Wednesday, September 24, 2014

Ibadah Qurban pada kita... pada mereka... pada DIA.

Assalamualaikum...
Perginya Ramadhan diganti dengan satu lagi peluang untuk kita menambah amal ibadah iaitu pada bulan Zulhijjah iaitu pada 10 Zulhijjah kita menyambut Hari Raya Qurban.

Tinggal beberapa hari lagi nak Raya Qurban kan...

Apa makna raya Qurban pada kalian?
"Raya qurban tak best macam raya puasa... tak meriah! Hanya lepak rumah dengan keluarga sambil makan2 daging sampai panas."


Tak qurban ker?
"Oh tak... sebab tahun lepas dah qurban."
Adik-adik... kakak-kakak... abang-abang... makcik-makcik... pakcik-pakcik...
Qurban itu hukumnya bukan sekali seumur hidup, jangan tertukar dengan AKIKAH! ;)
Ahli sunnah sentiasa tidak melepaskan peluang ber-qurban. Qurban adalah untuk memposisikan diri kita di sisi Allah untuk jadi hamba yang lebih bertaqwa.


Tak kah kita rasa bersalah... sepanjang tahun ini kita mampu berbelanja beli handbag berjenama... berebut beli gelang rantai bila dengar harga emas turun... berjalan sini sana... makan sedap itu ini... beli perhiasan rumah segala... upgrade kereta kepada yang lebih selesa...
tapi bila part Qurban, kita kata: "oh, saya tak mampu nak qurban tahun ni..."

Hakikatnya... Allah bukan minta duit kita pun... tapi melihat sejauh mana kita mampu menguruskan rezeki yang Allah bagi untuk berbelanja di jalan Allah bagi meraih redhaNYA. Membantu kita mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah s.w.t.


Jika hatimu terjentik... ayuh... masih sempat lagi kalau nak berqurban tahun ni... Mungkin kat masjid-masjid berdekatan dah tutup penyertaannya, tapi eQurban masih buka peluang kepada sesiapa yang nak berqurban membuat tempahan sampai 30/9/2014 jam 12.00 tengah malam.

Harga bermula serendah RM 280 untuk 1 bahagian lembu Qurban di Kemboja. Alah, apa sangat RM 280 kan berbanding dengan bermacam nikmat yang Allah bagi pada kita. Biarlah surut atau kering duit simpanan tu, hakikatnya kita akan kaya nanti...
Di samping itu juga, secara tidak langsung kita dapat membantu saudara-saudara Islam kita di Kemboja.




Di Kemboja mendapat sebahagian daging qurban seperti mendapat emas yang sangat berharga nilainya. Mereka yang miskin hanya makan daging setahun sekali itu pun kalau dapat bahagian daripada korban dilakukan di kampung mereka.

Pelaksanaan ibadah qurban 2013 di kemboja – equrban.com


Kalau nak Qurban dan Akikah di Mekah pun boleh. RM 400 untuk seekor kambing.

Nak bagi up lagi semangat korang, saya listkan senarai harga bagi perlaksanaan ibadah qurban, aqiqah & nazar 2014 yang diuruskan oleh eQurban:


  • Korban lembu kemboja:
1 bahagian lembu RM280.
1 ekor lembu RM1960.
1 ekor kambing RM550.
  • Korban, aqiqah, dam & nazar di MEKAH. (Diurus oleh penanggungjawab di Mekah):
1 ekor kambing RM400.


Untuk tempahan sila klik http://equrban.com/tempahan/. Tarikh akhir membuat pesanan adalah pada 30/9/2014.


Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: 
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."    (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


3 comments: