Wednesday, December 3, 2014

Keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr


Suami: "suami ada task nak bagi isteri. Bukak surah ke-59 dan baca 3 ayat terakhir pagi dan petang."

Laju2 si isteri bukak Tafsir Humaira di meja sisi sofa tempat beristirehat (letakkan Quran di tempat paling senang dicapai untuk rujukan setiap masa bukan sebagai hiasan di almari kaca). 

Lalu baca di bahagian Al-Hadith di bawah surah tersebut:


Diriwayatkan dari Mutaqil bin Yasar bahawa Rasulullah bersabda, “Siapa membaca ketika bangkit subuh “A’uuzubillahis-Sami’il-‘alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.” dan membaca tiga ayat terakhir surah Al-Hasyr pada pagi hari sebanyak tiga kali, Allah akan mengutus tujuh puluh ribu malaikat kepadanya. Malaikat itu memohon ampunan baginya hingga ke petang hari. Siapa saja yang membacanya pada petang hari, dia akan memperoleh balasan sama." (HR Ahmad dan Timidzi)



Terima kasih suami...
si isteri ni pulak, asal dapat ilmu baru, mesti teruja nak share ngan kesayangan2 yang lain.lagipun boleh juga dijadikan sebagai rujukan di saat terlupa / terlalai /  terleka kan...

Ayuh kita sama2 amalkan.


1 comment: