Showing posts with label my fesyen. Show all posts
Showing posts with label my fesyen. Show all posts

Monday, September 29, 2014

Tutorial Super Wide Shawl Labuh Depan Belakang gaya InaAchik



Inilah gaya shawl kecintaan saya. Labuh depan, extra labuh belakang. 
Paling mesra solat, paling selesa, paling menggembirakan!

Biarlah orang kata macam kelambu dari belakang, ia tetap gaya yg paling jadi pilihan.


Shawl beli mana?
saya custom made sebab shawl di pasaran tak cukup lebar untuk saya. makanya saya adalah jenis syok sendiri suka giler ngan #superwidechiffonshawl keluaran sendiri; @InachicbyInaAchikSenang bentuk n flowy. :)


RM33 jer selai, RM60 untuk 2 lai (tak termasuk pos). see... sempat lagi promote kekdahnya. 
dasar sungguh! :p
Dah banyak terjual dan sekarang buat bila ada tempahan jer. tu pun kumpul2 tempahan baru buat sebab busy ngan kerja sekarang. Kalau sesiapa berminat, boleh email azlinahasan@gmail.com. Boleh buat tempahan kalau anda mampu bertabah dan bukan nak cepat. 

Untuk penggunaan tanpa was-was, saya memang sentiasa pakai inner neck yg x labuh sangat utk warna yang gelap. Kalau warna yang light sikit, saya pakai syria awning lembik kat dlm sbg inner. 



Dah ramai mintak tutorial cara pakai shawl ni. 

Sebab saya adalah malu nak buat video sendiri, saya saya share youtube org lain punya tutorial.





Cara pakai sama sahaja, BEZAnya:
di bahagian yang pendek tu, saya panjangkan sedikit lebih kurang 2 jengkal dan tolakkan ke atas bahu kiri dan tolak lebihannya ke belakang.



kemudian yang panjang lilit macam dalam video tu.

Bila nak keluar, saya standby 1 keronsang lebih. 
bila nak solat, pinkan sahaja tudung di balakang supaya tak terbang bila solat. :)



SELAMAT MENCUBA dan terus berusaha menjaga aurat sebagaimana ia diperintahkan pada kita...

"LET VEIL OUR AURAH FOR BRIGHT AKHIRAH"

Wednesday, April 16, 2014

Tips berpakaian ke pantai? tips takde... sharing jer boleh. ;)


Semalam ada yg inbox tanya tips pakaian ke pantai. 
saya takde tips pun sebenarnya tapi saya kalau ke pantai saya suka pakai satu blouse n skirt macam dalam gambar ni. Kira ni dah jadi macam uniform pantai saya la.




Blouse pasar malam yg loose, labuh, agak tebal dari material t-shirt serap peluh. 
Saya pilih baju ni sebab kalau angin sepoi2 tak reti bahasa pun, tak nampak susuk badan. 
Dan of course warna hitam jadi pilihan sebab warna paling selamat walopon sedikit panas. 

Skirt pula jenis kain nyutnyut yg tebal. 

Tiang bendera 2 batang pun tak nampak dan berbayang. 

Stokin tak lupa.

Oh topi gabak serta spek datin juga sbg tambahan. heheeee...

tapi lps hijrah, ada satu kecintaan saya korbankan iaitu aktiviti laut seperti snorkeling skodeng binatang2 laut yg super comel dan berendam like dugong. Sebab? bila basah, nampak susuk badan.

Tapi kecintaan pada pantai dan laut masih tebal tapi cukup santai2… 

cecah kaki manja… kejar2 ombak gedix2 cenggitu jerla. 

#suami... nak bercuti di private island yg ada kite dua jer boley? eh... ade ker?! kalau ada... mampu ker?! :p



Wednesday, November 27, 2013

WordlessWednesday - Please... saya bukan EBM mommy!


habis... apa ade dgn beg ala2 ibu2 menyusu yg dijinjit ayu setiap kali ke kantor ni?

kita terjah dan selongkar untuk cari sebuah kepastian!



