Friday, February 13, 2015

Perginya Sang Murobbi... TGNA di hati...



Jantung bagai terhenti menerima perkhabaran...
Murabbi pulang bertemu Kekasih Agung...
Sedih dan rasa kehilangan...
Hilang yang tiada galang ganti.
Namun biar jasad tidak lagi bersama kami...
Takkan kami biarkan perjuanganmu terhenti.
Akan kami sambung legasi perjuangan Islam...
Hingga akhir hayat kami.
Dan moga pengakhiran yg baik juga pulangnya kami nanti.

ALLAHUMMAGHFIR LAHU WARHAMHU WA 'AAFIHI WA'FU 'ANHU....

"Ya Allah, ampunilah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka."



Allahu...
Tiada bait kata yg dapat mewakili rasa... Entah berapa banyak air mata yg tumpah... Air hidung dah tak tahu nak kesat kat mana. Sesak nafas senak jantung segala. 
Allahu... Sedihnya seperti anak hilang bapa. Ini baru perginya Ulamak kesayangan hati... Kalau rasa sedih atas kehilangan Ulamak yg dicintai... apatah lagi para sahabat ketika kewafatan Bagin Nabi SAW. Baru ku mengerti cerita sahabat2 ketika wafatnya baginda Nabi SAW...


Bagaimana Umar r.a dengan rasa sedih dan gementar, dia mengangkat pedangnya sambil berteriak, “Barangsiapa mengatakan Rasulullah saw telah wafat, akan aku penggal lehernya. Rasulullah saw hanya pergi menjumpai Tuhannya seperti Nabi Musa a.s pergi ke gunung Thursina untuk menemui Tuhannya. Sebentar lagi beliau akan kembali. Barangsiapa menyebarkan berita bohong ini, maka akan kupotong tangan dan kakinya!” betapa sukarnya menerima hakikat kehilangan Baginda Nabi SAW.

Bagaimana setelah Rasulullah SAW wafat, Bilal yg mengumandangkan azan (setelah lama berhenti azan setelah kewafatan Baginda) tetapi apabila sampai kepada perkataan "Asyhadu anna Muhammadan Rasuulullah" Bilal menangis tersedu-sedu kemudian tidak dapat meneruskan azannya.


Damailah Murobbi di sana...
Rehatlah di daerah abadi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 
Satu nama yg sentiasa tersemat di hati...




Saat kau tiada... semua bicara tentangmu...mengagung agungkan mu. Semua bersedih kehilanganmu... meluah rasa kehilangan Ulamak pemimpin Islam berperibadi mulia. Dan bicara tentang pengakhiranmu yang begitu indah.
Mereka yg berbicara semua tahu hala sayap perjuanganmu...Tapi kenapa mereka menidakkan dan menolak perjuanganmu?

Lalu teringat aku tentang kaum Musyrikin Mekah yg tahu peribadi mulia Rasulullah saw...hingga mereka mengiktiraf Baginda Nabi sbg AL-AMIN.Tapi ketika Rasulullah saw membawa Islam, kerana tidak mahu meninggalkan amalan2 buruk mereka, Baginda Nabi dituduh ahli sihir dan gila pula.

Moga Allah buka mata buka hati dan beri hidayah pada kita semua... memilih jalan kebenaran yg benar... memilih jemaah yg ikhlas memperjuangkan Islam... bukan hanya untuk kepentingan dunia semata.

‪#‎TGNAdanPerjuangannyaSelamanyaDiHati‬


2 comments:

  1. Assalamualaikum kak ina. sebak sheila baca kak. Al-fatihah buat Allahyarham Tok Guru yang disayangi semua...

    ReplyDelete
  2. semoga syurga buat murobbi tercinta yg banyak meninggalkan jasa dan manfaatnya..

    Al fatihah

    ReplyDelete