Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Skim Cepat Kaya yang sangat menguntungkan! Jom join!!!



Sebenarnya ntuk kaya kita tak perlukan SKIM CEPAT KAYA 
sebab skim paling cepat kaya adalah dgn SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Solat sunat dua rakaat sebelum Solat Subuh itu lebih baik drp dunia dan segala isi buminya." (Sahih Muslim)


Dikerjakan 2 rakaat sesudah azan Subuh sebelum menunaikan solat Subuh.

"Sahaja aku solat sunat Subuh, 2 rakaat sebelumnya krn Allah".

(dikerjakan seperti solat subuh tanpa Qunut).


jadi, MODAL KAYA;  tak perlukan DUIT, just DO IT!






Wednesday, October 8, 2014

Solat Sunat Gerhana Bulan (08.Oktober.2014)





Hari ini, RABU, 08.10.2014 dijangka berlakunya GERHANA BULAN. Kita dianjurkan untuk
~ Buat SOLAT SUNAT GERHANA BULAN. Dibuat dalam lingkungan 7:30 - 8:30 mlm.
~ Waktu mustajab doa.


>>Seruan melakukan sholat gerhana:
Hadits riwayat Mughirah bin Syu`bah ra., ia berkata:
Pada masa Rasulullah saw. pernah terjadi gerhana matahari pada hari kematian Ibrahim. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana disebabkan kematian atau kelahiran seseorang. Oleh sebab itu, apabila kalian melihatnya, maka berdoalah kepada Allah dan tunaikan sholat hingga matahari nampak kembali. (Shahih Muslim No.1522)


>>Seruan melakukan sholat gerhana secara berjemah:
Hadits riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata: Tatkala gerhana matahari terjadi di masa Rasulullah saw. (manusia) diseru dengan seruan: "as-shalaatu jaami`atan" (marilah sholat berjamaah). Rasulullah saw. melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat. Kemudian berdiri dan melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat (yang terakhir). Kemudian matahari nampak kembali. (Shahih Muslim No.1515)


>> Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Gerhana

Rakaat pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana - "Sahaja aku sembahyang sunat gerhana bulan, 2 rakaat kerana Allah Taala"
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Membaca Surah al-Fatihah
9)      Membaca Surah al-Qur’an
10)    Rukuk
11)    Iktidal
12)    Sujud
13)    Duduk antara dua sujud
14)    Sujud kali kedua
15)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Membaca surah al-Fatihah
2)      Membaca Surah al-Qur’an
3)      Rukuk
4)      Iktidal
5)      Membaca Surah al-Fatihah
6)      Membaca Surah al-Qur’an
7)      Rukuk
8)      Iktidal
9)      Sujud
10)    Duduk antara dua sujud
11)    Sujud kali kedua
12)    Duduk untuk tahiyyat akhir
13)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri.            
Setelah selesai mengerjakan solat Gerhana, sunnah dilaksanakan khutbah yang ringkas.


Friday, July 11, 2014

Wanita: Solat Berjemaah di Masjid atau Solat Sendirian Di Rumah?




RAMADAN adalah bulan ibadah untuk semua termasuk buat kaum Hawa. Mereka juga tidak ketinggalan bersama dengan suami dan ahli keluarga yang lain menghidupkan malam sepanjang Ramadan. Tapi wanita perlu tahu apakah yang wajar mereka pelihara dalam keghairahan menghidupkan malam Ramadan terutama solat Tarawih secara berjemaah di masjid atau surau, agar usaha mereka melipatgandakan ibadah tidaklah bertukar atau bercampur-baur dengan hal yang ditegah agama.

Suatu ketika, seorang sahabat bernama Ummu Humaid  RA ingin mengikuti solat bersama Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi. Maka Baginda SAW memberikan satu jawapan yang cukup indah dan berkesan kepada beliau: “Sungguh aku tahu bahawa engkau gemar solat bersamaku, sedangkan solatmu di dalam bilikmu lebih baik daripada solatmu di rumah, dan solatmu di rumah lebih baik daripada solatmu di masjid kampungmu, dan solatmu di masjid kampungmu lebih baik daripada solatmu di masjidku ini.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah).

