Wednesday, February 29, 2012

Hadiah terhebat di tahun 2012



Thanks sayang...
hadiah paling bermakna di ambang tahun ke-5 perkahwinan kita...

sbg ganti Quran hadiah hantaran yang kita dah bagi kat MA sebab kammo kata, hadiahkanlah benda yg paling kita sayang kepada orang yang kita sayang... jadi bila MA kata berkenan kat Quran hantaran kawen kita tu, kammo kata: "bagi jer... nanti abang belikan baru untuk bie..." pantas kita cepat masuk dalam paper bag dan bagi MA... MA happy sangat. kita pun HAPPY jugak sebab buat MA happy... dan kita lagi HAPPY sebab kammo ganti dengan yang baru yg lagi membantu...



Alhamdulillah, Mushaf tajwid berserta terjemahan ni banyak membantu bacaan kita...
takder la garu2 kepala takde kutu kompius kat mana dengung... kat mana dipanjangkan bacaannya dengan harakat yang betul... dan tajwid2 yang lain...
dan lagi best sebab ada terjemahan siap...

Adalah jelas bahawa kedua-duanya sangat penting kepada umat Islam sebagaimana sabda Baginda sendiri yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunahku.” (Riwayat Imam Malik) 
Jika air dan udara diperlukan manusia untuk hidup di dunia, al-Quran dan sunah pula diperlukan manusia untuk menghidupkan hati agar penuh dengan keimanan.

Tanpa panduan dan pegangan daripada al-Quran dan sunah, maka matilah hati seseorang itu dan hiduplah dia dalam kekufuran serta dalam kegelapan baik di dunia mahupun di akhirat kelak.
sumber: Hati Mati tanpa al-Quran
 

WordlessWednesday | 29Feb12 ~ Pandangan & Hakikat




Sekali pandang cam gambar da making of baby ;)
hakikatnya... ohhhhhh~~~ ada gambar baby yg sgt gebu!
Subhanallah...


korang nampak tak?


Tuesday, February 28, 2012

PAVLOVA vs ROTILOVA

 

 (gambar adalah belas ehsan pakcik GOOGLE)


sini sana situ duk tayang PAVLOVA skrg...
meroyan mak tau! tgk kemain tempting lagi... mungkin sebab buahan  gojes kat atas tu kot...

pastu duk bayang2... cemanalah rasanya yer? kena ker ngan selera aku very da village ni?!

kawan kata manis... tapi diseimbangkan dengan rasa masam dari buah2 tu...
aku kalo manis2 tak baper nak terima sket. tapi memang punya lah meroyan nak rasa...

sebab dah x tahan sangat... makanya.... jadilah


|
v




ROTILOVA! 
hehehee...


roti disapu planta dan kaya, dibakar seketika... dan ditabur manggo.
makan sambil bayangkan sedang mengunyah PAVLOVA.
ohhhhhh~~~ sedapnya PAVLOVA... eh eh ehh... ROTILOVA saya...

sebab sedap, tak cukup sekeping. masuk dapur n buat lagi 2 keping.  
tapi dah malas nak dadukan mango, maka potong sekeping2... gulung dan ngap!
burpppppppp~~~ makan tanpa offer kat laki takut kena kutuk! muakakkakakaka~~~



Sunday, February 26, 2012

Tentang perjalanan wanita yg bukan bernama NUR HIDAYAH


Wanita solehah itulah yang cantik kerana kecantikan itu terletak pada BUDI, bukan BODY... #RT: Wardina Safiyyah OfficialPage


sape setuju sila senyum manis tanpa nampak gigi geraham bongsu.
oh, ramainya rakan gojes yg tersenyum manis begitu... loikeeeee! :)

Duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...
saya (mood gedix tukar ganti nama AKU kpd SAYA) tak pernah berfikir akan jadi seperti seadanya saya hari ini. sebab saya rasa, tutup aurat tu cabaran terhebat bagi seorang wanita. cuma mampu memandang dan meletakkan wanita yg menutup aurat itu di satu level yang tinggi sambil tabik spring toing2 kerana mereka dianugerahkan IMAN yang amat hebat pada pandangan saya. yer, saya kata saya tak mampu tanpa berusaha untuk mencuba! kesian sangat dengan diri sendiri. mengaku kalah tanpa berusaha untuk berjuang. bukan kena angkat machine gun atau baling bom atom lawan dengan raksasa cam dalam citer otomen pun... cuma perlu fight dengan nafsu sendiri sahaja... :(

Satu hari... di sepuluh hari terakhir bulan puasa 2011...
Allah mendengar doa saya... doa nak jadi muslimat yg 'cantik' di matanya... is it HIDAYAH?! tak tahu... btol, sumpah tak tahu! blur! tapi rasa itu berbelah bahagi. rasa yang datang sepintas di kala saya rasa saya belum cukup sedia sepenuhnya. belum cukup kuat nak tinggal mekap MAC yang baru ditambah koleksinya... tak puas lagi pakai perfume Dior Addict To Life pemberian suami dan few perfume koleksi kesayangan... tak sanggup nak tengok jer beberapa dress dan baju baru dibeli yang tak sempat nak pakai pun lagi... cemana ngan baju2 raya saya yang merelip lip lap lip lap anak mami tu??? cemana kalau perasaan nak berubah ni sementara jer? ya Allah... saya takot sgt! sumpah saya di lema... tapi saya diingatkan dengan satu ayat dari al-Quran (lupa surah apa):
"Di kala kamu diberi hidayah, janganlah kau berpaling lagi kerana tidak akan ada hidayah yg seterusnya..." (ayat sebenar saya lupa tapi maksud nya kurang lebih).

bila ingat ayat ni... saya jadi takut. takut tidak akan ada lagi HIDAYAH untuk saya biarpun nama saya ditukar dari NOR AZLINA kepada NUR HIDAYAH... :(

Makanya...
saya mencuba! mencuba sehabis baik... biar saya menangis kerana kalah dari saya diselubung rasa menyesal satu hari kelak kerana saya tak berusaha untuk berjuang. saya mulakan step pertama: tinggalkan baju2 'jahiliyah' saya. saya clear wardrobe saya... akhirnya; hanya tinggal beberapa helai baju kurung yg kalerful. ohhhhh... baru sedar saya sangat jahil!
saya sarungkan baju kurung yang hanya saya pakai sekali seminggu di hari Jumaat di pagi Isnin... dipadan dengan shawl yang saya labuhkan di dadabadang. rasa baru menyelinap ke urat saraf: COOL! TENANG! SELESA! saya rasa saya buat pilihan bijak!

Dan kammoo tahu sayang2 sekalian??? mesti tak tahu. its oke, saya bagitahu...
suami ajak saya shopping bila saya termenung depan gobok baju yg kosong... biasa saya kena wak muka menggoda (la sangat) untuk ajak dia shopping tapi kali ni dia offer saya shopping dengan tajaan sepenuhnya tanpa sempat nak tunjuk skill menggoda pun! tapi kali ni saya tak ajak dia shopping di kedai2 kebiasaan saya pergi... tapi saya ajak dia pergi kedai jubah. dan dia belikan saya lebih 10 pasang jubah baru! oh lupa, beberapa shawl baru jugak. eh eh ehh... stok stokin dan stongan yg boleh pakai selama seminggu tukar hari2 juga! ada lagi... kasut baru juga... kammo rasa itu tak cukup menggembirakan ker kesayangan? laki support kammmooo shopping bukan sekadar moral support, tapi beserta sokongan kewangan yang tak berbelah bahagi! Sumpah menggembirakan!

