Jika buat money exchange kat Malaysia:
- RM 352 = 1 juta RUPIAH <> RM 1 = 2,840.9 RUPIAH
- 1,000 RUPIAH = RM 0.352
- RM 1,000 = RP 2,000,700 <> RM 1 = 2,000.7 RUPIAH
nampak tak perbezaannya tu?! x nampak? buntang bijik mata luas2...
banyak jugak bezanya tu beb! so, jika anda orang yang bijak, sila buat tukaran matawang RM ke RUPIAH di MALAYSIA siap siap... tak yah kata "kita tukar banyak ni dulu... kalau tak cukup, tukar lagi kat sana" sebab kalau ikut tak cukup, memang berapa pun tak cukup.... so, sila tukar ikut budget kemampuan yang korang memang nak bawak ke sana. cukup tak cukup memang banyak tu jer peruntukannya...
kawan aku bijak, dia bawak sifir sesiap ko...
Supir
memandangkan kami yg pergi adalah semuanya kaum wanita yg gojes *blueekkk, sepanjang kami di sana, kami menggunakan khidmat 'supir'.
pak supir itu adalah PAK Diky. kawan aku dah banyak kali guna khidmat Pak Diqi ni. so, we trust him a lot. bkn setakat supir jer, dia juga merangkap bodyguard kami kat sana... sgt2 baik2!!!
- kos supir: 400,000 RUPIAH/day <> RM140/day. kos kereta, minyak, parking semuanya include dalam RM140 tu. dan per day yang dimaksudkan tu memang sehari suntuk berul la... dari awal pagi sampai tengah malam.
- mobile: +6281320149933
- email: dq_outngo@yahoo.co.id
our Pak Diky bersama Innova, mobil selesa untuk kami di sana...
Airport Tax
anda akan dikenakan airport tax sebanyak 75,000 RUPIAH = RM 26.40 bila nak pulang nanti (Indonesia to KL). sila asingkan duit siap2 supaya anda tak perlu minta sedekah di airport nanti... hehehehe...
k, itu jer yg info penting nak share...
jom layan random pictures tentang Bandung...
traffic yang out of peak hour di sana...
kalau campak mat rempit sejati kat sini pon blom tentu leh survive... hu3~
Kerjasama Indondesia Japang
kejadian: di Pasar Traditional
dalam ahli rombongan sedang memilih brg kraftangan, aku terpandang seorang makcik memikul bakul berisi air2 jamu...
aku ngan pak diky kejar dia. motif? nak ambil gambar...
tengok, mak cik jamu tu cam terkejut aku kejar dia ngan kamera godang... aku bukan org TV buk! hehheheee...
Pak Diky: "buk, kalau pekerjaannya seperti aku ini, ini minuman untuk aku buk. ianya sehat. air perahan kunyit halia diperah sendiri di rumahnya buk"
segelas = 1,000 RUPIAH.
lalu kuhulur kpd makcik ini 10,000 RUPIAH.
MAKCIK JAMU: "apa apaan lagi ni buk?"
AKU: "ngak mauk apa2... hanya mintak ibu senyum untuk saya..."
MAKCIK JAMU: "ya Allah bukkk... mekasih ya..."
tetiba tekak ku terasa kering... air liur terasa teramat susah untuk ditelan... ya, aku sebak... pada kita, apa sangat ada dgn 10,000 rupiah itu... tapi bagi mereka???
:: senyuman dari makcik jamu... ::
banyak kejadian, peristiwa dan cara hidup mereka di sana buat aku insaf... terasa bertuahnya kita di bumi Malaysia... tapi terkadang geram... ada segelintir pendatang datang Malaysia buat tahik kat sini. sedarlah, kau takkan rasa apa yang kau kecap di negara orang sekarang ni kat negara kau... jadi bekerjalah dan cari lah rezeki selagi ada peluang... jangan buat dajal!



























































