Showing posts with label food/restoran. Show all posts
Showing posts with label food/restoran. Show all posts

Wednesday, April 22, 2015

JJCM: Restoran Golek-Golek Suasana Kampung


Dah lama sangat tak wak review jalan-jalan cari makan ternak lemak kan...
Well... kalau takleh kurus, jadikanlah org sekelilingku turut gemuk. ;)

Kali ni nak sharing is caring tempat makan yg special;

RESTORAN GOLEK-GOLEK SUASANA KAMPUNG.
Alamat: Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak , 68100 Selangor
No. Tel: 017-407 0007
Waktu operasi: 6 pm - 12 am
(Isnin tutup rasanya).
Landmark: exit dari Karak nak masuk Ampang, betul2 bersetentang dengan Restoran Skhumvit (dulu Kunang-Kunang)

IG: golekgoleksuasanakampung
FB: Restoran Golek-Golek Suasana Kampung

Menurut info, katanya ni restoran Ahadiat Akasyah. oooo ni penulis novel kegemaran di zaman muda remaja ni. paling suka novel Lagenda Budak Setan ah!


Gambar2 yg dicilok dari FB Page dorang.



Actually, hari2 lalu lalang dpn simpang nak masuk restoran tu tiap kali gi kerja tapi tak terfikir nak singgah sebab mcm tak terfikir ada restoran best kat situ sebab jln tu lori kluar masuk (brape kali sebab daaa). Satu mlm mcm takder idea nk mkn mana, so memberanikan diri masuk. Skali bila masuk, terpana macam tersesat ke satu perkampungan bunian. Tetiba tengah2 hutan ada rumah kampung, pondok2 atas pokok... gazebo... cahaya lampu bergemerlapan... dengan cahaya lilin pelita segala. Ehhhh... cantik! tenang sangat! Memang rasalah suasana kampung tu. Nasib baik ramai orang. Kalau tak, mocik cabut dah!


Jalan masuk agak scary mencerun la. Kalo kereta pasang skirting bagai tak lepas kot.  


Photo credited to puan empunya gambar. minta halal yer...
nampak tak lorong kecik mencuram tu... itulah lorong yg harus didaki.




Food?! Tasty macam home made mak2 kita yg masak. Menu pun unik. Tomyam sup bagai ni takde. Lauk masakan panasnya ala kampung like gulai telur itik, seafood bakar2, sayur dorang pun mmg style mak2 lah. Specialty bakar petai. Western pun ada. Harga sedang2 saje, tak mencekik sgt. Mcm kitorang mkn malam tu, rm47. Tp yg kami order ni portion nya agak besar utk mkn berdua. Tak habis siap tapau.

makan bawah rumah.

 kerang masak harlock ke apa ntah... sedap!

bendi + kacang botor + petai sambal. punnn sedap!

 Semua ni RM 47. Pari bakar tu memang cukup rasa... sedap! portion sgt besar utk mkn berdua.


 kalo rasa gigih nak panjat tangga, boleh makan kat pondok atas pokok.

 Lenkali pergi nak makan atas rumah pulak. 



Highly recommended!

Yang pasti, kami pasti repeat meriangkan lemak di sini lagi.


Sekian entry tak berbayar apatah lagi makan percuma.
Kata sharing is sexy caring kan... :)



Friday, January 10, 2014

Romantic Candle Light Dinner at Flora Cafe ;)

Assalamualaikum kesayangan...

Hari tu kan dah janji nak review restoran yg kami laki bini ber-candle light dinner masa birthday saya.
wah... candle light dinner lah sangat kannnnn. :p

walaupun ianya adalah birthday saya, saya jugak yg kena survey-pilih-reserve kan tempat utk dinner nya. dah ghupe syok sendiri dah ai neh! 
harapkan bang rumet?! katanya otak dia tak berapa berfungsi bila bab2 ni... kununnya puan isteri lebih bijak.
jadi, serahkan pada yg lebih bijak. yg tak bijak, kerja kuat cari duit dan bayarkan saje. perkahwinan kan tentang give n take... suami memberi... isteri menerima! :p

sebenarnya takdelah beria sgt nak celebrate birthday mana pun... dah tua2 masuk 3 series ni, makan kat rumah pun boleyyyy... tapi  ia lebih kepada agenda tahunan sbg pengerat ikatan laki bini. kita jadikan hari2 istimewa pasangan sbg asbabnya sahaja...  so, pencarian restoran adalah lebih kepada restoran yg memberi effect romantis dan meninggalkan satu moment yg mahu dikenang smp laki bini bergigi palsu dan jalan bertongkat. ;)

