Showing posts with label home deco. Show all posts
Showing posts with label home deco. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

Rumah kecil di pinggir kota metropolitan.


Rumah kecil di pinggir kota metropolitan.
Rumah kecil berbumbungkan lantai rumah orang.
Rumah kecil yang ringkas yang menjadi syurga dunia utk penghuninya mencari tenang melepas lelah sebelum 'pulang'.

Surah An-Nahl; ayat 80:
"Allah menjadikan utk kamu rumah-rumah kamu sbg tempat yg menyenangkan"

Maka jadikanlah kediaman kita sbg syurga dunia yg paling mendamaikan.
sebagai tempat yang paling menenangkan.
tempat kita bina dan utuhkan cinta dan kasih sayang.
tak perlu dekorasi yang sarat dan melampau...
rumah kita bukan muzium untuk tayang segala mak nenek perhiasan.
cukuplah sekadar sedap dipandang, kemas dan bersih sebagaimana Islam mengajar kita tentang kebersihan.

Di sini saya kongsi tatarias (fuyyooo ayat skema der) rumah kecil saya dengan konsep ringkas dengan pendekatan moden minimalis. takde perabot mewah... tiada hiasan mahal... biasa2 saje.
Semoga ada manfaat dan bagi idea untuk kesayangan2 gojes saya di sini.








tengah menabung nak buat kitchen cabinet baru.
yang sedia ada dah nak tercabut pintu. hehee... ;)


Ada rumah yg besar tapi terasa sempit.
Ada rumah kecil tapi terasa luas dan lapang.
Bersyukurlah jika rumah itu 'diluaskan' dan 'dilapangkan' dgn AL-QURAN.

Wednesday, September 10, 2014

Dekorasi InaAchik Baiti Jannati; Sideboard / Console Table

Assalamualaikum... 
bertemu kita dalam rancangan deko2 suka2 hati! ;)

Untuk dining area pada asalnya saya ingat nak letak cermin penuh satu dinding. tapi bila pikir 7 8 blas kali... saya rasa mcm tak praktikal la pulak. kalo letak sideboard atau console table, lagi berseri... 
bleh letak table lamp... pasu bunga... ;)

Lepas tu di lema antara sideboard ngan console table pulak...
tapi sebab rumah saya kecik... saya rasa sidebord lebih praktikal. kenapa?! sebab banyak laci... boleh dijadikan sbg tempat penyimpanan segala mak nenek perkakas dan harta karun. ;) 
saya tak suka perabot yg untuk hiasan semata tanpa memberi fungsi2 yang menguntungkan seisi rumah.
lagipon console table mahal mcm hape jer... kecik nonet jer pon dah beriban!
**ko nak cantik... nak murah mmg x dapatlah cik puan kaki oi! :p


dining area masa mula2 pindah... masa ni puan dan tuan rumah masih di lema antara nk tampal cermin seluruh dinding atau nak letak sideboard/console table.


Finally pilih sideboard.

sideboard pilihan. simple present tense.
kenalah ngan konsep minimalis (kot).




Ok2... saya dah tahu soalan bocornya...
BELI KAT MANA? BERAPA?
ok, anda jimat tenaga taip soalan ni sebab saya dgn baik hatinya (hehehee) berkongsi info:


tapi saya tak puas hati... saya rasa masa saya beli dulu ( setahun setengah lalu) tu lagi mahal kot dari ni. rasanya dlm 599 ker 699 ker ntah... ah, abaikan! 



Friday, August 29, 2014

Dekorasi InaAchik Baiti Jannati ; Perubahan kecil di bulan Syawal

Saya sebenarnya serba salah sikit nak sharing2 pasal rumah ni...
Bukan pasal rumah jer... tapi tentang banyak benda.
Ntah... jadi takut. Kadang niat kita lain... orang faham lain...
Yer, memang la boleh cakap; yang penting niat kita.
tapi tipu kalo tak terhiris sikit sebanyak kan?!