Sekarang...
saya mula tersenyum melihat koleksi2 baru dalam wardrobe lama. ada bakul tabungan stokin dan stongan. mula explore fesyen2 baru (bagi saya). koleksi baru yg sangat ajaib sebab semua lemak terus pandai menyorok. ohhhh~ boleh makan tanpa rasa susah hati cam biasa sebab takut baju x muat! experience yg sangat best. dan, sekarang tak perlu termenung depan cermin nak pilih kaler eye shadow. bebas sindrom2 separa migrain bila lilitan shawl tak menjadi! hehehee... seronok!

Dan part paling mengujakan...
saya dapat kekuatan dan confident yang baru! sumpah osem!
kalo dulu saya tak boleh keluar tanpa mekap sebab saya rasa saya cam kembar mak lampir bila tanpa mekap. saya rasa saya tak anggun tanpa bauan yang wangi dari perfume yang berjenama... rasa sofistikated (tgk, eja sofistikated dgn betul pun saya dah tak pandai! :p) dengan baju gelobos besar sampai ramai kata saya sedang pregnant (amin).
saya dah berani mencabar diri sendiri melangkah berani tanpa mekap sebab saya percaya wajah yang cantik bukan pada kaler2 mekap tapi dari hati yang bersih... wajah yg selalu sujud padaNYA... dan cantik dan sophisticated (baru pandai eja) itu bukan baju yg menunjuk BODY, tapi BUDI.


Sekian, dari hati saya semata...
tiada kena mengena dengan orang lain samada yang hidup atau mati. juga tiada kena mengena dengan wanita bernama NUR HIDAYAH.

cubalah... kammo pasti rasa osem! menutup aurat tu tak sesusah seperti yang kita sangka...

penat nak baca karangan berjela? oke2... saya wak  kesimpulan ringkas tak lebih dari 50 perkataan:
Wanita solehah itulah yang cantik kerana kecantikan itu terletak pada BUDI, bukan BODY... #RT: Wardina Safiyyah OfficialPage
~> Menutup aurat itu sumpah osem! wardrobe dipenuhi baju, tudung, jubah, stokin, stongan bla3 baru... jgn risau, suami akan support keje2 shopping anda! the best is, felt a step closer to ALLAH :)
u go gurl!!! u can do it! n do it for pleasure of ALLAH...




Friday, February 24, 2012

Cara kita mungkin tak sama...


Dalam pelajari Islam & kebaikan,
manusia itu berbeza-beza jiwanya...

Ada yang suka bertanya & mengetahui bab hukum beserta dalil & kata ulama,
ada yg suka santai serta humor,
ada yang suka bentuk novel,
ada yang suka secara akademik lagi berfalsafah,
ada yang suka sederhana ringan & berfalsafah,
ada yang suka kisah tauladan sambil mendapat pengajaran...

Justeru...
mainkan peranan kita di sudut yang kita mampu utk membawa ilmu Islam kpd masyarakat.
Tiada perlu mengkritik, mencela & merendah cara yg lain dari kita.
kecuali jika padanya terdpt KESESATAN yg TIADA KHILAF.

Dan kita juga...
pilihlah cara mana untuk mendalami Islam...
asal kita berusaha memperbaiki kelemahan iman kita...

Cara kita mungkin tak sama...
tapi insyaallah... kita punya motif dan hala tuju yang serupa...
moga kita jadi jiran 'di sana' jika diizinkanNYA...






PROGRAM HARI MUAMALAT Masjid Al-Khairiyah, Sri Gombak (Jumaat, 24Feb12)



Aku tertarik untuk share pasal program ni sebab bagi aku pengetahuan tentang kewangan Islam itu WAJIB! kerana dari duit ni lah jadi darah daging kita. biarlah kita bagi keluarga kita rezeki yang HALAL dan TOYYIBA. bebas dari riba segala...

So, kalau ada persoalan dan asyiklah duk bertekak pasal ASB dan segala mak nenek saham, mari kita cari pencerahannya. pasni, kalo orang ajak ko debat... ko ajak dia pidato! :p

Kepada kaum lelaki sbg menteri kewangan keluarga, boleh dengar Tazkirah dan Khutbah Jumaat oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (alaaa... www.zaharuddin.net tu....). bagus wei dia bagi ceramah... memang clean n clear! :)

Selain ceramah dan forum, beberapa syarikat menyertai pameran sempana PROGRAM HARII MUAMALAT ni.





