Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, December 18, 2014

Family Day terBAIK di Janda BAIK. :)

Assalamualaikum kesayangan dan pembaca senyap juga pada pembaca kebetulan tersinggah di sini. Moga kalian baik2 aja...


Ni nak story and sharing pasal family day kecil kecilan sempoi2 anak beranak Cik Esah (mak saya nama Cik Esah) kat Janda Baik 6-7.Disember.2014.

After diskusi, kami decide nak gi dekat2 jer... dan Janda Baik jadi pilihan. Sebagai master plan, haruslah Cik Puan Kaki yg ditugaskan untuk pilih chalet mengikut peruntukan budget yg tidaklah mewah mana. Ni part yg struggle sikit nih. Hasil gugelan, saya pilih Hawa Resort, Janda Baik dan alhamdulillah, pilihan terBAIK tanpa ada sekelumit sesal! Kaum kerabat semua berpuas hati dan gembira dgn Hawa Resort ni (ikut taste kami yang tak berapa nak high taste mana ni). Rasa nak tepuk bahu sendiri jer! :p

Kami berkumpul di Tol Gombak pada pukul 10 pagi. Dalam setengah jam jer kot dah sampai Hawa Resort. Sampai sana, bilik tengah kemas. Tunggu kejap jer, dalam pukul 11 lebih, dah boleh check-in. ok, ibu jari mencanak ke atas pertama diberi sebab boleh check-in awal yg mana kalau kira sebetulnya, pukul 3pm baru check-in. 

Sampai-sampai tu, mak2 ni biasalah... susun atur makanan dan segala bekalan. Anak2 terus gedebush dalam sungai. Dorang nyer teruja tu, dari pagi sampai petang lah duk dalam sungai tu. naik kejap2 utk makan jer.


abaikanlah laki cek yg gembira dan hyper nya mengalahkan anak2 buah. ;)



Eh chop... mocik ni kalo bercerita detail sangat kan?! Ok2, saya cuba ringkaskan seboleh mungkin. erk?!:p



BILIK/CHALET:

Kriteria utama dalam pemilihan chalet adalah nak bilik yang betul2 dekat dengan sungai yang mana mak pak boleh pantau anak2 mandi sungai sambil lepak2 santai depan bilik sambil makan2. Masa buat reservation, mmg kita mention nak bilik yg paling dekat dengan sungai. So bilik yg kitorang dapat ni memang yang paling close dgn sungai. dari pintu bilik tu, turun tangga 4 5 tapak jer terus gedebush ke dalam sungai. memang terbaik ah utk anak beranak pencinta sungai!
*ok, ibu jari mencanak ke atas kedua diberi! :)

Jenis bilik: Petai dan Pucuk Salam. (Family room)
2 katil king dan dapat 1 tilam bujang (upon request la kot). 1 katil muat 3 orang dewasa. Kami hari tu, satu bilik bawak 1 toto. Kami ni ada 4 family, 2 family sebilik.

Harga: RM 300/night. tuala semua bawak sendiri tau. dorang bagi sabun kecik May jer beberapa ketul. hehehe... Kalau kira agak mahal la jugak tapi rm150/family kira ok lah...

Bilik lain yang sama jenis dan sederet dgn bilik kami ni kalau tak silap; Kemangi, Ulam Raja dan Pegaga.









SUNGAI:

Air sungai memang jernih dan agak deras arusnya. Dan tak lah cetek sangat. Kira orang tua pun boleh mandi lah... Yang bestnya, boleh tube surfing! tube tu memang kami bawak sendiri. korang kalo nak datang sini, bawaklah tube/pelampung. best tau! tua muda pakat duk berebut yg dua tu. sampai ada yg menangislah berebut tube! hahahhaa...








MAKANAN:

Kami memang bawa bekalan siap untuk santapan sepanjang kami di sana. Malas nak keluar carik2 makanan segala. Setiap family diberi menu siap2.

