Showing posts with label ape2 ajerlah. Show all posts
Showing posts with label ape2 ajerlah. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Bukan marah cuma nak tanya

Jika berkongsi tentang kisah percutian...
masak apa... makan di mana...
shopping handbag berjenama...
shopping kain baju kasut juga...
karaoke, hangout dan berlibur dgn teman tercinta...
semuanya tidak apa2...
komen berduyun kata: wahhhhhhhhhhh~~~ best nyerrrrrrrrrrrrrrrr!!!

tapi bila berkongsi hal ke majlis ilmu & berkongsi pengalaman kembara penyucian jiwa;
dikata riak dan berbangga.
mentaliti jenis apakah ini??!!!

cer citer... saya tak faham sebenarnya!


Tuesday, October 30, 2012

Isu terbesar balik raya Aidiladha 2012 - JAMMED!

naik taip 'JAMMED' ni pun dah stress... apatah lagi sangkut dalam jam kan...
hari ahad tu, most of status kat Facebook update stress sangkut dalam jam yang kronik.
ada kawan adik ipar saya, pukul 10 pagi ahad dari KT, sampai KL pukul 5 pagi isnin. giler ah!!! kalau saya, boleh mereng dalam kereta! ohhhhh~~~ perkara paling buat saya tak boleh nak control pertimbangan akal fikiran untuk berfikir secara waras. 

memandangkan kami laki bini adalah sangat-sangat allergic dengan jam, kami sentiasa mengatur perjalanan kami sebaiknya... setakat ni kami tak pernah lagi sangkut dalam jam yang jatuh ketegori kronik. biasanya sampai ke destinasi dalam piawaian masa yang waras di akal fikiran.

untuk raya haji kali ni:

dari KL - KT hari rabu malam. nak kata jammed tak sangat, jatuh ketegori kereta banyak jer... ;)

dari KT - KL yang hampir semua orang meroyan sangkut dalam jammed... kami???


penat nak menten 110km/jam! hehehee...
asyik terlajak ke 130-140 km/jam jer... jangan sampai surat cinta sudah ler lepas ni... ;)
laki bini cuti hari isnin meh... baru bijak! :p

#atur perjalanan sebijaknya... jangan mendera emosi dan fizikal anda. :)


jom kongsikan pengalaman meroyan sangkut dalam jammed anda di sini. saya nak tumpang simpati ni. ngeheheee....




Thursday, July 5, 2012

Cinta baru saya...

Saya sedang gilakan TEXTGRAM!
Coretkan kata2 untuk motivasi sendiri...
juga untuk dikongsi...


::Sunyi yang menguji::


::Nisfu Sya'ban::


:: nak tidur jgn lupa baca doa ::





Wednesday, March 21, 2012

WordlessWednesday | 21Mar12 ~ KONON yang sgt BENGANG! Culik diri sendiri pon ada ka?!!!




FATIHAH DISAHKAN LARI IKUT KEKASIH!
baca tajuk pon dah menggelegak hati...
KONON diculik... sekali hamekkkkk ko!
aduhhhh dik manis...
ko sedar tak ko secara langsung dan tak langsung dah menyusahkan banyak pihak!
penat ahkak simpati dan fikir apalah nasib ko...
hmmmm... BENGANG la jugak kot!



 Ya Allah... permudahkan urusan ibubapa dalam mendidik anak2 di akhir zaman ini...



nota kaki 1: 
ok, tahu... tak jadi WORDLESS WEDNESDAY dah pun! :p


k, dah alang2 tak jadi entry wordless, kita sambung entry kasik berjela.
bukan kena karang pun... just copy n paste jer... hehehehe...

____________________________________________________________

Fatihah ditemui selepas polis menahan seorang pemuda berusia 20-an dikawasan Merchong pada pukul 4.30 petang. Jarak lokasi mangsa hilang diTaman Tas, Kuantan dengan tempat mangsa diselamatkan kira-kira 100 kilometer.

Sumber memberitahu selepas ditahan, lelaki yang dipercayai kekasih mangsa membawa polis kesebuah rumah yang menempatkan Fatihah. Rumah tersebut adalah milik keluarga lelaki itu.

