Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Bacaan Surah tertentu mengikut usia kandungan


Dah lama nak share hal ini tapi bila bergoblog jer lupa... bila lupa jer bergoblog... 
sudahnya, dalam keadaan sedikit tegang dengan hal2 kerja yang tak sudah2 ni, saya dengan teganya mencuri sedikit masa untuk menaip entry khusus untuk panduan amalan2 ibu mengandung memandangkan ramai kawan2 tengah ber-status mak buyung skrg ni. kira ni sebagai 'hadiah' dari saya untuk sahabat dekat mahu jauh... mesra atau meminggir... jika kamu memilih untuk meminggir sekalipun, aku tetap memilih untuk tidak meminggir biarpun dipinggir. eh?! (ayat dgn suntikan nilai2 drama melayu :p)

oke, forget it... 

kembali ke tujuan utama . #eh, rasa skema pulak lately ni. tekanan kerja telah mengubah cara saya berkata-kata dan berkarya kah??? :p

melalut lagi...

oke oke... kembali ke tujuan utama. biasakan ibu2 mengandung ni ada surah2 amalan sepanjang mengandung kan... dulu saya tertanya (masa mengandung sekejap tu...), bila nak baca surah Maryam? bila nak baca surah Yusuf? bila nak baca surah Luqman? dah lepas fasa 'ibu sementara' tu, saya pergilah melawat kakak kezen saya yg baru bersalin. lalu dia berkongsi dan memberi pencerahan pada persoalan yg membelenggu kepala otak saya yg x berapa nak genius mana ni...

mengikut beliau (kakak kezen):

  • Kandungan 1-3 bulan ; baca Surah Yasin, Surah An-Nahl (untuk elak gangguan syaitan)
  • Kandungan Minggu ke-16 ; baca Surah Yusuf
  • Kandungan Minggu ke-24 ; baca Surah Luqman
  • Kandungan Minggu ke-36 ; baca  Surah Maryam

#wallahuallam...

semoga ALLAH permudahkan segalanya wahai kesayangan...





Cinta dan kasih sayang itu menjadikan setiap ruang dan peluang adalah untuk dikongsi. :)



Monday, December 10, 2012

Macam mana saya tahu saya KEGUGURAN

Sambung lagi kisah pengalaman mengandung yang kurang seminggu cukup 3 bulan itu. 

Soalan glemer yang diajukan adalah macam mana saya tahu saya keguguran?
ramai yang tanya, bleeding ker?
ok, jawapannya TIDAK. saya langsung tak bleeding.
habis tu???
sabar la... nak story the mory ler ni... :p

ceritanya begini...
sepanjang tempoh pregnancy saya, 'baby' adalah tak banyak ragam. saya takder morning sickness tapi night sickness. baby sporting sebab mungkin tahu kalau siang mummy nak pergi kerja kan... cuma malam, saya akan demam, sejuk n gastrik. so, tak heran sangat sebab saya boleh bantai rehat dan baring seterusnya zzzz. segala mak nenek kerja goes to daddy nyer. daddy kiut sangat bila 1st time bancuhkan milo 3 in 1 pun gegak gempita 1 dapur! hikssss~~~
siang standard orang mengandung la kan, lenguh2 n sakit badan... muntah2 sket2... selera makan pun berubah sikit dari biasa... suka makan pizza u! :p

pada minggu ke-11 (17-23.June.2012), saya rasa badan saya lain sangat... rasa 'ringan'. kuat dari biasa. dan instinct seorang ibu: TAK SEDAP HATI SANGAT! appointment ngan Dr. Suriati (yer, saya continue check up baby ngan my gyne sebab dia dah faham asal usul kejadian budak dan masalah mak budak) sepatutnya  24.June.12. tapi memandangkan minggu tu hati sangat2lah tak best dan saya fikir macam2 dan kemuncaknya pada 22.June.12 (jumaat), saya dah tak tahan... call doctor cakap saya kena jumpa doc malam tu jugak! doc kata boleh datang tapi orang ramai sikitlah... takper, saya sanggup!

bila sampai turn saya, seperti biasalah... temu bual soal siasat oleh doc. last skali soalan dia:
doc: "2-3 hari ni memang takde rasa loya2 nak muntah ker?"
saya: "takde... cuma tadi jer masa nak datang sini saya loya tgk itik gantung"
doc: "saya yg tak ngandung pon loya tgk..." hehehheee...

so, next prosedur, scan atas bawah... dan riak muka doc tenang jer...

terngiang-ngiang lagi ayat doc: "saya terus terang jerla yer... heart beat baby dah takde... kantung pun dah not in shape lagi" bla3.... ayat susulan lain dah tak ingat aper dah...

scene2 seterusnya tu haruslah scene air mata kan... malas lah nak citer.

saya: "takpe doc... saya dah set mind dari awal lagi... saya dah bersedia untuk terima segala kemungkinan"

pung pang-pung pang doc bagi nasihat, ayat2 sedapkan hati, contoh2 kegagalan orang lain dan bincang pasal D&C bagai...

saya: "doctor, boleh tak saya nak gi bercuti dulu sebelum D&C. balik bercuti nanti baru wak d&c boleh?"

doc: "boleh... bagus jugak. tenang2kan fikiran dulu... tapi jangan oversea la... dekat2 jer... kalau ape2 jadi, senang nak pantau"

maka, terjadilah percutian 2D1N ke Thistle Hotel, PD (24-25.june) sebelum  D&C pada 27.June.12.

oke, itu ajerlah kisahnya... xder drama mana pun...


percutian 2D1N dengan kulit album berjudul: "PencarianKetenangan@ThistlePD" :p
kalau rajin saya wak story bergambar erk...



#eh, ini story bukan untuk mintak simpati erk... ni lebih menjurus kepada sharing is caring lah sangat. so, ayat2 simpati tak diterima sama sekali! cukup doa2 untuk saya diberi rezeki yang terbaik oleh Allah. :)



Thursday, December 6, 2012

Entry khas buat TTC'ian (Trying To Concieve) - sharing my treatment; hospital mana? kos berapa?


 Hadiah terindah dari ALLAH di ulang tahun perkahwinan yang ke-5.
kehadiran kurang seminggu cukup 3 bulan yang sangat2 membahagiakan :)
catatan sebuah memori di SINI


Sejak 5 bulan lebih tragedi air mata sob2 ni berlalu... ramai geng2 TTC yang PM tanyakan treatment yg saya ambil untuk pregnant. InsyaAllah, hari ini saya akan lapangkan sedikit masa untuk share treatment2 yang saya ambil. tapi ingin diingatkan, treatment2 ini hanya sebagai satu USAHA. hakikatnya... KUNFAYAKUN; BILA MANA ALLAH KATA JADI, MAKA JADILAH. percayalah... segalanya atas aturan DIA yang maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA...

sebenarnya, dalam masa 5 thn ni saya dah usaha mcm2. berurut, jumpa bidan, jumpa ustaz2. thn kedua saya pernah wak check-up, xder masalah aper. so, saya continue jumpa ustaz n try perubatan homopati.

tapi usaha secara intensive saya mulakan di awal tahun ini (2012). saya start amalkan debunga kurma (serbuk kurma) ngan madu. minum tiap pagi... secawan utk sendiri... secawan utk laki! minum sambil bayangkan meneguk secawan horlick! euuwwwwww~~~
pastu try kurma ngan susu kambing fresh. sila gugel cara pemakanannya yer. banyak info pasal ni.



pastu saya amalkan surah Maryam ayat 1-7 setiap kali lepas solat maghrib. saya juga jaga pemakanan di mana saya yg nescafe addicted stop minum nescafe (pengorbanan terbesar! heheheh)

awl bln 3, atas suggestion beberapa kawan dan boss suami, kami setuju ambil treatment to get pregnant dgn Dr Suriati, gyne Hospital Pantai Cheras. treatment-nya berperingkat:
  • memula scan (atas - bawah **tak faham?! gugel! :p**) - lulus! takde apa2 masalah. saya adalah normal dan bebas dari segala cyst or whatever problem. kira ikut doctor nya, takde masalah untuk mengandung la... 
  • pastu buat blood test utk cek hormon. kalo ade hormon kurang ker aper, dia akan bg pil hormon. alhamdulillah, hormon saya masih di tahap wanita normal. heheeeee lagi~~~
dan bermulalah treatment2 seterusnya:

treatment cycle 1:

