Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Thursday, October 29, 2015

Tasik Biru @ Pepsi Blue









Bukan di Lombok... bukan di New Zealand... tapi di Rusila.
Indah dan damai mata memandang...
Tapi kisahnya tak seindah saujana terbentang.
Di sini tersimpan seribu satu cerita...
Telah berapa banyak nyawa terkorban
Misteri? Mistik?
Allah jua pentadbir alam...


Pernah viral tentang keindahan tasik biru atau Pepsi Blue ni... Terletak dekat Kampung Kalungan Mas, Rusila, Marang, Terengganu. Kebetulan masa balik Terengganu Raya Haji lepas, adik ipar ajak datang sini. terus zasssss...

Tempat dia macam tersorok sikit. Sekali lalu memang tak cam la... Terletak atas bukit dekat perumahan x siap. Bergegar jugaklah lemak tepu ni naik ke atas tu... Tapi bila sampai atas... tengok tasik membiru... semput penat semua hilang. MasyaAllah cantiknya! Oh, memang cantik! Tapi sebab pergi tu musim jerebu, matahari malu-malu mengintai dari celahan awan, dan hari seakan suram... maka kecantikan dan keindahan sebenar tak dapat di-zahirkan seperti yg terzahir di depan mata.

Tasik Biru ni sebenarnya bekas lombong emas. Tapi ditutup sebab merbahaya dan ikut cerita, berpuluh nyawa terkorban di sini. Tasik ni tak sesuai untuk sebarang aktiviti riadah and that why tak dibuka kepada orang ramai. Hasil gugelan, airnya berasid, pH 2.4 menyebabkan kulit anda akan menjadi gatal jika terkena airnya. Dan cerun tepi tasik tu pun tidak kukuh. Masa kitorang datang tu, ada jugak 4-5 org berspesis otak di kepala lutut terjun tiruk dari tebing ke dalam tasik tu.
So, kesimpulannya: segala kemungkinan sendiri tanggung.


Peta lokasi ke Tasik Biru.
(Gambar adalah hasil gugelan. thank u Tuan gambar.)


Moh pulang...



Friday, November 2, 2012

Hal / perkara / XTVT wajib buat tiap kali balik Terengganu


Masak untuk keluarga mertua
sebab mereka suka masakan saya specially bapak dalam undang2 saya.
dan saya suka sangat bila mereka makan cam phirana tak jumpa makanan seminggu! ;)
even ada masa saya malas masak, saya akan lapangkan dan rajinkan jugak masak walau sekali setiap kali balik kampung.  kalau saya beli siap, mesti bapak mertua tanya: "kenapa tak masak?"selamba jawab: "malas la abah..." hahhahaaa... menantu hantu yang solehah memang cenggitu :p




Cari nasi dagang
ini memang wajibul ghunnah! kalau tak macam tak lengkap balik ganu tak pekena nasi dagang.



Makan binatang celup tepung
biasa singgah on da way balik KT atau masa nak balik KL kat Pantai Kelulut atau Pantai Kemasik. kadang-kadang bersama-sama kaum kerabat ke Pantai Teluk Ketapang.


balik kali ni ni, kami terjah Pantai Teluk Ketapang. selain dapat makan binatang celup tepung mandi air gula (sebab rasa sangat manisnya tu), ada bonus kali ni... dapat coconut shake super sedap kalah Pantai Klebang :)


bersama anak2 buah... 
boleh pelok cobit2 pipi anak buah yang laki puas2 sebelum capai usia baligh. asal balik jer, tiap kali nak salam mak lang, mesti kena jawab soalan cepu cemas dari maklang: "adik ni dah baligh blom?" hahahhahaa... pastu siap pesan; "adik, kalo adik dah baligh, adik kena bagitahu maklang tau! nanti maklang dah tak boleh cubit2 pipi adik lagi. pastu adik pun dah tak boleh salam maklang tau" hahahahhaaaa... gelak guling2 lagi. naseblah dapat mak buah cam maklang!




Malam2, gi Pantai Batu Burok slurrrppp A&W Float
kat KL takdenya nak hadap tapi kalo balik Terengganu, mesti jadi satu kemestian. seronok sebab lepak ngan ipar duai kot...





PICNIC
 ni memang akan jadi xtvt kekeluargaan yang wajib tiap kali balik kampung. menu wajib tiap kali picnic adalah BBQ kambing. tapi balik kali ni, special sket... ade menu tambahan: CHIM CHUM. ni gara2 dorang gi jenjalan Kelantan, pastu makan chim chum tak puas. beli periuk siap kat pasar wakaf che yeh. saya oghe kelate terus sorok muka bawah tikar sebab nama chim chum pun x pernah dengar...



 tauke chim chum

 tauke kambing bakar

saya?! tauke colek pelam jerla... ;)


 oh, love it!
lepas jadi menantu orang ganu baru belajar makan kambing.


 berpicnic dari petang sampai ke malam! 

lepas makan, ramai2 berbaring berbumbungkan langit disaksikan bulan mengambang, ditiup angin pantai sepoi2 reti bahasa... oh, moment yg sangat berharga!


Tiba masa untuk say bai2 to kesayangan semua... kerja2 di KL dah menyeru-nyeru... dengan berat hati, perjalanan ke KL bermula. tapi jangan biarkan kesedihan membantutkan agenda cuti2. oyeahhhhhh~ balik ganu itukan satu percutian! :)


on da way, saya mesti singgah Pantai Batu Pelanduk. 
memang tak pernah jemu! kadang bawak bekalan, picnic secara romen-tik laki bini. tak pun, singgah semata-mata nak tengok pemandangan yang cantik. dan of course lah layan fotogedix barang sekeping dua! :)

sila percaya, gambar ini segar dari tab sendiri tanpa sebarang editing. apa yang anda lihat di sini, inilah hakikat realiti nya... saya suka sangat2!!! 

 rasa dekat dengan sang PENCIPTA alam semesta...

 
takleh nak feeling lama2... driver kehormat dah panggil! potong stim btol la...



