Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Friday, November 6, 2015

Repekan random Hakak.

Assalamualaikum wbt...

Lately, berkobar kobar semangat hakak (dah tua dah skrg, kenala ber akak-akak pulak) nak update blog macam dulu2...nak merapu merepek sambil makan kerepek... sharing is sexy caring tentang macam2 hal. Banyak giler cerita tertangguh... Cerita Fantasi Bulan Madu ke-8 di Pangkor Laut... Day Trip ke Pulau Kapas, 2 kali bercuti riangkan lemak di Kuantan... Oh i love Kuantan so much! eh, banyak sangat lah cerita peram sampai basi ni.

Tapi life hakak dah x macam dulu... Semenjak bekerja di kantor baru, keluar kerja seawal Subuh, balik kerja kala malam bulan mengambang. Kadang2 hari minggu dan public holiday pun kerja. Hanya keluarga dan kawan terdekat tahu betapa busy-nya hakak skrg... Dah berapa ramai yg tegur muka nampak penat. Muka pon dah kusam... balik kerja malam, rasa nk tidur jer... tak sempai nak belai2 gosok2 muka tempek night cream serum bagai.

Fizikal pun dah lebar banyak dari yg sebelumnya. hehehe... Bila otak penat kerja, perut pun sama naik! Lapar sampai menggigil-gigil. Balik kerja malam, baru nak makan.

Tapi dalam busy-busy tu, hakak tetap cari masa untuk ke majlis Ilmu. Sekali seminggu pun jadilah... Sebab hakak takut tak mampu nak istiqamah. HIDAYAH tu Allah bagi... tapi ISTIQAMAH tu kerja kita. kita yang kena usahakan supaya Hidayah yang Allah bagi tu tak tersia macam tu jer... ramai yg kalah di tengah jalan...  Berubah/berhijrah sekerat jalan dan pulang ke daerah asal.Sebab apa? Hijrah tanpa Ilmu...

Untuk istiqamah, kita kena cari ilmu. Nak cari Ilmu tak cukup hadap muka buku dan berguru dengan pakcik gugel... kena ke majlis ilmu. Bukan tentang berapa banyak Ilmu kita dapat semata, tapi tentang keberkatan majlis Ilmu. Setiap Majlis ilmu itu Malaikat datang melebarkan sayap dan mendoakan orang-orang yang berada di dalam Majlis ilmu walaupun yg datang tu tertidur. huhuuuu...

Ok, sekian repeken dari hakak... takleh nak bebel lama2, kerja manyak. 

Sebelum hakak mengundur diri dan entah bila lagi hakak nak update blog, maka nah ambik akak payung beberapa keping gambar secara random.


8th Honeymoon at Pangkor Laut Resort


 Pulau Kapas Day Trip


  Kuantan getaway



Adios amigos.




Thursday, January 29, 2015

Ceritera hari-hari keras di tahun 2014

Assalamualaikum wbt...

Lamanya rasa Cik (puan) Kaki tak menulis / merempan di skala serius di sini...
di blog chinta hati. ;)

Sebab dah lama tak menulis, rasa mcm terbatas idea nak berkarya.
wahhhh berkarya kekdahnya kan... setakat merempan, takde karya nyer la cik kaki oi... :p

Pantas sungguh masa berlalu kan... tup2 dah 2015. tak sempat nak wish happy new year kat sini.
Ah, Barat sungguh nak ber-new year bagai kan. Awal Muharam cukup lahhhh... ;)


Mengimbau tahun 2014...
Tahun paling tough untuk kami suami isteri.
Allah uji bertalu talu dari pelbagai sudut dan sisi.
Ligat di kepala otak, mengimbau hari2 keras itu...
Tapi Alhamdulillah, setiap ujian yg Allah beri datang  siap pakej dgn sabar, lapang dada dan redha.
Dan dalam kata kuat, tipu r kalo wanita badang hati tisu ni tak nangis kan...
cuma takdelah sampai meraung kat bucu katil.
setakat lap hingus kat kain dalam tu normal lah tu... :p

Suami...
Ujian-ujian itulah yang buat kita lebih toleransi... lebih memahami... lebih menyayangi...
Allahu... benar2 ujian yg buat kita saling melengkapi...
Teguh di ingatan... tiap kali bangun pagi kita saling motivate each other.
Keep men-tarbiah sesama kita dalam kereta gi balik kerja
(masa tu masih lagi kongsi kereta sebab jarak kantor kita org tua kata jarak sekentut jer).
Satu kenangan yang macam sweet sour; dalam masam ada manisnya.
Dan sering lah jugak tertanya; kalaulah Allah uji zaman kita jahil tuke (sila rujuk kamus kelate bergerak di sekeliling anda) dulu, mcm mana lah penerimaan kita???
Benarlah, tidaklah Allah uji di luar kemampuan hambaNYa...

Terima kasih ya Allah turunkan ujian dan izinkan kami membenarkan dlm hati dgn lapang dada yg Allah uji tanda kecintaanNya...
Bila sabar... bila redha... Satu persatu Allah permudahkan.

Dan benar juga,
Bila resah (eh... ternyanyi lagu Anuar Zain la pulak), bila terduga, semakin kita dekat diri dgn Allah...
Makin banyak sujud kita... makin berjela doa kita.
Sebab tu Allah beri ujian pada kita... sebab taknak kita jauh dariNya.
Betapa Dia cinta!

