Showing posts with label Wanita dan Cantik. Show all posts
Showing posts with label Wanita dan Cantik. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Wanita dan Cantik: HUKUM Cukur Bulu Kening



SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.
Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.



JAWAPAN:
Oleh: Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

Menurut pandangan syara’ adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran.

Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur bulu kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia memburukkan paras rupa seseorang perempuan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab:
“Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka (kecuali untuk menghilangkan kejelekan yang luarbiasa), termasuk yang diharamkan ialah menghilangkan bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.
Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Para ulama’ berpendapat harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak mata atau bersambung antara dua kening.

Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul.

Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahwa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, karena hal tersebut termasuk berhias.
Harus diperhatikan di sini ayat yang ‘diboldkan’itu, dengan izin suami dan sudah tentu di dalam rumahnya,jika diluar rumah sudah tentu tidak dibenarkan syara’.
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin:
Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda,
“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan.
Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan mengundang laknat Allah.

Sementara untuk mencantikkan rupaparas, hendaklah kita mengambil kira pandangan Allah dan RasulNya, jangan sesekali kita membelakangkan Tuhan dalam urusan hidup kita.
Wallahu A’lam.

ENTRY penuh di sini: http://myibrah.com/hukum-cukur-bulu-kening


#Pilihan di mata Gillette mu! :)


Thursday, February 23, 2012

Sejauh mana KEWAJIPAN berSTOKIN bagi wanita?



Situasi 1:
Di rumah sendiri dalam acara makan2 secara berjemaah bersama kaum kerabat tercinta.
Dijemput adik beradik ipar duai mak sedara pak sedara & sepupu sepapat... ibu tercinta tak lupa :)

sepupu (gegel) : "u memang suka pakai stokin dalam rumah erk? sejuk ker?"

monolog hati: nak jawab yg betul ker... nak bagi jawapan selamat nak jaga hati? oh, berkata yg benar itu adalah lebih baik!

saya : "kan ada adik ipar i... abang ipar i... mereka tu kan bukan mahram i. so, i wajib tutup kaki."



Situasi 2:


Bersuka ria bersama keluarga di pantai... orang main ombak, takkan nak tengok jer?! itu giler oke! harus berlarian kejar ombak bersama!!! ohhhhh nikmat berganda di situ...

tapi ada mata yang memandang kepelikan...
"gilo apo pompuan ni berkejaran di pantai dengan lengkap berstokin bagai!"

aku tak kisah stokin basah... modal 5 hengget cuma! 


Situasi 3:
Bila balik kampung, ada ipar duai yang lelaki... so, masa ni kompius... kena pakai stokin all the time ker? sedangkan kita kena masak... kluar masuk jamban...

___________________________________________________________


2 situasi di atas dialami oleh penulis (ayat skema).
jadi, mari kita sama2 kupas dan carik pendapat yang arif dari wak bijak cerdik sesuki hati sendiri...

Ustaz Azhar kata tak wajib pakai stokin tapi wajib tutup kaki!
mung nok pakai stokin ker... mung nok pakai kasut phua chu kang ker... terpulang, janji tutup kaki! heeeee~~~


Dalil yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


Tapi,
Pendapat daripada yusuf Qardhawi (Fatwa ke-19).. aurat pada bahagian kaki dan pergelangan tangan merupakan sesuatu yang ada rukhsoh atau keringanan (ref : ad-Durul Mantsur oleh as-Suyuthi).  stokin kaki/ stokin tangan bukanlah menjadi kewajipan sekiranya kita berada dalam rumah yang 'ghalid' bagi kita menguruskan rumah tersebut. cthnya keperluan mengurus dapur, memasak, mencuci pinggan mangkuk, juga keluar masuk bilik air untuk mandikan anak/ basuh berak kencing anak, dan apa sahaja tugasan harian kita di rumah, maka dibolehkan kita menampakkan kaki dan kadar segenggam pada pergelangan tangan. (fatwa yusuf Qardhawi)..  bahkan pada zaman Rasulullah pernah sahabat menegur wanita yang berniaga di pasar kerana ternampak bahagian lengannya ketika menguli tepung, tetapi Rasulullah membenarkannya kerana keperluannya menyinsing sedikit bahgian lengan untuk perkerjaannya. (al-Majmu', 3: 167-168) dan dalam website ustaz zaharuddin.net juga ada menyebutkan tentang dibolehkan menampakkan pergelangan tangan/kaki pada sesetengah keadaan yang aman daripada fitnah.