V



V





V













YEYAAAHHHHHHH... ini rahsia nya!

sekarang dah upgrade bento dari bekalan breakfast kpd breakfast+lunch.
takdelah asyik meroyan dgn harga food kat maple kat office yg melampau mencekiknya tu!
dan boleh kekalkan my clean diet. clean?! sendiri mau ingat la azlina... :p


klik SINI untuk menu dan resipi DIET ATKINS versi malas, pantas dan tuntas! :)



*** eh... entry bukan lagi wordless! belasah... ***




Thursday, November 14, 2013

Fesyen tudung kecintaan saya buat masa sekarang; Tudung Koshibo Paridah. :)


Biasalah... pesen tudung ni kan bermusim. 
biasa saya suka ber-shawl.
sekarang dan bosan pakai shawl sebab malas nak pakai inner neck. 
balik kampung hari tu,
wak muka menggoda mintak birasberas kesayangan tlg jahitkan tudung labuh koshibo.
tapi biras beras kita cadangkan jahit separuh. 
katanya nanti boleh pesen2 kan. 
biar lepas keronsangkan kat bawah, jadi tudung labuh. 
boleh letak cincin jadikan pesen Dr Wan Azizah.
boleh selempang kiri kanan jugak.
3 in 1 macam nescafe!
ohhhhhh~~~ suka sangat! 
love u muahmuah birasberas!

sebab suka, terus jahit 10 helai!
orang tamak selalu untung! :)



pin sekuntum bunga dan saya namakan ni pesen tudung koshibo paridah! hehehee...
suka sangat pakai cenggini skrg. sebab? suami suka! ;)
bila suami suka, haruslah feeling cantik walopon mcm cikgu tadika katanya.


ni tudung 4 segi tak berjahit. bidang 60.


yang masukkan cincin macam Dr Wan Azizah tu tak cuba lagi. hehehee...


ada sesiapa berminat tak sebab sekarang dalam perbincangan dgn birasberas nak pasarkan tudung koshibo paridah ni. tapi sorang di Teganu... sorang di KL. jadiiiiiiiiiiiiii ker idok?! huhuhuuuuuu...
kalau jadi saya update sini k.
mungkin kami akan buka tempahan yg membolehkan gojes2 yg lain pilih nak tudung kochibo paridah ker... nak 4 segi gitu jer ker... amacam? ;)


lastly...

walau apa jenis tudung anda pakai, selagi patuh syariah... wear it proudly! :)




Tuesday, July 16, 2013

Kalau gembira mesti pakai hijau ker? :p

Assalamualaikum kesayangan...
semoga graf ibadah di bulan Ramadhan dengan meningkat mencanak. 
kaut semua peluang yg ada!
Ramadhan kan projek mega mampu milik! :)

hari ni Ramadhan paling gembira utk saya.
sebab gembira lebih, hari ni saya pakai baju kaler hijau, warna syurga! :)
eh, pakailah warna apa yg kammo kammooo suka.
ini pilihan peribadi saya semata! :p




ayuh, mulakan pagi dgn sedekah. 
Rasulullah saw bersabda: 

"Setiap org menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang memerlukan sedekah. tiap2 tasbih itu sedekah. tiap2 tahmid itu sedekah. menyeru makruf itu sedekah. mencegah mungkar itu sedekah. semuanya itu sama nilainya dgn 2 rakaat solat sunat Dhuha." 
(hadis riwayat Abu Dzar)


dan buat kesayangan hamba...


jangan takut memulakan langkah keluar dari zon selesa...
mulakan dengan langkah kecil dan maju dari ke hari...
perbaiki diri hari demi hari...
InsyaAllah, jalan lurus akan ditemui.

love you Lillahi Taala kesayangan hati...






Wednesday, June 19, 2013

Monday, April 22, 2013

Tudung makcik PARIDAH yg labuh menutup dada



yer2... ini bkn tudung glemer FAR***A harga ratus2. 
ini tudung makcik PARIDAH jer pon. 
walaupon harga puluhan ringgit jerk, 
Alhamdulillah... memenuhi piawaian etika berpakaian patuh syariah. 
labuh di dada mahkota terjaga. suka! :)

 sebab suka, haruslah kongsi dengan kesayangan saya.
of course uols nak tanya kat mana nak ni?



ini tauke nya:
kalau berminat, sila terjah laju2 sebab tengah ada promotion sekarang.