KEWANGAN ISLAM SUATU KEWAJIPAN BUKAN PILIHAN!


kite seranggggggggggggggggggggggggggg!!! 



Thursday, February 23, 2012

Sejauh mana KEWAJIPAN berSTOKIN bagi wanita?



Situasi 1:
Di rumah sendiri dalam acara makan2 secara berjemaah bersama kaum kerabat tercinta.
Dijemput adik beradik ipar duai mak sedara pak sedara & sepupu sepapat... ibu tercinta tak lupa :)

sepupu (gegel) : "u memang suka pakai stokin dalam rumah erk? sejuk ker?"

monolog hati: nak jawab yg betul ker... nak bagi jawapan selamat nak jaga hati? oh, berkata yg benar itu adalah lebih baik!

saya : "kan ada adik ipar i... abang ipar i... mereka tu kan bukan mahram i. so, i wajib tutup kaki."



Situasi 2:


Bersuka ria bersama keluarga di pantai... orang main ombak, takkan nak tengok jer?! itu giler oke! harus berlarian kejar ombak bersama!!! ohhhhh nikmat berganda di situ...

tapi ada mata yang memandang kepelikan...
"gilo apo pompuan ni berkejaran di pantai dengan lengkap berstokin bagai!"

aku tak kisah stokin basah... modal 5 hengget cuma! 


Situasi 3:
Bila balik kampung, ada ipar duai yang lelaki... so, masa ni kompius... kena pakai stokin all the time ker? sedangkan kita kena masak... kluar masuk jamban...

___________________________________________________________


2 situasi di atas dialami oleh penulis (ayat skema).
jadi, mari kita sama2 kupas dan carik pendapat yang arif dari wak bijak cerdik sesuki hati sendiri...

Ustaz Azhar kata tak wajib pakai stokin tapi wajib tutup kaki!
mung nok pakai stokin ker... mung nok pakai kasut phua chu kang ker... terpulang, janji tutup kaki! heeeee~~~


Dalil yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


Tapi,
Pendapat daripada yusuf Qardhawi (Fatwa ke-19).. aurat pada bahagian kaki dan pergelangan tangan merupakan sesuatu yang ada rukhsoh atau keringanan (ref : ad-Durul Mantsur oleh as-Suyuthi).  stokin kaki/ stokin tangan bukanlah menjadi kewajipan sekiranya kita berada dalam rumah yang 'ghalid' bagi kita menguruskan rumah tersebut. cthnya keperluan mengurus dapur, memasak, mencuci pinggan mangkuk, juga keluar masuk bilik air untuk mandikan anak/ basuh berak kencing anak, dan apa sahaja tugasan harian kita di rumah, maka dibolehkan kita menampakkan kaki dan kadar segenggam pada pergelangan tangan. (fatwa yusuf Qardhawi)..  bahkan pada zaman Rasulullah pernah sahabat menegur wanita yang berniaga di pasar kerana ternampak bahagian lengannya ketika menguli tepung, tetapi Rasulullah membenarkannya kerana keperluannya menyinsing sedikit bahgian lengan untuk perkerjaannya. (al-Majmu', 3: 167-168) dan dalam website ustaz zaharuddin.net juga ada menyebutkan tentang dibolehkan menampakkan pergelangan tangan/kaki pada sesetengah keadaan yang aman daripada fitnah.

Jadi, tak perlu berstokin kalau ke laman rumah sendiri atau ketika sekali-sekala pulang ke kampung ibubapa yang turut disertai ipar-duai (cth: bermalam di kampung) pada musim cuti sekolah dan lain-lain.

WALLAHU'ALAM...


 BERSTOKIN ITU TIDAK WAJIB... TUTUP KAKI YANG WAJIB sebenarnya...



