Monday, July 30, 2012

RAMADHAN Projek Mega Mampu Milik! :)

Dah masuk hari ke-10 baru berkesempatan nak kongsi Ceramah Perdana Tuan Guru Dr. Abdul Basit dengan tajuk RAMADHAN PROJEK MEGA MAMPU MILIK seperti yang dijanjikan dengan kesayangan sekalian. amponkan hambaaaaaaaa penunggu gua! ;)



Bila bercakap projek mega, mesti fikir keuntungan berganda kan?
macam tu lah jugak Ramadhan ni... bulan yg penuh dgn keberkatan dan pengampunan. jadi kita harus rebut peluang ini dan pasang strategi sehebat boleh untuk kaut keuntungan sebanyak boleh!



So ape strategi2 nya?

1- Puasa
  • Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yg berpuasa di Bulan Ramadhan dgn penuh keimanan dan ihtisab maka diampunkan baginya dosa2 yg lepas" >> dosa lalu diampunkan...
  • sesiapa yg berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan disusuli dgn puasa 6 = ibarat berpuasa sepanjang tahun. >>  ni kena grab sebab kita nak puasa sunat 2 kali seminggu pon x mampu... inikan setahun yer?! k, jgn lpskan 'untung besar' ni...

 2- Membaca Al-Quran
  • perbanyakkan membaca al-Quran dan cuba fahamkan maksudnya (tadabbur). 
  • Datang seorang hamba bertemu Rasulullah SWT bertanya bagaimana cara dia nak khatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan sedangkan dia tidak mampu nak membaca satu Al-Quran?
    Jawab Rasulullah:
    "Jika kamu tidak mampu membaca 1 Al-Quran, kamu bacalah semua surah yang bermula dengan 'Alif Lam Ra' dan 'Alif Lam Mim Ra' ... jika tak mampu lagi, bacalah surah yg bermula 'Alif Lam Mim' ...

    #ini perkongsian dr Habib Musa Al-Kadzim dari Yaman

3- Qiamullai
  • "Sesiapa yg berdiri bersama Imam sehingga dia (imam) beredar, dituliskan baginya ganjaran orang yg Qiyam semalaman." [HR: At-Tarmizi]  >>  antara projek mega Ramadhan yg kita patut grab. nak Qiyam sepanjang mlm mungkin kita x mampu atas kelemahan iman tp kita mampu dpt ganjaran yg serupa dgn menunaikan solat sunat terawih bersama imam smp akhir. semoga kita diberikan kekuatan. amin...

4- Bersedekah dan bagi orang makan (berbuka) bagi orang yg berpuasa
  • Sabda Rasulullah saw: "Barang siapa yg memberi makan org yg berpuasa, dia akan mendapat pahal sepertinya dan ia tidak mengurangkan pahala org yg berpuasa sedikit pun. " [HR At-Tarmizi]  >>  ni point besar ni. motivasikan isteri2 supaya rajin masak. siapa taknak bolot pahala puasa org kan?! ini tamak yg sgt menguntungkan dan disayangi Allah. heheeee...

5- Doa, Zikir dan Istighfar
Perbanyakkan zikir dan doa khususnya pada waktu mustajab:
  • ketika hampir waktu berbuka
  • di sepertiga malam
  • ketika bersahur
tips: jadi apa yg kita boleh lakukan adalah, masa dekat nak berbuka tu, sama2 satu keluarga menadah tangan dan berdoa pada Allah. macam kami, kami baca doa lazim selepas solat. 


6- Beriktikaf
Antara kelebihan khusus 10 Ramadhan ialah digalakkan beriktikaf padanya.
tips: tiap kali kaki melangkah masuk ke masjid even hanya utk terawih, niatlah: sahaja aku beriktikaf dalam masjid kerana Allah Taala.


7- Lailatul Qadar
Allah menghadiahkan kpd hambanya satu malam yg sgt berkat iaitu Lailatul Qadar
tips: kalau boleh Qiamullai lah di setiap mlm ganjil di sepuluh ramadhan terakhir itu...



Sabda Rasulullah:
"Sgt malang org yg berkesempatan melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya". [HR: Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi]


Notakaki Cik Kaki:
Semoga perkongsian ini membolehkan Ramadhan kali ini sebagai PROJEK MEGA dgn keuntungan berganda yg mampu kita miliki!!! bila esk2 nak raya kite boleh jerit "makcik kayyyooooooooo!!!" dan berbangga dengan ramadhan kita! :)




4 comments:

  1. tq sharing nie, insyaAllah akan bersama2 mengimarahkan ramadhan nie..

    ReplyDelete
  2. akk.sy nk tanya something private lah.mcm mana ye? sy add fb akk eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga perkongsian seciput tu membantu rara. :)

      Delete