2 wanita badang hati tisu. huk3~~~
(terselit juga abang long kat situ kannnnn)

lepas balik dari PINKY MOMMA Laundry semalam, terus pakai tudung tu.
bayangkan dengan skirt kuning, baju biru, tudung pepel + pink + turqoise.
laki mak kata dah ghupe pelangi bergerak daaaaa~~~
wat eva! :p




Wednesday, February 27, 2013

Bukan pilihan... tapi kewajipan.




pagi yg segar bugar sebelum memulakan tugas harian. 
terap dlm diri bahawa setiap org adalah daie. 
menjadi tugas setiap dari kita menyampaikan walau sepotong ayat.

yer, aku bukan ustazah. 
hanya hamba sahaya yang hina. 
punya khilaf menggunung. 
bila mana aku berpesan, itu juga nasihat berkesan utk diriku sendiri.

wahai wanita kesayangan...
benarkan dalam diri; 
menutup aurat dgn sempurna itu bukan pilihan, tapi kewajipan. 
tidak ada susahnya. 
jika tidak dimula, manakan ketemu nikmatnya. 
percayalah... tak sepayah yang disangka...





OUTFIT:

#tudung:
1st time pakai tudung express awning lembut berdagu (ape jenis nama tudung da...). macam selesa la pulok. pasni mesti ada yang tanya, mana beli? oke, saya jawab sebelum ditanya. beli dengan AJK Masjid Al-Khairiyah Gombak. membeli sambil menabung untuk tabung masjid.

#jubah:
beli di gerai2 kecil di Care4 Wangsa Maju. princess cut. pakai automatic feeling princess. :p
harga rm 145 after sesi tawar menawar. katanya batu sworski (tgk, eja pon saya tak tahu). entah ler... yg pasti, berkilau.  kain lembuuuutttttttttt giler. antara yang menjadi kesayangan. :)

#stongan dan stokin: kedai Muslimah MENTARI, Taman Melwati.






Monday, February 18, 2013

Saya ke Hospital Swasta bukan sebab saya kaya!!!


Assalamualaikum kesayangan...

Ingin saya kongsikan suatu pengalaman yg amat MENGECEWAKAN saya:

nak jadi cerita, saya suami isteri perlu membuat satu suntikan di bahu. saya pergi ke satu klinik swasta, doktor perempuan tapi tiada vaksin yg saya perlukan. saya tanya; boleh tak kalau saya dptkan vaksin di mana2 klinik dan buat suntikan di klinik tersebut. jawapannya boleh. k, setel.

ke klinik ke-2, doktor lelaki. suami saya buat suntikan di sini. dan saya minta beli vaksin sahaja (harga sama jer sama ada buat suntikan atau tidak tapi tak ape, saya tak kisah bayar extra janji aurat saya terjaga). bila ke kaunter; pembantu doktor tu tanya kenapa tak buat suntikan kat sini jer. saya cakaplah, saya taknak sebab doktor laki. pastu pembantu tu cakap: "doktor pakai glove la" - suami: "kalau cucuk kat tapak tangan boleh la kot" - pembantu tadi: "selak sikit jer" ... gulppppp

malas nak panjang cerita, saya beli vaksin itu dan terus ke klinik pertama tadi.
bila jumpa doktor (seorang HAJAH) utk buat suntikan dgn berbekalkan vaksin saya bawa tu. doktor tu tanya: "kenapa tak cucuk kat klinik bla2 tu jer?" - saya: "doktor tu laki jer ada. taknak ah!" - doktor hajah: "ala... cucuk kat bahu jer pun"

again, tersentak saya!!!
knape semua org ambil mudah tentang aurat dan sentuhan segala ni?!  apatah lagi dengan title hajah itu saya ingat doktor perempuan itu faham kenapa saya taknak cucuk di klinik doktor lelaki tadi. dan paling tidak pun, hormat keputusan saya dan bukan persoalkan kenapa!
 
