Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

HoneymoonMakAnak @ Cameron Highland

Sebab hari ni Rabu, boleh ambik 'berkat' wordless wednesday utk buat entry gambar berlonggok, cerita sikit2. yer ker??? cik puan kaki kalau bergebang, jarang sedikitnya! hahahahaa...

Bulan Januari hari tu, sengaja cuti selama seminggu, awal seminggu dari cuti Chinese New Year sebab kami laki bini memang x suka bersesak di lebuh raya. takut kesabaran teruji, lalu mulut berbicara yg tak diingini. makanya, mencegah lebih baik dr merawat. eh?! hahhahaa lagi.

Sebab utama bercuti panjang: memanfaatkan masa berharga untuk orang tua selagi mereka ada. kekdahnya... :p

Actually dah lama sangat nak bawak Cik Esah (bonda tercinta) ber-honeymoon versi mak anak. ditekankan di sini sekali lagi: #HoneeymoonMakAnak bukan HoneeymoonNakAnak. bunyi macam seiras, tapi berbeza jauh dr segi modus dan operandinya! kihkihkihhhh...

Setelah ditimbang kati, destinasi pilihan HoneymoonMakAnak memilih Cameron sbg destinasi percutian. sebab... biasalah... orang tua mana boleh jalan jauh2. bawak tengok pokok kasik sedut oksigen segar sikit. lagipun orang tua ni, tengok pokok salad segar2 pun excited semacam dah. :p 

Makanya 12. Jan, bertolak ke Cameron Highland. 



perjalanan jauh (jauh ker?) tak ku rasa...
Sebab ku punya rakan berbual di belakang sana. ;)


Destinasi pertama:
Ladang BOH Sg. Palas.












Lepas tu check-in hotel. 
saya pilih Hotel De' La Ferns
Ambil Deluxe Triple. RM 310++ termasuk breakfast for 3. 






Lepak2... rehat2 kat bilik sampai petang. bawak orang tua, takleh marathon berjalan sangat, nanti sakit lutut. so, cuti2 kali ni lebih cool dan relax. ;)
petang sikit, sepupu saya yang kerja dan duduk kat Tapah datang buat kunjungan hormat jumpa mak long nya. tak datang mengadap kang, kata anak sedara durhaka pulak. lepastu bawak kami tour pusing 1 cameron sampai nak termuntah. loya la jalan bengkak bengkok. sebab tu walau ini dah kunjungan ke-3 ke Cameron, kami setia pilih naik ikut Simpang Pulai. huhuhuuuuu...

Finally, sampai jugak ke Bharat Boh Tea Plantation



mementang honeymoonmakanak, sekeping ni jer gambar laki bini. ;)


Malam tu gi dinner kat Fauzi Tomyam Brinchang. boleh tahan sedap dan murah jugak. 


Pemandangan pagi dari jendela kamar.
segar dan nyaman.
i love Cameron! :)



having breakfast. boleh tahan banyak juga pilihan makanan yg disediakan oleh Hotel De' La Ferns.


lepas makan, balik bilik sambung menyelimutkan diri di kenyamanan dan kedinginan pagi.
pukul 12 baru check out dan buat kunjungan ziarah ke Smokehouse Hotel. nak check-in sini tak mampu kan... tengok2 kat luar pun jadilah... 



Dan ke tempat wajibul ghunnah untuk dikunjungi adalah Big Red Strawberry Farm
menu wajib dalam kepala otak adalah waffle ice-cream, scone dan fresh strawberry juice. yummyyyyy~~~





dan last sekali, tempat wajib kunjung adalah Kea Farm
kat sini Cik Esah dah sawan nak beli macam2 sayur. habis sorang2 nama anak dia hitung. mak2 memang gitulah kan... ;)



dia wanita hebat kesayangan hamba. 
Mahu terus buat dia ketawa. hapuskan segala dukanya… 
hanya mahu lihat senyum di wajah tuanya…

oh... #HoneymoonMakAnak yang terindah.
momento yang tak mampu ku beli walau punya wang berguni!


balik dari Cameron, esoknya bertolak ke Terengganu untuk mengadap keluarga dalam undang2 pula. harus adil dan saksama, sebab keduanya orang tua kita. takde beza walau sekelumit rasa. pak supir ganteng saya hebat dan bertenaga luar biasa. itulah... kudrat dan tenaga adalah luar biasa bila segalanya diniatkan keranaNYA... :)





motif?
saje buat korang terliur jer... :p


Wednesday, January 29, 2014

WordlessWednesday: #Honeymoonmakanak bukan #Honeymoonnakanak



dialog terakhir bonda sebelum tidur:
"ma nak tidur dah... buatlah apa korang nak buat"
sambil mengiring ke tingkap. 

oh bonda... 
mendalam sungguh! tak tahu nak gelak ker nak laju2 ajak laki main nyorok2 dlm selimut! hahahahaaa...


