Showing posts with label Kehidupan ke-2. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan ke-2. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Kenapa Saya 'Berhijrah'?

Aku mati...
Kamu mati...
Matahari terbit dari barat...
Saat itu, kita semua akan dihisab... 
Tak terkecuali satu pun walau sebesar zarah!


Qiamat itu rahsia Allah...
Berlakunya pada hari tak siapa yang tahu...

Jika masih ada yang tertanya, apa sebab saya berhijarah secara mendadak... inilah antara sebabnya. Di kala Imam solat jemaah di sepertiga malam (Qiamulai) di sepuluh Ramadhan terakhir membaca surah pilihan, terselit sepotong ayat yang satu-satunya saya faham iaitu: "SAKRATUL MAUT". Kala itu ibarat satu renjatan menyelinap ke setiap urat dan sendi dan rogga anggota tubuhku... dan saya menangis dengan hibanya. Terasa betapa dekatnya MAUT itu ibarat hanya sejengkal di depan mata. Tak lewat mahu cepat walau sesaat bila DIA kata matilah kamu wahai si polan. 

Rasa kerdilnya diri ini. Saya tak punya apa untuk dibawa sebagai bekalan. Kalau aku mati hari ini, pasti aku ke neraka. Terbayang pula azab seksa kubur sementara menunggu berlakunya Qiamat. Ya Allah... sungguh aku takut akan segala azabMU! Sesungguhnya aku tak layak ke syurgaMU, tapi aku sangat takut ke NerakaMU...

Jika benar ini HIDAYAHMU... kekalkan aku di jalan ini...
dan berikan rasa sama buat ahli keluarga dan sahabatku...
Takkan ku berputus arang BERJIHAD dengan nafsu sendiri untuk memperjuangkannya!
ya Allah, terus bantuku agar aku terus jadi pejuang di jalanMU.
Jalan yang masih panjang... 
dan izinkan aku sampai ke destinasi tujuan...
iaitu... JANNAHMU.

Amin...


#Sekadar perkongsian semata...



Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab.. 
 Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam..  

#Semoga Allah ampunkan dosa kita dan memberi petunjuk apa yang terbaik untuk kita... 
Amin...







Tuesday, October 18, 2011

Tentang aku semata... bukan tentang kamu atau kamu...

Aku menulis tentang rasa...
rasa yang aku rasa...
bukan tentang kamu atau kamu rasa...

Jangan kamu rasa aku menulis yang baik...
... sebab aku mahu tunjuk baik...
aku menulis sebagai ingatan buat diri sendiri...
yang masih bertatih dan berjalan perlahan...
di jalan yang aku masih meraba raba cari sinarNYA...

 Jika kesunyian yang terpaksa aku bayar...
aku terima apa adanya...


Tapi aku hanya insan kerdil di bumiMU ya Allah...
hamba lemah lagi hina serta daif...
bisa menangis bila teruji...


Semoga KAU terus tabahkan aku menerima setiap dugaanMU ya Allah...
Semoga aku kuat sekut batuan-batuan di pantai...
tak berganjak biarpun dipukul ombak dan badai...


Tetapkanlah aku di jalanMU...
AMIN...


Thursday, October 6, 2011

Bukan Hantu KUM KUM...




Oh sila jangan terkejut yer adik kakak...
Ini orang, bukan MOMOK mahupun Hantu KUM KUM!

kenapa gambar jadi cenggini?
ni namanya budget seni... hiiiiiiiiiiii hi hiiii hiiiiiiiiiiiii (sila baca cam pontianak mengilai)

si MYSARA (dia suka kalo aku sebut nama dia ni walopon bkn org kenal dia pon tapi dia akan syok sendiri bila bleh eja nama sendiri kat sini) tak puas hati kata aku nampak kurus sekarang. Memangla, bila pakai baju besar, haruslah lemak2 semua tersembunyi... Ko boleh makan setengah ekor ayam NANDOS, pastu pau org sebelah nyer ayam sikit lagi... pastu gi makan aiskrim TUTTI FRUTTI, pastu sebelum balik, tapau Choc Cheese Cake tanpa rasa bersalah langsung! oh... la la~~~

oke, sekian entry tanpa motif di petang Khamis paling BALOQ.

#Sape tahu BALOQ tu aper? aku baru tahu pasal word ni tak sampai sejam yang lalu. Thank you SHU SHINJU atas budi baik menambah perbendaharaan kata akak ni... :)




Friday, September 9, 2011

Kejap Private... Kejap OPEN!!! Mengada kan?!!

Assalamualaikum...

Sorry la kengkawan...
bukan niat nak mengada... bukan niat nak amik perhatian.
sebelum ni aku KELIRU...
tak tahu apa yang patut aku buat...
tak jumpa SOLUTION...
sekarang aku yakin dengan PILIHAN aku...

ada orang tak suka?
tak leh terima?
bosan dengan BLOG KAKISUKABERJALAN yg bertukar 'wajah'?
yang bertukar menjadi BOSAN?
atau mungkin bosan dengan CIK KAKI yang baru?
itu hak kalian...
boleh melangkah tanpa berpaling pun takpe...

ENTRY lama2 dulu aku revert to DRAFT buat sementara waktu.
ada masa aku telek balik buat penapisan berperingkat. :)

harap kalian sudi doakan semoga aku istiqamah dalam PENGHIJARAHAN aku...
dan aku juga doakan yang baik2 untuk kamu2 kesayangan sekalian...

SELAMAT HARI RAYA koranggggggggggggg... :)