Untuk lunch, menunya;
Nasi putih, gulai kuning ikan tongkol, sambal bilis, kerang goreng, ayam goreng, ulaman dan sambal belacan. dan budu. Ya ampon... punya terangkat wei! Makan menambah tak sedar ker diri!




Untuk minum petang,
kita ada kek 2 bijik, puding biskut, roti sausage dan karipap. semua anak beranak cik esah buat sendiri tau... takde beli2 kedai punya. ;)
Sebenarnya celebrate birthday 4 orang yg dilahirkan di bulan Disember termasuk puan blog. ;)







Untuk dinner,
kami berBBQ dan saya bawa menu tambahan; bolognese spaghetti, buah buahan dan vege salad (padahal bawak salad, epal, tomato lalu digaul dgn thousand island jer pon). Memandangkan sini takde peti ais atau tempat penyimpanan, kami perap ayam malam dan bekukkan, dan masuk dalam polystyrene ice box. 
Untuk BBQ ni sebenarnya ada tempat khas disediakan, tapi tempat dia jauh sikit dari bilik. So kami mintak usung jaring tu bawak depan bilik, tapi gigihlah cari batu sungai wak lapik jaring tu. Arang kami bawak sendiri dari rumah.







Untuk breakfast keesokan harinya;
Ada nasi lemak tak berlemak dan sandwich serta kek coklat. Untuk nasik lemak tak berlemak tu, just masak nasi putih biasa, sambal bilis dan telur yang siap direbus di rumah. Oh lupa nak bagitahu, kami memang bawak rice cooker and kettle. Sardin untuk sandwich pun masak guna rice cooker jer.





Dalam masa yang sama, memang bawaklah nescafe 3 in one, kopi o, gula, susu segala... Tengok pada makanan tu, macam; "eh korang ni memang kejenya makan jer ker?!" memang yer pon... kejenya memang makan jer pon selain terjun tiruk dalam sungai. Mandi sungai ni lapar tau! :p


tengok... makan pun dalam sungai ko... eh tak,
dalam sungai pon makan ko...


AKTIVITI LAIN:
Aktiviti lain? malam2 kaum bapak sibuk memancing. Kalau kaki pancing, boleh bawak joran. Malam tu macam banyak jugak diorang dapat ikan. Terus bakar... fresh n manis giler katanyer...







SEKITAR CHALET:
Sempatlah buat lawatan ala2 kaklong kawasan meninjau sekeliling chalet. Yang bestnya kawan Hawa Resort ni, bersih dan tanpa nilai2 hutan yang sangat tinggi. So, tidaklah scary mana. Tapi kalau berdua, macam pikir 7 8 blas kali jugak kot. hahahhaa... tapi kalau dengan family ni, campaklah dalam hutan belukar mana pun, mesti happening punya! kan?!








Antara family room yg lain; Apple, Orange dan Pamelo kalau tak silap la. ingat2 lupa sudah... Yang paling kiri ni Apple, kalau dapat yang ni boleh dapat extra beranda... boleh wak longgok makanan dan jadi port bersidai kan. Beranda dia pun besar. Still mengadap sungai tapi jauh sikit berbanding bilik kami yang memang dekat giler ah! So, ada pro & cons. Pilihlah ikut kesesuaian dan pilihan masing2.



Last sekali, kita akhiri entry berjela yang dah macam entry berbayar promote Hawa Resort ni dengan gambar2 pilihan secara random.







puan blog dan suami haruslah lebih sikit gambarnya kan... :p


Anyway, ni 1st time saya mandi lps saya hijrah. Biasa celup2 kaki jer. Cuma kali ni saya berani terjun tiruk dlm sungai sebab tmpt ni agak privacy di mana family saya jer conquer tempat ni. Lagipon ipar lelaki saya jenis takut air. Tapi ttp kena pilih pakaian yg sesuai yg jenis x melekat pada padan. Blouse saya pakai ni mmg gelobos habis dan jenis kembang dn tak melekat pada badan.