tunggu 2nd day period, akan mkn pil kesuburan. tunggu 10th day- akan masuk kamera kut 'bawah' scan telur2. pastu akan suntik ubat kat perut utk matangkan telur n bantu menggerakkan telur ke tiub fallopio. masa ni doc akan bagi tarikh dan masa utk 'together-gether' ngan suami. sila jangan terkejut kalo kena 'masa' pukul 1 pagi atau 3 petang di mana itu adalah hari bekerja! hahahaa...
kemudian doc akan bagi prediction date next period kita. kalo tak period, pergi seminggu kemudian, anda mungkin berjaya! yuhhhhuuuuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~~

cycle 2:
ulang lg cycle 1. dengan izin Allah, saya berjaya di stage ini. dahla masa cycle ni, saya kena cucuk ubat di perut sendiri sebab masa gi klinik tu telur tak berapa matang lagi. so, doctor bagi segala kelengkapan untuk cucuk sendiri esoknya. woiiii, ni giler nyer scary scene ah! dah lah laki mak hati tisu over dari saya lagi kekdahnya. jangan harap mintak tolong dia cucuk, nak tengok pon dia tak sanggup! terpaksalah, saya wanita badang dengan cool nya cucuk sendiri u! oyeahhh~ azlina memang iron lady! muakakkaaa~~~

kepada yang bertanya tentang kos, treatment tu tak mahal sgt sebab Dr. Suriati ni bukak private clinic kat alam damai. kalo under hospital pantai cheras, bersedia untuk lap peluk dalam aircond ler... kalau nk jmp kena by appointment n biasanya jmp dia 6 ptg -10 mlm pd hari tertentu sebab most of the time dia kat hospital pantai cheras la. kos treatment dia base on appointment; jenis ubatan dan treatment aper kita ambil masa appointment tu. dlm rm100-rm250. dr awl treatment hingga berjaya di cycle ke-2 tu, saya habis almost RM1K++ gitu jer.

kalo ada TTC geng yg berminat, ni no phone clinic dia:
KLINIK KELUARGA & KLINIK PAKAR WANITA SURIA
NO 2F, JALAN DAMAI RAYA 1, ALAM DAMAI, CHERAS, KL
# landmark: sebelah Old Town White Coffee Alam Damai.

Tel No: 0391057620
# kalo nak kol, kol ptg2 dlm kul 3 ke atas yer...


 
saya sgt recommend Dr. Suriati ni. sangat2 humble. dan selalu menjawab soalan2 cepu cemas saya dengan cool nyer! hahahahaa~~~  i love her!!!
lepas saya keguguran, siap kol tanya khabar saya. up lagi sayang kat doctor!

D&C pon saya buat ngan Dr Suriati. pengalaman D&C? kos D&C? 
saya share later k...

Buat geng TTC, please jangan sedih jangan bermuram durja... kita hanya berusaha dan segala usaha kita pulangkan kepada YANG MAHA MEMBERI. jom kita ubah konsep, TAWAKAL & DOA dulu sebelum USAHA. hati pasti redha... mampu tersenyum dan gembira! lalallalaaaaaa~~~

oh lupa... ada lagi satu saya nak kongsi dengan geng TTC saya. bila buat treatment, tipulah kalau kata kita tak letak paper harapan kan... tapi please sayang2ku... jangan letak harapan terlalu tinggi! bak kata my darling gf: 'bila selalu bawa hati terbang tinggi tinggi ikut suka hati, dan tetibe terseliuh sayap, jatuh gaya bebas mencapai halaju dan pecutan graviti bumi.. (~_~) sakitnya jatuh.'. jadi jangan biar diri jatuh pada halaju pecutan graviti yang tinggi. terbang sesedang sajer. agak2 jatuh di tahap terkawal. tak faham? terlalu puitis? alaaaa... biasala jiwang2 sket bebeh! :p

Cuma satu pesan saya, carilah DOKTOR PEREMPUAN ISLAM. dalam treatment ini, akan ada scene2 pegang2, menyeluk di tempat giler bapak sulit... dosa k, bagi doctor lelaki pegang tengok segala tu melainkan DARURAT dan please lapangkan sedikit masa, gugel kat youtube ceramah2 Ustaz yg mendifinasikan situasi DARURAT tu. sesungguhnya mahkota kita milik suami shaja! yeayeahhhhhhhhhh!!!