ini bukan darurat, kita masih punya pilihan!!! 

dan ini bukan kes pertama... hal yang sama berlaku masa saya buat treatment to get pregnant sebelum ini. begitu juga bila saya terpaksa buat D&C bila keguguran. dipersoalkan kenapa sanggup berhabis beribu-ribu sedang ada klinik kerajaan yang jauh lebih menjimatkan. org fikir kita ni berduit... high class.. PLEASE... ini bukan pasal berduit atau jaga standard segala... ini tentang AURAT! semua ini adalah untuk memastikan doktor yang merawat adalah perempuan yang mana bila ke klinik kerajaan, kita tiada pilihan. kalau dapat doktor perempuan, bonuslah! tapi jika ditakdirkan doktor yang bertugas, pilihan apa yang kita ada? ya mungkin jika bernasib baik, kita masih boleh request nak doktor perempuan. tu pun kalau permintaan dilayan. jika tidak, terpaksalah tadah. oh NOOOOOOO!!! jika terpaksa bergolok gadai atau berkorban hal lain untuk ini, tak ape... saya rela! insyaAllah... ALLAH melihat dan akan membalasnya. 
 
wahai WANITA... buka mata dan hati... jangan MEMANDANG REMEH hal ini. 
AURAT kita MARUAH kita. MAHKOTA yang hanya milik suami.

 kita berhak untuk pertahankan HAK dan hal2 yg menjadi HAK MUTLAK kita!


sekian...






Friday, February 15, 2013

Sebuah hakikat tentang sepasang sayap



Pasangan kita hakikatnya adalah sebelah sayap yang perlu digandingkan untuk terbang mencari keredhaan ILAHI...

#Cinta Kerana Allah


entry pendek2 dulu... tuan tanah di tahap lemau akibat banyak makan sepanjang coti2 menjadikan otaknya bergerak pada kelajuan yang sangat tidak memberangsangkan. jemari2 juga sudah montok akibat prinsip "diet ketika bercuti ibarat sebuah percutian yang gagal" dan ini menyukarkan taipan di papan kekunci... semoga kesayangan berbahagia sentiasa bersama2 insan tersayang... belajar menyayangi untuk disayangi...






Friday, February 8, 2013

Tentang org punya raya gua pun nak raya... tentang tudung labuh ker tudung bulat ntah nya... tentang limau juga.

sekali sekala meroyan letak tajuk entry berjela cam best jugak. ;)


sebelum pergi kerja tadi, heret beg segala masuk boot kereta sesiap. 
habis kerja terus shoot balik kampung. giler gelabah sotong kan... 
cina yang nak raya tu pun relax2 jer kot. hahahaha...
 
kawan kata; 
raya aper jer ko tak semangat?! semua raya ko rembat. cina india raya 2 hari, ko berhari-hari!

eh kawan... india raya, gaya kerja lorrr... :p


1 masalah saya bila nak balik kampung atau ke mana2 jerlah... 
mesti segala benda nak bawak. ni nak balik 4 - 5 hari jer kot tapi 2 beg jugak.
ni pun puas termenung puas tapis ler ni...
end up, achik kata: takper, kita balik naik kereta.. bukan motor. 
oke! selesai masalah. :)





sekarang ni saya dah mula selesa pakai tudung labuh ker tudung bulat ntah orang panggil ni...
suami panggil tudung budak sekolah.
jujur cakap memula pakai, saya tak selesa. mungkin sebab bukan ikut saiz yang betul2 buat saya selesa. kawan bagi. *thank you siti aisya mzm! :)
yang saya pakai ni saya beli sendiri masa gi Majlis Ilmu kat Masjid Shah Alam. memula pakai saya rasa berdengung bila bercakap. hahhaa... 1st time kekdahnya kannn... 2 3 kali pakai... saya mula selesa. eh bukan, sangat selesa. InsyaAllah, saya berhasrat untuk tambah koleksi untuk 2 3 helai lagi. 



 berbalik tentang orang punya raya...
apa yang saya suka tentang raya cina adalah buah limau.
kegemaran! makan sampai lupa diri.
lepas tu boleh cuci usus tanpa bantuan teh orang kampung. hahahaa...

eh memang betul... saya suka limau ni.
cuma tahun ni saya tak boleh bantai kaw2 sebab demam+sakit tekak. :(

to my chinese friends:
GONG XI FA CHAI!!!


kepada yang x raya pon, confirm ramai menyebok nyer jugak (macam saya). hehehee...
yg balik kampung, semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamatnya... 