Dan ingat dan peganglah;
DOA itu hebat kuasanya... lebih hebat dari kuasa hililintar suria perkasa hitam.
Bisa bantu kita mengangkat 'batu besar' atas bahu seperti menjentik 'nose shit' di hujung jari.
(eee yark sungguh perumpamaan ko cik kaki).



Surah Fuşşilat: ayat 51 - Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.



Semoga kita semua terus menjadi orang2 yg bersyukur.


Perjalanan ini masih panjang...
Hujungnya entah di mana, bila dan bagaimana...
Terima kasih suaminda sudi jadi teman kembara...




Tuesday, June 3, 2014

Mana saya nak cekau duit bayar bil hospital sebanyak RM16K?!

Just nak share pengalaman sakit saya… 


8.May.2014...

Saya start sakit perut (senggugut + gastrik ) pukul 5 ptg. Bertahan smp malam sebab saya anggap ini normal pd segolongan wanita. Pukul 10 mlm sakitnya tak boleh nak tahan dah… sakit smp saya takleh nak gerak. Pukul 12 malam sakit yg teramat sakit… suami bawa ke klinik. Tp sebab 3 klinik yg kami pergi semuanya lelaki, saya taknak check… just ambik ubat gastrik. Blk rumah, mkn ubat dan tertidur.


Pukul 2 pagi tersedar dan sakit yg plg sakit pernah saya alami. saya takleh nak bergerak sebab rasa setiap pergerakan tu menambahkan sakitnya. Masa tu rasa mcm Allah dah nak tarik nyawa saya kot… dgn linangan air mata, minta maaf dgn suami… hanya nama Allah jer meniti di bibir.

Dgn tahan kesakitan amat sgt, suami siapkan saya utk ke klinik. Memula ke Gombak Medical Center tp malangnya 24hrs hanya dibuka utk wad bersalin. Tak nampak lain dah, terus ke Ampang Puteri. Sampai sana bilik penuh. diorang offer bilik vvip. Giler apa, smlm 700± kot. Lps tu sorang nurse ckp: kita treat dulu. Kena cucuk ubat tahan sakit tp sakitnya x hilang tp reda la sikit. Diorang call Tawakal, then Tawakal ada 2 blk jer lagi… dgn konsep 1st come 1 serve. Pulak! igt dah malas nak gi tp suami paksa jugak. So ke sana…

pukul 4++ pagi, selamat di warded di Tawakal. Just bagi insurance medical card dan deposit rm200, maka selamat beradu dgn lenanya lps kena suntik ubat tidur kot. Esoknya kena puasa yg langsung xleh mkn minum utk buat endoscopic (masuk kamera ikut mulut) dan everything is ok dan doc ckp apendiks. malam pukul 1 pagi baru operate dgn kaedah laparpscopic (tebuk 3 lubang di perut - lukanya lebih kurang 1cm jer di setiap tempat tu) utk buang apendiks. Esknya doc tunjuk sepanjang sejengkal apendiks yg dibuang. Dan hikmah sakit ini, doc dapat trace antara punca yg membawa kemungkinan kenapa saya susah nak pregnant. see, sentiasa ada hikmah di setiap ujian yg Allah beri.

Pengalaman yg x jangka… masa ni saya rasa medical card sgt2 berguna utk pekerja swasta sprt saya ni. Bukan sebab poyo nak duduk private hospital dgn layan berbintang bintang tapi saya x rasa kalau saya ke hospital kerajaan saya akan melalui proses2 ini on the dot. Kecuali kecemasan apendiks dah pecah ker aper kot. KOT! tp bersedialah dgn jumlah kosnya. kalau takde medical card, mana saya nak cekau duit RM16k utk bayar bil?! saya bkn org senang…

dgn bayaran rm150 sebulan, sblom ni saya anggap agak membazir tp dgn apa yg dilalui ni, saya bersyukur sgt2… dan skrg suami minta saya upgrade insurance saya.

Kalau mampu, dapatkanlah insurance medical card. Sakit demam di luar kuasa kita. X kisahlah agensi mana2 pun asal takaful islam.
# SAYA BUKAN AGEN INSURANCE dan iklan insurance tidak diterima sama skali di sini.

Anyway, daripada pengalaman sakit ini juga saya belajar sesuatu:
kat rumah biar ada nombor telefon beberapa hospital. call dulu ada bilik kosong ker tak baru tuju. kalau tak, jadi kes macam saya. bil treatment sebelum warded insurans tak tanggung. sendiri bayar lorrr... cucuk ubat tahan sakit jer pun dah seratus lebih.


view dari Azalea ward, room 909.
pagi2 boleh layan sunrise dari pembaringan... :)



Sepanjang 3 hari di hospital, saya sangat2 terharu dgn keprihatinan suami... dari saya warded, balik skejap ambil kelengkapan saya tapi lupa ambil kelengkapan diri sendiri... datang tak balik2 sepanjang 3 hari tu. misi n doktor pun tukar baju, dia tetap dgn 'uniform' yg selai itu. tapi suami tetap wangi... tetap hensem di mata isteri. ;)
terima kasih suami setia temani isteri… suapkan isteri mkn… jadi tangan isteri… sebaknya tgk suami kepenatan jaga isteri.


Selepas 3 hari terlantar di katil, petang hari ke-3 tu suami sewa 'porshe' bawak isteri jenjalan n mkn2 di sekitar 'hotel penginapan'… terkujat cik esah bila tahu tok laki saya jamu biniknya eskrem. doc kata takyah pantang! hahahahaa... best jugak laki jaga ni! :p 



Alhamdulillah... keluarga adalah pil tahan sakit paling mujarab.

terima kasih jugak makcik gonjeng kesayangan...

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."


Eh, baru tahu tak senonoh rupanya sakit apendiks ni. ;)


Monday, February 18, 2013

Saya ke Hospital Swasta bukan sebab saya kaya!!!


Assalamualaikum kesayangan...

Ingin saya kongsikan suatu pengalaman yg amat MENGECEWAKAN saya:

nak jadi cerita, saya suami isteri perlu membuat satu suntikan di bahu. saya pergi ke satu klinik swasta, doktor perempuan tapi tiada vaksin yg saya perlukan. saya tanya; boleh tak kalau saya dptkan vaksin di mana2 klinik dan buat suntikan di klinik tersebut. jawapannya boleh. k, setel.

ke klinik ke-2, doktor lelaki. suami saya buat suntikan di sini. dan saya minta beli vaksin sahaja (harga sama jer sama ada buat suntikan atau tidak tapi tak ape, saya tak kisah bayar extra janji aurat saya terjaga). bila ke kaunter; pembantu doktor tu tanya kenapa tak buat suntikan kat sini jer. saya cakaplah, saya taknak sebab doktor laki. pastu pembantu tu cakap: "doktor pakai glove la" - suami: "kalau cucuk kat tapak tangan boleh la kot" - pembantu tadi: "selak sikit jer" ... gulppppp

malas nak panjang cerita, saya beli vaksin itu dan terus ke klinik pertama tadi.
bila jumpa doktor (seorang HAJAH) utk buat suntikan dgn berbekalkan vaksin saya bawa tu. doktor tu tanya: "kenapa tak cucuk kat klinik bla2 tu jer?" - saya: "doktor tu laki jer ada. taknak ah!" - doktor hajah: "ala... cucuk kat bahu jer pun"

again, tersentak saya!!!
knape semua org ambil mudah tentang aurat dan sentuhan segala ni?!  apatah lagi dengan title hajah itu saya ingat doktor perempuan itu faham kenapa saya taknak cucuk di klinik doktor lelaki tadi. dan paling tidak pun, hormat keputusan saya dan bukan persoalkan kenapa!
 
ini bukan darurat, kita masih punya pilihan!!! 

dan ini bukan kes pertama... hal yang sama berlaku masa saya buat treatment to get pregnant sebelum ini. begitu juga bila saya terpaksa buat D&C bila keguguran. dipersoalkan kenapa sanggup berhabis beribu-ribu sedang ada klinik kerajaan yang jauh lebih menjimatkan. org fikir kita ni berduit... high class.. PLEASE... ini bukan pasal berduit atau jaga standard segala... ini tentang AURAT! semua ini adalah untuk memastikan doktor yang merawat adalah perempuan yang mana bila ke klinik kerajaan, kita tiada pilihan. kalau dapat doktor perempuan, bonuslah! tapi jika ditakdirkan doktor yang bertugas, pilihan apa yang kita ada? ya mungkin jika bernasib baik, kita masih boleh request nak doktor perempuan. tu pun kalau permintaan dilayan. jika tidak, terpaksalah tadah. oh NOOOOOOO!!! jika terpaksa bergolok gadai atau berkorban hal lain untuk ini, tak ape... saya rela! insyaAllah... ALLAH melihat dan akan membalasnya. 
 
wahai WANITA... buka mata dan hati... jangan MEMANDANG REMEH hal ini. 
AURAT kita MARUAH kita. MAHKOTA yang hanya milik suami.

 kita berhak untuk pertahankan HAK dan hal2 yg menjadi HAK MUTLAK kita!


sekian...






Friday, February 8, 2013

Tentang org punya raya gua pun nak raya... tentang tudung labuh ker tudung bulat ntah nya... tentang limau juga.

sekali sekala meroyan letak tajuk entry berjela cam best jugak. ;)


sebelum pergi kerja tadi, heret beg segala masuk boot kereta sesiap. 
habis kerja terus shoot balik kampung. giler gelabah sotong kan... 
cina yang nak raya tu pun relax2 jer kot. hahahaha...
 
kawan kata; 
raya aper jer ko tak semangat?! semua raya ko rembat. cina india raya 2 hari, ko berhari-hari!

eh kawan... india raya, gaya kerja lorrr... :p


1 masalah saya bila nak balik kampung atau ke mana2 jerlah... 
mesti segala benda nak bawak. ni nak balik 4 - 5 hari jer kot tapi 2 beg jugak.
ni pun puas termenung puas tapis ler ni...
end up, achik kata: takper, kita balik naik kereta.. bukan motor. 
oke! selesai masalah. :)





sekarang ni saya dah mula selesa pakai tudung labuh ker tudung bulat ntah orang panggil ni...
suami panggil tudung budak sekolah.
jujur cakap memula pakai, saya tak selesa. mungkin sebab bukan ikut saiz yang betul2 buat saya selesa. kawan bagi. *thank you siti aisya mzm! :)
yang saya pakai ni saya beli sendiri masa gi Majlis Ilmu kat Masjid Shah Alam. memula pakai saya rasa berdengung bila bercakap. hahhaa... 1st time kekdahnya kannn... 2 3 kali pakai... saya mula selesa. eh bukan, sangat selesa. InsyaAllah, saya berhasrat untuk tambah koleksi untuk 2 3 helai lagi. 



