Assalamualaikum wahai kesayangan...
Sudah Ramadhan ke-10 kite yer... ohhhhh~ pantasnya masa berlalu. semoga kita masih sempat mengambil peluang keberkatan Ramadhan untuk menambahkan iman dan taqwa kita dgn baki2 hari yg ada ini... tapi yg sakit hati nyer, baru 3 hari puasa, selamba badak sumbu jer pasang lagu raya. kena plak lagu raya: "berlalu lah sudahhhh ramadhan... sebulan berpuasa..."
ek elehhhhhhhhhhhhhhh~~~ rasa cam naaaaaaaaakkkkk ******* jerk!
#kalo bijak tekalah apa word *** tu! :p
k2, stop bebel. balik pada topik asal.
Ada orang tanya saya pasal NIFAS: "berapa tempoh maksimum bagi nifas?"
ohhhhhhhhhhhhh tidakkkk!!!! ade ker tanya saya yg masih belum lalui tempoh bernifas ni... ;)
takderlah... org belum bernifas pun kena tahu pasal ni sebab insyaAllah, dgn izin Allah tiap wanita pasti merasa fasa jongkong emas ini dan lelaki, kamu pasti jadi suami dan menjadi tanggungjawab suami untuk mengajar isteri kamu. so, saya bukan ustazah pilihan yg dgn jujurnya tidak tahu tentang hal ini haruslah bertanya pada2 yg pakar dan alhamdulillah, org2 hebat sentiasa ada untuk saya rujuk. thank you ALLAH! :)
Tentang NIFAS
***********************************************
Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum
bagi nifas, walaupun sekadar satu titik darah sahaja yang keluar atau
sedetik, tetap dikira darah nifas. Namun mereka berselisih pendapat
dalam menentukan tempoh maksimum bagi nifas.
hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha., beliau berkata: “Pada masa Rasulullah, wanita yang melahirkan berhenti nifas setelah 40 hari.” (Riwayat Abu Daud)
Mengikut Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum
adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam
Syafi’i yang mendapati terdapat wanita yang mengalami nifas sehingga
menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan
nifas bagi wanita, bukan tempoh maksimum. Oleh sebab itu, mengikut pendapat mazhab Syafi’i, wanita
yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga hari ke-60, itu adalah
nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar selepas 60, maka itu
adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi wanita tersebut mandi
dan mengerjakan ibadat seperti biasa.
Anas r.a. pula berkata: “Rasulullah telah
memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari kecuali
jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.” (Riwayat Ibn Majah)
Maknanya, jika bersih sebelum 40 hari, maka mandi wajib dan tunaikan ibadat seperti biasa.
Bersalin Caesar
Terdapat sesetengah wanita yang
tidak dapat bersalin normal disebabkan komplikasi tertentu sehingga
terpaksa dibedah. Dalam kes seperti ini, al-Lajnah al-Da’imah li
al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’ menyatakan bahawa hukum bagi wanita
yang bersalin dengan kaedah Caesar adalah sama dengan wanita yang keluar
nifas selepas bersalin normal.
Keguguran
Bagi wanita yang keguguran, jika
bayi yang dikandungnya telah cukup sifatnya, darah yang keluar itu
adalah darah nifas. Namun sebaliknya, jika janin masih dalam keadaan
segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu hanyalah darah
haid.
Mandi wajib
Ulama telah sepakat menyatakan bahawa wajib mandi bagi
wanita yang telah kering daripada nifasnya. Cara-cara mandi adalah sama
dengan mandi wajib setelah haid yang sedia maklum dalam kalangan wanita.
Cuma yang membezakan adalah niat, atau boleh juga berniat dengan niat
yang umum iaitu mengangkat hadas besar.
#Untuk huraian lanjut boleh rujuk di SINI.
Notakaki Cik Kaki:
Tiada ilmu yang tidak ada manfaatnya krn ilmu itu takkan mati. jadi tiap dari kita yg hidup harus menghidupkan ilmu itu supaya ia terus hidup. makanya, kongsikan dan lebarkan sayap ilmu itu... :)
alahai ina... entry ni merujuk pd kita ke??
ReplyDeleteIna....
ReplyDeleteerrrmm....cam lain jerk ngan apa yang dibincangkan dalam topik Darah Nifas" di Fiqh Wanita Jumaat hari tu...errmm...
takper...kang kita rujuk balik lah kat ustazah tempat kita =)
alhamdulillah bertambah lg ilmu..:)
ReplyDeletemekaseh sis sharing..:)
ameris:
ReplyDeleteentry ini utk perkongsian bersama... :)
aku manusia berperasaan:
share kanlah perbezaannya wak...
saya dptkan sumbe ni dari SOLUSI dan perbincangan dgn org yg lebih arif dr kite.
meiz sha:
i share becoz i care. :)
tq ina..
ReplyDeleteThanks for the info laling :P
ReplyDeleteaku beranak c-zer...tak dapat nak berurut banyak dan bertungku..jadi darah nifas tak kuar habes...setitik2 jer...ni pon aku rase ade agi dalam perut..tapi sebab aku fully breast feeding jadi aku tak datang bulan..tapi tu ar..dah lebih 90 hari pon...so lepas ni consider haid ar ek..
ReplyDeleteaty fared:
ReplyDeletedrp apa yg aku difahamkan, begitulah. slps 90 hari, ia diconsider sbg period. walau setitik, itu darah period dan ko boleh tunggu 24 jam. lps 24 jam, ko mandi wajib dan qada' solat. let say, ko mandi wajib waktu asar, ko qada' zuhur. kalo maghrib, qada' solat isya'. tp bila subuh, ko x perlu qada' isya' dan bila maghrib, ko x perlu qada' asar. hanya perlu qada' waktu2 yg kita boleh jamakkan.
wallahuallam.
tq
ReplyDelete