Thursday, December 18, 2014

Family Day terBAIK di Janda BAIK. :)

Assalamualaikum kesayangan dan pembaca senyap juga pada pembaca kebetulan tersinggah di sini. Moga kalian baik2 aja...


Ni nak story and sharing pasal family day kecil kecilan sempoi2 anak beranak Cik Esah (mak saya nama Cik Esah) kat Janda Baik 6-7.Disember.2014.

After diskusi, kami decide nak gi dekat2 jer... dan Janda Baik jadi pilihan. Sebagai master plan, haruslah Cik Puan Kaki yg ditugaskan untuk pilih chalet mengikut peruntukan budget yg tidaklah mewah mana. Ni part yg struggle sikit nih. Hasil gugelan, saya pilih Hawa Resort, Janda Baik dan alhamdulillah, pilihan terBAIK tanpa ada sekelumit sesal! Kaum kerabat semua berpuas hati dan gembira dgn Hawa Resort ni (ikut taste kami yang tak berapa nak high taste mana ni). Rasa nak tepuk bahu sendiri jer! :p

Kami berkumpul di Tol Gombak pada pukul 10 pagi. Dalam setengah jam jer kot dah sampai Hawa Resort. Sampai sana, bilik tengah kemas. Tunggu kejap jer, dalam pukul 11 lebih, dah boleh check-in. ok, ibu jari mencanak ke atas pertama diberi sebab boleh check-in awal yg mana kalau kira sebetulnya, pukul 3pm baru check-in. 

Sampai-sampai tu, mak2 ni biasalah... susun atur makanan dan segala bekalan. Anak2 terus gedebush dalam sungai. Dorang nyer teruja tu, dari pagi sampai petang lah duk dalam sungai tu. naik kejap2 utk makan jer.


abaikanlah laki cek yg gembira dan hyper nya mengalahkan anak2 buah. ;)



Eh chop... mocik ni kalo bercerita detail sangat kan?! Ok2, saya cuba ringkaskan seboleh mungkin. erk?!:p



BILIK/CHALET:

Kriteria utama dalam pemilihan chalet adalah nak bilik yang betul2 dekat dengan sungai yang mana mak pak boleh pantau anak2 mandi sungai sambil lepak2 santai depan bilik sambil makan2. Masa buat reservation, mmg kita mention nak bilik yg paling dekat dengan sungai. So bilik yg kitorang dapat ni memang yang paling close dgn sungai. dari pintu bilik tu, turun tangga 4 5 tapak jer terus gedebush ke dalam sungai. memang terbaik ah utk anak beranak pencinta sungai!
*ok, ibu jari mencanak ke atas kedua diberi! :)

Jenis bilik: Petai dan Pucuk Salam. (Family room)
2 katil king dan dapat 1 tilam bujang (upon request la kot). 1 katil muat 3 orang dewasa. Kami hari tu, satu bilik bawak 1 toto. Kami ni ada 4 family, 2 family sebilik.

Harga: RM 300/night. tuala semua bawak sendiri tau. dorang bagi sabun kecik May jer beberapa ketul. hehehe... Kalau kira agak mahal la jugak tapi rm150/family kira ok lah...

Bilik lain yang sama jenis dan sederet dgn bilik kami ni kalau tak silap; Kemangi, Ulam Raja dan Pegaga.









SUNGAI:

Air sungai memang jernih dan agak deras arusnya. Dan tak lah cetek sangat. Kira orang tua pun boleh mandi lah... Yang bestnya, boleh tube surfing! tube tu memang kami bawak sendiri. korang kalo nak datang sini, bawaklah tube/pelampung. best tau! tua muda pakat duk berebut yg dua tu. sampai ada yg menangislah berebut tube! hahahhaa...








MAKANAN:

Kami memang bawa bekalan siap untuk santapan sepanjang kami di sana. Malas nak keluar carik2 makanan segala. Setiap family diberi menu siap2.

Untuk lunch, menunya;
Nasi putih, gulai kuning ikan tongkol, sambal bilis, kerang goreng, ayam goreng, ulaman dan sambal belacan. dan budu. Ya ampon... punya terangkat wei! Makan menambah tak sedar ker diri!




Untuk minum petang,
kita ada kek 2 bijik, puding biskut, roti sausage dan karipap. semua anak beranak cik esah buat sendiri tau... takde beli2 kedai punya. ;)
Sebenarnya celebrate birthday 4 orang yg dilahirkan di bulan Disember termasuk puan blog. ;)







Untuk dinner,
kami berBBQ dan saya bawa menu tambahan; bolognese spaghetti, buah buahan dan vege salad (padahal bawak salad, epal, tomato lalu digaul dgn thousand island jer pon). Memandangkan sini takde peti ais atau tempat penyimpanan, kami perap ayam malam dan bekukkan, dan masuk dalam polystyrene ice box. 
Untuk BBQ ni sebenarnya ada tempat khas disediakan, tapi tempat dia jauh sikit dari bilik. So kami mintak usung jaring tu bawak depan bilik, tapi gigihlah cari batu sungai wak lapik jaring tu. Arang kami bawak sendiri dari rumah.







