aku... eh saya... eh aku... eh apa2 ajerla...
saya atau aku, tetap merujuk pada seorang wanita bernama Azlina Hasan :)
usah didebatkan aku atau saya... itu hanya ganti nama...
saya macam lembut dan formal... aku pun bukan kasar mana kan? :)
k teruskan pada saje pada tujuan asal.
saya tertarik nak share something yang saya baca dari buku BEDUK DIKETUK.
***********************
#Beduk 3: Macam mana nak jadi baik?
"saya nak baiki diri. daripada mana saya nak mula"
"mulakan dgn memperbaiki solat"
"mengapa solat?"
"kalau nak jadi baik perlu solat..."
"bukan sebaliknya?"
"maksud awak?"
"maksud saya, org yg baik itu ialah org yg solat."
"ya betul juga, tapi saya lebih cenderung mengatakan orang kalau nak jadi baikperlu solat."
"agaknya kenapa awak kata begitu?"
saya pun menceritakan kepadanya bagaimana satu ketika diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang orang yg mengerjakan solat tapi masih mencuri. Abu Hurairah bertanya bagaimana keadaan org yg sedemikian. Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.
"tapi kalau org itu masih jahat setelah menegerjakan solat, bagaimana?"
"itu yg saya katakan, dia perlu memperbaiki mutu solatnya. perbaiki solatnya... bila solat dah baik, insya-Allah org itu akan jadi baik."
***********************
Bila baca ni... saya setuju dengan penulis, Encik Pahrol Mohd Juoi (Encik atau Ustaz... tak jadi hal kan? itu hanya gelaran semata kan?). bak kata seorang penceramah kegemaran saya, Ustaz Abdul Lutfi Al-Fatani: "setuju atau tak setuju... kena setuju jugak!" :)
Lalu teringat saya tentang sms seorang kawan... tanya saya macam mana dia nak mula berubah... saya yang cetek ilmu tak tahu nasihat berasaskan nas dan dalil... saya hanya hamba-NYA yang masih mencari... tapi saya taknak menafikan tanggungjawab yang setiap daripada kita adalah dai'e (pendakwah). lalu saya katakan padanya, mulakan dengan SOLAT! jaga solat... insyaallah, solat itu akan mendorong kita untuk membuat perkara2 kebaikan yang lain... cukupkan solat 5 waktu itu... dan buatlah solat sunat taubat, minta Allah ampunkan dosa2 kita... dan berprasangka baik pada Allah... Tiada kesalahan sebesar pintu pengampunan dari Allah... Wallahuallam...