinta ker? xder cinta2 pown... dari kawan baik jer... sangat klakar dan ramai tak sangka mereka akan kawen. ni lah contoh kisah bercinta ngan org lain, kawen ngan org lain. lamaran JOE LORENZO lah paling COOL aku rasa... "jom kawen ngan aku nak?" > "mu jangan wak gurau bodo benda2 gini joe..." > "btol la..." > "kalu serius, dtg jumpa family r..." > skali hamek ko, joe datang betul... tak sampai 6 bulan, dah kawen pon! skrg pon masih tersasul MU-AKU lagi... HAHAHAHHAAA... lawak oke kamu 2 ketul neh! tapi bila dah jodohkan... sape mampu menolaknya... Allah maha tahu apa yg terbaik untuk ummatNYA...


NAK JUGAKKKKKKKKKKK kannnnnnn... hehheheee... :P
OP dah terjelepuk keletihan dah... bukan senang oke nak mikirkan pose-pose ni... kalo dah biasa tu lainla... ni nama pon amatur kan... dahla amatur... bidan terjun lak tu. seb baik ade achik as penolong pengarah! hehehehe...


Saturday, November 26, 2011

Doa Akhir dan Awal Tahun.

Salam MA'AL HIJRAH kawan2...
Jangan lupa baca DOa Akhir tahun lps ASar dan Doa awal tahun lepas Maghrib. 

Tak tahu boleh gugel. 
Nak afdal lagi, kite gi Masjid. Ada yang arif akan bimbing kita..... 
Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kita dan 

semoga kita menjadi insan yg lebih baik di tahun mendatang...

SELAMAT TAHUN BARU...
Tanamkan azammu...
Usaha yang terbaik untuk jadi yang lebih baik...
kamu mampu jika kamu mahu...
InsyaAllah...


DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN:


Doa Akhir Tahun
( Dibaca selepas solat asar)
Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun
( Dibaca selepas solat maghrib )
Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.