Hadis ini seakan memiliki kaitan erat dengan hadis daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar syaitan akan menghiasinya. Dan sedekat-dekat seseorang wanita itu kepada Tuhannya adalah di saat dia berada di bahagian yang paling tersembunyi di dalam rumahnya.” (Riwayat Al-Tirmdzi & Ibn Khuzaimah)

Berdasarkan dua hadis tersebut jelaslah keadaan yang paling selamat yang Islam anjurkan untuk golongan wanita ialah untuk sentiasa berada pada keadaan yang tersembunyi, termasuk ketika waktu solat.

Walaubagaimanapun, j
ika wanita berkeinginan ke masjid, berikut adalah ADAB yg perlu diutamakan:

1- NIAT ikhlas kerana Allah.

2- MEMINTA IZIN SUAMI atau AYAH

3- MENUTUP AURAT DGN SEMPURNA - Ramai yang pergi ke masjid dalam keadaan di bahagian atasnya bertelekung litup tetapi di bawahnya sendat, singkat, dan jarang pula jadinya. Syarat menutup aurat ialah: Menutup seluruh badan, tidak membentuk tubuh, tidak singkat dan ketat, tidak jarang, tidak juga pakaian kemasyhuran, tidak juga pakaian yang menyerupai pakaian orang kafir dan tidak juga berpakaian yang menyerupai pakaian golongan lelaki.

4- TIADA SEMBURAN WANGIAN - Rasulullah SAW bersabda dalam hal ini: “Mana-mana wanita yang mengenakan wangi-wangian lalu keluar ke masjid, maka solatnya tidak akan diterima sehinggalah dia mandi (bagi menghilangkan bau wangian tersebut).” (Riwayat Baihaqi)

5- MERENDAHKAN SUARA - Perintah merendahkan suara secara umumnya bukanlah untuk golongan wanita sahaja, terutama apabila kita berada di masjid. Adapun bagi golongan wanita, adab bagi menjaga suara ini jauh lebih ditekankan Islam demi menjaga kehormatan wanita.

6- MENUNDUKKAN PANDANGAN - Selain menjaga aurat dan lenggok suara, wanita juga diingatkan agar menundukkan pandangan mereka daripada melihat  lelaki bukan mahram. Hal ini sangat biasa terjadi di kawasan umum termasuk di masjid.

Semoga dengan penelitian dalam menjaga hal di atas dapat menjamin kualiti ibadah yang dikerjakan di masjid bahkan menambah lagi nilainya. Sebaliknya jika hal ini diremehkan ia bakal merendahkan nilai ibadah yang kita kerjakan dan ia adalah seburuk-buruk dan serugi-rugi pekerjaan.




::Pendapat 2 sen dari Puan Blog::

Sorry to say, hasil pemerhatian... saya sangat2 kecewa dgn muslimat yg hadir di Masjid terutamanya bab berpakaian. Kecewa itu bertambah bila adab2 ini dipinggirkan oleh muslimat2 'core' masjid yang sepatutnya memberi teladan yg baik kepada yang baru berjinak ke masjid. Mereka juga dgn sifat kroni, lantang ketika bersuara, bertadarus dgn volume yg kuat, bercakap ketika berlangsungnya majlis ilmu dan worst lagi, time azan pun bercakap... dan perasaan 'tuan rumah' buat muslimat yang lain rasa tidak selesa. 


Hal ini berlaku hampir di semua tempat. Bila saya share dengan kawan/kenalan, rupanya mereka juga hadapi hal yang sama. Tapi sebab cintakan rumah Allah... rindukan Majlis Ilmu yang sangat besar khaifiatnya, hal-hal ini ditolak tepi. Anggap ini gangguan-gangguan yg perlu ditangani dengan bijak. 