#Jangan memudahkan cara untuk menghalalkan cara. buat sehabis mampu...
jika tak mampu, akui itu kelemahan iman kita...
dan semoga Allah mengampuni dosa2 kita...

Boleh utarakan pendapat atau info untuk perkongsian bersama...
semoga ada pencerahan buat aku yang masih bertatih ini...


Sendiri sentap... sendiri pujuk...

Lidah dan gigi lagi kan tergigit...
inikan plak laki bini...
kena plak bini di ambang panggilan bulan.
ya amponnnn... nyampah plak ngan diri sendiri yang asek nak sentap jer...
sungguh tah hape2...
jangan salahkan aku... salahkan hormon yg tidak stabil.

ko rasa logik ker nak sentap gara2 tunggu laki belakang Al-Helmi (kedai mamak depan ofis aku) tapi laki tunggu depan Al-Helmi! kalo jalan tak sampai 20 tapak kalo jalan cam kingkong... adoyaiiiii~~~ salahkan hormon lagi! :p

so bila dah sentap, tarik muncung panjang2 cam bleh sangkut smart tag.
masa ni ko xyah la cakap ape... aku membisu cam orang bisu.
ehhhh... kira oke dari aku ngamuk terjun kete kan?! hehehehe...

dah balik rumah...
rasa berdosa tu tak terbendung la plak. terus nangis kuar air hidung segala.
makin tak faham ngan diri sendiri!

salam dah... mintak maaf dah... tapi tetap rasa bersalah.
oke, bagi surat cinta buat suami! ekspresikan CINTA buat kekanda :)
cepat2 bangun dari katil nak sediakan 'surat cinta' buat suami menyambut kepulangannya dari masjid.


Ini 'surat cinta' buat pemakan tegar...
oke, menjadi!!! ;)


LOVE YOU rumet!



#mood kedaung kan bila terkena panggilan bulan ni kan???

Tuesday, February 21, 2012

Oke, saya tak BENGANG!

Situasi: 
mengePOSLAJU beberapa bungkusan di sebuah Pejabat Pos
(x kan balai polis plak kan...)

Day 1:
datang bersama beberapa helai pakaian untuk dipos tanpa dibalut sebab dulu ade plastik utk pos laju. so, bleh sumbat dalm plastik gitu jerla harapannya. sekali datang: plastik tu hanya untuk mereka2 yang ada kontrak dengan Pos Malaysia.
~> oooo ok, berlalu ngan hampa. maka menggagau carik kedai2 untuk membeli kertas minyak untuk membalut. pastu tetiba pikir, rajin ker aku nak membalut segala ni? so, solution: beli envelope besar (rm1 sekeping). dah, abes citer!

Day 2:
proses timbangan dilakukan. oke tu tak heran. yang heran dengan bayaran posnya:
  • bayaran pos   = rm 5.50 
  • cukai              = rm 0.42 (6%)
  • surcharge       = rm 0.83
  • value added   = rm 0.55
cuba lihat, berapa banyak kos tersembunyi!
cukai lain... surcharge ntah utk hape... value added paling tak faham!!! 

oh... tak cukup ngan income tax tahunan... roadtax... tol segala...
perkhidmatan sebegini pun dikenakan perlbagai charge tambahan?!
oh tak ape tak ape... rakyat kan kaya raya...
berapa sangatlah cukai segala tu...

sayang Malaysiaku gemilang dan terbilang yang harmoni! ;)


Monday, February 20, 2012

Wanita perlukan LELAKI KUAT!

Wanita memerlukan LELAKI yang KUAT sebagai pendamping hidupnya ♥ :) 

Adakah LELAKI yang KUAT kerana mempunyai tubuh yg sasa?
Adakah LELAKI yang KUAT kerana mampu mengangkat beban yang berat?
Adakah LELAKI yang KUAT kerana menjadi hero bagi dirinya? 

BUKAN >_<

Tetapi , LELAKI yang KUAT adalah kerana... 
MAMPU bangun di subuh hari untuk menunaikan SOLAT SUBUH BERJEMAAH..^_^


 
 Terima kasih suami sebab jadi LELAKI KUAT itu!
Kammoo SUPERMAN kesayangan kite! 