# sekadar coretan kosong:
jika baby masih hidup, mungkin sekarang saya dah jadi macam donut jatuh dalam air (boleh bayang tak cemana kembangnya donut jatuh dalam air?) membawa kandungan berusia 7 bulan. ikut prediction, saya akan bersalin tgh bulan 2. tapi itu kalau baby masih adalah... its oke, baby... tenang kamu 'di sana'... tunggu mummy n daddy k sayang... InsyaAllah, mummy n daddy akan cuba semampu habis untuk jadi hamba Allah yang baik supaya dapat bertemu baby di Jannah Ilahi...
*senyum sambil lap air mata*





Thursday, July 12, 2012

Menu sepanjang tempoh berpantang

Alhamdulillah, hari ni hari ke-16 sudah. dah selamat melepasi tempoh berpantang secara tegar. lepas ni masih kena pantang juga tapi tak lah tegar mana. yg mana bleh pantang, kite pantang... yg mana pantang tengok tu, cubit cubitan senggol sengolan lah sket2. hehhehee....

hari ni, dah start kerja. so, saya dgn rasa hormatnya mengisytiharkan hari ini KHAMIS PALING BLUES! sumpah lemau giler. tapi esok saya nak isytihar JUMAAT PALING OSEM sebab baru wak muka 1 sen ngan boss mintak cuti free sebab saya sakit pinggang sangat2 duduk lama2. skrg ni baru pukul 3 tapi pinggang cam nak patah dah. ohhhhh~ rindu comforter busuk kat rumah!

sebab xder kerja dgn pale otak yg lemau dan prosessingnya slow cam komputer lama, mari kita wak entry tak berfaedah. tayang2 gambar menu harian sepanjang tempoh berpantang. ;)


hari pertama wak D&C, ni jer achik jamu. tak sempat nak dapatkan makanan berkhasiat. hu3...

milo pertama hasil tangan mr. rumet lps 5 thn kawen! minum sambil lap ingus terharu. 
*tipu bodek! hiks~

cik esah buat sambal lada itam super best. thank u ma. rasa nk tambah nasi tp cik esah x bg, takut anak dia buncit. girdle kan ade! heheheee
 #org pantang mmg tak bleh tambah2 nasik erk? kalo xleh tambah, pasni buh nasik cam bukit terus!

ginger + blackpaper chicken. nyummeh... 


kemudian menu2 ulang tayang berulang kali. dah mula rasa nak nangis makan nasi takde kuah ngan seciput sayur tapi nasi tetap membukit! MAAAAAAAAA, ORG NAK NAK PIZZA!!!

dalam duk merengek nak mkn pizza, nah ko... skali cik esah bagi lempeng gandum! hahahhaa... nak pizza bagai sgt kan! hadaplah lempeng gandum sambil bayangkan ngah ngunyah pizza. hehehhe...

pastu cik esah ngan penuh kasih sayang pepagi bangun kukus laksam untuk anak dia yang ngade taik kude ni. ohhhhh, ibuku manis sekali!!! tacing sungguh masa ni, terus sponser cik esah topup 30 hengget! ;)

pastu cik esah wak curry ayam. ya Allah... masa ni rasa sedapnya!!!

 pastu request nak kari ayam lagi! bubuh nasik cam bukit lagi! 

hari2 ku tak selamanya indah... kembali kpd menu2 rutin blk... uuwaaaa~~

pastu kan...

cik esah kan terpaksa ke luar bandar atas urusan2 yg tak dapat dielakkan. sblom tinggal, mcm2 list dia tinggal. senarai food JANGAN MAKAN tu jgn tanya lah... sampai naik loya nak hafal. tapi pesanan paling best ialah: jangan duk renyah nak masak segala. maksudnya di sini... xyah masak = boleh keluar carik makan la kan?! maka hasilnya:

yuhhhuhuuuuuu!!! gembira dpt nandos. tepuk tangan syabas utk diri sendiri sebab mkn mild tanpa sos hot peri kegemaran. 

nasi arab al-rawsya. nom nom nom~~~


dan malam tadi...
di hari ke-15.
bagi merayakan tamatnya tempoh berpantang secara tegar...
juga dgn bangga isytihar 'rombok dapur' (x fhm rujuk org klantan di sekitar anda)...
saya dapat makanan yg saya duk ngidam sesangat sepanjang 15 hari tu:



makan sambil menyanyi riang... :)
# satu yg hilang tu, saya korek2 mkn dlm kereta. x tahan sgt dah. glojoh sungguh! ;p






