Wednesday, December 10, 2014

'Zikir Fatimah' sebagai 'supplement'

Eh 'Zikir Fatimah' ni bukan sebab Fatimah yg 'lagukan'...
atau bukan sebab zikir seru ni nama Fatimah.

Zikir Fatimah adalah hadiah dari Rasulullah SAW untuk anakanda tercintanya Saidatina Fatimah.

Kisahnya...

Tatkala Fatimah mengadu kepada suaminya, betapa penatnya membuat segala kerja rumah. Saidina Ali menyarankan Fatimah berjumpa bapanya, Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu.
Namun, Rasulullah tidak memberikan sebarang pembantu, sebaliknya sekalung zikir yang dipanggil ‘ZIKIR FATIMAH’, khas untuk anaknya yang kepenatan menguruskan keluarga.
tasbih, Subhanallah 33 kali
tahmid, Alhamdulillah 33 kali
takbir, Allahu akbar 33 kali 
Rasulullah SAW menyuruh Fatimah mengamalkannya setiap kali merebahkan diri untuk tidur. Sabda Baginda bahawa itu jauh lebih baik dari seorang khadam. 


Amalkanlah... saya takde supplement shaklee macam uols... takde jamu mak dara segala... ini jerlah 'supplement' yang saya amalkan. 



6 comments:

  1. ALHAMDULILLAH. terima kasih kakak sudi share ilmu yg berguna

    ReplyDelete
  2. Itulah sebaik2 supplement. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. Yer...saya pon dah lama amalkan..bukan nak citer sal amal tapi keberkesanannya..masyaAllah,hanya yg amalnye tahu..

    ReplyDelete
  4. kak ...saya share this dekat fb saya..:)

    ReplyDelete
  5. ina, saya rindu kamu...aritu sms ,tp mu xjawab....

    ReplyDelete