Aku mati...
Kamu mati...
Matahari terbit dari barat...
Saat itu, kita semua akan dihisab...
Tak terkecuali satu pun walau sebesar zarah!
Qiamat itu rahsia Allah...
Berlakunya pada hari tak siapa yang tahu...
Jika masih ada yang tertanya, apa sebab saya berhijarah secara mendadak... inilah antara sebabnya. Di kala Imam solat jemaah di sepertiga malam (Qiamulai) di sepuluh Ramadhan terakhir membaca surah pilihan, terselit sepotong ayat yang satu-satunya saya faham iaitu: "SAKRATUL MAUT". Kala itu ibarat satu renjatan menyelinap ke setiap urat dan sendi dan rogga anggota tubuhku... dan saya menangis dengan hibanya. Terasa betapa dekatnya MAUT itu ibarat hanya sejengkal di depan mata. Tak lewat mahu cepat walau sesaat bila DIA kata matilah kamu wahai si polan.
Rasa kerdilnya diri ini. Saya tak punya apa untuk dibawa sebagai bekalan. Kalau aku mati hari ini, pasti aku ke neraka. Terbayang pula azab seksa kubur sementara menunggu berlakunya Qiamat. Ya Allah... sungguh aku takut akan segala azabMU! Sesungguhnya aku tak layak ke syurgaMU, tapi aku sangat takut ke NerakaMU...
Jika benar ini HIDAYAHMU... kekalkan aku di jalan ini...
dan berikan rasa sama buat ahli keluarga dan sahabatku...
Takkan ku berputus arang BERJIHAD dengan nafsu sendiri untuk memperjuangkannya!
ya Allah, terus bantuku agar aku terus jadi pejuang di jalanMU.
Jalan yang masih panjang...
dan izinkan aku sampai ke destinasi tujuan...
iaitu... JANNAHMU.
Amin...
#Sekadar perkongsian semata...
Hari
Selasa bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab..
Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT
bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..
Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa
kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita
boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun
daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul
Istighfar" bermula dari esok malam..
#Semoga Allah ampunkan dosa kita dan memberi petunjuk apa yang terbaik untuk kita...
Amin...
nak ctrl+c dan ctrl+v la doa masuk bulan rejab tu...
ReplyDeleteboleh? hehehe...
terima kasih kalau boleh... :)
cujie:
ReplyDeleteboleh jer... xder caj tersembunyi malahan mana tahu kita share 'saham' sama2... :)
ina..salam perkenalan..
ReplyDeleteleh tak minta email..nak minta pendapat mengenai tajuk hijrah tu..saya kak wanie..
InaAchik...mohon share..ilmu yg sgt berguna.TQ
ReplyDeletesaya cemburu kan kamoooo
ReplyDeleteaduhhhhh sayu =
ReplyDeletesubhanallah..
ReplyDeletebesok dah 1 rejab rupanya..
amin. Selamat mengharungi bulan Rejab! :)
ReplyDeleteMy latest Entry :)
Mak sentap kat Citrawarna 2012 Dataran Merdeka
sama2 kita berhijrah ya sis! :))
ReplyDelete