 





Wednesday, February 6, 2013

Rabu is Bisu ~ Mana mahu lari hahhhhhhh!!!



ooooo... nak buat lari henbeg saya yer... 
jgn notti please!
makcik ni walau domok2 manja, kuat lari lagi tau! :p



Wednesday, January 30, 2013

WordlessWednesday ~ Lepas Gian


SELAMAT PENGANTIN BURUK

Yea... finally ada gambar sanding2 untuk dikongsi.
 
Lepas gian. Saper suruh pakai seksi2 masa sanding 5 tahun 8 bulan 4 minggu 1 hari yang lalu.
sendiri tengok pun sendiri malu.

pesanan untuk kesekian kalinya:
adik2 yang belum berkahwin... pilihla pakaian yang tidak terlalu seksi atau berpakaianlah dengan konsep menutup aurat dengan sempurna di hari bahagia anda. jangan sampai satu hari nanti, kita sendiri yang segan tengok gambar sendiri. laju2 sorok gambar kahwin bawah katil. 
tidak mahu kamoo2 rasa kekesalan yang ku rasa.



# DAH TAK JADI WORDLESS WEDNESDAY ENTRY DAH NI... :p





Wednesday, January 23, 2013

WordlessWednesday : Yang terakhir dan pertama... tapi tetap yang sama.


gambar versi cam-whoring terakhir di rumah lama...

gambar versi cam-whoring yang pertama di rumah baru...

pastinya, rumah lama atau baru... 
'cermin ajaib' tetap diusung dan tergantung megah di ruang tamu untuk memudahkan xtvt tak berfaedah ini! :p










Thursday, January 17, 2013

. . . Step forward . . .



Dalam aku bertatih berjalan ingin terus maju ke hadapan, 
sesekali ku toleh jua ke belakang...
bukan untuk menghentikan langkahku, 
tapi sebagai kekuatan untukku terus melangkah. 
sesungguhnya kisah silam punya banyak kesilapan yang tak ingin ku ulang... 
yang mengajar tentang banyak hal dan tentang... 
sebagai teladan dan pedoman...

ya Allah, 
tetapkan aku di jalanMu...
agar aku mampu tersenyum di kala aku berjumpaMu...

 ~inaachik~



"every righteous person has a past, and every sinner has a future"


Tuesday, December 18, 2012

Saya dan Online Shopping ~ terjebak dan sangat mengundang namanya!

Seumur hidup aku... iniiiiiiiiii yang pertama... (eh... ternyanyi lagi Ukays pulak) 

Seumur hidup yg lagi beberapa hari nak sambut birthday terakhir dgn angka 2 di hadapan (lepas ni masuk 3 series ler pulek), baru sebulan 2 ni saya terjebak ngan ONLINE SHOPPING. bagi saya, tiada kepuasan BERSHOPPING selagi mana takleh try dan ramas2 mesra barang yang nak dibeli tu. specially baju! memang tak berani. even depan mata pun, kalau takleh try, saya TAKKAN beli!

tapi sekali terjebak memang mengundang lah! memang not good lah!

bermula dgn bad experience hingga letih menanti handbag jurulatih yg tak kunjung tiba tapi nasib baik masih menyebelahi yg mana wang dipulangkan...