# baru dapat surprise eskrem tutti fruitti dah hover jiwang kan...
cer bagi surprise jongkong emas seketui... fengsan tak bangun bangun aku rasa! 
hahahahaha...





Yang simple tu terkadang romen-tik jugak! :)

Ahad malam isnin...
ada tugasan as bibik gojes yg paling tak best! 
ya amponnn... sumpah malas wei...  tapi takde pilihan... 
rela dalam keterpaksaan atau ko menjatuhkan kredibiliti as isteri solehah dengan membiarkan suami gi kerja ngan baju komot macam dimamah lembu gila (tak gila ker namanya tu... lembu mkn rumput, bukan baju!)...

laki ni poyo kan... sebelum kawen pandai jer gosok baju sendiri. selisih tepi pun boleh luka sebab 'side' kemain tajam. dah kawen... boleh jawab: "abang tak pandai iron baju..."
eeeee... sepak bunt** kang! :p

dalam mengomel tu... tangan tetap hayun iron laju2... 
#kurang pahala wak keje sambil merungut! not good yer kesayangan... :p


malam tadi...
dah kul 9.30 mlm... kenapala mamat ni lambat benor balik dari masjid ni... biasa masa ni dah sampai rumah. tetiba ktung ktang ktung ktang (bunyi org bukak grill secara rakus).
panjanggggggggggg umo laki aku. 

"bie, cer gi tengok aper kat dapur..." sambil senyum2 kambing...

patutla lambat balik... gi dapatkan 'adiah' untuk bini rupanya...

 surprise dari bang rumet
apa yang buat up lagi level terharu dia tu... dia tahu feveret flovour aku iaitu: paduan red velvet ngan mana2 flavour yg ada unsur masam like green aple or kiwi. ;)


bang rumet: "upah gosok baju... kite sayang isteri kite..."

tetiba kan... rasa bang rumet kite ni romen-tik sangat! rasa nak dokong2 dia! :)
rasa macam kalo ditimbun baju segunung lagi utk di-iron pon rela... *yer tipu!

ohhhh... tacing2! sambil tangan laju jer suap eskrem ke mulut sendiri! 


#kepada kaum suami: 
sekali sekala... cuba cari inisiatif untuk ambil hati isteri. kami tak mintak emas permata (nak kasik tak tolak punye!)... kadang2 benda2 simple pun dah cukup buat diri sangat dihargai...
wahai binik2 gojes... setuju tak??? :)





Thursday, February 16, 2012

Mencari NUR di Kota Lumpur



Pembangunan yang bukan diukur pada tingginya bangunan...


Di Kota Lumpur itu... 
jika KESERONOKAN DUNIA yang kita cari... itu yang kita perolehi...
jika NUR yang kita gali... pasti itu yang kita miliki...
pilihan di tangan kita sendiri...  
hakikatnya ILMU ALLAH itu bertebaran di muka bumi ini...



Pernah lara di Kota Lumpur... dan Alhamdulillah, Allah maha menyayangi...



Hakikatnya iktiqaf di 'rumah Allah' itu jauh lagi tenang dari merayap tawaf mall pencakar awan... *sebab boleh tawaf (baca window shopping) jer. nak shopping memang tak mampu sebab semua barang di luar kemampuan kecuali makan di KFC dan MEKDI! NANDOS  pon oke... :p
 


LAW KANA BAINANA 
(jika Rasulullah masih bersama kita) oleh Habib Ali Zaienal Abidin

Lokasi:
Masjid Asy Syakirin, KLCC

Tarikh:
12.02.12 | 9 am - 12 pm


Alhamdulillah... penuh dewan.

Sesi yang sumpah osem... mendengar sirah Nabi Muhammad... berjaya runtun jiwa dan buat air mata mencurah bagai air pancut di taman KLCC... Indahnya pekerti BAGINDA... buat hati rindu biarpun tak pernah bersua...

Menyusuri saat kewafatan baginda... satu-satunya makhluk yang Allah bagi pilihan: untuk terus hidup atau pun mati tapi BAGINDA memilih untuk kembali kepada Allah yang menciptanya...

Few perkongsian dari majlis tersebut:
Ummu Aiman (pengasuh Rasulullah) sangat bersedih selepas kewafatan Rasulullah. Maka bertanya seorang sahabat: "kenapa kamu bersedih ya Ummu Aiman sedangkan Rasulullah sedang berada di tempat jauh lebih baik dari dunia ini..."
Berkata Ummu Aiman: "Aku tidak sedih berpisah fizikal dengan Rasulullah... kerana Baginda sentiasa hidup dalam diriku... tapi aku sedih kerana selepas kewafatan baginda maka terputuslah wahyu dari Allah..."
Rasulullah itu banyak senyum dan selalu bergurau...
Suatu hari ketika baginda berjalan ke masjid, baginda terserempak dengan sekumpulan orang2 tua... dan berkata baginda: "tiada orang tua di syurga!". maka terkejutlah org2 tua itu... dan sambung baginda: "sebab di syurga semua orang menjadi muda..." :)
Ketika Rasulullah sedang 1 selimut dengan Aisyah, Baginda meminta izin Aisyah untuk bangun solat. dalam ingin menunaikan keinginannya untuk beribadat kepada Allah, tetapi baginda tetap tidak menidakkan hak seorang isteri...
dan aku tertarik dgn jawapan Aisyah: "aku mendahulukan keinginanmu untuk Allah berbanding keinginanku sendiri..."
# kita sebagai isteri??? lebih pentingkan keinginan sendiri... oh... tak cukup solehah lagi... :(

Lepas habis majlis, ajak Achik merendek di taman KLCC. snap2 picture budget pelancong dari Zimbabwe. tapi sedih, pakai galaxy tab jer... my dslr rosal lorrrrrr... uwaaaaaaaaaaaa~~~

 gambar ini di'snap' pada 12.02.12 tepat pada 12:12 pm. btol x tifu!
tipu dosa... mati kena seksa!
suratan atau kebetulan?


lelaki macho di hati aku... lelaki macho yang menjadi imam solat aku... lelaki macho yang sangat cool...  lelaki macho yang... ah cukup2! jiwang banyak2 kang ade orang tak bunting kena morningsickness plak kan... :p #pesanan: sila jangan muntah bersepah!


lelaki macho itu lagi! 
**please jangan baca macho lah sangat!!! hahhahahaa...


aku mahu jadi jadi wanita sekuat badang...
tak gentar dek taufan...
tak luntur dek kepanasan...


Ngedate kejap jer sebab tetiba cam ada naga sedang menari girang dalam perut yang comel. harus secara pantas carik tempat bersantapan... sebab masih di mood padang pasir, kami ke AL-RAWSYA untuk membedal nasi arab.


ke AL-RAWSYA untuk kali ke-4 nya...
*klik SINI untuk restaurant review.


KAMBING AL-HANITH pilihan selera yang masih tak berubah untuk ke-4 kalinya... 
dan masih setia dengan teh pudina. :)


SEKIAN... TITIK NOKTAH


Wednesday, February 15, 2012

Milik sendiri bukan untuk dijual beli tapi boleh tolong beli...



ni aku tak tahu nak panggil jubah or maxi.
kain tebal  - stretchable - ala2 denim = sangat selesa.

jubah skrg kan macam ada shape sikit kan...
kalo dulu aku pakai saiz 40, skrg aku beli saiz 44...
memang loose la...

sebab murah dan selesa, aku ketegorikan as BEST GILER!

berapa murahnya tu?
under rm100... under rm90 jugak... eh... under rm80 la!
nak aku belikan???
boleh2... tengah baik hati ni...