Tuesday, July 3, 2012

Pengalaman D&C. Merasala cemana contraction nak bersalin tu... ;)


Assalamualaikum kesayangan sekalian. moga dlm lindungan Allah sentiasa.

golek2 dlm comferter di bilik lps kena sound ngan cik esah suruh gi baring dari mengadap laptop, mata degil taknak lelap. xper2, xnak bagi aku hadap laptop, aku hadap tabby! oyeahhhh... #tetiba rasa nak tabik spring toing2 kat kaum ibu yg sdg berpantang smp 40 hari xleh kuar rumah. ohhhh, saya budak hyperactive yg kebosanan! naseb ai budak baik... mak kata jgn mkn, aku x mkn tau! ;)




berbalik pada pengalaman D&C (Dilation and curettage) atau istilah kite bukan doktor ni, CUCI.
saya tahu 'ketiadaan' baby hari Jumaat mlm. D&C wak hari rabu. so, di kesempatan tu, kami pergi short vacation untuk mencari ketenangan dgn misi makan sampai terbongkam sebelum berpantang. heheeeee... misi berjaya dgn gemilang!

:)


a night before d&c tu, doc bagi ubat - ubat ape  saya  x pasti. doc gitau tp masuk angin kluar asap. yg pasti ubat tu buat  saya  rasa cemana sakitnya contraction nak bersalin.  saya  kena mkn ubat tu sblom tido. dlm kul 3 pagi sedar sebab sakit sangat2. ibu2 yg pernah bersalin pasti tahu cemana sakitnya tu. dia nyer sakit bercampur cam memulas nak berry. setengah jam la jugak duk termenung dlm toilet. sebab dah x tahan sgt sakitnya, terpaksa telan pain killer (doc memang dah bagi sesiap). lps mkn pain killer tu, baru lah lelap...




esok pagi2... dah tercongok kat klinik. masa ni jgn tanya sakit tak. lepas kena cucuk ubat tidur, aku pengsan 3 jam x sedar aper. sedar2 jer... suami wak PEACEEEEEEE! eh dah siap erk erk erkkkkk??? masih x percaya. memang tak sakit langsung. ;)

mekasih mr. rumet sebab sentiasa ada dgn kite!


memula nak buat d&c tu,  saya  risau jugak sebenarnya. tapi doc dah bagi penerangan penenang jiwa. dia takkan buat yg masuk batang besi utk korek sisa kandungan tapi guna kaedah vakum. oh, lega hati den!

dlm pening lalat ubat bius x hilang lagi,  saya  dah ajak achik blk. tak suka la duk spital ni... bosan! :p
yer, masa buat d&c ni, masuk pagi, kul 3 dah cabut! tak kuasa nak jadi penunggu ward! hahhahaaa... 
duk rumah jauh lagi best! :p

oh lupa nak gitau, saya buat d&c ni dgn doctor yg aku buat treatment to get pregnant. so, all details bout doctor & lokasi klinik ni saya bagi dlm entry treatment to get pregnant yer. zaman bila nak terbitkan entry ni tak tahulah! hehehee...

kos D&C = RM800-850. tapi sonok doc bagi diskaun! syg doctor saya byk2! hehehee...
saya ade juga survey kat klinik lain. contoh: Pusat Perubatan Kohilal = RM1100+-.


#di kesempatan ini, saya nak ucap terima kasih banyak2 atas komen2 memberi kata perangsang... perkongsian pengalaman... dan paling mengharukan, doa2 kalian. tak terucap rasa penghargaan itu. itulah hadiah terhebat utk saya. komen2 kalian motivasikan saya utk terus jadi kuat cam badang! ;)
love uols. hugs ketat2!!!




Friday, June 29, 2012

Bukan menangisi... jauh lagi untuk meraih simpati... ia sekadar catatan sebuah memori...

Assalamualaikum dan semoga redha Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita...

Ada cerita ingin kukongsi...
bukan untuk menangisi... jauh lagi meraih simpati...
tapi ia satu catatan memori terindah yang ingin kuabadikan di sini...
mungkin sbg satu cerita tentang sebuah realiti kehidupan sehari hari...
tentang aturan yang Allah rencanakan untuk kita yang punya hikmah tersendiri.