 berbalik tentang orang punya raya...
apa yang saya suka tentang raya cina adalah buah limau.
kegemaran! makan sampai lupa diri.
lepas tu boleh cuci usus tanpa bantuan teh orang kampung. hahahaa...

eh memang betul... saya suka limau ni.
cuma tahun ni saya tak boleh bantai kaw2 sebab demam+sakit tekak. :(

to my chinese friends:
GONG XI FA CHAI!!!


kepada yang x raya pon, confirm ramai menyebok nyer jugak (macam saya). hehehee...
yg balik kampung, semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamatnya... 


 





Wednesday, January 30, 2013

WordlessWednesday ~ Lepas Gian


SELAMAT PENGANTIN BURUK

Yea... finally ada gambar sanding2 untuk dikongsi.
 
Lepas gian. Saper suruh pakai seksi2 masa sanding 5 tahun 8 bulan 4 minggu 1 hari yang lalu.
sendiri tengok pun sendiri malu.

pesanan untuk kesekian kalinya:
adik2 yang belum berkahwin... pilihla pakaian yang tidak terlalu seksi atau berpakaianlah dengan konsep menutup aurat dengan sempurna di hari bahagia anda. jangan sampai satu hari nanti, kita sendiri yang segan tengok gambar sendiri. laju2 sorok gambar kahwin bawah katil. 
tidak mahu kamoo2 rasa kekesalan yang ku rasa.



# DAH TAK JADI WORDLESS WEDNESDAY ENTRY DAH NI... :p





Tuesday, January 22, 2013

Back to Campus Life... Futher study? Me?!


Bila tengok sahabat2 sambung belajar ambil master, PHD (bkan Perasaan Hasad Dengki erk!!!)... oh, saya sangat bangga dan gembira untuk mereka! muda2 lagi dah ada title Dr. you!! kagum memang sangat kagum! tabik spring toing-toing untuk sahabat2 saya... kamu-kamu mmg osem! :)

tapi bila sahabat2 tanya; "ko tak nak sambung belajar?"

saya ada jawapan pasti tanpa perlukan bantuan talian hayat pun!

jawapan kerek bangga tahap mintak penampor ialah: 
"tak kot sebab aku rasa aku dah buat yang terbaik masa degree dulu!" hahahhaaaa... lempang la... lempang laaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~ :p

hakikatnya malu nak ngaku otak dah berkarat, otak tepu tahap SR=1 
*budak awam yang ambil mekanik tanah, kalau tak ingat konsep ketepuan tanah baik takyah jadi engineer erk! hahahahaaa...

jawapan serius: 
sungguh saya ini tak bercita-cita tinggi... saya selesa jadi engineer cabuk tak berwawasan di syarikat kecil di pinggir kota (drama). selesa dengan keadaan skrg... masih bisa keluar pagi balik sebelum senja. malam masih punya masa untuk ke kuliah2 di masjid walaupun tidaklah hari2... masih banyak ILMU akhirat yg saya perlukan lebih dari ilmu duniawi. inilah bekal untuk dapatkan saham termahal sbg bekalan ke dunia yg tidak berpenghujung nanti...

kesimpulan;
saya memang nak sambung belajar... belajar ILMU FARDHU AIN...

eh eh ehhhhhh... saya juga sebenarnya nak sambung belajar...
nak belajar MENJAHIT!  ;)


Tapi saya tetap rindukan campus life. sehari di UTM Skudai selepas 6 tahun tahun meninggalkan tempat yang banyak meninggalkan kesan dalam hidup saya ini sangat2 menggembirakan! Dapat pulak buat lawatan bersama bff meng-UP kan lagi rasa happy nyer... terima kasih FAT... terima kasih ILA... rindu juga sahabat2 yang lain... semoga kalian semua baik sahaja...


sahabat... terima kasih untuk segalanya...
selalu ada untuk saya... 


dan kamoo...
hadiah terindah dari UTM untuk saya! lebih dari degree yg saya ada. 
:)









Wednesday, January 2, 2013

Say Bye2 to 2012... Say Hye2 to 2013 :)




2012 melabuh tirai say bye-bye... 2013 melambai-lambai say hai hai...

kebanyakan azam/target tahun baru diletak pada kesenangan dunia. tidak apa... mengejar akhirat tak bermakna kita perlu mengenepikan dunia. tapi jgn kejar dunia hingga lupa akhirat. 
bak kata; letak akhirat di depan mata... dunia di bawah dagu. 

dlm ghairah mencari kesenangan dunia, jgn lupa tujuan utama yg hakiki... semoga tahun baru masihi thn ini, kita azamkan untuk jadi a better MUSLIM/MUSLIMAH... mengamalkan Islam secara menyeluruh, bukan pilih yg mana kita suka...