tak serik, terjebak pulak dgn Nur Aisyah Hijaber; beli inner neck marocco berzip. hasil memberangsangkan! inner neck terbaik setakat ni. yg sebelum ni semua buat pekasam... dan skrg simpan niat utk beli beberapa helai lagi. ;)



http://www.facebook.com/nuraisyahijaber
Inner Marocco Zip - rm 18/pcs



duduk tak lama, mencuba nasib dengan shawl bawal FARAHiskandar. ohhhhhh~~~ juga tak menghampakan! memula risau jugak sebab kalau dah nama bawal tu, tebal mana lah sangat kan... sampai2 jer kat ofice, terus masuk toilet pakai. oke, kelihatan sedikit tak menyempat di situ tapi... well... my name is Cik Kaki... hiks~~~ bila pakai, ehhhhhhhhhhhhhhh~~~ okelah! material memang nipis tapi disebabkan ia adalah lebar, dililit-lilit maka hasilnya memberangsangkan. tapi... yer ada tapi... untuk penggunaan tanpa rasa was2, baik pakai inner neck.

 percubaan pertama versi tak menyempat sejurus menerima parcel lalu digayakan dalam bilik air office dan lalu memaksa office mate snap-kan. :)

 percubaan ke-2 selepas dibasuh dan dihilangkan bau kedainya. :)
lebih selesa dgn cara pakai begini; lebih labuh di bahagian belakang



masa pakai bawal shawl ni, suami suka... katanya nampak macam zaman2 kat U dulu. nak kate i nampak muda belia ler tuh!!! dengar jer laki cakap gitu, tak tunggu lama, terus zassss beli lagi 2 lai dengan MIROBANA SHOP.


Mirobana Shop: TRIBAL SHAWL
Shawl bidang besar (180cm X 110cm)
Material : Polyester
RM30 inc postage


 ohhhhh~~~ suka lagi!
pemakaian bawal shawl ni saya pakejkan dengan inner neck marocco berzip di atas untuk penggunaan secara yakin dan tanpa was2! takderlah kes ternampak batang tengkuk jinjang dan telinga capang kan... ;)



lepastu...


ada lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~~

dalam kata taknak beli baju secara online... TERBELI jugak sehelai jubah. 
dalam hati kata.. jubah jer pown. kalo terbesar takperlah... jubah kekdahnya.
kalo terkecik, kite buat LELONG2... JUAL2 MURAH2! ngeheee...

 


custom made jubah. memula nak cenggini... tapi tetiba terbekenan yang ada 3D roses mint color. gambar is yillek. masih menanti dan dah berada dalam dakapan nanti, saya review dan fotogedix secara sopan dan penuh kesusilaan di sini yer... kalo oke, saya akan terus meng-custom made-kan jubah ngan SIFU jer... :)   

oke, pengajaran untuk diri sendiri: takkan dah kot terjebak ngan online shopping yg melibatkan angka pulus yg beberapa angka kosong ni. cukup ngan amaun yg kecil dengan keberangkalian kalau barang tak sampai, takderlah sampai rasa nak pitam bangun sambung pitam balik sampai 13 kali!!! 

ok, sekian dulu tentang saya dan ONLINE SHOPPING.

 "Let us veil our aurah for a bright akhirah"

 

 

Friday, December 7, 2012

Masih terpilih tidak tersisih



Dalam kelam, suram masih ada HIDAYAH
TUHAN tidak melihat pada aksi dan seri wajah
tapi selagi punya HATI yang masih sudi merintih oleh dosa, oleh alpa...




Kiranya masih terpilih tidak tersisih
menjadi seorang hamba yang soleh lalu aku, kamu dan kamu-kamu harus bangun
menuju jalan itu, jalan satu di ribuan liku

Aku, kamu dan kamu-kamu ada teman
aku, kamu dan kamu-kamu ada TUHAN
di situ jalan cahaya
kita bangkit daripada gelita
melangkah satu demi satu dengan waja...


#DI MANA DIA DI HATIKU?




Wednesday, November 21, 2012

Cermin untuk cermin diri?!


saya ditanya... eh bukan!
diberi ayat penyata. eh bukan jugak!
ntah! 
jenis ayat yang tak dapat dipastikan status dan sifatnya.
bunyinya:
Anda rasanya ada cermin di rumah. Cuba cermin diri anda.


yer, kat rumah saya ada cermin
besar lagi... muat berdiri dari hujung rambut sampai hujung kaki.
untuk 'cermin diri', cermin ini tak berfungsi apa pun... 
hanya menzahirkan fizikal diri... juga penampilan diri.
hati nurani, iman dan taqwa, diri sendiri yang tahu... 
tapi jangan lupa, ALLAH jua yang Maha Tahu.
muhasabah diri adalah yang terbaik.

kerana saya... kamu... dan semua kita yang bernama HAMBA 
yang masih terlalu jauh dengan sempurna

yang baik dari ALLAH... yang lemah dari kelemahan saya sendiri...
MAAF atas segala kekhilafan...