Dah alang2 cakap pasal ni... meh la saya jawab byk soalan yg dtg tentang kenapa tak sambung entry Kembara Umrah. inilah antara sebabnya. terhiris/sentap/takde mood nak sambung bila orang specially saudara sepupu sepapat sendiri cakap kita ni macam nak show off sangat gi umrah. pulakkkkkkk... kita nak sharing is caring jer kan kot2 ada pengajaran atau info2 yg berguna dan membantu dari catatan musafir hina ni... kan dah kluar ayat drama tu! tapi gitulah hakikat hidup ni... tak mampu nak santuni hati semua orang. tak gitu?! ;)

Berbalik pada motif utama entry... nak sharing is caring deko2 InaAchik Baiti Jannati...
Terpulang pada korang nak nilai dari sisi mana... positif atau negatif, kita yg pilih. 
Tapi memang dari awal blog kakikusukaberjalan tertubuh pada thn 2009, memang puan blog suka berkongsi dekorasi dgn followers seciputnya. ;)

Raya tahun ni memang takde make-up rumah pun...
hanya sentuhan kecil jer... tu pun, dah separuh Syawal baru tergedik gedik. enjin lambat panas! hehee...
Dan macam previous post, InaAchik Baiti Jannati ni simple present tense jer. 
Saya guna pendekatan minimalist concept
takde perabot2 mewah... hiasan2 mahal... most of perabot hiasa berbentuk ringkas dan garis lurus jer. dan kebanyakannya IKEA mari. saya suka sebab murah dan praktikal. 


SEBELUM:




SELEPAS:










Saya hanya ubah posisi Klappsta Chair IKEA mari tu...
tukar frame gambar ngan frame murah KAISON mari. dah lah main gantung ikut paku sedia ada. nanti nak naikkan kasi tinggi sikit.
dan tambah pokok kenit kecik toet tu 2 ketul.
Yang lain2, menten...

Sekarang dalam perancangan nak upgrade karpet kalerful yg macam red indian tu kpd karpet bulus gebu kaler lembut like kelabu or cream. dah sakit mata tgk kaler terang2 semenjak dah masuk ketegori remaja purba ni. ;)

 Ok di sini saya terus jawab soalan2 lazim ditanya:


  • mana beli kerawang hitam tampal kat dinding tu? >> itu saya beli kat Jusco Wangsa Maju hampir 5 thn lalu (kot). harga lupa. takde niat nak let go lagi setakat ni. ;)
  • rak tv beli mana? >> kedai perabot kokak kat Balakong. pergi beberapa bln lepas tgk kedai tu dah tutup pun skrg. hehehe...
  • jam beli kat mana? >> online jerk kat Nile.com x silap. murah kededek org klate kata. ;)
  • karpet? >> ikea mari. harga jgn tanya... makcik spesis manusia tertelan byk semut.
  • langsir? >> Nilai mari. beli kat kedai MK Curtain Nilai 3. gi r carik kalo nak boria makcik tak kisah. 
rasanya tu jerlah soalan bocor setakat ni...



Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sbg tempat yg menyenangkan - surah an-Nahl; 80

Maka jadikanlah kediaman kita sbg syurga dunia yg paling mendamaikan. tak perlu dekorasi yg bumbumpau... janji kemas dan bersih sebagaimana Islam mengajar kita tentang kebersihan.