mulakn dengan sekecil-kecil azam. contohnya:
azamkan tahun 2013 untuk banyakkan solat2 sunat untuk menampung kekurangan solat2 wajib 5waktu kita yg mungkin pernah terabai.
nak banyak mungkin tak dapat (atas kelemahan iman), kita mulakan dengan solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh, Dhuha dan Witir. 

jom kita buktikan dan usahakan sekarang! usah bertangguh lagi. jgn biarkan azam tinggal azam... kecuali yg bernama azam. ;)


~~~selingan~~~

On da way datang kerja...

isteri: "apa azam tahun baru abang?"

suami: "tahun baru abg dah start lama dah... abg guna tahun baru Islam." 

ngeheeeeeeeee... kena sebijik! rasa nak turun kereta jalan kaki ke ofis. :p
 

tak sabar meng-explore 2013 dan hari-hari mendatang...
specially 13.03.13 - date keramat yg kunanti untuk merealisasikan sebuah penantian.
pastinya akan menjanjikan yang manis2... terumatama bila ada KAMU dan kamu. :)



SELAMAT TAHUN BARU 2013 BUAT SEMUA... 
JOM TERUSKAN BERJIHAD, BUKAN BER-JAHAT. ;) 


#baru jer rasa cukup umo 29, malam ni dan masuk 30 la pulak... dah tua den ni...




Monday, December 24, 2012

Ucapan dari diri untuk Birthday sendiri :)



12 + 12 = 24 
campur & pusing terbalik jadi...
.
.
.
.
V

24. 12 . 12
ada apa dengan 24.12.12???

 mestilah ada sesuatu...

Alhamdulillah...
Hari ini 24.12.12; genap 29 tahun aku bertatih mencari cinta ILAHI. 
dengan perjalanan hidup yang bermacam fasa telah  ku lalui, syukur ya Allah...
 telah KAU panjangkan usia ku hingga ke hari ini dgn setiap hela nafasku adlh ihsan dariMU. 
malah, kau kurniakan lagi kebahagiaan lain untukku. 
jadi, NIKMAT apa lagi yg hendak ku dustakan?!
 
seiringkan pertambahan usiaku agar selari dgn pertambahan IMAN & TAQWA ku padaMU... 
tetapkan aku di jalan indah ini... jadikan ujian dan dugaan itu sebagai tanda CINTAMU padaku...
 
hampir setahun simpan niat nak puasa di hari kelahiran sendiri...
tapi bila Allah tak mengizinkan, siapa aku yg bernama WANITA utk menolak. huhuuu~~~



24.12.1983 - aku dilahirkan ke muka bumi ini melalui rahim wanita ini...
wanita yang ku panggil MA...
hari ini, genap 29 thn Allah meminjamkan beliau untuk terus berada di sampingku...
syukur tak terhingga ya Allah...
KAU panjangkanlah usianya dalam iman dan berikannya kesihatan yg baik 
serta semoga hidupnya dalam redha KAU sentiasa...



hadiah pertama untk birthday ke-29 adalah dari anak buah.
RM1 utk cikna sebab angah tak kerja lagi.
oh tacing lap air idung cikna.
rasa nak frame jer duit singgit ni!
#birthday angah adalah 31.dec! penutup tahun. hehee...



semalam birthday anak buah; Putri Alia.
hari ni makbuah lak menyusul.
memang ramai anak cucu cik esah termasuk cik esah sendiri lahir bulan 12.
5 orang semua! :)


LOVE my family!!!
oh, family dalam undang2 jugak!!! 


# TAK SABAR NAK MASUK 3 SERIES! :)







Monday, October 22, 2012

Saya dan FACEBOOK. Face it!

Assalamualaikum...
Salam isnin tanpa 'moday blues' buat semua...

hampir 3 hari tanpa Facebook buat saya terasa janggal...
bertahun tahun hidup serasi bersama Facebook.  
celik mata, fesbuk! stress kerja, fesbuk! nak tidur, fesbuk! makan aper, fesbuk!
kesimpulan, segala mak nenek benda lah nak citer dalam fesbuk...
tapi yang peribadi, luahan rasa tu memang dah jarang dah... sebab ALLAH KAN ADA! :)

tapi HADIAH dari suami, betul-betul memberi kesan mendalam pada saya...
menyedarkan saya tentang banyak hal dan perkara...
dan tanpa fikir panjang, saya membuat keputusan untuk DEACTIVATE akaun Facebook saya.
yer, pengorbanan terbesar saya sebagai FACEBOOK ADDICTED.

hakikatnya saya sedih...
sedih meninggalkan sahabat2 alam maya saya...
sedih meninggalkan sahabat2 lama yang berjauhan dan Facebook menjadi medium untuk kami berhubung...
sedih bila tak dapat berkongsi 'ilmu yang seciput' dengan mereka2 yang berminat...
dan paling sedih tak dapat baca status2 dari page islamik yang memberi suntikan dan semangat serta makanan rohani untuk saya...
sedih terlepas info majlis2 ilmu yang mana kebanyakannya saya dapat dari Facebook...

3 hari sudah cukup saya merasa betapa 'bermakna' Facebook untuk saya...

tapi...
 3 hari ini saya tenang...
bebas dari subahat kemaksiatan... 
bebas dari membaca status pasangan kekasih yang tanpa segan silu mengungkap rasa cinta di wall...
bebas dari melihat gambar2 pasangan bercinta berpegangan, berpeluk tanpa rasa malu!