"Mangsa mengaku dia keluar dari rumahnya untuk mengikut lelaki itu dengan rela hati", kata sumber itu ketika dihubungi disini malam tadi.

Siasatan mendapati lelaki yang ditahan itu merupakan kakitangan kerajaan yang bekerja di Alor Setar, Kedah dan pulang ke Pekan untuk bercuti.

Difahamkan, kehilangan mangsa telah dirancang oleh pasangan tersebut dan tindakan Fatihah keluar ke kedai merupakan satu helah mangsa.

Sehingga malam tadi, suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut manakala mangsa pula akan dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan kesihatan.

Dalam pada itu, Nor Mala berkata, dia tidak percaya Fatihah dilarikan diri dari rumah kerana anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang taat kepada keluarga.

Sumber: Gugel


nota kaki 2: 
ada kawan kata: "Alhamdulillah...ni tandanya DOA kita d makbulkan...spttnya bersyukur dia pulang dgn selamat. Betul x? ;)"

~> hmmmm... betul la jugak kot.... ntah, malas lah nak komen. janji ko selamat wahai budak. tapi  sian mak bapak...

kawan kata lagi:
"Alhamdulillah...kes mcm ni kat mana kita nk tgk? Sbnrnya tanpa kita SEDAR, Allah nak uji IMAN kita...mula2 kita dgr berita dia kena culik, kita simpati. Bila kita dgr pulak cerita dia lari ikut laki, kita maki. Sdgkan perkara sebenar kita x tahu pn dlm dua2 situasi tu. Kita cuma ada sedikit info (maklumat berdasarkan paper), yg selebihnya kita cuma ber-SANGKA-an. Asas sangkaan kita tu hanya pada paper..."
 
~> akhirnya saya kena akui... saya membenarkan emosi menguasai jemari menulis. tanpa membenarkan minda berfikir dari sudut berbeza... terima kasih atas peringatan sahabat... ingatkan saya di kala saya alpa... 






Tuesday, March 20, 2012

IVF di sisi ISLAM. HALAL @ HARAM?

Mari Belajar BIOLOGY di suatu pagi yg sangap...

Sebagai seorang engineer cabuk yg pernah ambil subjek Biology yg sekadar lulus atas pagar (C5), tetap nak bicara hal2 kedoktoran bukan sebab feeling like professor serba tahu tapi nak ambil sikap ambil tahu... dan untuk mengetahui bagaimana ia dilihat di sisi ISLAM.
# Cuba utk tidak mengenepikan HUKUM ISLAM dalam setiap aspek kehidupan...

Apakah perbezaan antara IUI dan IVF?

IUI ~ prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

IVF ~ satu kaedah reproduksi kompleks dimana persenyawaan telur dan sperma dibuat diluar rahim dan kemudiannya dimasukkan kedalam rahim. Ia selalunya disarankan untuk wanita yang mengalami salur fallopian tersumbat


Persoalannya di sini, saya macam pernah terdengar saya macam pernah terdengar/terbaca, IVF itu HARAM di sisi ISLAM? yer ker tidak? atau saya tersalah dengar?! 

jadi jangan biarkan kita terus dibelenggu dengan sesuatu yang tidak kita yakin kesahihannya... bak kata: TAK TAHU, TANYA! jangan wak budget bijak pandai... hehehee... (oke sedar diri!)

So, saya utarakan soalan@kekonfiusan ini kat sahabat2 yg dikasihi kat page Ustaz Azhar Idrus.




JAWAPAN:

HARUS hukumnya jika dan hanya jika ovum itu dari isterinya yg sah dan sperma itu dari suaminya yg sah.Dan disenyawakan di dlm uterus isterinya yg sah td.

HARAM hukumnya jika sama ada ovum/sperma bukan berasal dari suami isteri tersebut.Milik prg laen.Dan HARAM juga disenyawakan pd uterus org laen @ ibu tumpang.