Tuesday, October 8, 2013

Dekorasi InaAchik Baiti Jannati ; Penentuan konsep rumah + cat dan sofa



Assalamualaikum...
entry deco bermula.
saya cuba tulis seringkas mungkin. ;)

sebelum nak masuk rumah, nak gila fikirkan nak cat rumah warna apa.
sebelum pilih warna cat, kena fikirkan warna konsep nya dulu...
mcm2 lah ni beli buku ID sbg rujukan.
rujukan tak berbayar di hujung jari (internet) jgn citerlah...
IKEA tu pulak berapa kali tawaf untuk curik idea.
tapi itu semua utk IDEA... fulusnya yillek.
masuk rumah bermodalkan wang seciput. tak boleh nak demand2. mana boleh jer.

ok, memula sekali gile nak tema merah hitam putih sebab most of ID utk kondo bertemakan warna ni.
fikir balik, macam bosan... takde variasi. balik2 hitam-merah-putih. rumah lama pun warna ni dah.
ok, saya mahu kelainan!





berkenan pulak warna putih-turquoise.  nampak fresh.




lepas tu, last sekali hati jatuh cinta dgn 
BLACK & WHITE  WITH MODERN MINIMALIST CONCEPT.

Minimalism in interior design means spacious rooms with minimum of furniture and details. The main element of this style is attention to shape, color and texture. Planning doesn’t suppose dividing into rooms; furniture, cloth or glass partitions play the role of separators. In modern minimalism design accent is made on sharp geometric shapes and asymmetry. Furniture must have streamline shapes and upholstered with neutral colored leather. Shiny surfaces and straight lines look amazing in this interior. Details should be made of stainless steel or chromeThe amount of accessories should be minimal. 




ok, i loike!!! nampak simple + elegant.
sesuai utk rumah jenis kondo yg tak besar mana mcm rumah saya ni.
dan sgt sesuai dgn budget yg ciput yg mana tak payah beli perabot byk2! hehehe...
ok, nekad! dah masuk ketegori remaja purba ni, lebih suka sesuatu yg ringkas dan lapang.
putih suci seperti di kayangan. jgn sampai suci dalam debu sudah. :p

bermula dgn kerja mengecat.
untuk keseluruhan  dinding rumah, saya cat putih ICI Dulux Pearl Glo.
harga: RM 95 / 5 litre




ini awal2 masuk rumah tanpa sebarang dekorasi





dan cat kayu/besi untuk pintu dan grill juga warna putih. tapi bila cat pintu mcm cream sikit. :(
harga: RM 125/ 5 Liter











sofa:
 sebenarnya tak kena dgn konsep minimalist yg mana pemilihan furniture bentuk ringkas dan moden tapi sebab suami sgt mementingkan keselesaan ketika beristirehat sambil menonton TV, haruslah beli yg empuk dan selesa utk backbone. lari konsep sikit tak apelah... janji enak utk bergolek golek :p
leather jadi pilihan sebab senang nak maintain kot. 
lagipun rumah kami ni ber-environment sejuk, so takde masalah.
kalau panas, mungkin tak sesuai sikit kot. 
ntah! bercakap tanpa teori yg kukuh! hehee...
puas tawaf Gombak-KL-Balakong-Serdang-Puchong. sekali pencarian terhenti di Serdang Jaya.



sofa bagak tu digandingkan bersama dengan klappsta IKEA.





karpet: 
karpet murah dari IKEA. gila berani mati pilih warna ceria dgn corak ala logo nandos (mementang pencinta nandos kan). kunun nak naikkan seri rumah supaya tak bosan sgt dgn hitam putih.
sekali bila pasang, suami tgk isteri... isteri tgk suami. lepas tu gelak berdekah dekah. hahahaa...
nasib baik tak menari red indian atas karpet tu.
tak ape, nanti kaya sikit kite ganti dgn karpet baru yg lebih elegant yer suami. 

curtain? lampu? dining? next entry la pulak erk... 
nanti habis tenaga taip entry panjang2. :p


**sorry... gambar kurang berkualiti. ambil gambar di senja hari kekdahnya**


gambar rasmi hari raya Aidilfitri tah ke berapa tuan dan puan rumah.



gambar raya tuan dan puan rumah bersama teman2...

**gambar belas ehsan makhenchek NeenaAnuar**



Friday, October 4, 2013

Home Deco InaAchik Baiti Jannati? teaser la dulu erk...


