Wednesday, July 4, 2012

Kelebihan dan Amalan pada Malam Nisfu Sya'baan - update!


Hari ni 14 Sya'baan, malam nanti malam 15 Sya'baan = Malam NISFU SYA'BAAN. Hasil gugelan, saya menjumpai beberapa artikel tentang kelebihan Nisfu Sya'baan ini.


Kelebihan malam Nisfu Sya'baan:

Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang maksudnya :


"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."

 [ Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban]
Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. 


Di Malam Nishfu Sya'baan juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doaBerkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."




Amalan pada malam Nifsu Sya'baan:


Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.


Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)
Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. (La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)
Membaca Al-Quran.
Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)
Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.
Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.



# Tidaklah saya yang baru bertatih ini tahu akan sejauh mana kesahihannya sebab sumber2 ini saya rujuk pada artikel2 di internet sahaja. akan cuba saya usahakan untuk bertanya pada yang lebih arif. 


UPDATED!

Sebab tak yakin dgn kesahihan sumber gugelan di atas, saya telah merujuk pada Ustazah Usrah saya. dan ini  perkongsian dari Ustazah saya (eh, dan2 cop milik ustazah plak kan... hehehee):
Pandangan Prof. Dr. Yosuf al-Qaradawi tentang malam Nisfu Sya'ban:

“(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini,tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).”




dan nak clear lagi, ni video dari Ustaz Azhar:





"wak lah ape2 amalan kebaikan sekali pun, baca yasin x salah... nak ceramah pun buleh, nak baca lain surah pon tak aper! jgn duk baloh!"
hehehheee.... mekasih Ustak! ;)









4 comments:

  1. Rasulullah adalah insan yang telah dijanjikan syurga oleh Allah. Jadi, amalam baginda adalah amalan terbaik untuk diamalkan. Itulah Sunnah.... Bidaah baik, sekiranya perubahan teknolgi seperti kereta yang memudahkan ibadah kita, mendekati masjid, adalah baik. Tapi bukan dalam soal ibadat. Setiap bidaah adalah sesat dan menyesatkan. Wallahu'alam. Saya juga belajar. Sekiranya salah, itu adalah kelemahan saya sendiri...

    ReplyDelete
  2. owh....then, apakah jalan yg terbaik ina?
    yang penting niat kan? agak konfius ni sebab Prf Dr Yosuf mengatakan ianya adalah salah...
    bagaimana pula yg berpuasa sunat? tu takper kan...?

    ReplyDelete
  3. Anonymous:
    terima kasih atas perkongsian. barakkallah...

    ReplyDelete
  4. aku manusia berperasaan:
    after dpt pencerahan, saya memilih pendapat Prf Dr. Yosuf iaitu:
    Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini,tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini.

    pasal puasa tu saya x pasti.

    ReplyDelete