Pantai Kemasik juga antara destinasi wajib singgah!
 one of my feveret place sebab scenery dia memang cantik bagi saya manusia pencinta pantai'laut ni. biasa kami singgah makan binatang celup tepung kat sini. tapi kedai yang kitorang selalu makan tu tutup, kami batalkan niat. sediakan space perut stokin untuk makan sata kat kemaman nanti...




 pemberitahuan sekali lagi, gambar2 ini adalah segar dari dslr kokak paling murah tanpa sebarang editing!



 dan....


destinasi akhir adalah makan SATA di Pantai Geliga, Kemaman.

 sata - pulut jantung ; rasa macam pulut panggang. sedap sangat! - dan otak2 KT ; ikan fresh salut sambal otak2. tak sama dengan otak2 kempas. tak faham?! sakit otak nak terang! :p





lemak menari riang...
hati menyanyi tenang...

counting days untuk balik kampung lagi...
sebab Terengganu indah di mata... sedap di mulut!
huhuuuuuuuuuuuuu~~~







Wednesday, October 31, 2012

WordlessWednesday ~ Perfecto!!!





 


Lukisan alamMU yang indah... hadiah terhebat untukku...
hilang segala gundah... lenyap segala lara...
terasa semakin dekat denganMU...


#gambar segar dari dslr kokak cap ayam saya tanpa sebarang editing kecuali gambar bawah sebab saya kelihatan sungguh kenchanadewi kalo tak dicerahkan. ;)
lokasi: Pantai Kemasik, Terengganu




Friday, March 16, 2012

Terengganu Jan2012 ~ Part 3 (paling mengujakan!)

selain beriang gumbira bergegak gumpita bersama ahli keluarga, aku juga suka merayap kopakkan duit sendiri dan laki ke PASAR PAYANG tiap kali balik Kuala Terengganu. tapi balik hari tu tak berapa best sangat sebab pasar payang jammed ngalahkan KL bila smart tunnel ditutup jer...raya cina kan masa tu... semua orang pun cuti...

 beli baju tido yg wajib dimiliki oleh setiap wanita: baju kelawar... 


Dah guhepe makcik2 kan beli periuk gabak tu. hellllooooo~ perlu oke! selama ni punyer gigih ke balakong gi meminjam cik esah punyer tiap kali nak wak makan2. tu tepon cik esah tanya nak beli periuk saiz berapa... jenama aper... cik esah kata, beli periuk bertelinga cap boye. baik ma! menurut perintah!

sebab orang dah macam ulat gonggok dalam batang sagu, cecepat keluar. x sanggup nak cium bau ketiak orang!


 air cendol tepi jamban yg sgt sedap! memula beli satu. dua kali sedut dah abes. ulang gi beli lagi skali! 

bergambar di tengah panas yg angin sepoi3 reti yg bahasa taklah nampak vangang sangat kot...



Selain itu (tetiba cam ayat karangan sekolah rendah), part paling aku suka adalah: enjoy da journey! apa celop?! tak kematu montot ker berejam duk dalam kereta??? nehi babuji... ko mesti bijak create xtvt di sepanjang perjalanan supaya ko gembira.
how how how??? 
bak kata remaja purba: perut kenyang, hati senang. so, kite makan lorrrrrrrrr... alah, setakat naik sekilo dua aper heran... detox kan ader! :p

jadi marilah kite menyusuri perjalanan dari KT ke KL dengan singgah seberapa banyak tempat untuk mentekedarah meriangkan lemak semampu perut sendiri...

1st point:
PANTAI KELULUT

~ biasa aku singgah pantai kelulut ni untuk makan binatang laut celup tepung. tapi memandangkan kami bertolak dari KT tu dlm kul 11 pagi, kedai2 untuk mencelop dan menggoreng makanan tu tak buka lagi. so, tukar plan kepada makan SATA.


jumpa kedai SATA yg best yg diperkenalkan oleh adik achik.
gerai ni kalau dari KT, dia sebelum ada batu tulis Taman Esplanade.


sata dia menepati citarasa aku sebab cili dia blend sekali ngan ikan tu. so, pedas dia lebih terasa dan xderla sata tu pucat lesi warnanya. biasa aku makan kat Pantai Geliga, Kemaman dia potong jer cili tu.

orang yg sombong kunun beli sikit jer bie... tak abis karang. sekali ko yg makan menambah kan chik! :p

pas makan, sila tapau untuk bekalan di bawa pulang.

sempat lagi ke pantai jap... wellllllllllll~ my name is Cik Kaki ;)



2nd point:
PANTAI KEMASIK

~ ni memang tempat feveret aku dan jadi destinasi wajibul ghunnah untuk disinggahi setiap kali balik ganu. makan binatang laut celup tepung sambil menghayati keindahan alam ditiup angin tak berapa reti bahasa sikit hari tu sebab sedikit kuat angin nya... 






dah kenyang makan, boleh hancurkan 20% kalori (yer ker?) dengan berjalan di tepian pantai yg indah itu...






3rd point:
KIJAL, KEMAMAN

~ memandangkan masa kami balik hari tu adalah musim durian walopon musimnya dah ala2 di hujung tanduk... masih banyak kedai/pondok2 jual durian di sepanjang jalan. oh, jangan tak tahu... durian Kijal memang sodap lemak berkrim disukai ramai.









dah kenyang makan, boleh zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ngan lenanya. dengan alasan: "abang, mata kite takleh bukak la... SILAU!" dasar! hehehheheee...