Showing posts with label Atkins Diet. Show all posts
Showing posts with label Atkins Diet. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

WordlessWednesday ~ Tipu pun tipula...




X mampu nak pakai Tupperware. Skali hilang, bisa nangis wooooo. 
Tippuware Ikea mari jerla… janji isinya sihat!


Tuesday, February 11, 2014

Diet sesat rekaan sendiri; Sunnah + Atkins bergabung meletop! hahahaa...




hukhukhukkkkk... tumpang lalu...
saje nak menayang breakfast pagi ni; cabaran oatmeal di hari pertama...

oat + garam secubit + roasted almond + walnut + dried mix fruit + air suam.
duet bersama kurma dan sekeping wholegrain bread.
green tea.

tang oat tu... makan sambil zikir:
"oat memang sedap... oat memang sedap... oat memang sedap..."
hahahaa... reverse psychology beb. 
kembang tekak utk beginner ni. :p
 tapi kengkawan dah share bermacam resipi berasaskan oat.
kesayangan2 saya memang supportive!
sayang ketat2 lah! :)

semangat nak ber-oat ni sebab kwn share dia lost 4kg dlm sebulan hanya amalkan oat utk pagi dan tgh hari. gulppppp~~~


dan untuk supplement, saya ambil habatussauda.
2 biji, 2 kali sehari... pagi dan malam.
lepas makan, sendawa mcm bini shrek...
burpppppppppp~~~ ops!
 ngehee... lega! ;)
tapi kawan cakap, kalau makan habatussauda ni kena banyak minum air.

Rasulullah S.A.W sendiri ada menyebut mengenai kelebihan Habbatus Sauda iaitu sabdanya: 
“Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintam hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan al-Saam (mati).” 
(Riwayat at-Tirmizi).



masih berbekalkan semangat ber-bento hasil didikan atkins.
untuk lunch, saya sediakan egg-sardine foldover dan vege.



Kesimpulannya, diet sekarang berasaskan ajaran sesat rekaan sendiri iaitu berkonsepkan:
sunnah - atkins bergabung meletop! hehee...
saya masih memberatkan pengambilan sayuran dan mengurangkan karohidrat dalam hidangan.

sekarang bukan nak kurus sangat pun... lebih kpd nak jaga kesihatan jer.
badan sihat, senang nak beribadat.

tapi macam poyo jer kan update pasal pemakanan segala...
macam lah ada orang kesah!
ehhhhh... suka hati lah... blog gua!
** ayat sarkastik blogger poyo memang mcm ni! :p **



Wednesday, November 27, 2013

WordlessWednesday - Please... saya bukan EBM mommy!


habis... apa ade dgn beg ala2 ibu2 menyusu yg dijinjit ayu setiap kali ke kantor ni?

kita terjah dan selongkar untuk cari sebuah kepastian!



V



V





V













YEYAAAHHHHHHH... ini rahsia nya!

sekarang dah upgrade bento dari bekalan breakfast kpd breakfast+lunch.
takdelah asyik meroyan dgn harga food kat maple kat office yg melampau mencekiknya tu!
dan boleh kekalkan my clean diet. clean?! sendiri mau ingat la azlina... :p


klik SINI untuk menu dan resipi DIET ATKINS versi malas, pantas dan tuntas! :)



*** eh... entry bukan lagi wordless! belasah... ***




Wednesday, November 13, 2013

Berpuasa dengan Diet Atkins. Boleh ker?

Ada yang inbox tanya; kalau diet Atkins ni boleh puasa tak kak?
korang ni kan... buat ahkak ni macam pro sangat jer... saya pun masih hegeh2 macam penagih lagi ni. nak jawab or bagi info banyak2 kang takut terbagi ajaran sesat pulak. tapi ramai jer kawan2 dan kenalan saya yang berdiet Atkins ni puasa. rasanya lagi bagus kot. KOT! takde fakta atau kajian yg sahih dari pihak saya. :p


Dan hari ni 1st time saya berpuasa dgn ATKINS.
sahur tadi makan ayam percik 3 ketul + salad dgn mayonis kewpie. air masak 1.3 L + 2 cawan green tea. 