Untuk breakfast keesokan harinya;
Ada nasi lemak tak berlemak dan sandwich serta kek coklat. Untuk nasik lemak tak berlemak tu, just masak nasi putih biasa, sambal bilis dan telur yang siap direbus di rumah. Oh lupa nak bagitahu, kami memang bawak rice cooker and kettle. Sardin untuk sandwich pun masak guna rice cooker jer.





Dalam masa yang sama, memang bawaklah nescafe 3 in one, kopi o, gula, susu segala... Tengok pada makanan tu, macam; "eh korang ni memang kejenya makan jer ker?!" memang yer pon... kejenya memang makan jer pon selain terjun tiruk dalam sungai. Mandi sungai ni lapar tau! :p


tengok... makan pun dalam sungai ko... eh tak,
dalam sungai pon makan ko...


AKTIVITI LAIN:
Aktiviti lain? malam2 kaum bapak sibuk memancing. Kalau kaki pancing, boleh bawak joran. Malam tu macam banyak jugak diorang dapat ikan. Terus bakar... fresh n manis giler katanyer...







SEKITAR CHALET:
Sempatlah buat lawatan ala2 kaklong kawasan meninjau sekeliling chalet. Yang bestnya kawan Hawa Resort ni, bersih dan tanpa nilai2 hutan yang sangat tinggi. So, tidaklah scary mana. Tapi kalau berdua, macam pikir 7 8 blas kali jugak kot. hahahhaa... tapi kalau dengan family ni, campaklah dalam hutan belukar mana pun, mesti happening punya! kan?!








Antara family room yg lain; Apple, Orange dan Pamelo kalau tak silap la. ingat2 lupa sudah... Yang paling kiri ni Apple, kalau dapat yang ni boleh dapat extra beranda... boleh wak longgok makanan dan jadi port bersidai kan. Beranda dia pun besar. Still mengadap sungai tapi jauh sikit berbanding bilik kami yang memang dekat giler ah! So, ada pro & cons. Pilihlah ikut kesesuaian dan pilihan masing2.



Last sekali, kita akhiri entry berjela yang dah macam entry berbayar promote Hawa Resort ni dengan gambar2 pilihan secara random.







puan blog dan suami haruslah lebih sikit gambarnya kan... :p


Anyway, ni 1st time saya mandi lps saya hijrah. Biasa celup2 kaki jer. Cuma kali ni saya berani terjun tiruk dlm sungai sebab tmpt ni agak privacy di mana family saya jer conquer tempat ni. Lagipon ipar lelaki saya jenis takut air. Tapi ttp kena pilih pakaian yg sesuai yg jenis x melekat pada padan. Blouse saya pakai ni mmg gelobos habis dan jenis kembang dn tak melekat pada badan.



Bye2 HAWA RESORT!
Sungguh, terBAIK di Janda BAIK! :)


__________________________________________________

HAWA RESORT & TRAINING CENTRE
Kampung Chemperoh
28750 Kampung Janda Baik, Pahang, Malaysia
Ziadi : 013 - 941 1440

__________________________________________________


13 comments:

  1. pernah pergi tahun lepas... memang best tempatnya utk family gathering :)

    ReplyDelete
  2. Salam Ina, mmg tobat best ye Hawa Resort tu. Akak pernah survey (pergi) sana. Memang air sungainya lain dari resot yg ada kat sana. Sungai lebih lebar dan lebih dalam. Dan banyak chalet nya yg terletak betul2 depan sungai... Dah merancang nak berdua- duaan di sana nanti ;-)... tq for the review. Kak Baby: http://jommembebelsikit.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. oh bestnye..suasana camni la syok kalo wat famili day.. tak suke panas2 sgt, heee.. air terjun lagi best dari air laut kan Ina.. tak tau org lain, ade yg suke lagi sun burn airlaut dari air terjun..hehehe... Ina Sihat? lame tak komen2... tgk topik gak Ina, heeee~

    ReplyDelete
  4. nak tgk pic dlm bilik ad x? pic bilik air dia ke selain drp katil tu hehe.luas x bilik?

    ReplyDelete
  5. Tertunggu entry akak gi mkn ICT kat Warung Pok Nong

    ReplyDelete
  6. bestnya.. kami aritu dok as-sakinah eco resort. sbb abah nak semua dok satu rumah. ok la..cuma sungai bukan depan mata laaa... nxt time, kalu nak repeat janda baik, sure nk duduk hawa resort

    ReplyDelete
  7. area2 chalet janda baik mmg agak menyeram kan .. cm xde orgggg jew.. penah gak stay 1 mlm , lupe plak chalet mne .. tp tepi sungai jgk .. ada dlm 3 4fmily je stay situ , yg lain sume kosong..
    tu pun weols tukor chalet, cz yg kami booked memula tu dlm website mmg lawo la.. bile smp , cm rumah antu .. huhuuhhuhu terus cancel

    ReplyDelete
  8. Wahh, best nya nampak suasana kat chalet ni.. Next time, boleh try chalet ni pulak..

    Last week kami sekeluarga ke sana jugak, tapi tak stay kat sini la.. Kami stay kat chalet lain, tapi best jugak.. Sejuk sangat dan nyaman je rasanya.. :)

    http://miaqaisarah.com/2015/10/29/percutian-best-di-tams-chalet-janda-baik/

    ReplyDelete
  9. Tkde homestay yg blh muat 6-7 family ke area ctu..

    ReplyDelete