Tapi pada saya yang jahil ini,
Sebaik-baik solat wanita adalah di rumah kecuali bila ada majlis ilmu kerana tuntutan majlis ilmu itu adalah lebih utama dari solat berjemaah bagi wanita. Walaubagaimanapun, pahala berjemaah bagi wanita tetap sama dengan lelaki berdasarkan hadis ini:

Dari Ibn Umar r.a., bahwasanya Rasulullah saw bersabda:  “solat berjamaah itu adalah lebih utama dua puluh tujuh derajat dibanding solat sendiri”  (Hadis muttafaqun alaih)


Hadis ini pada hakikatnya berlaku umum,  ertinya baik laki-laki maupun perempuan akan memperoleh pahala yang sama apabila melaksanakan solat berjamaah.


Tapi jika kita tidak mampu menjaga adab-adab utama ini, rasanya solat di rumah adalah jauh lebih baik

Wallahua'lam... teguran/perkongsian lain dialu alukan... moga ada keberkatan untuk kita bersama.




Saturday, June 28, 2014

Cara Solat Terawih sendirian

Alhamdulillah... Allah masih temukan kita dgn RAMADHAN.

Teringat 10 terakhir Ramadhan 2011, Allah jentik hidayah utk saya hamba hina dan jahil utk mencari cintaNYA setelah 27thn hidup yg hanya ber-IC kan seorang Islam tapi hidup jauh dgn Islam. Allahurabbi... sungguh cinta Allah itu tak bersyarat. sudi pandang hambaNYA dgn kasih sayang walaupun perintahNYA sering dimungkiri.

Moga RAMADHAN kali ini jadi titik hijrah utk sahabat2 saya juga... dgn keberkatan bulan mulia ini, di saat syaitan digari, mungkin penghijrahan kita jadi lebih mudah krn hanya perlu berjihad dgn nafsu sendiri tanpa gangguan hasutan syaitan.

Kita mulakan hijrah dgn perbetulkan/perkukuhkan hubungan kita dgn Allah. Buat surirumah2 terdiva yg beranak atau tidak, yg tak sempat / tak berpeluang nak berterawih di Masjid, kita usahakan buat sendiri kat rumah. Kalau tak pandai, di sini saya kongsikan perkongsian yg harapnya dpt membantu sikit sebanyak.

------------------------------
CARA SOLAT SUNAT TERAWIH SENDIRIAN:
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;
1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
**sumber: saya lupa kat website mana saya kopipes ni. Harap halalkan.



--------------------------

Keberkatan Ramadhan:
Pahala yg sunat sama seperti pahala wajib. Pahala yg wajib pula berganda ganda (malas nk nyata berapa kali ganda takut terbagi ajaran sesat. Ngehee)
Selamat menyambut RAMADHAN sahabat...
Semoga Ramadhan kita kali ini jauh lebih baik dari sebelumnya. Kita sama2 usaha utk kaut sebanyak mungkin peluang yg terbentang.

Wednesday, February 12, 2014

Menengking?! Tak... cuma berpesan. Bacalah! Aku rayu...


Di kala badan penat nak ke masjid, syaitan berbisik; tak pelah… hari ni tak payah pergi. Esok2 jer…
dgn kekuatan tipis tersisa, langkah diteruskan. sampai di sana, melihat Ustaz Ismail Kamus yg tinggi ilmunya pun sanggup dipapah utk datang berkongsi ilmu, ia satu tamparan hebat!


tajuk kuliah malam tadi adalah MENENGKING ORANG YG MENINGGALKAN SEMBAHYANG. (menggunakan kitab Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah, oleh Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Phatani - yang mana kitab ini adalah hadiah dari Ustaz Ismail Kamus yg diberi secara percuma untuk jemaah yg hadir di Masjid Al-Khairiyah beberapa bulan lalu. Allahuakbar, mulianya hatimu wahai Murobbi...)


dgn kerendahan hati, saya ingin berkongsi isi kuliahnya di sini dgn sahabat2 dan kesayangan2 saya...

sebab saya takut... takut bila dibacakan ayat ini:
"wahai saudaraku! nyatakanlah bagi tiap2 org yg jahil segala perkara yg mencederakan segala yg wajib pada agama dan jika engkau tiada nyatakan maka engkau adalah org yg terlebih awal drp mereka yg dinyalakan api neraka dgn sebabnya spt yg dtg dlm hadis sahih; maka engkau termasuk pada mereka yg mengetahui dan tiada beramal dgn ilmunya, krn tiap2 org yg mengetahui sesuatu drp hukum syarak dan ia beramal dgnnya dan tiada diajarkan kpd yg lainnya, maka ia termasuk dlm golongan org yg mengetahui dan tiada beramal dgn ilmunya."

Allahuakbar!




----------

Berbalik pada isi kuliah, 

  • Tersebut pada hadis drp Anas bin Malik mengenai firman Allah: "qul a'udzu birabbil falaq". maka Anas bertanya apa itu al-Falaq ya Rasulullah? sabdanya (bermaksud): "iaitu suatu telaga dlm neraka Jahnam, jika burung terbang seribu thn tiada smp kpdnya ". maka aku bertanya: "bagi siapa wahal Rasulullah?" sabdanya (bermaksud): bagi org yg meninggalkan sembahyang tetapi tubuh badannya sihat."

  • Pada hadis yg diriwayatkan oleh Sayidina Omar bin Al-Khattab dan Abu Hurairah r.a dr Nabi SAW: "wahai Jibril! adakah umatku mensia-siakan sembahyang selepasku? katanya: bahkan pada akhir zaman, dtg beberapa org manusia drp umat tuan hamba, mereka mensia-siakan sembahyang dan mereka mentakhirkan segala waktu (waktu sembahyang) dan mereka mengikut keinginan nafsu, bagi mereka 1 dinar adlah terlebih baik drp sembahyang mereka"

  • Dan diriwayatkan bahawa perkara pertama yg dihisab ke atas seorang hamba pada hari khiamat ialah sembahyang. jika didapati sembahyangnya sempurna, diterima sembahyangnya dan diterima segala amalannya. jika didapati sembahyangnya kurang, tiada diterimanya dan tiada diterima segala amalannya.

  • Org yg meninggalkan sembahyang tiada diziarahi ketika sakitnya, tiada diiringi jenazahnya, tiada diberi salam kpdnya, tiada mkn minum bersamanya, tiada sahabat dan tiada yg bersekedudukan dgnnya, tiada agama baginya, tiada iman baginya, tiada bahagian baginya pada rahmat Allah dan ia bersama org2 munafikin pada lapisan neraka yg terbawah.


semoga perkongsian ini, ada hati-hati yg terjentik. juga sbg pil perangsang utk kita (terutama saya yg sdg menari-narikan jemari montok di sini) utk kekal istiqamah, malahan utk terus perbaiki diri. 
jika yg belum sembahyang atau sembahyang berlubang-lubang, kita usahakan untuk cukupkan 5 waktu sehari semalam. 
jika dah cukup 5 waktu, tapi selalu mentakhirkan (melewatkan) waktu sembahyangnya, kita usaha utk sembahyang di awal waktu.
dan... kita sama2 ushakan untuk tambah sembahyang yang sunat kerana yg sunat inilah akan membantu 'topup' sembahyang2 wajib kita yg terkurang /  tidak sempurna.

wallahuallam...

#bila mana aku berpesan, itu krn aku sayang...