 

Monday, November 12, 2012

Tentang Aku, Jeans, Skirt dan Stongan. Pilihan di tangan sendiri...



dah lama sgt kot rasanya tak sarung jeans. tapi memandangkan hari ni tugas sebagai engineer cabuk dipinggir kota yang tak berapa nak berwawasan mana ade site visit, terpaksa ler  sarung 'uniform'. aduh... susahnya nak rukuk... nak sujud... nak duduk tahiyat akhir bila solat. 
OOOOoooh~~~ semakin x selesa ber-jeans! 
jubah/berblouselonggar+skirt the best! lapang dan nyaman! :)


selesa begini! blouse longgar+skirt untuk acara santai. 


 jika tidak, jubah menjadi pilihan yang tak pernah menghampakan! :)

tapi sebenarnya... pilihan di tangan sendiri.
pakailah apepun asal memenuhi konsep menutup aurat dalam Islam. 
tudung dilabuhkan... baju dilonggarkan. oh, jangan lupa stokin kerana kaki juga aurat.
tak susah pun kan?!

how bout stongan (baca stokin tangan)???
tak wajib pakai stongan, cuma pastikan lengan baju tak tersenteng. 
nak ikat lengan baju dgn getah ikat lauk pon boleh ;)
dan ini cara saya bila tak jumpa stongan campak mana:
.
.
.
.
.
v

suami kata: kamu ini ade2 ajer! 



"Let us veil our aurah for a bright akhirah"
FarahLee





Monday, October 8, 2012

Long Cardigan yang berjaya selamatkan jubah/dress yang makin mengecil



LONG CARDIGAN FOR SALE
# baru 
# PM saya jika berminat (azlinahasan@yahoo.com)
# warna: DARK CYAN

sebenarnya memula beli sepasang jer...
bila sarung jer... tetiba rasa terharu sgt ngan long cardigan ni.
banyak jubah dress yg mcm sedikit mengecil dapat diselamatkan.
ulang suara, jubah/dress yg engecil yer...  *xnak terima hakikat tuan membesar! :p
terus dapat cover dan selamatkan 'apa yg patut' ngan cardigan ni.
hehehee...

pastu bila upload kat Instagram n Fesbuk, ramai pulak yg berkenan.
dan saya sendiri dah jadi haloba nak tambah koleksi brg 2 3 lai lagi.
alang2, saya beli banyak sikit utk dijualkan pada kengkawan.

ada kawan saya tu haloba, sampai 3 terus borong.
terus rasa nak joget awimmowep sebab ada jugak yer manusia sama spesis ngan saya yg mana kalo dah suka satu2 baju tu, tak kisah nak beli 2 3 lai design sama dgn warna berbeza. 
oyeah, ada spesis ni yg belum pupus rupanya. terus hilang rasa rendah diri. hahhahahaaa...

so, tinggal sepasang ni jer lagi yg belum berpunya...
kalau xder orang nak, alamatnya... jadi koleksi ke-4 saya ler ni... uhhhuuuu :)



 
 gambar2 ini hanya untuk menyerikan entry semata. 
dah selamat dibeli oleh kengkawan saya. 







Jangan tanya: "inaaaaaaaaaaa... bila nak restock?"
sorry, jawapannya adalah KETIDAKTAHUAN. sebab saya takde supplier tetap. 
saya jenjalan, kalau jumpa, saya sambar... 
tu pon kalo kewangan mengizinkan. modal besar lorrr... huhuuuu...
ni saya beli kat Uptown Danau Kota
nak ke sana adalah pikir 5 6 belas kali sebab orang adalah cam ulat dlm sagu. pastu parking jauh alam. entah bila nak sampai lagi tu...


sekian...