lalu pulak tu ngap ayam smp 3 ketul pagi2 buta. tapi air masak tu kena minum berperingkat sebab kalau tonggang air masak 1.3L sekali harung confirm muntah keluar air balik. so, bgn tido... tonggang dulu 0.6L. masa main msk2 tu, tonggang lagi. sebelum mkn, tonggang secawan green tea. lps mkn, secawan green tea lagi. lps tu tonggang air masak lagi. 


lepas subuh takyah berangan nak sambung tidur sebab ulang alik gi toilet jer. hahahaa... ada bagus jugak kan. ;)



 santapan sahur. rasanya inilah juga hidangan berbuka nanti.


tapi saya idoklah terlebih rajin bangun subuh2 hari nak masak ayam percik kan... masak semua ni malam, masuk dalam bekas dan kasik peram dalam esbok. bangun sahur just ambik ayam dan kuah percik, kasik grill dalam magic pan. oh, i love my magic pan! walaupon nama IKAN, tapi boleh masak macam2. tak perlukan oven lagi! oven kuat makan letrik dan ambik masa lama! rasa macam nak laungkan slogan "satu rumah, satu magic pan" jer! heheee... over kan?! :p


siap sedia untuk lepak dalam esbok barang sehari dua. ;)



so ape2... kita tunggu lah sampai berbuka karang. saya rasa takde ape kot. semuanya bergantung pada mind set kita. kalau kata boleh, boleh lah! kalau kata tak boleh, tgh hari jawabnya gi lunch lah. kita adalah apa yg kita fikirkan. tapi kalau dah sakit perut/gastrik tahap nk putus nyawa atau gigil pale lutut sampai takleh jalan, berbuka jerla. esok sahur makan nasik. saya sanggup lagi cheat diet kalau puasa sbg taruhannya. ;)



nway, SELAMAT BERPUASA SUNAT 9 MUHARRAM buat sahabat yg berpuasa. semoga Allah permudahkan.




Wednesday, October 30, 2013

InaAchik selepas 30 hari Atkins Diet


 permulaan diet


 hari ke-15, lost 3.5kg
masa ni raya haji... makcik sepupu semua tegur knape dah 'kecil'


 hari ke-21, berjaya singkirkan sekampit beras 5 kg lemak. :)


terkini, hari 28. 
berat statik selepas mengalami tekanan dan cabaran beratkins ketika outstation selama 4 hari di Sabah bah... tapi saya perasan, ia lebih kpd inch lost. ;)


ok, sekian laporan di hari ke 30 beratkins. 
target nak lost 5 kilo jer lagi. tak nak kurus sgt, nanti tak huggable. kohkohkohhh~ :p





Friday, October 18, 2013

Menu Diet Atkins: Variasikan telur untuk sarapan pagi


Saya sebenarnya tak suka sgt makan telur. specially telur rebus. mmg cannot go. kalau telur mata, boleh la telan... tapi kena cicah cili sos. bila dah terjebak dgn ATKINS diet, telur tu dah macam makanan asasi kot.

tak pernah lg dlm umur hidup beli telur sepapan. kali ni barulah pecah rekod kehidupan 30 thn. 
lps tu ada tanya, tak bahaya ker mkn telur hari2? saya engineer... bukan doktor. so, bg doktor punya jawapan la yer...

Dr fb DR HAMID ARHSAT: 
Ada orang yang takut makan telor , kononya ia meningkatkan cholesterol dan menambah risiko sakit jantong. Ada pula pantang makan telor lepas pembedahan dan lepas bersalin kerana ditakuti luka bernanah. Kesemua itu tidak betul kerana banyak kajian yang menunjukkan tiada kaitan makan telor dengan cholesterol malah ada kajian yang 1-2 biji setiap hari melindungi kesihatan mata,jantung dan otak sebab kandungan amino acid - choline. Kandungan nitrogen dalam telor membantu pemulihan/healing lepas bedah dan trauma. Kandungan vitamin D3 dan sulphur juga jadi pelindung penyakit kanser. Satu kajian keatas wanita2 yang makan 1-2 biji telor setiap hari bolih menurunkan risiko kanser payudara dengan kadar 44%.