dalam pencarian restoran, byklah restoran2 yg masuk list. tapi sayang... most of restoran yg famous amos ni status halalnya diragui. maaflah... bab makan ni kena sensitif sikit. setakat ko kata halal tapi ada sekali dihidang beer, carlsberg bagai... serve no pork o what eva... mak susun langkah keluar tanpa toleh belakang ler...sanggup lagi pasang pelita ayam mkn kat balkoni rumah sendiri kalau nak bercandle light dinner sgt kannnn :p

selepas menggugel secara gigih, saya terbekenan dgn FLORA CAFE. decorationnya yg cantik tu mcm melambai-lambai dan menyeru-nyeru nama Ina-Achik menge-date gedix ke sana. bila bukak FB nya, tengok gambar pasangan2 halal meraikan marriage anniversary, celebrate birthday versi romantis, makcik adalah menggeletis nak jugak cenggitu! bezanya makcik buat reservation utk diri sendiri! sob sob sobb... ;)

pukul 8:30 mlm nak dinner, pukul 6:30 ptg baru call buat reservation. oh, azlina sgt gamble! :p
tapi alhamdulillah, servis FLORA CAFE mmg terbaik wokkkkkkk!!! cekap dan mesra alam! lepas tu makcik siap mendemand giler... request bagai2...

"saya nak decoration yg simple sgt2. saya taknak alas meja yg glitter... saya taknak roses petals on the table... saya taknak lilin banyak2... saya nak decoration yg sgt2 simple"

bukanlah tak suka table setting diorang yg vouge vesgedevas... suka, tapi kami laki bini adalah taknak beria sgt. malu! tah, makin tua ni,makin malu tak bertempat pulak. ;)

makanya, dlm pukul 8:30 sampaila makcik-pakcik 2 ketui ni kat Flora Cafe yg terletak di Ampwalk. tekedek-kedek bawak kek secret recipe sepotong. 

masuk jer kan... cmne nak cakap yer... rasa yg sgt2 dialu-alukan. makcik tak pernah gi restoran yg layan baik mcm tu skali tau. rasa mcm gi restoran yg bapak ko yg punya. kira kite ni mcm anak boss kat situ. muahhahaaa... poyo tak? tapi btol, memang rasa yg sgt2 dialu-alukan. masa tu, terus terfikir blog2 review yg saya baca... now, faham kenapa entry deme semua tu bila baca mcm tahap membodek. rupanya mmg betul... rasa pleasant sgt2. **tgk, skrg aku pulak wak entry bodek. :p 

paling touching, lepas ambil order... kek SR yg saya letak atas meja tu, diambil dan ditanya, "nk mkn skrg or later?" dgn gelojoh birthday makcik ni ckp; "sekarang... lapar!" hehehe...
see... kite dlm segan2 nk mintak plate kosong nak letak kek kite, diorang dah offer dulu. haruslah makcik hati tisu ni touching.

ok, malas dah nak membebel... let pictures talk. ;)

mula2... kasik layan dulu dekorasi restorannya;




suka sgt dekorasinya. macam makan di taman bunga. :)



just love this simple decoration.

kek sepotong ni bang rumet mkn sikit jer... semua birthday makcik kasik setel!
berbulan x mkn kek kekdahnya... sekali jmp, terus nafsu sukar ditarbiah.


birthday makcik di ambang 30 darjah.
excited tau makcik nk gebang kat seluruh dunia yg makcik dah 30. 
rasa sgt matang dgn usia yg meninggalkan no 2 di hadapan! terasa diri semakin berharga... ahaksss~



 alang2 langgar pantang diet, kasik tibai kedondong asam boi. 
bang rumet order hot cappuccino. org tua xleh minum ais... nanti sakit urat. :p


our foods. 

mee bandung. suggestion dari pihak restoran.
giler bapak terbaik! tgk... ayat makcik pon dah gila ni!
sebab memang sedap hamat. korang kalo dtg sini, try mee bandung ni.
kami ni pon carik masa nk gi membedal mee bandung ni lagi.

saya punya. chicken chop.
tapi sudahnya kasik pakcik habiskan sebab saya dah laju menyua mee bandung. 
menu pilihan bertukar perut. :p

desert. terbaik! nama lupa! kata dah masuk 30 darjah kannnnn.


tang food. meh sini nak story.
makcik-pakcik ni sukakan western. bila belek menu, menu2 kat sini lebih  kepada kemelayuan. diorang dari awal pun cakap, "kami lebih suggest kan u order menu2 melayu ni instead of western". tapi i is degil kunun xnk lah ambik karbo lebih2 lagi kan... tapi takde la teruk pon rasa chicken chop tu tapi rugi la sebab food melayunya sedap... 

pasal harga, biasa2 jer... tak mencekik mana. murah lagi dari Restoran Resepi Rahsia n of course lagi sedap. memang worth sgt... u pay for food, environment n moment to remember. ;)

 makcik n pakcik yg layan habis malam tu. ngap2 sambil layan lagu cintan evergreen zaman2 muda belia dulu2 mcm Micheal Learns To Rock, Boyzone bla3... terasa lagha jap. :p


bagusnya FLORA CAFE ni, diorang ada cameraman yg akan tlg ambilkan picture korang pakai dslr.
(alang2 tu, ko hulur la skali hp ko utk live update kat ig! :p)
percuma! nanti cariklah gambar korang kat FB diorang. 
mana nk dapat servis baik cenggini!
**see... i cant stop myself dr terus 'membodek' flora cafe. ;)**



thanks bang rumet utk mkn malam yg romantis ni.
juga untuk hadiah berbentuk kebendaan yg dipilih sendiri beberapa hari in advance.
dasar pompuan gelojoh! :)

dan terima kasih juga sebab jadi bang rumet yg super osem!
i really wish, kita akan masih ber-candle light dinner begini even di rumah sendiri walopon masa tu bila nak makan, kita terpaksa makan bubur nasik jer... sebab gigi palsu dah tumpul nak mengunyah.
jalan pimpin tangan goyang2 sebab skru lutut semua dah longgar.


macam ni! :)
ohhh... sweet sgt kan...


person incharge yg super terbaik!
untuk reservation, feel free to contact En Nizam atau panggilan manja MEL.

FLORA CAFE (AMPWALK)
Ground Floor,The AmpWalk 218, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Always open
Phone: 03-2161 8010 / 03-2181 0986 (mel)
Email: florakafe@gmail.com
Website: http://floraetc.blogspot.com/

FB Page: https://www.facebook.com/flora.k.ampwalk




anyway,
review ini seikhlas hati bebas dari dipengaruhi oleh rasa bias.
ikhlas dari lubuk selera kami laki bini. :)

n of course makcik tak serik utk kunjungan yg seterusnya.
tak yah tunggu hari istimewa la... sebab dlm otak skrg terngiang ngiang kesedapan mee bandung tu.


i am proud to be lady at 30 degree! :)


#maafkan cik puan kaki yg lebat bergebang hari ni. ;)


Thursday, July 12, 2012

Menu sepanjang tempoh berpantang

Alhamdulillah, hari ni hari ke-16 sudah. dah selamat melepasi tempoh berpantang secara tegar. lepas ni masih kena pantang juga tapi tak lah tegar mana. yg mana bleh pantang, kite pantang... yg mana pantang tengok tu, cubit cubitan senggol sengolan lah sket2. hehhehee....

hari ni, dah start kerja. so, saya dgn rasa hormatnya mengisytiharkan hari ini KHAMIS PALING BLUES! sumpah lemau giler. tapi esok saya nak isytihar JUMAAT PALING OSEM sebab baru wak muka 1 sen ngan boss mintak cuti free sebab saya sakit pinggang sangat2 duduk lama2. skrg ni baru pukul 3 tapi pinggang cam nak patah dah. ohhhhh~ rindu comforter busuk kat rumah!

sebab xder kerja dgn pale otak yg lemau dan prosessingnya slow cam komputer lama, mari kita wak entry tak berfaedah. tayang2 gambar menu harian sepanjang tempoh berpantang. ;)


hari pertama wak D&C, ni jer achik jamu. tak sempat nak dapatkan makanan berkhasiat. hu3...

milo pertama hasil tangan mr. rumet lps 5 thn kawen! minum sambil lap ingus terharu. 
*tipu bodek! hiks~

cik esah buat sambal lada itam super best. thank u ma. rasa nk tambah nasi tp cik esah x bg, takut anak dia buncit. girdle kan ade! heheheee
 #org pantang mmg tak bleh tambah2 nasik erk? kalo xleh tambah, pasni buh nasik cam bukit terus!

ginger + blackpaper chicken. nyummeh... 


kemudian menu2 ulang tayang berulang kali. dah mula rasa nak nangis makan nasi takde kuah ngan seciput sayur tapi nasi tetap membukit! MAAAAAAAAA, ORG NAK NAK PIZZA!!!

dalam duk merengek nak mkn pizza, nah ko... skali cik esah bagi lempeng gandum! hahahhaa... nak pizza bagai sgt kan! hadaplah lempeng gandum sambil bayangkan ngah ngunyah pizza. hehehhe...

pastu cik esah ngan penuh kasih sayang pepagi bangun kukus laksam untuk anak dia yang ngade taik kude ni. ohhhhh, ibuku manis sekali!!! tacing sungguh masa ni, terus sponser cik esah topup 30 hengget! ;)

pastu cik esah wak curry ayam. ya Allah... masa ni rasa sedapnya!!!

 pastu request nak kari ayam lagi! bubuh nasik cam bukit lagi! 