Bye2 HAWA RESORT!
Sungguh, terBAIK di Janda BAIK! :)


__________________________________________________

HAWA RESORT & TRAINING CENTRE
Kampung Chemperoh
28750 Kampung Janda Baik, Pahang, Malaysia
Ziadi : 013 - 941 1440

__________________________________________________


Wednesday, January 29, 2014

WordlessWednesday: #Honeymoonmakanak bukan #Honeymoonnakanak



dialog terakhir bonda sebelum tidur:
"ma nak tidur dah... buatlah apa korang nak buat"
sambil mengiring ke tingkap. 

oh bonda... 
mendalam sungguh! tak tahu nak gelak ker nak laju2 ajak laki main nyorok2 dlm selimut! hahahahaaa...


Friday, December 28, 2012

Aktiviti malam Jumaat (bukan entry lucah)



BERBULATAN GEMBIRA
hilang lenyap segala lara dunia bila dapat berkumpul bersama sahabat2 bulatan gembira saya yg osem! 
I love Usrati Jannati!!!

"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Riwayat Muslim)


malam tadi bincang pasal manusia MUNAFIK & FASIK.

  • Orang fasik ialah orang Islam yang selalu melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil.
  • Orang munafik pula ialah orang yang berpura-pura menunjukkan keislaman dan ketaatan tetapi hati mereka sebenarnya tidak beriman dan taat kepada Allah
 
zaman Rasulullah S.A.W dulu, yang munafik ni lah solat di saf paling hadapan!  manusia MUNAFIK ni boleh jugak diibaratkan gunting dalam lipatan kan?! nauzubillah... jauhkan kami dari sifat2 ini ya Allah...





dan aktiviti malam jumaat lain:









jeng jeng jenggggggg~~~











biasa dodoi 'baby tua' tapi malam tadi, berpeluang dodoi baby kecik. olo tomei tomei tomeiiiii~~~
ini adalah anak buah dalam undang2 yang paling bongsu buat masa sekarang sebelum dapat anak buah dalam undang2 yang baru dalam masa 2 3 bulan lagi.
#pasal la budak kecik ni wangi sangat kan... jauh lebih wangi dari baby tua! :p



sekian aktiviti malam Jumaat saya...
kan dah kata, bebas dari unsur2 lucah! :p




Wednesday, December 26, 2012

WordlessWednesday ~ Gua Rock tapi gua beriman! :)



satu-satu... sayang pada Allah...
dua-dua... sayang Rasulullah...
tiga-tiga... sayang ibu ayah...
saaaaaaaaaaaaaaaaaaayang semuanya... 


bersama peminat cilik! :)

#Yuna bukan idolaku! :p







Monday, December 24, 2012

Ucapan dari diri untuk Birthday sendiri :)



12 + 12 = 24 
campur & pusing terbalik jadi...
.
.
.
.
V

24. 12 . 12
ada apa dengan 24.12.12???

 mestilah ada sesuatu...

Alhamdulillah...
Hari ini 24.12.12; genap 29 tahun aku bertatih mencari cinta ILAHI. 
dengan perjalanan hidup yang bermacam fasa telah  ku lalui, syukur ya Allah...
 telah KAU panjangkan usia ku hingga ke hari ini dgn setiap hela nafasku adlh ihsan dariMU. 
malah, kau kurniakan lagi kebahagiaan lain untukku. 
jadi, NIKMAT apa lagi yg hendak ku dustakan?!
 
seiringkan pertambahan usiaku agar selari dgn pertambahan IMAN & TAQWA ku padaMU... 
tetapkan aku di jalan indah ini... jadikan ujian dan dugaan itu sebagai tanda CINTAMU padaku...
 
hampir setahun simpan niat nak puasa di hari kelahiran sendiri...
tapi bila Allah tak mengizinkan, siapa aku yg bernama WANITA utk menolak. huhuuu~~~