lepas tu ramai atkiners merungut bosan makan telur rebus dan telur mata hari2... yg pergi rebus hari2 tu knape? ;) variasikanlah telur tu. jadikan spinach omelette ker... egg-chicken foldover ker... egg-sardine roll ker... egg bla2 ker... egg bla3 ker... :p

ok, sini saya share pelbagai telur yg telah divariasikan utk breakfast dan kadang2 kalo malas nak masak beria utk dinner, boleh jugak ngap telur lagi. tapi setakat ni, paling banyak saya mkn telur dalam sehari adalah 4 biji. tu sekali sekala sgt la... biasa 2-3 biji. bukan hari2... bak kata, takut muntah telur. hazab lagi, kentut bau telur. hazab ooooo... sekampung bau! hahahaaa...

 telur mata dgn oregano + black pepper crush dan seasoning.
masa ni tak tahu cili sos takleh makan masa induction.
dingap bersama fresh salad with olive oil + oregano + black pepper


egg-sardine roll. ni sedap!
masak sardin > dadarkan telur, letak moyanis dan sardin + salad + zucchini + tomato + cili merah dan roll kan. 

 ulang tayang menu sama utk 2 -3 kali sebab sedap. time ni sayuran habis stock.


yang ni pagi tadi punya sarapan. istimewa sikit,
biasa 2 bijik telur... ni 3 biji telur, ada cheese dan extra mayonis. 
well, dah habis induction bleh mkn mayonis lebih sikit. :p


egg chicken foldover. 
lebih kurang egg-sardine roll tu jugak, cuma ganti dgn grill chicken. yang ni letak mayonis + nandos sos.


spinach + broccoli omelette.
saya suka letak cili kasik pedas2 sikit.


 egg-pizza.
dadarkan telur, letak spaghetti sos, dan utk topping letakla sausage + capsicum + tomato + bla3 (suka2 hati, masak dari iman), kemudian letak mayonis n mozzarella cheese. lepas tu kasik lepak dlm oven kejap. siap! ni hidangan breakfast di hujung minggu. dgn laki cekeding gua sekali gua jamu atkins menu.


 cheesy sausage omelette.


spinach ommelette lagi. duet dgn cheesy broccoli. yummmehhh...


telur lagi...
dah tak tahu nak letak nama ape dah. :p


yo yo o jerkan... nama menu berbagai... bagi nama tak bleh blah...
padahal... tetaplah telur! 
takper... nama kasik up! presentation kasik umph!
biar selera sikit walopon hari2 hadap telur. :p


sekarang, i am enjoying my diet journey.
lebih semangat utk berketung ketang di dapur.
excited mencuba menu2 baru... dan perah otak bagi nama kat masakan sendiri. :p
sampai laki cakap: abang makin tak reti nak sebut menu2 makanan isteri skrg ni. 
hahahahahaa...


EH CHOP!!!
perasan tak, ada tab baru di bahagian atas sinun: ATKINS DIET MENU/RECIPE
klik situ untuk resipi pantas, tuntas dan malas versi AKU BUKAN CHEF.





Wednesday, October 9, 2013

Saya dan DIET ATKINS

Assalamualaikum w.b.t kesayangan... 

ni entry berjala bebel2 takde faedah yer. biasalah pompuan, tak sesudah isu gemuk-kurus-diet. 

Skrg ni saya baru jer berjinak jinak balik ngan DIET yg mana perkataan ini bukanlah best sgt tapi aku terpaksa keadaan memaksa (ayat mesti drama). 

diet ada mcm jenis dan ada bermacam produk perlangsiangan tapi saya memilih DIET ATKINS tanpa sbrg bantuan produk perlangsingan lain. so, pls jgn tinggal komen promote segala mak nenek jenis produk yer sebab saya kedek taik idung masin. :p eh tak... saya pernah cuba produk tett yg glemer di pasaran skrg, tapi x serasi. berak sesudah dan perut makin lapar tapi berat tak turun2. lepas tu, hampir terjebak jugak dgn produk tettttttt lg satu, tapi lepas fikir fikir fikir dan fikir, tak jadi! mahal... tak mampu! :p
dan biasalah... dimomokkan oleh kengkawan, stop ambil produk ni, badan makin naiklah... bla3... ala, dah berhenti mkn produk lps tu tibai segala jenis makanan, mmg la naik kan?! sama la ngan diet ni jugak... ko stop diet, naik lah blk. tapi ni takper, percuma! :)

