Friday, October 10, 2014

7th Wedding Anniversary; Avani Sepang Goldcoast Part 1 (Harga Bilik Penginapan)



Assalamualaikum...
Lama dah tak wak entry jenjalan kan... 
ingat lagi zaman kegemilangan blog kakikusukaberjalan (eh, pernah gemilang ker?! muahaha), kalau wak entry jenjalan sampai ber- part - part. Ala2 entry berantai gitu. 


Sebab nama pun blog kakikusukaberjalan, kita raikanlah sekali sekala... walopon puan blog tak lagi sekencang dulu bab berjalan ni sebab asal cuti jer, jiwa tu rasa nak balik kampung jer. rasa bahagia dikelilingi insan2 tercinta. ciri2 penuaan gamaknya yer... ;)


Ni nak story-mory cerita honeymoon meraikan ulang tahun perkahwinan Ina-Achik di darjah 7 bulan 5 hari tu. giler bapak berkepam peram cerita kan. takpe lah kan... korang anggap jer baru semalam mocik laki bini pergi berbulan madu ni. hehee...

Ok, berbalik pada cerita cuti2 fantasia bulan madu ni, plan asalnya kami nak pergi Pangkor Laut Resort. mmg kami laki bini pencinta laut... mmg kira jadilah ni nak ke sana... tapi kunun nak tempah masa Matta Fair bulan 3 kat PWTC tu kot2 diorang bukak booth ker apa kan. sekali diorang takde bukak booth pun masa Matta Fair tu. jaga standard ler tuh! :p

Dalam masa yang sama, masa tawaf matta fair tu, usha2 la jugak hotel2 lain... macam terjatuh hati dgn AVANI Sepang Goldcoast. dah tu boleh plak termakan hasutan penjaga booth (apa erk nak panggil) yg kata dia ni dah 15 thn berpengalaman dlm bidang perhotelan. 1st hotel yg menambat hati dia Impiana Phuket, 2nd is Avani. Masa sebut Impiana Phuket tu, terus ckp... "eh kawan saya baru jer pergi." Makcik! ko tgk, aku tak dapat pergi... kawan pergi pun aku tumpang teruja overdose tau! hahahhaaa...

Ok, skrg antara 2; Pangkor Laut atau Avani.
Terus call Pangkor Laut masa tu jugak tapi sayangnya makhluk front desk masa tu kerek nak arwah. ok cancel terus! kita gi Avani jer bang!


Terus tempah dan bayar masa tu jugak! setel!
then mulalah start counting days. 

On that day...
Ahad, 27. April. 2014... Yuhhhuuuu! (sengaja awalkan sikit dari date Anniversary yg patutnya 1.Mei sebab nak murah punya pasal. hahahhaa... weekend n public holiday kan rate dia kan mahal sikit.)

Gombak ke Sepang bunyi idoklah jauh mana... sebab cerita basi, tak ingat lah bertolak pukul berapa... perjalanan berapa lama. uish, makin teruk penyakit lupa mocik ni.

Yang ingatnya kami sampai awal la jugak... Check-in kan pukul 3 ptg. so merayap rayaplah kat Pantai Bagan Lalang tu. oh kalau tak tak tahu, Avani ni dekat sangat lah ngan restoran2 seafood Bagan Lalang tu. 





Pantai Bagan Lalang. panas kedering masa ni.


Then kami terus ke Avani. kot2 lah tetiba boleh cuba nasib dapat check-in awal kan... 
nan-hado! :p



Ok meh sini nak story pasal Avani sikit sebanyak yang mana ingat...
Kereta tak boleh parking dalam, kena parking kat luar2 tu ataupun tempat parking khas diorang. Tapi jangan risau, diorang ada sediakan shuttle van utk bawak korang ulang alik ke parking. takyah tunggu lama pun... ckp jer nak gi ke tempat parking, berdesup van bawak ke sana. alah, kalo jenis tak sayang lemak, boleh menapak jer sebenarnya. 