Jadi, tak perlu berstokin kalau ke laman rumah sendiri atau ketika sekali-sekala pulang ke kampung ibubapa yang turut disertai ipar-duai (cth: bermalam di kampung) pada musim cuti sekolah dan lain-lain.

WALLAHU'ALAM...


 BERSTOKIN ITU TIDAK WAJIB... TUTUP KAKI YANG WAJIB sebenarnya...



#Jangan memudahkan cara untuk menghalalkan cara. buat sehabis mampu...
jika tak mampu, akui itu kelemahan iman kita...
dan semoga Allah mengampuni dosa2 kita...

Boleh utarakan pendapat atau info untuk perkongsian bersama...
semoga ada pencerahan buat aku yang masih bertatih ini...


Saturday, January 28, 2012

Sesi Bersama UAI - Wudhu' dengan muka bermekap




Solat ngan muka bermekap tak salah... tapi kena ambil wudhu' dulu baru bermekap then solat. oke, yang tu ditanggung beres.

Tapi sekarang cerita pasal muka bermekap, pastu selamba badak air amik wudhu' tanpa mencuci mekap tu terlebih dahulu. kesilapan besar yang mungkin kita terlepas pandang. mungkin juga pandang sebelah mata... berat lagi kalau memang sengaja tak nak pandang...
0OOOooohhhh... kesilapan besar di situ!

Cam contoh, lipstick tu diperbuat daripada kelapa sawit, kalis air dan sah2 tak sampai air ke kulit. pastu nak kasik effect muka tulus mulus, foundation sampai setengah inci. dah sah2 air tak sampai ke kulit. begitu juga dengan maskara dan eyeliner .
Bila air tak sampai ke kulit = wudhu' tak sah >>> 
bila wudhu' tak sah = SOLAT pun TAK SAH!!! 
Masyaallah...

Semoga ada pencerahan untuk kita...
Dari tidak tahu kepada tahu...


# Sekarang aku pakai celak KAJAL jer. senang nak cuci. biasa pakai AVON nyer eyeliner tu susah sket nak cuci.


# Hari ni (28.Jan.2012), ada kuliah Ustaz Azhar Idrus kat Masjid Al-Ridhuan, Ulu Klang (simpang 4 Ukay Perdana - Lembah Keramat) after maghrib. jom yang mana berdekatan tu, kita reramai dengar 'konsert' bail punyer secara live! :)

Wednesday, September 28, 2011

Perempuan dan cantik - Hukum Cukur Bulu Betis dan Bercelak.

Kan hari tu janji nak share sikit2 intipati dari Buku 'Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa' 

Tiba masa sharing is sexy... opsss... xmo lah... sharing is caring jer la...  ;)

(LINK)

Bab 11: HALAL dan HARAM
nah hamek bab 11 terus nyer ha ko... mana bab 1 2 3? pelan2... aku kuarkan soklan2 yang mana mengganggu pale otak aku dulu. sedikit pentingkan diri sendiri di situ... :p


Soalan 1:
Apa hukumnya jika seorang isteri itu mencukur bulu roma di betisnya bukan kerana mahu cantik tapi perbuatannya itu atas kehendak suaminya kerana bulu roma di betis panjang dan lambat.
#Cik Kaki nasi tambah: ni kes kalo betis laki bini duk sebelah menyebelah, tertukar mana betis laki mana betis bini. hehehhee...

Jawapan:
Harus isteri cukur bulu betisnya supaya kelihatan cantik dilihat suami.

(Rujukan Kitab Fatawa Al-Azhaar)



Soalan 2:
Apa hukum pemakaian celak bagi perempuan?
#Cik Kaki nasi tambah: Oh, ni memang Cik Kaki konfius... ada cakap sunat pakai celak tapi untuk lelaki jer... perempuan tak leh pakai. Pastu jumpa kakak pakai purdah kat masjid molek2 ada jer dia pakai celak. Nak tahu... nak tahu!!! Sebab kalau kata boleh, aku nak pakai! hehehehe...

Jawapan:
Hukum memakai celak adalah harus sama ada bagi lelaki atau perempuan.

Sarjana Islam menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangan memakainya melainkan pada ketika mengerjakan haji iaitu makruh hukumnya.

Perlu diingatkan perhiasan yang dilarang ke atas kaum wanita itu bukannya celak, tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak terdapat pada hari ini.

(Rujukan Kitab Al-Mufassol Dr Abd Krim Zaidan juzuk 3 muka surat 354)


Mana nak beli celak gini yer???
(gambar ehsan pakcik Google)