Friday, December 5, 2014

Tentang Ustaz Boss saya...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera untuk pem-follow dan pembaca senyap.

Salam penuh rasa cinta di pagi Jumaat yang baraqah.
mmmuaks~ nah hamek flying kiss sedas dua sorang untuk yang sama jantina. ;)

Oh, saya sangat cintakan Jumaat!


Hari ni saya nak cerita pengalaman kerja saya...

juga tentang Ustaz Boss saya.

Tempat saya kerja skrg ni kerja pertama secara rasminya lps grad thn 2006. kompeni kecik jer. Sampailah saya dapat offer kompeni kunun best + besar sikit  n gaji pun boleh tahan best pada Sept. 2009, saya angkat kaki. Tapi bila gaji besar... tanggungjawab pun besar. sampai tahap fizikal saya tak mampu nak tanggung stress. Gastrik sepanjang masa... bahu tegang sentiasa... muntah2... sampai satu masa, Doctor cadangkan saya cuti tanpa gaji untuk beberapa ketika. Dari cuti tanpa gaji, baik resign terus. sempat bertahan 6 bulan jer kat kompeni tu. hehehee...

Lepas tu, jadi suri rumah sekejap dalam 2 bulan kot. Jual tudung. seronok! Then boss lama offer kerja kat kompeni lama balik. Jun.2010 terus balik kompeni lama dan setia sampai skrg tanpa ada perasaan nak tukar kompeni lain dah. walopon kompeni kecik dan gaji tak besar mana, saya selesa dan gembira sangat2 di sini.

Ingat lagi... pernah boss letak atas meja nota tentang Tabaruj Seorang Wanita. masa tu mocik tengah seksi2 lagi... sebab jahil sangat masa tu, sentap tahap lancar perang dingin dgn Boss. Tapi kata boss, dia hanya menunaikan tanggungjawabnya sbg ketua. takut nanti dipersoal kerana tidak pernah menegur.

Kadang2 saya terfikir, selain suami... mungkin Boss jugak antara asbab Allah tiupkan hidayah untuk berubah di kala saya sangat2 jahil. Dan saya mula faham, di kala kita sentap dgn teguran seseorang, itu tanda Allah sedang ketuk2 hati kita... tanda hati belum mati...

Paling gembira kat sini, bila masuk waktu solat, berlumba gi solat. Kalau tak dengar azan, boleh tengok Boss jer sbg penanda waktu. Kalau Boss keluar bilik nak gi ambil wudhu', tu makna azan baru habis. Boss sangat2 menjaga waktu solatnya.
Boss jugak selalu bagi tazkirah... kongsi video2 kuliah di masjidnya... pinjamkan buku agama. 

Pada saya... rezeki tu bukan pada besarnya gaji... tapi Boss yang baik dan alim juga antara rezeki yang patut kita syukuri.

Sekian karangan tentang seorang Ustaz Boss...

Kongsikan tentang Boss anda...
Tapi bak kata kawan saya;
Dpt boss ustaz, rezeki namenye.. dpt boss 'rock n roll' juga rezeki kerana Allah buka peluang ganjaran pahala sabar dalam kesulitan berdakwah..  so yg dpt boss 'rock n roll' jgn bersedih ye.






7 comments:

  1. Betul tu..
    Walaupun tempat kerja saya skrg ni agak kurang seronok dari segi kerja, tetapi saya dikelilingi rakan2 sekerja yang sentiasa mengajak kepada kebaikan. Ajak mengaji, ajak solat awal, ajak jemaah, ajak dengar ceramah agama, kongsi positif input. Itu lebih bermakna daripada kerja yang kurang seronok tu...hihi

    ReplyDelete
  2. teringat2 en izihan...bos yg sgt humble...

    ReplyDelete
  3. salam jumaat kak ina,
    alhamdulillah.. perkongsian yg baik pagi ni..
    zaza pun teringat arwah bos tmpt kje lama.. sangat baik orgnya. Al-fatihah utk arwah.

    ReplyDelete
  4. Salam kenal ina
    Alhamdulillah..Tuhan nak bagi hidayat dgn macm2 cara..
    Syukur..bw here

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya boss. Bukan song nak dpt pemimpin mcm ni. Tahniah. Teruskan bekerja dgn penuh keikhlasan ye. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah:) suka baca entri ni..slm kenal saya blogwalking sini:)

    ReplyDelete
  7. bestnya boss tu offer balik keje :)

    ReplyDelete