Suka dan duka rencah kehidupan yang menjadi medan perjuangan kita.
tapi kita manusia biasa. terkadang hati goyah di jalan mujahadah.
hati pasti merintih pabila pedih... jiwa pasti terdera pabila berduka...
namun, aku tidak akan patah di jalan mujahadah.
patah sayap terbang jua...

Emas perlu ditempa, intan perlu digilap.
begitu juga jiwa manusia.
ia ditempa oleh ujian, digilap melalui kesusahan.
tidak ada kesakitan, tidak ada ganjaran...



hampir 2 bulan lalu ingin sgt ku kongsi gambar ini di sini... ingin aku kongsi rasa gembira dengan kalian2 yang banyak menyokong ku selama ini... tapi ku tahan gelodak teruja lalu ku kata, blom tiba masanya lagi.
tunggu sehingga janin yg Allah kurniakan dalam rahimku benar2 kuat. ya, paling kurang 3 bulan.

berita ini kami dapat selepas seminggu kepulangan honeymoon menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke-5 kami. hadiah terhebat dari Allah sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami. ya Allah, tak terucap rasa syukur. masih jelas di ingatan cemana kami laki bini sesama blur dan antara nak percaya atau tidak. yer, after 5 years ni 1st time wak pregnancy test. tapi kembali kami kepada surat cinta dari Allah:

"Ingatlah tatkala Nabi Zakaria berdoa dengan kepada ALLAH dgn suara yang lembut. Ia merayu dgn berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdo’a kepada Engkau, ya Tuhanku."
[Surah Maryam, 3-4]

"Wahai Zakaria! sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu, dengan mengurniakan seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia." 
[Surah Maryam, 7]

Tatkala membaca surah ini, air mataku tak henti2 mengalir. Ya Allah, besarnya kuasaMU. Engkau maha tahu atas segala keajaiban. isteri Nabi Zakaria seorang yg mandul boleh melahirkan Nabi Yahya... Maryam yg tak punya suami lahirkan Nabi Isa. KUNFAYAKUN... sesungguhnya hanya padaMU kami panjatkan segala syukur...

Hari yang ku lalui begitu indah sekali...

hinggalah...


Jumaat, 22.Jun.2012
Lagi seminggu baby cukup 3 bulan dalam perut mummy. tapi Allah lebih menyayangimu sayang. Baby pergi tinggalkan mummy n daddy. sungguh, mummy tak mampu menahan air mata. mummy kalah... air mata turun tak henti-henti. tapi daddy cool jer... mungkin daddy berlakon kuat untuk mummy. yer, daddy kuat sangat! sayang daddy banyak2... 

tapi mummy redha... relakan pemergian baby. mummy tahu, Allah sedang menguji kekuatan iman mummy n daddy. sedarkan mummy yang baby bukan hak milik mummy. daripada Allah baby datang, kepada Allah baby kembali. mungkin baby belum bersedia untuk menerima amanah sbg hamba Allah untuk jalani kehidupan di dunia ini... 

Ya Allah,
dalam sujudku ku lepaskan segala kesedihan hati...
dalam sujudku ku pohon kekuatan atas segala ujianMU ini...
tiada lagi tempat ku bergantung selainMU ya Rabb...
biar kering air mataku... tapi jangan sesekali lemahkan semangatku.
jadikan aku orang2 yg teruji tanda kecintaanMU.
jadikan ujian ini untuk jadikan aku org2 yg mensyukuri atas segala nikmatMU...
jadikan ujian ini supaya aku lebih dekat denganMU...

ya, tiada lagi tempat aku bergantung selainNYA. ku serahkan jiwa raga buatNYA. Alhamdulillah, Allah memberiku kekuatan dan ketabahan untuk melalui semua ini dengan tabah. percaya akan setiap yang berlaku itu punya hikmah menggunung. mungkin Allah sedang merencanakan sesuatu yang jauh lagi hebat. hanya ALLAH maha tahu atas setiap aturan yang DIA tetapkan...


Thank you mr. rumet...
dugaan dan ujian ini menguatkan lagi cinta kita...
buat motivasi kita untuk terus mengejar syurga...
ada anak kita menanti kita di sana...
menanti mummy n daddynya...

ALLAHUAKBAR! hebatnya aturanMU!


#nanti saya share treatment2 yang saya jalani sebelum Allah beri rezeki buat kami. 
oh, x lupa juga pengalaman D&C! :)