Ramai PM mintak saya share tentang dekorasi rumah kami.
mcm saya ckp dlm entry sebelum NI, rumah kami takde dekorasi mana pun.
sebelum ni memang saya malas nak share pun... tapi bila ramai PM mintak share dekorasi kot2 bagi deme idea sama, mcm tak sampai hati la pulak.
mcm budget pon ader... kunun eklusif sgt la konon umah ko nak kerek2. 
ehhhhh... takde maksud camtu tau!
susah nk jaga hati org ni...
share kang kata nak bermegah pulak.

abaikan2...
kita ambik positive side yer semua.
anggap perkongsian ni perkongsian ilmu kot2 berguna utk jadikan kediaman kita semua sbg tempat yg paling menyenangkan.


kata teaser... sekeping jer dulu la...
gambar pon ala kadar jer.

bertemu di lain episod. 
muahahaha~~~




Wednesday, June 12, 2013

INAACHIK Baiti Jannati dgn konsep MINIMALIS - bukan entry deco-deco pun...


Alhamdulillah, awal tahun 2013, kami selamat masuk rumah yang kami tuan milik sepenuhnya.
walau kecik toet jer... tetap syukur. ini syurga dunia kami.
ramai yang inbox mintak saya buat entry pasal deco2 rumahkusyurgakununtinggidiawanbiru...
bukan taknak share, tapi takde apa nak share.
kami masuk rumah secara gamble.
tanpa renovation... tanpa perabot mewah...
tanpa kitchen cabinet dan plaster ceiling yg dah bertahun duk survey...
tanpa deco2 yang memacam dalam kepala otak dan kehendak nafsu serakah.
memandangkan kami beli rumah yg dah bertangan tangan, cukup dgn hanya baiki kerosakan kecil, pasang grill cermin segala, dan perabot basic yg memurah.

ok, cukup sangat dah untuk sebuah KEPERLUAN.
KEHENDAK semua tolak tepi dulu untuk sebuah KEWAJIPAN.
ada sebuah KERINDUAN yang tak tertanggung yang perlu kami lepaskan...
lebih dari KEMAHUAN yang mahukan sebuah kediaman yang cantik.
tidak apa2... merealisasikan KEWAJIPAN & KERINDUAN itu anugerah terhebat untuk kami...
kediaman sederhana yang menjadi KEPERLUAN lebih dari cukup.
Syukur amat atas rezeki ini ya ALLAH...

Jadi...
kesimpulannya...
tiada entry deco2 seperti sebelum ini...
INAACHIK BAITI JANNATI biasa2 sahaja...



masa ni baru lepas cat dan pasang lampu kipas segala.









dan sekarang, ini la ghupe INAACHIK Baiti Jannati...





putih suci dalam debu...
dah tua2 ni, suka konsep minimalis jer.
tanpa perabot yg banyak.
senang INA & ACHIK nak main kejar2 dlm rumah :p




Tuesday, February 5, 2013

InaAchikBaitiJannati ~ Di satu sudut kecil yang memberi kesan besar



Bila terpandang... hati berdegup...
lantas lidahku BERTASBIH memuji kebesaranNYA...



REMINDING seisi rumah...
love love love!!! :)

x kisahlah rumah konsep moden ka... 
moden kontemporari ka... 
minimalis ka... 
saya tetap mahukan sesuatu yang punya sentuhan ISLAMIC.



Wednesday, January 16, 2013

WordlessWednesday ~ I Like to Move It Move It!







Allah SWT  berfirman :
”Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan”
(Surah an-Nahl : 80)




#MovingProgress #InaAchikBaitiJannati





Monday, January 7, 2013

Home Deco Idea : Striped Wall Paint


Tetiba jatuh cinta ngan striped wall paint. rasa cam stylo jer... 
tak berani tapi mahu... oh, apa macam der?!










Cara-cara / steps nak buat striped wall paint ni boleh rujuk SINI







eh cop, cantik pulak color grey ni...