bebas membaca status2 yang hanya tahu 'mengondem' orang sana sini tanpa cuba muhasabah kekurangan diri...
bebas dari status yang hanya meluahkan ketakpuasan hati tentang banyak hal dan perkara.
status berbaur lucah dan kesat!

yer...
saya tenang dari melihat kelaraan dunia yang dibanggakan tanpa rasa bersalah...
saya tenang dari berprasangka buruk pada orang...



tapi lagi...
banyak urusan saya terbantut...
urusan jual beli saya yang mana mereka memilih FACEBOOK sebagai mediumnya...
urusan TUDUNG LABUH PROJECT saya...
dan urusan dakwah saya yang sebelum ini saya memilih FACEBOOK sebagai medan utamanya...

duduk berbincang dengan suami...
suami kata FACEBOOK itu ada baik ada buruknya...
pilih yang BAIK, BAIK HASILNYA...
pilih yang BURUK, BURUK HASILNYA...
BERKONGSI yang berguna...
guna dan manfaatkan kemudahan yang ada untuk perkara kebaikan...

hasil dan solusinya...
saya memilih untuk meng-AKTIFkan semula akaun FACEBOOK saya...
dengan kondisi yang berbeza...
dengan misi...
MENCARI PAHALA... BUKAN DOSA...

mungkin pada setengah mereka, saya propa dan bikin statement...
hakikatnya, saya manusia biasa... 
ada masa, jiwa saya rapuh dan bertindak di luar rasionalnya...
bila hati terluka, saya ingin lari jauh dari puncanya...
sedangkan saya ada solusi untuk menanganinya...


hadiah dari suami ini banyak memberi kesan kepada saya...
kamu-kamu harus punya satu! :)









Tuesday, October 9, 2012

Kehilangan kedua... tabahlah wahai hati... :(

Pena menulis tentang rasa...
rasa yang temannya rasa di kala ini... yang pernah aku rasa...
sela masanya tak lama...
temanku merasa di kala aku belum lupa tragedinya...
rasa HILANG... MERINDU walau tak pernah BERJUMPA...
dari segumpal darah... ditiup roh dari SANG PENCIPTA...
memberi erti yang sangat besar buat pasangan suami isteri yang bercinta...

buat si ibu menyulam rasa yang seribu rasa...
ada khalifah kecil di rahimnya...
setelah bertahun menanti pewaris cinta...
ya ALLAH... tak terucap rasa seribu rasa itu dengan kata...

tiba masa...
Allah kata si khalifah kecil masih belum sedia...
... belum sedia untuk dilahirkan dan memikul tanggungjawab sbg khalifahNYA...
maka kepada Allah kembali dia...
buat si ibu menangis walaupon dalam redha relakan pemergiannya...
ya, tahu tak bagaimana menerima dengan redha apa yg ditentukan oleh Allah tapi air mata tak juga berhentinya...
mencurah curah tanpa henti walau berkata "aku terima ujianMU dengan lapang dada..."

Ya Allah...
besarnya aturan yang KAU rencanakan...
memberi kami nikmat rasa menjadi ibu walaupon untuk beberapa ketika sahaja...
memberi harapan kepada kami yang kami mampu menjadi ibu sebenarnya...
cuma waktunya belum tiba...
tak pernah timbul sekelumit kecewa dan putus asa...
KAU maha tahu apa yang terbaik untuk kami...

Ya Mannan...
jadikan dugaan dan ujian buat kami semakin dekat denganMU...
semakin mengenaliMU...



buat sahabatku NEENA...
bertabahlah wahai sahabat...
Allah menduga orang2 yg DIA sayang...
bertuah kita menjadi orang2 yang diuji tanda kecintaanNYA...
LOVE U LILLAHI TAALA...






Thursday, September 13, 2012

Banyak tentang... tentang shabat baru... tentang abg si mangsa eksiden... tentang sebuah album... segAlanya bergaul buat saya sgt berEMOSI!

Pesanan penulis:
Tulisan yg sedikit berat... jangan baca kalau anda taknak berjangkit penyakit kaya emosi seperti saya...

bermula malam tadi...
saya bertemu seseorang atas urusan bisnes. bukan bisnes juta2... tapi bisnes puluhan ringgit jer. hiks! oh, INACHIC Hijab jadi medium untuk saya menambah kawan. dah jmp takkan saya hai2 bai2 jer... amik peluang jd kan customer sbg sahabat saya. dan bila dgr serita dia, saya sebak sangat2! dia buka mata hati saya utk terus rasa bersyukur dgn apa yg ALLAH bagi untuk saya. ALLAH dah bagi TERLALU BANYAK utk saya! yer, bila rasa kita kekurangan, pandang sekeliling dan kita akan rasa, oh... beruntungnya saya. sahabat baru... kamu sangat kuat dan saya doakan kamu terus kuat!
# untuk sahabat baru saya, saya tahu kamu baca... dan ketahuilah kamu, saya ikhlas jadi kawan kamu... saya nak terus jadi kawan kamu... temani kesunyian kamu... berjalan bersama mencari cinta ILAHI bersama kamu. sungguh! izinkan saya bahagiakan dan memberi sedikit warna dalam hidup kamu... dan saya sgt2 bahagia jika saya mampu memberi sedikit sinar dlm hidup kamu. ***oh, air mata saya menitik atas keyboard...


pagi pula...