hari2 ku tak selamanya indah... kembali kpd menu2 rutin blk... uuwaaaa~~

pastu kan...

cik esah kan terpaksa ke luar bandar atas urusan2 yg tak dapat dielakkan. sblom tinggal, mcm2 list dia tinggal. senarai food JANGAN MAKAN tu jgn tanya lah... sampai naik loya nak hafal. tapi pesanan paling best ialah: jangan duk renyah nak masak segala. maksudnya di sini... xyah masak = boleh keluar carik makan la kan?! maka hasilnya:

yuhhhuhuuuuuu!!! gembira dpt nandos. tepuk tangan syabas utk diri sendiri sebab mkn mild tanpa sos hot peri kegemaran. 

nasi arab al-rawsya. nom nom nom~~~


dan malam tadi...
di hari ke-15.
bagi merayakan tamatnya tempoh berpantang secara tegar...
juga dgn bangga isytihar 'rombok dapur' (x fhm rujuk org klantan di sekitar anda)...
saya dapat makanan yg saya duk ngidam sesangat sepanjang 15 hari tu:



makan sambil menyanyi riang... :)
# satu yg hilang tu, saya korek2 mkn dlm kereta. x tahan sgt dah. glojoh sungguh! ;p






Friday, April 13, 2012

Biskut kegemaran sepanjang zaman. :)



Di suatu tengah hari yang sunyi dan sepi di hari Jumaat...

Gang makan hari jumaat punya urusan tersendiri...
Kedai depan tutup time sembahyang jumaat. bagus!...
Gerai kakak payung tu tak nampak plak payungnya. cuti barangkali hari ni.
Teman makan tiap hari (suami ai la), pergi sembahyang Jumaat.

Perut berdondang inang mintak diisi...
Geledah apa yang patut dan jumpa tin biskut ping pong kegemaran sepanjang zaman untuk 7 keturunan. Laju-laju bancuh secawan MILO untuk sihat dan kuat! 

Bismillahirrahmanirrahim... Allahummabariklana________________ 
# saya baca sampai abes!

prap! bunyi biskut dipatahkan memecah kesunyian... 
patahhhhhhhh... celup... cicah...... dan mamam! yummmmmyyyyyyyyyyyyyyyyyy~ 





perut kata: fuhhhhh~ lega... biskut ping pong pun ping pong lah... janji kenyang. :)
tekak jerit gembira kata: ehhhhhhhhhhh... sedap aper! 
# ambil hati sendiri barangkali. sambil terbayang kesedapan ayam nandos!

Dah kenyang baru ingat nak check buntut tin biskut. oh, nasib baik... expired date bulan 12! 


Terima kasih ya Allah di atas rezeki ini...




Thursday, March 22, 2012

Lantaklah! eh bukan... MELANTAKlah...

Mulakan entry dengan baca doa makan... :)
Allahummabariklana ... *sambung sendiri


Malam tadi terjah Fiske Steak House, Keramat AU2. [utk ENTRY detail, klik SINI]
Bukan ngidam... cuma dah tak tahu nak makan aper. dah bosan makan kedai siam! so, sajer ubah selera dari siam ke los angeles! :p

grill chicken utk kamu... grill beef utk saya pencinta lembu! :)


 SPECIAL BEEF STEAK (Grill) - RM 16 
*konon diet ler order grill kan... tapi kalo dah melantak sepinggan rabung diet pobondo cik kaki oi! eh tak tak, saya x makan habis... saya bagi achik sepotong kecik! :p


setiap set tu ada semangkuk carbonara spaghetti. oh, saya bukan pencinta carbonara spaghetti.

komen aku atas dasar tekak yang merasa dgn selera tersendiri, steak dia cam ade kureng sket malam tadi... x sesedap sebelum ni (sebelum ni dah banyak kali mkn situ). tak tahulah kalo masterchef dia MC ker aper mlm tadi lalu diganti ngan chef amatur... tapi sidelines dia memang best! mashed potato sedap... baked potato sedap... coslow pon sedap. gravy jer cam ader kureng dari biasa...



 malam tadi makan kat dalam... sajer berlagak nak mkn dlm aircond. biasa open air duk kat meja2 kat luar jer.

 achik tanya: "bie... cuba teka apa hobi kite?"

bini: "kamu mana ade hobi!"

jawapan samseng achik: "ehhhh... hobi kite ternak bini jadi boolat!" 

kite jawab mencik tapi dgn nada gembira! :p


 so, dah tahu rahsia kenapa muka saya boolat cam bola?! 


balik dari makan steak, achik offer: "bie, nak eskrem TUTTI FRUITTI tak?"

oh cukup cukup cukuppppppp!!! mekasih suami! tangguh hobi anda kepada esok malam yer! :)