Sampai2 jer, korang dihidangkan dgn welcome drink n wet towel. jgn buat jakun mcm mocik, air zapple jer pon deme hidang tp mocik punya cuak tu mcm hape jer. hahahhaaa...

Pada asalnya, Encik yg jaga booth tu cadang kami ambik trunk no 9; biliknya berada di tengah laut sikit di salah satu 'dahan' palm tree dan  kununnya dpt best view. lps tu mocik ni ckplah ngan receptionist nak blk kat trunk no 9. sekali dia ckp bilik tu tak ready lagi... kalau nak, kena tunggu. sanggup ni nak tunggu!
sekali receptionist tu tanya knape nak no 9, mocik ngan bendul ni ckplah masa kat matta fair tu dorang suggest truck no 9 ni best bla2... skali girl tu tunjuklah blk tu, verandahnya hadap bilik orang. cit!!! so, dia suggest ambik kat bahagian 'batang' palm tree, tingkat atas (2 tingkat jer pon) yg mana bilik tu balkoninya hadap laut, takyah face bilik org lain... petang boleh tgk sunset. ok set! :)





utk bilik jenis ni, toilet dia takde bath tub ok.
boleh mandi berdiri sambil tenung laut jer. ;)



So inilah bilik kami; Superior Room / Premier Traveller Palm Villa, Bilik No 301.
Walaupun kat 'batang' palm tree, which is ianya adalah laluan utama dari lobby ke restoran dan ke bilik2 yg berada di 'dahan2' palm tree sana, idoklah bising dan mengganggu pun.

Harga? Ok, ditekankan sekali lagi, kami beli pakej penginapan ni kat Matta Fair.
utk Superior Room ni, RM 550++ for 2d1n dan RM950++ for 3d2n (include breakfast).
Ada juga pakej utk full board (ada lunch + dinner) tapi masa kat Matta Fair tu, ada kakak yg pernah duk Avani dan nak repeat lagi utk celebrate birthday anak dia (untung ko nak... birthday mak bawak bercuti Avani...) ckp, "u rugi tau ambik full board sebab sana seafood best n murah! baik u jalan kaki gi makan kat luar. puas hati". bunyi kata seafood murah n best, memang teruja la mocik!

Kami ambik 3D2N sebab taknak jadi macam masa bercuti kat Avillion Water Chalet, yg mana ambik 2D1N jer... tak puas ok! rasa macam baru jer check in petang ni, esok pukul 12 dah nak kena check out! sungguh tak puas! so, kita ambik 3D2N.


Lepas check-in, kita rehat2 kat bilik jer. tunggu petang nak dinner seafood. :)
Lepas mintak bantuan pakcik gugel, kami pilih utk cuba nasib selera anak tekak di Restoran Bayu Malam Bagan Lalang atau dikenali juga sbg Restoran Wak Lan. walk distance jer sebenarnya ngan Avani ni tapi gedix nak jugak naik kereta. 





Oh, mari sini mahu bilang sama kamu... Wak Lan sangat2 tak menghampakan! semua menu serasi ngan anak tekak dan nafsu mkn specially lala goreng cili tu. pedas berapi berpeluh tarik air hidung sok sek - sok sek tp mmg umph! kata hanimung kan... boleh la main lap2 peluh kepedasan. baru lomentik! :p
harga pun affordable la. masa ni lupa la berapa harganya...



Lepas makan layan sunset kat Pantai Bagan Lalang sambil fotogedix laki bini. ;)




 Malam lepak verandah... ditiup bayu malam... tenang! 
Ngomong-ngomong sama kamu... ah, macam semalam baru bercinta! :p

entry ini insyaAllah akan bersambung...



notakakicikkaki: skrg bercuti dah malas nak usung dslr. semua gambar dari henpon yg bukan cap epal digigit pun. :p


**********************

sebab gambar2 saya tak semenggah, saya tempek gambar2 lain belas ehsan pakcik google yg saya rasa mmg betul2 menggambarkan situasi sebenar. kadang2, gambar kat website kemain gah, bila tgk, hampegas. :p


nama penuh hotel: Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa



Lobby nya...



 dia punya tilam n bantal tu punyalah empuk nya... ;)

Bilik saya duduk tu cengginilah; Premier Traveller Palm Villa


Bilik 301 tu kat batang pal tree mcm ni la.. yg tingkat atas. naik tangga x sempat berpeluh pown.
tapi bilik 301 tu taklah dekat sangat ngan lobby. just nice lah...