24.12.1983 - aku dilahirkan ke muka bumi ini melalui rahim wanita ini...
wanita yang ku panggil MA...
hari ini, genap 29 thn Allah meminjamkan beliau untuk terus berada di sampingku...
syukur tak terhingga ya Allah...
KAU panjangkanlah usianya dalam iman dan berikannya kesihatan yg baik 
serta semoga hidupnya dalam redha KAU sentiasa...



hadiah pertama untk birthday ke-29 adalah dari anak buah.
RM1 utk cikna sebab angah tak kerja lagi.
oh tacing lap air idung cikna.
rasa nak frame jer duit singgit ni!
#birthday angah adalah 31.dec! penutup tahun. hehee...



semalam birthday anak buah; Putri Alia.
hari ni makbuah lak menyusul.
memang ramai anak cucu cik esah termasuk cik esah sendiri lahir bulan 12.
5 orang semua! :)


LOVE my family!!!
oh, family dalam undang2 jugak!!! 


# TAK SABAR NAK MASUK 3 SERIES! :)







Thursday, December 20, 2012

MAK BUAH yang bangga dengan ANAK2 BUAH

Saya adalah mak buah yang sangat2 gembira bila anak2 buah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. rasa nak dukung2 nak lambung2 tinggi2! ohhh~~~ saya memang mak buah yang hover bila teruja!

 ini nama manjanya KAKAK - anak buah kepunyaan mak buah yang paling tua.
ramai cakap muka kami seiras. jangan heran sebab bila tengok bapak KAKAK, kami seperti kembar lain jantina. bapak kakak adalah abang ngah saya yang bersuara petir seiring sejalan dengan jawatannya sebagai seorang askar.
ALHAMDULILLAH, semalam KAKAK dapat 8A's in PMR!
tahniah kakak! cik na happy giler giler gilerrrrr untuk kakak. jangan lupa sujud syukur yer kakak.
bila tanya nak hadiah apa, kakak cakap: "ape2 jer cik na... dapat 8A ni pun hadiah jugak"
tetiba rasa nak lap air mata sebab anak buah cik na memberi jawapan yg sgt matang. 
tetiba.  mak buah kamu ni memang drama queen! ngeheee...
 kita jumpa ahad nanti yer... siap ada request, mintak pak buah bacakan doa selamat. naseblah kakak... cik na rasa achik tu baca doa makan jerla kot! huhuuu..




oh ini pulak anak buah kepada mak buah secara undang-undang hasil perkongsian hidup dengan pak buah. walaupun pertalian anak buah vs mak buah secara undang2, wajah kami macam seiras jugak kan?! sudah ditakdirkan wajahku ini wajah universal a.k.a bersepah... ramai betul wajah seiras. mungkin wajah komersil barangkali! muahahahaa~~~
ops, lupa nak kenalkan nama... nama manjanya juga KAKAK. cucu perempuan paling sulung dalam keluarga dalam undang2 ku. ALHAMDULILLAH.. berjaya mendapat 5A's in UPSR.
dapat result terus wassap gambar slip resultnya kat mak lang! dari Terengganu datang KL untuk meraikan kegembiraan bersama! :)


OHHHH~~~ tak beranak tak bererti saya tak punya anak!
dikelilingi ANAK2 buah yang berpuluh dari kedua-dua buah keluarga cukup membahagiakan!


#eh, bebudak sekarang memang bijak2 erk???



Jangan kita merasakan kejayaan yang kita perolehi itu adalah hasil dari usaha dan kerja keras kita... semuanya adalah rezeki dari ALLAH...




Wednesday, December 5, 2012

Bonda senyum riang...



4.Dec.2012
genap 61 tahun usia bonda...
terima kasih ya Allah... masih memberi ibuku kesihatan yang baik...


Wahai bonda...
jangan kau pinta DOA dariku sebagai hadiah harijadimu...
kerana aku... anakmu...
tak pernah lupa mendoakanmu dalam setiap sujudku...
hari-hari... tanpa rasa jemu...

**sebak**