kalau tanya saya apa itu diet ATKINS, jawapan tak senonoh saya adalah DIET BIAWAK. boleh makan binatang dan tumbuhan byk2 (eh chop, biawak mkn tumbuhan ker?!) tapi kena pantang segala mak nenek karbohidrat. so, kena say big no to nasi, bihun, mee, air manis, kuih, bla3... letih lah nak taip! tengok penerangan secara ilmiah kat SINI la erk... takderla dapat ajaran sesat nanti! ;) . 

kalau nak persoal diet ni elok ker tak... terpulang pada pilihan masing2. tapi pada saya, pemakanan saya makin sihat di mana breakfast pon salad... telur. bosan telur, fresh chicken or beef yg digrill. rasanya lagi bagus drp main belasah segala jenis mknan kan like nasi lemak, kuih muih dan roti canai. kan?! 
saya sebelum terjebak ngan diet ATKINS pada April.2011, saya pernah diet Low calorie dgn pemakanan seimbang ikut keperluan kalori badan - gigih catu kalori ikut website kevin zahri. pergi gym... tapi badan saya tak serasi dgn diet jenis ni. saya terpaksa tahan lapar dan gastrik makin teruk. lps diet ATKINS, saya turun 3kg dlm masa 14 hari dan capai berat ideal saya. lps tu saya tinggalkan diet atkins dan teruskan dgn jaga pemakanan dgn diet seimbang. tapi atas kekangan masa, saya tak pergi gym lagi... utk budak sport mcm saya, adalah menjadi sedikit masalah kalau tinggal exercise. badan naik sikit tapi tahap terkawal sebab jaga mkn.

sampailah tahun lepas saya ambil treatment dlm usaha utk dapatkan zuriat (ayat sgtlah BM azlina. bravo!). sebelum start treatment, mmg doktor dah cakap awl2: segala pil hormon bla3 yg saya ambil ni mmg akan menaikkan berat badan. masa tu, its ok... saya redha! lps pada tu, pregnant. lagila... makan dijaga oleh bonda. balik kerja makan terhidang. lps tu nafsu mkn membuak. segala benda nak, mkn tanpa rasa bersalah dgn alasan: i am pregnant lady! kunun dpt lesen besar! (jgn tiru).

ditakdirkan belum rezeki saya, saya keguguran. lepas tu, berat yg berat tu dikekalkan. tangki kecik dah dibesarkan. kalau biasa x mkn mlm... hanya cukup ngan buah2 atau sup sayur, oh... it cannot go lagi. nak nasik jugak. tapi masih dicatu kuantitinya. tapi utk badan baka keturunan badang berbadan sasa ni, nasik seciput tu pon bagi kesan besar. huhuuuu... last2 give up. mkn jerla... hasilnya, yeah, saya dah overweight dan keluar dari range BMI berat ideal. nangis (tapi breakfast ttp mkn roti canai! hahahhaa)

Saya telah men-dietkan diri pada 27.sept.2013 tapi 4 hari pertama tu diet tu musnah atas sebab diet tanpa ilmu yg cukup. kira secara rasminya mendietkan diri pada 1.oct.2013. semalam timbang kan... kite kan... lost... TET kg! rahsia la dulu... baru 9 hari kan. :p
sikit yg memberangsangkan! alhamdulillah... 

utk pencinta makanan mcm saya, DIET bukanlah sesuatu yg menyenangkan tapi kata2 semangat dari suami: "enjoy your diet isteri. nanti kurus, senang nak beribadat. ikut suami, suami tak kisah pun isteri kurus ker gemuk." ohhhh~~~ ayat drama suami membakar semangat! 

gambateh azlina! chayok azlina!



jom meriahkan GENG DIET INAACHIK! :p



perkongsian dari Ustazah Bahiyah



excited nak share byk menu diet simple ngan kesayangan! :)
lepas ni jgn terkojut kalo blog KAKIKUSUKABERJALAN meriah ngan gambar food! :p