Assalamualaikum wahai kesayangan hati hamba...
Maaf, makin hari makin jarang jemari montok menari di sini.
terkadang masa ada, idea menulis tak ada...
bila idea melambak dan mencurah, punya kekangan masa pula.
hari ini...
saya lapangkan sedikit masa dan ingin saya kongsikan sesuatu.
tentang ingatan dari suami untuk isterinya yg perasan nak jadi tauke butik.
jual pakaian muslimah secara kecilan di laman sesawang.
"bie, modal, untung semua kira ya... dan akhir nanti jgn lupa zakat perniagaan"
Allahu... terima kasih suami!
kadang isteri terlupa, ingat cukup dengan zakat pendapatan hasil mkn gaji bulan2.
sebab gembira atas ingatan dari sang suami,
si isteri rasa bertanggungjawab dan excited nak kongsi dengan kesayangan...
mungkin ada yang dah tahu...
mungkin ada yang sudah terlupa...
tapi tak apa, memang tanggungjawab bersama saling mengingatkan. kan?!
jadinya...
buat sahabat yang berniaga sampingan, online, offline...
di facebook, blog mahupun instagram.
jual selendang atau ubatan kesihatan,
atau jual kuali ajaib mahupun tupperware...
atau apa sahaja walau sekecil kecil perniagaan,
jangan lupa tentang ZAKAT PERNIAGAAN.
kalau cukup nisbah, cukup haul maka wajib zakat ke atasnya.
kerana...
kudrat kita dari Allah...
yang menggerakkan hati-hati untuk membeli juga Allah...
ya, rezeki walau sekecil kecil rezeki segalanya dari Allah.
dan...
segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat.
Firman Allah s.w.t yang bermasud:
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [ Surah al-Baqarah ; ayat 267]
mungkin ada rezeki si miskin dalam rezekimu...