Thursday, October 10, 2013

Solat Jamak & Qasar





Tetiba teringat satu pengalaman dlm perjalanan dari Madinah ke Mekah. kami bergerak petang lepas asar. perjalanan yg mengambil hampir 6 jam itu tidak berhenti masa Maghrib dan kami disuruh oleh mutawwif utk niat utk menjamakkan Maghrib kpd Isya'. 

kemudian sampailah kami ke Wadi Qhudaid utk mkn dan solat. jadi lepas makan, saya dan jemaah wanita yg lain pun ke surau utk JAMAK TAKHIR MAGHRIB dan ISYA'. salah seorang sahabat tanya: "macam mana nak solat jamak yer? saya tak pernah buat..." saya pun terangkanlah apa yg patut. alhamdulillah... dia terima dan harapnya dia faham. 

apa yg cuba saya kongsikan drp pengalaman ni adalah: sama2 kita tambahkan ilmu. Ilmu solat kita tak cukup dgn tahu menunaikan solat sempurna mengikut rakaatnya sahaja. kena belajar cara JAMAK dan QASARnya solat, solat SUNATnya, cara solat BERJEMAAH dgn betulnya, solat JENAZAH pun jgn lupa. 

pernah juga berbincang dgn seseorang; dia kata rasa tak best bila nak jamak ker qasar ni. bila berjalan jauh... dia akan berhenti bila masuk waktu (tu kalau ada hentian, kalau takde?) dan berhenti lagi bila masuk waktu seterusnya. saya kata kenapa menyusahkan diri sedangkan Allah dah bagi keringanan sbg bonus kpd hambaNYA? ibarat, boss bagi bonus, kita tolak... kan menolak 'rezeki' tu... 



di sini saya kongsikan SYARAT, NIAT & CARA SOLAT JAMAK & QASAR:

JAMAK: mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Jamak ni pulak terbahagi kepada 2 iaitu

  1. Jamak Takdim - melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib.
  2. Jamak Takhir - melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak
QASAR: ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. 



Syarat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.



Niat Solat Jamak dan Qasar

i) Jamak Taqdim dan Qasar

  • Zuhur-Asar



“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.


Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :




“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.



  • Maghrib-Isyak


“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.


“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.



ii) Jamak Takhir dan Qasar

  • Asar-Zuhur


“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.



“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

  • Isyak-Maghrib



“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.




Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar

Cara mengerjakan solat jamak dan qasar:
  1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
  8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.









Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu atau 90 kilometer). permusafiran kita juga bergantung kepada tempoh kita menginap di sesuatu tempat tu. saya awal-awal dulu keliru juga. lepas pencerahan Ustaz Azhar Idrus, teori senangnya begini: let say balik kampung, kita boleh jamak dan qasar kalau kita stay kat kampung kurang dari 3 hari. kalau lebih, kita tak boleh jamak & qasar setibanya kita sampai ke destinasi kita tu. contoh: balik hari sabtu, stay kat sana untuk ahad, isnin, selasa dan rabu memang dah berangkat pulang. tapi kalau kata kita nak stay sampai rabu, khamis baru nak berangkat pulang, kita dah tak kira musafir. keringanan hanya diberi ketika perjalanan sahaja. 

harap faham lah kan... tak faham pun takpe, at least dapat figure nya macam mana. lepastu, kena gi majlis Ilmu la... setakat baca blog ditulis pulak blogger akak ustajah tak bertauliah ni memang tak cukuplah... setakat dapat fahaman kasar untuk jadikan step untuk move forward untuk dapatkan ilmu mendalam tu boleh la kot kan...


# sama-sama kita perbetulkan yang mana kurang...


komen dari Ustazah Usrah di FB:

Musafir adalah antara aktiviti yang memenatkan dan memerlukan kepada kesabaran yang tinggi. Allah hadiahkan rukhsah solat jamak qasar untuk kita menghargai keprihatinan agama terhadap penganutnya. Islam itu mudah tp bukan bermudah2. Islam itu menyenangkan tapi bukan untuk bersenang-senang. Orang yang melakukan solat jamak qasar bermakna telah mengamalkan sunnah n di situlah bertambahnya keberkatan dan satu daya tarikan kepada mereka yang naru berjinak dengan Islam wp dah lama memeluk Islam/Muslim sejak lahr.

Allahuakbar... terima kasih sgt Ustazah atas perkongsian ni. seperti biasa, murobbiah hadir memberi komen balas yg mengujakan mutarobbiahnya. jawapan ilmiah ini yg ina tak ada/tak tahu... terima kasih lagi sekali ustazah