Wednesday, October 29, 2014

Bekal ke kantor; chicken wrap & overnight oats




Assalamualaikum dan selamat hari rabu...

Ini bekal ke kantor kami laki bini hari ni;
Chicken wrap atau bahasa melayu kebab lah senang.
Tapi dlm kisah kami laki bini, sang isteri sentiasa lebih.
So saya ada extra bekal banding suami iaitu overnight oats utk breakfast. :)

PAK MENTERI bawa bekal apa hari ni?
Share la... bleh tiru menu pak menteri nanti.
Nanti jgn lupa hashtag #bekalkekantor ya.
Love u lah!!!

Resepi #chickenwrap sempoi lenggam:
- ayam potong kecik2, mlm sebelum tidur perap dgn sos bbq, paprika, black pepper crush n mix herbs. pagi, just grill kejap jer dh msk.
- panaskan whole wheat tortilla wrap (saya pakai brand mission dibeli di giant) atas pan kejap (kejap sgt, lama takut ia kejung n susah nk gulung nanti), then letak mayo n cili sos sikit, salad, zucchini n ayam then gulung. siap!

#Overnightoats tu saya ngelat jauh dr resepi asal.
Overnight kan dlm esbok pakai fresh milik n yogurt yg berperisa, madu n garam sikit. lebih sedap dari pakai plain yogurt. pagi saya tambah fresh milk n sebiji oren. takde dah nak bubuh dalam jar segala, tak praktikal sebab susah nk makan! lg pon jar susah nak basuh. hidup mesti praktikal! :))


***************************
Updated
***************************

Ni ha... Anonymous tinggal komen kunun macam pedas tapi saya tak rasa apa pun...
Lagipun wak apa nk sentap dgn org tak bernama.
Lagipun jugak kempen JOM BAWA BEKAL ni mmg antara yg paling kelakar kot...
tak payahlah nk jadi kaki kipas kerajaan sgt sampai idea tak bijak ni pun ko nak angkat ibu jari.
bagi idea bijak sikit confirm saya sokong punye! :)








12 comments:

  1. Replies
    1. bolehlah... blk kerja karang blasah lebih sikit. hehehee

      Delete
  2. tak payah la nak memerli sangat. Pelik betul, bertudung litup tapi setiap kata-kata nak memerli kerajaan. Dasar abby abadi.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertudung litup tu ikut perintah Allah.
      perli kerajaan sebab idea tu tak berapa bijak. ker awk rasa bijak sgt idea jom bawa bekal utk langkah berjimat? sdgkan kerajaan sesedap rasa memboroskan duit rakyat!
      ok lah tu guna bahasa perli sopan santun dari guna bahasa kesat kan. kan kan kannnnn... ;)
      awk bwk bekal apa? :)

      Delete
  3. saya pun bawa bekal gak ari ni wak. kenyang & puas wpun sardin & telo dadar.

    http://amerislovely.blogspot.com/2014/10/wordless-wednesday-cabaran-berbento.html

    ReplyDelete
  4. kami tak bawak bekal tapi masak kat opis..bos pun join jugak..so far jimat jugak duit belanja harian.

    ReplyDelete
  5. Kak ina, akak dah berjaya pengaruhi saya untuk buat overnight oat... Ya Rabbi, terliur tau...hihihi
    tapi saya tak segigih akak buat bento tiap2 ari... apapun, inshaAllah saya sedang berusaha...

    ReplyDelete
  6. Besnya bekal dia. Nak tiru jugak lah. Biasenya bekal utk suami nasi goreng atau roti telur.

    Pada yg mengata tu.. nak tanya.. banyak sgt ke dapat Brim?

    ReplyDelete
  7. nanie pun ada bawak bekal tapi segan nak upload. pergi mkn pun dlm office. awan2 dok perli2. uwaaaa

    ReplyDelete
  8. ameris:
    sardin n telur best tu!

    cik viva:
    sempat plak main msk2 yer... tp ramai2 seronok la. saya ni sengsorang jer...

    @nadia arrimaisha:
    akak dh start suka walopon sblom ni kembang jugak tekak ngan oat sbenarnya. tp akak rasa overnights oat ni lg sedap dr oat biasa tu.

    the hilmans:
    akak malas nk goreng2 nasik pepagi. kira awk lg rajin la dr akak.

    @harnani:
    ade plak kwn perli... bagus apa bwk bekal.
    lenkali jwb jer langkah berjimat saranan menteri. nanti bleh beli lv. ;)

    ReplyDelete
  9. ina. kepimpinan melalui teladan... ye tak? bagus gak kalo pak menteri nak share respi kan... hehehe...

    ReplyDelete
  10. sy pun amalkan bawa bekal skrg ni.btl kata sis,kita xblh ubah kerajaan tp kita blh ubah diri kita.kalau xsehari lbh rm10.alhamdulilah.dptla saving bab2 makan ni.sy tak malupun sbb bawa lunchbox yg cuit muit.

    ReplyDelete