Wallahu a'lam:)



# Soalan @ kes di atas tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi tuan tanah... :p



Thursday, March 15, 2012

Inspired by Oki Setiana Dewi


Aku masih jauh dengan SEMPURNA...
Masih jauh dengan SYURGA...
Tapi impianku tinggi... 
Ingin jadi BIDADARI buat suamiku di SYURGA...

Lantas...
Aku tidak akan berputus asa...
Menimba ILMU mencari redhaNYA...
Perbaiki IBADAHku yang tak seberapa...
Mantapkan IMANku yang terkadang alpa dengan dunia...
Semoga ALLAH permudahkan urusanku menuju JANNAH-NYA...

Tiap kali menyebut namaMU...
Menilik segala kekhilafanku...
Aku hiba...

~InaAchik~
March 2012

Kini aku diinspirasikan oleh seseorang...
seorang yang tidak kukenal...
hanya melihat di alam maya...
tapi ku lihat dia sungguh jelita...
jelita dengan jilbabnya...


OKI SETIANA DEWI
Heroin Filem Ketika Cinta Bertasbih.

Mendengar puisi OKI yang bertajuk NEGERI KELANTAN SEINDAH NAMA MU buat jiwaku bergetar... lunak yang menusuk kalbu...  


Oh~~~ tetiba rindu negeri Kelantan tanah tumpahnya darahku...





Tuesday, February 21, 2012

Oke, saya tak BENGANG!

Situasi: 
mengePOSLAJU beberapa bungkusan di sebuah Pejabat Pos
(x kan balai polis plak kan...)

Day 1:
datang bersama beberapa helai pakaian untuk dipos tanpa dibalut sebab dulu ade plastik utk pos laju. so, bleh sumbat dalm plastik gitu jerla harapannya. sekali datang: plastik tu hanya untuk mereka2 yang ada kontrak dengan Pos Malaysia.
~> oooo ok, berlalu ngan hampa. maka menggagau carik kedai2 untuk membeli kertas minyak untuk membalut. pastu tetiba pikir, rajin ker aku nak membalut segala ni? so, solution: beli envelope besar (rm1 sekeping). dah, abes citer!

Day 2:
proses timbangan dilakukan. oke tu tak heran. yang heran dengan bayaran posnya:
  • bayaran pos   = rm 5.50 
  • cukai              = rm 0.42 (6%)
  • surcharge       = rm 0.83
  • value added   = rm 0.55
cuba lihat, berapa banyak kos tersembunyi!
cukai lain... surcharge ntah utk hape... value added paling tak faham!!! 

oh... tak cukup ngan income tax tahunan... roadtax... tol segala...
perkhidmatan sebegini pun dikenakan perlbagai charge tambahan?!
oh tak ape tak ape... rakyat kan kaya raya...
berapa sangatlah cukai segala tu...

sayang Malaysiaku gemilang dan terbilang yang harmoni! ;)


Thursday, January 19, 2012

Hukum Sambut Raya Cina?





 Tengok dan fahamkan betul2... jangan semborono...

*Kenapa beria nak gi rumah kenalan cina beraya sedangkan masa perayaan kita, sedara mara sendiri kita tak jengah? jangan kuman di hujung laut kite beria nak teropong hingga lupa nak jeling gajah depan mata. hehehehee... ;)


TAPIIIIIIIIIIIIII....

Aku suka raya cina sebabbbbbbbbbbbb...



Boleh makan limau kegemaran ni sampai cirit secara percuma...
Boleh cuti lama ngalahkan orang cina beraya.. :)

Sepatutnya hajat di hati nak cuti dari 21 sampai 29 Jan... sekali cuti tak lulus daaaaaaaaaa sebab ade bengkel hari Rabu. ohhh~~~ kena cari muslihat nih! terus call boss besar cakap boleh tak pinda bengkel kepada hari Khamis sambil bagi alasan2 tak munasabah! hahahahaa... seb baik Bos besar kata OK. so, leh extend cuti sampai Rabu. Esok (Jumaat) juga kena cuti sebab Cik Esah tercinta kena operate mata buat kali ke-2. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan bagi kesihatan yang baik buat bonda tercinta... 


Happy holiday my friends...