************************************
Insyaallah, saya nak gi beli jumaat or Sabtu ni.
kalo sape nak, email saya kat azlinahasan@yahoo.com before jumaat (17.02.12)
nak beli sendiri lagi bagus... kat Care4 Wangsa Maju. tapi hati2... ada kedai jual ngan harga RM120!

WordlessWednesday | Antara 2 Darjat




Realiti hari ini...
So sad... :(

Sabar...
Akhirat kelak bukan harta bukan pangkat jadi ukuran...
Amal dan ibadah sebagai bekalan...
ALLAHUAKBAR!



Tuesday, February 14, 2012

JELITA yang TERHORMAT... :)



Sila fokus wanita2 berniqab di belakang aku...
walau muka bertutup, aku dapat merasa kemanisan senyuman mereka...
senyuman melalui mata...

dan bila memandang mereka2 yang berniqab...
aku melihat dan meletak mereka di satu level yang berbeza...
level yang sangat istimewa...

mereka kelihatan sungguh jelita...
JELITA yang TERHORMAT...
sekian...



Monday, February 13, 2012

Biar kena batang hidung... biar tusuk jantung... tetapi...

... kita tidak menidakkan apa yang benar...
 kerana itu penyakit hati... hati yang dititik dengan dakwat hitam...
hati yang tidak mahu menerima kebenaran...
biar kita tersasar... tapi sedar dan akui itu kesilapan atas kelemahan iman...



A British man came to Sheikh and asked:  Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man? 

The Sheikh said:  Can you shake hands with Queen Elizabeth? 

British man said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. 

Sheikh replied: our women are queens and queens do not shake hands with strange men.

Then the British man asked the Sheikh:...
Why do your girls cover up their body and hair? 

The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British: If I asked you to take one of the sweets which one will you choose? 

The British replied: The covered one. 

The Sheikh said: that’s how we treat and see our woman....


Cik Kaki: Jika ini perbualan rekaan, aku tetap SETUJU! sebab jawapan Sheikh terbaik!


 dan... malam tadi terserempak dengan video osem ini:



wah adik kecik... kamu sangat lantang bersuara... lantang yang benar... lantang yang mengagumkan! tabik spring toing2 sama kamu dik manis...
kata-kamu kamu menusuk2 jantung ahkak... how i wish video ni di-post beberapa tahun lalu... dikala ahkak sedang menzalimi diri sendiri...
we are not cover our AURAT because of 1 piece of TUDUNG to cover our hair n neck. it come together with cover our beautiful chest... our montok body shape... our shape of cute 'boot'... our shape of bunting padi legs... May Allah give us HIDAYAH to understand the true meaning of AURAT... and may Allah kuatkan semangat to fight NAFSU and try to cover our true AURAT only for ALLAH... yes, only to please Allah...
tapi yer aku faham... bukan senang nak mengekang NAFSU BERHIAS yang tanduknya sudah bergulung gulung dalam hati kita... takper, kite pelan-pelan kayuh. jika hari ini kita di daerah A, sampai bila kita ingin terus di daerah itu semata mata kite rasa selesa dengan situasi di situ?
kenapa kita tidak cuba mengorak langkah dan maju ke daerah B C dan daerah2 yang seterusnya...

wahai kesayangan hati hamba... untuk diri sendiri juga...
semoga Allah beri kekuatan untuk kita untuk menjadi muslimat yang lebih baik dari semalam dan hari ini...

Salam sayang penuh pengharapan disusuli doa...
"Ya Allah, jika apa adanya aku hari ini adalah hidayah daripadaMU, KAU berikanlah juga HIDAYAH ini kepada saudaraku serta sabahat2ku sebagaimana KAU memberinya padaku..."

 
# Kenapa perlu sentap sebab kata2 dan nasihat itu setempek kena kat dahi kita sedangkan apa yang dikata itu adalah benar belaka...
bak kata UAI, kalau kamu gi majlis ilmu, dan banyak yang diperkata itu kena batang hidung sendiri bermakna majlis ilmu itu sangat berguna buat kamu...