Tuesday, October 25, 2011

Cameron_Day 2

Day 2 tu bersamaan hari terakhir yer... Nama pun short vacation kan...

Mulakan hariku dengan senyuman... tapi tetap tak kenyang!
oh, hakikatnya... segembira mana pon kamu, tetap perlukan makanan!!! 
Ok, jom carik sarapan...
moh kite ke Gerai Makan Kea Farm.


recommended!

 Nasi Lemak sentiasa bikin girang...


Dah kenyang makan, boleh menapak ke Kea Farm. tapi sebab aku sayang nasik lemak yg baru dimakan tadi bertukar jadi tenaga, aku naik kereta. heheheee...

Keluar kereta > letak kamera atas bumbung > amik gambar dulu sekeping! :)
tetiba perasan cam kat obersi lagi... tapi kini bkn di Vietnam yer, tapi kita feeling2 cam di Pergunungan Fujiyama. :p

 tengah berkira-kira... Nak beliiiiiiiiiiiiiii ke idok???
Cantik tapi takut sesuai ngan cuaca kat rumah karang... Achik kata x payah... kite beli pokok lain. apakah? tunggguuuu~~~

Maka menjelajah la manusia 2 ketul itu ke segenap ruang Kea Farm. Tetiba rasa menyesal bersopingan di Pasar Malam. Kat sini lagi murah. apa yang murah? segala galanya... buah strawberry... sayur mayur... Fridge Magnet (ni mmg jelas. so nak bagi pesanan FREE: belilah FM @ SOUVENIR di Kea Farm!)

Pastu gi EQ Strawberry Farm. Tahu EQ ni bukanlah pilihan yg baik yer kengkawan tapi malas nak ke tempat lain memandangkan EQ ni sebelah hotel jer. belasah la labu...


Tgk pokok jer... tak kuasa nak feeling petani moden kutip buah stroberi eh bila tgk tanah cam becak2 berair gitu... 


Then tiba masa untuk cikidout dari Hotel. Sebelum blah, posing2 di sekitar resort dan cuba tukar feeling dari Fujiyama ke France... :p

 

Kemudian kami ke Town Tanah Rata. Takde aper kecuali SESAK. Bungkus KFC kononnya nak wak picnic kat celah2 ladang teh ker aper... sekali non hado... ngap dalam kereta akibat kelaparan ajer lah kejenya... 

 On da way dari Tanah Rata nak ke Boh Tea Plantation, jumpa Strawberry Corner ni. 
Terus jerit kat Achik "kamu berentiiiiiiiiiiiiiii!!!" Seb baik Achik cekap (puji sket kasik kembang!)


 eskrem dia sedapppppppppp sangat! rasa nak beli wak stok kat umah jer kalo x cair. 

 


 Destinasi seterusnya adalah Cactus Point. Arghhhhh... meroyan tgk kaktus comel2! nak beli lagi tapi achik tak kasik sebab dah beli kat pasar malam...


Achik main ciku cak ah di balik cactus gergasi... 

Sekali, ni yg dia beli untuk kebun yg luasnya sekangkang anak kera lahir tak cukup bulan kat balkoni rumah... pokok hijau tak tahu nama dengan pokok cili. pokok cili?! helloooooo~~~ very da village la kamu ni Chik!

Destinasi terakhir adalah: BOH Tea Plantation, Sg. Palas. ni memang jatuh dalam ketegori wajib pergi! jalan dia memang agak scary tapi bila sampai, rasa sangat2 berbaloi baloiiiiii... Oh, giler suka ngan tempat ni! masa banyak dihabiskan di sini... 
pemandangan menghijau saujana mata memandang dan udara yg segar... 
benar2 buat kamu lupa tentang KL yg hiruk pikuk!






espresikan dirimu! ;)

 da best ever choc cake yg pernah aku mkn... adakah dipengaruhi oleh suasana dan cuaca???

 giler rase cool hirup hot tea di sini... ;)


On da way turun dari Boh Tea ni, aku perasan ada satu tempat menarik. Dengan ada aliran sungai di celahan pokok2 teh tu, aku rasa cam... waaaaaaaaaa~~~ cantik cantik!!!


 air dia sejukkkkkkkkkkkkkkkk giler!!! tak caya, tanya achik! :p



Ok, abes sudah ceciter Cameron... Kesimpulan:
Cuaca adalah sejuk di petang, malam dan pagi hari jer... kalo tengah hari, peluh tetap membasahi ketiakmu... walopon org kata Cameron dah tak se-best dulu, kami tetap nak gi Cameron lagi!
WE LOVE THIS SHORT VACATION!
 
 oh, rindu nak makan strawberry cicah garam! yummmmyyyyyy~~~


#Sorry, banyak gambar best tak dapat di share kan atas sebab2 tertentu (heheeee)...Takpe, bagi peluang kat Achik mencapap kat entry ni secara meriahnya... pasni, tak bagi peluang dah! hahahahahaaa...