sambungan dari
ENTRY INI.
dah check-in tu... bukak2 bilik... hmmmmmm~~~ sedikit hampa. indah khabar dari rupa! kat website nampak cam cantik giler! tak caya, tengok
SINI. tapi kira worth la ngan harga promotion nya = RM199 during weekend and kalo weekdays, RM149. tapi kalo ikut publish rate = RM350 on weekend, kalo ngan harga ni sumpah nyesal giler duk sini!!!
Natasya resort ni lokasi dia betul2 dekat Equotorial HOtel. It like ada beberapa blok apartment 1 bilik, then diorang beli beberapa unit dan jadikan tu resort. unit2 tu tak letak dalam satu blok... lokasinya adalah bersepah sepah. tapi unit lain tu aku tak pasti samada dijadikan guest house jugak atau pon ada penduduk kekal.
katil adalah secara berasing gini yer... takleh nak didekatkan sebab side table tu tak boleh dialihkan sebab ade wayar yg sambung ke diding. padahal mamat receptionist tu kata boleh dekatkan. xperla... bleh tido himpit2 sejuk2 neh! :p
ruang tamu memuatkan sofa bed. kalo datang ramai2 boleh tido kat luar. tapi awas, sofa bed itu berkepuk dan berbau!
balkoni. lantai sejuk giler. kan bagus kalo dia sediakan selipar. tapi cepat2 sedarkan diri: azlina, harga dia bagi ko kurang sengget rm200 jer utk apartment ni yer... so, abaikan! kaki masih tak beku lagi...
view from balkoni. memang sangat nyaman...
sangat 'peace' yoooooooo!!!
oh lupa... ada kitchen jugak. ade microwave n esbok. tapi xder dapur k... nak hangat2 lauk, masak megi boleh la...
toilet yang sangat2 menghampakan! busuk!!! pastu bath tub ade macam kesan karat ala2 tompokan darah gitu. tapi positive kan diri: itu adalah karat!!! bilik air ada dua. yang busuk ni dalam bilik. so, kami guna yang kat luar jer... busuk dia tahap boleh diterima...
pastu kat website cakap ader wifi free. so nak call la receptionist nak tanya kenapa tak leh connect internet ni? yer, saya internet addicted. bawak lappy kecik ke mana sajer kami bercuti. senang nak search apa2 patut untuk percutian yg kebabo la kononnya... biasala... memasing pakai henpon cikai cap ayam jer. so, kenala bawak lappy kan...
sekali, tak jumpa telepon dalam apartment tu nok! puas carik. so, call pakai handphone jerk. diorang cakap internet problem. tanya mana telefon, diorang kata bilik tu xder telefon. bilik hotel xder telefon?! nak paper, sila kol pakai henpon ko sendiri oke! wat de... fish!
dalam kul 7 cenggitu... kami nak ke pasar malam. so, lappy yg ter-ON yang tak boleh nak connect ngan internet tadi ditinggal dalam bilik. memang tak risau pape sebab rasanya housekeeping memang dah takde dah masa tu. lagi pon, sblom ni gi mana2 hotel berhari hari tinggal lappy ker aper memang tak pernah hilang pon kan... so, keluarlah kami ke pasar malam... bila dah pastikan semua pintu dan tingkap dah kunci, keluarlah kami ke Pasar malam yang memang tak jauh mana ngan hotel tu...
<<<<INTERMISSION>>>>> (wah, ala2 movie hindustan plak! heheheh..)
after menghabiskan wang kat Pasar Malam Brinchang (nanti citer kat entry lain), kul 8.30 pm gitu kami balik bilik. kira keluar dalam sejam setengah jerla... masuk2 bilik, tengok lappy takder! tanya achik kot2 dia simpankan ke aper... dia cakap tak. kami pon mula la geledah setiap pelusuk bilik, ruang tamu, dapur... dan lappy kami tak jugak kelihatan! bukak beg, aik, charger pon takder!!! sah hilang = orang curik nih!!! masa tu rasa cam... adoyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... STRESS nya!!! dan baru kami perasan, pintu utama tu cam tak boleh nak kunci dari dalam seperti sebelum ni.