** saya jumpa blog yg offer bilik murah dari publish rate. terjah lah... kot2 rezeki kan dpr murah lg dari mocik dpt ni. mocik mmg suggest sgt avani ni sebab mmg super best! :)
http://goldenpalmtreediscounts.blogspot.com/

dan boleh jugak contact no ni kot. KOT yer... : 012 2208140


18 comments:

  1. Nice vacation...jemput jalan-jalan di blog saya...
    http://beautyhealthylifestyle.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. tak penah jalan2 kat sini lg. gold coast aritu pernah la pergi. tp tak kemana pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada rezeki, bolehlah ke sini... highly recommended. best!

      Delete
  3. Hahaha bapak lama terperam beb..best kann tp kalau kalau nak g sendiri mmg x mampu mcm ko beb hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala... takkan org petronas tak mampu! gadai gelang emas seketul yg melambak tu dah boleh menginap seminggu kat sini! :p

      Delete
  4. hahaha... ko memang dah tua! dah mula ikut ciri2 penuaan aku jugak yg seringkali buat entry peram! :p

    ok lepas nie aku nak pegi sini pulak~! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjangkit ngan ko lah ni! :p
      alah sini mcm short getaway ko jer... ;)

      Delete
  5. cam best je tempat ni kak. ingatkan area avani ni bosan tapi not badlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sgt! tp depend on jiwa la jugak. bg akak kena n serasi ngan jiwa akak. kalo boleh, setiap thn nk pergi tp x mampu. ;)

      Delete
  6. not bad harga dia.klu takde matta fair mesti mhl lagi -.='

    ReplyDelete
  7. Tempat tu memang best. Saya dah jadi " membership" resort ni 2 tahun lepas. Perkara yang menyeronokkan saya adalah apabila saya diberi peluang bercuti di resort ni setiap tahun selama 14 hari secara percuma. Minggu lepas saya bercuti buat kali ke 2 selama 7 hari. Bertambah seronok bila saya bebas memilih tarikh percutian saya tanpa mengira cuti umum, hujung minggu, atau musim perayaan. Saya juga boleh " menukar" cuti tersebut dengan bercuti di mana- nama resort atau hotel yg setaraf dengannya samada dalam atau luar negara.

    ReplyDelete
  8. Suami dan anak2 suka avani sgt relax... dorang enjoy.. ade dua bilik air salah satu bilik air ade bathtub dan satu tk ade....dan ade du bilik both katil king size ke ape.. will dtg lagi..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum semua,

    February 2015 Promo!
    We have rooms for 13th, 14th and 15th February 2015.

    Type of room:-
    Family Villa (two bedroom villa - also known as Canary Palm Villa) selling at RM 750 nett (without breakfast) - 2 more units left!!!

    *Agoda is currently selling at RM 921 + tax RM 147 = RM 1068 (without breakfast)

    Click here http://goldenpalmtreediscounts.blogspot.com/ for details!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum & Salam Sejahtera ,

    Promo Room untuk rakan rakan yang ingin bercuti di sini .

    Canary , Family room ( Two bedroom Villa over water ) - RM699 ( no breakfast )
    Anytime boleh call & whatsApp ( 0192317140 - ayie ) subject to availability . Booking must be two weeks advance

    thank you .

    ReplyDelete
  11. Woww..menariknya Avani nii...mesti pegi one fine day...in sha Allah

    ReplyDelete