on da way gi kerja... saya tgk ada motor eksiden. eksiden sendiri... mungkin licin sebab jalan berlumpur. ada beberapa orang sdg menolongnya. orgnya masih di situ dan saya boleh nampak jelas muka abg si mangsa eksiden yg sdg kesakitan dan pucat lesi sampai bibir dia dah sama kaler ngan warna kulit mukanya yg agak putih. saya sgt sedih! sampai suami saya kata: "cemana nak gi somalia ker... rohingya ker... tgk org eksiden dah nangis... gi rumah anak yatim esak2 sampai kluar hingus dan taknak makan sampai kebulur..." suami... isteri kamu mmg cengeng. ... bukan, saya kaya emosi!


masuk office lain ceritanya...
hanya kerana melayan sebuah album perkahwinan, saya berEMOSI lagi... sebak sangat... tanpa sedar air mata bertakung. sebelum menitis, saya letak tisu sbg penebat! apa kena dgn kamu wahai Azlina... tapi macm nilah... kamu2 lihat sendiri gambar2nya dan caption di setiap gambar. bagi saya, sangat menjentik rasa. tentang pencinta yg menahan gelodak rasa dan bahang cinta sesama manusia demi menjaga CINTA ALLAH. dan akhirnya CINTA ALLAH mengizinkan mereka bersatu dan meniti hari2 bahagia cinta halal yang sangat menginspirasikan. subhanallah... saya kagum sangat!





ceritera cinta tentang indahnya CINTA BERSYARIAT... 
saya doakan Hilal Asyraf(Official) & zaujahnya (Tengku Masyitah) bahagia sampai jannah. dan kalian, jika sudi, doakan saya dan suami juga. biar cinta dan kasih sayang mendorong kita ke syurga...
#buat adik2 yg ghairah bercinta, bersabarlah... tahan gelodak jiwa... Islam membataskan sebab taknak kita terbabas dan merasa nikmat CINTA HALAL yg sgt indah...



buat mr zauj (suami) saya... jgn panggil saya isteri lg... panggil saya ZAUJAH syg... ;)
#terus feeling sesama berkejaran berpegangan tangan di kebun bunga, mengutip bunga lalu kau selit di telingaku...  tetiba, auch! aku digigit kumbang gila. lalu tersedar ku dari lamunan dan rupanya itu angan gedix semata! :p


SEKIAN cerita EMOSI saya...
seorang wanita berbadan sasa berhati tisu... kaya emosi juga air mata... :)







Friday, August 10, 2012

Perkongsian 'setahun' yang indah...

Assalamualaikum wahai kesayangan...
semoga redha Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita...

Sudah di 21 Ramadhan kita...
Dalam kesibukan orang buat persiapan raya... hati saya seperti dibelenggu rasa sedih... sayu...
Ramadhan akan tinggalkan kita... pasti saya rindukan ketenangan bulan Ramadhan yg tidak saya dapat di bulan2 lain. pasti tidak lagi mampu saya melihat masjid penuh dgn jemaah...

mood untuk buat persiapan raya pun tak semenggah mana... tak seperti tahun2 sudah. kali pertama saya tak teruja nak dengar lagu2 raya. kalau dulu2, sekarang ni ring tone henpon pon dah lagu raya ni... ;)


Dan 21 Ramadhan adalah tarikh keramat yg akan saya kenang hingga jasad kembali ke tempat asal kejadian. hari ini genap setahun 'perjalanan' baru saya mengikut kalendar Islam. masih segar di ingatan... di kala ALLAH memberi 'rasa' itu saya dalam kejahilan tentang banyak hal. saya sangat takut untuk memulakan langkah. takut (sangat takut sebenarnya) tak mampu nak istiqamah dan bimbang hati berbolak balik. tapi dalam masa yg sama... saya taknak persia 'hadiah' yang ALLAH bagi. bimbang takkan ada lagi hidayah dan petunjuk dari Allah dan akhirnya saya berterusan 'merasa baik' walau hakikatnya terlalu jauh dengan syurga... nauzubillah... 
akhirnya saya nekad... nekad mulakan langkah. nekad untuk tidak mengaku kalah sebelum berperang!

Tapi Alhamdulillah... ALLAH bantu saya. hadirkan insan2 hebat untuk membimbing saya...
Suami, kamu yang paksaku gagahkan kaki ke masjid walau keterpaksaan waktu itu. kerana paksaan itu, aku melalui satu detik yg tak pernah aku bayangkan. suami, kau imamku yang mencintaiku setulus hatimu dan aku tidak mahu cita2 mu ke syurga terhalang kerana dosa2ku... aku isteri yang harusnya mendorongmu ke syurga bukan memberi saham dosa untukmu setiap hari. atas kesedaran dan cinta yg mendalam buatmu, aku mula mengerti yang cinta kepada ALLAH akan meraih cinta sesama manusia. terima kasih suami kerana cintamu membawa aku dekat dengan ALLAH... *menaip sambil lap hingus T__T