so, kol la pihak hotel dan citer apa yang berlaku. tak lama tu, datangla mamat yg kat meja receptionist tadi tu kang budak housekeeping. datang, berdiri depan pintu tu... then cakap:
"housekeeping tutup pukul 5 kak. pastu master key memang dengan saya. tak tahu lah camane leh hilang ni!" cam tu jerk??? pastu dia cakap dia nyer menager takder. nanti menager dia datang.
aku tunjukla pintu yang takleh kunci tu. "tadi pintu ni elok leh kunci dari dalam." pastu budak tu suruhla si housekeeping tu tengokkan, dia berdiri jer kat luar... si housekeeping tu tengok, usik2 then tak betulkan paper pon... cakap lagi sekali "nanti menager balik, saya suruh dia datang tengok." masa ni dalam kul 9 malam cenggitu.
then blah la mamat receptionist ngan housekeeper tu. yang achik ni duk cool down kan aku cakap dah memang takder rezeki kite... memangla... tapi tak puas hati la beb! hilang dlm bilik hotel kan... malas nak meratap meraung sedangkan perut dah cam ade naga menari 2 3 ekor... kami pon makan makanan yg kami beli kat pasar malam dulu. kul 10 manager yang kata nak datang tu tak datang2 lagi. kami yang dah penat ni nak baring2 meow2 pon tak boleh... takut sebab pintu cam takleh nak kunci. kang dari lappy hilang, nyawa lak yg melayang! so, aku kol la receptionist lagi sekali... masa ni kul 10 mlm yer kengkawan... kol pakai henpon sendiri...
"mana manager awak ni? dah sejam ni saya tunggu!"
" manager tak sampai lagi..."
" pastu sampai bila saya nak tunggu dia balik? saya ni dah penat dah nak tunggu!"
"15minit lagi saya kol balik!"
sampaila kul 10.30, langsung takder paper... masa ni, hangin tahap nak keluar segala liang rongga dah ni! kol lagi skali pakai henpon sendiri!
"tadi cakap 15 minit, skrg dah setengah jam dah..."
"saya nak buat camane, manager tak sampai lagi!"
"dik... saya ni dah penat. nak tidur ngan pintu takleh nak kunci ni. at least bagi saya bilik lain!"
"ok, boleh. kejap lagi saya datang."
so pung pang pung pang, bertukar bilik di blok lain la kami... dapat tween bed. toilet lebih memberangsangkan tapi selimut plak yang hapak ngeng! dah la sejuk!!! adoyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~~
nak gi wak police report tapi achik penat nak drive dah. lagi pon dia cakap, report setakat report jerla... bukan leh dapat balik pon lappy tu!
so, tertidurlah kami ngan seribu satu perasaan. marah, bengang, kesal. memacam ler!!! sampai ke siangnya, takder aper kol atau tindakan dari pihak management. sampaila kul 11.30am aku nak cekout. masa tu jumpa manager. hmmm... penat dah nak citer secara detail tapi lebihkurang ginila:
"kami dah wak meeting... sebab pelik jugak sebab ni 1st time berlakunya kecurian macam ni kat sini sepanjang setahun kami beroperasi. memang tak pernah berlaku. takper, pihak kami wak laporan polis, dan kami akan buat sisatan lanjut. seminggu lagi kami call puan..."
sampai sekarang hampes!!!
yang sakit hati langsung takder say sorry atas kelemahan pihak management. at least bagi la aku diskaun bilik 50% ker... sejuk sket hati.
makanya, terkubur tanpa nisan lah lappy kami di NATASYA RESORT yang 'cantik' tu...
and apa yang lebih mengejutkan... ada kawan tinggal komen kat fesbuk aku:
ko nampak tak tu?!!! ade orang hilang lappy jugak kat natasya resort ni on same date!!!
#aku syak, memang orang dalam la... pihak hotel jer tahu bila masa kami keluar... sebab parking telah ditetapkan. pastu mana ade security.... cop, cctv depan pintu apartment takder!!!
dah la... malas nak cakap banyak! kalo sape nak ke natasya resort ni, please make sure barang2 berharga dihangkut bersama sentiasa...
*ramai kata hotel ni mak mertua Jimmy yang punyer! aunty, sila ganti balik laptop saya tu! aunty kan kaya... kesian saya ni... pasni terpaksa saya berebut ngan hubby sebab lappy dah tinggal satu! :(
haa... tahu korang semput bacanya... aku yang type ni cam nak gi minum air paip kat toilet jerk! hehehehehe...