dan Boss di tempat saya mencari rezeki juga adalah merupakan insan penting dalam perjalanan saya. di kala saya jahil tentang aurat, dialah yg fahamkan saya. masih ingat tragedi pagi yg emosi, di kala saya perlukan teman untuk luahkan apa yg saya rasa... perlukan tunjuk ajar cemana nak bermula, boss adalah 'teman' itu. terngiang pesanannya: "azlina pakailah stokin... ramai orang terlepas pandang. dan stokin tangan pun perlu sebab nanti baju kurung (saya pakai baju kurung masa tu) ni senang tersenteng." dan dia tidak pernah lelah berkongsi ilmunya. printkan doa, zikir, ilmu2 lain... juga copy-kan ceramah2 dan letak dalam folder pc saya... hadiahkan buku... cd... oh, banyaknya jasa boss! terima kasih boss atas rezeki dunia dan bekalan akhirat. *terima kasih juga utk cuti raya yg panjang tanpa dipotong cuti tahunan. boss sgt osem! :)

bila saya mula pandai menyusun tapak walaupun langkah masih pincang... saya ditemukan dengan bulatan gembira. Ustazah usrah pula menjadi tempat rujukan. mengajar tentang bersahabat dan menyayangi kerana Allah. terima kasih Ustazah Zaimah Yaha... juga rakan2 usrah yg lain... tak lupa buat sahabat2 saya juga... 

Inilah setahun yang paling hebat dalam hidup saya! tak pernah saya bayangkan indahnya hidup bersyariat. dan memang benar, bila kita mengejar akhirat, kita akan dapat dunia nya. urusan hidup saya semakin dipermudahkan. ya ALLAH syukur atas segala nikmat rasa yg KAU bagi ini...

Dan saya kongsi perjalanan saya bukan sebab saya berbangga... jauh lagi untuk riak atau tunjuk baik. saya akui, masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki...
tapi saya kongsi sebab saya ingin semua sahabat2 saya rasa keindahan dan ketenangan yang saya rasa.. dan impian saya besar... saya nak sahabat2 saya hari ni jadi jiran saya di syurga jika diizinkan Allah... atas impian besar itu, saya ingin bersama2 berjalan bersama teman2 di dunia ini mencari jalan redha ILAHI.

Di kerendahan hati...
jika sudi, doakanlah semoga saya terus istiqamah, terus diberi kekuatan untuk bermujahadah mempertahankan hidayah yg Allah bagi dan terus diberi kesedaran jihad utk berkongsi ilmu yg seciput. 

akhir kata untuk rasa yang tak terungkap dengan kata,
segala pujian dan sujud syukurku hanya padaMU ya ALLAH...




aku mengenal cinta ILAHI dari cinta seorang ADAM.
 Di hujung doa...
"ya ALLAH, izinkan aku menjadi ketua bidadari buat suamiku di JannahMU..."



Cinta itu sumber kekuatan untuk memperjuangkan iman dan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat bahkan ke seluruh dunia. Cinta itu kuasa kerana ia terletak di dalam hati – raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri. - Pahrol Mohd Juoi.

Sunday, July 8, 2012

Sabtu paling gembira dlm masa 11 hari! :)

Heiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... ready to go out!

semalam saya dah berjaya kluar gi mall di hari ke-11 berpantang. 
shhhhhhh~~~ jgn report cik esah please! semalam cik esah xder, ke luar bandar atas urusan tertentu (wah, mak den dah gaya menteri luar bandar u!)... so, per lagi! jom kite seludup kluar! hahahahaaa...
bukan aper, dah lebih 2 minggu tak soping buat saya rasa nak meroyan! :p

bercinta dalam kereta :)

lauk berpantang di hari ke-11.
mild jer?! dahlah xleh mkn sos nandos pedas berapi tu... seb baik iman teguh! :p

 yer yer... no ice! 
cik esah dah bagi amaran keras jgn minum ais! baik! saya menurut perintah! 


ya ampon... juling 360 darjah bijik mata tgk tag sale!
tapi bayangkan... diberi masa dlm sejam setengah utk shopping dgn jalan pada kelajuan siput vavik. 
oh! sgt mencabar jiwa raga... 

target 1: saya nak beli baju. x dpt sepasang, 2 pasang pon jadilah! ;)
tapi saya tak beli baju ni, baju ni buat saya nampak gomok. oh bestnya, leh salahkan baju!!! lallalalaaa~


saya suka tapi achik x suka. bleh dia ckp saya nak berlagak muda kalo beli sandal ni. 
helllloooooooo~~~ ai mmg muda lg k! dia yg dah 3 series, nak heret kite skali plak! :p

double triple jatuh cinta tapi bila tgk harga, terus rasa nak nyanyi  lagu 'semangat yg hilang' kuat2! ohhhh... nak beli sandal memahal ni x sampai hati sket. bak kata achik: "ala... nak wak pijak taik ayam jer pon!" eeee... slekeh nyer laki! 

finally... capai kata sepakat.
dah lah ambil display nyer. dah xder saiz kekdahnya. blasah la labu...

azlina adalah gembira! Alhamdulillah dan syukur atas segala nikmatMU ya Allah...
#abaikan double chin... nanti saya fikirkan solusinya! hehehhee...




#lama giler x post entry ala2 poyo cenggini. harap dimaafkan. ;)