Soalan:
Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan
bernyanyi….setengah orang cakap tak boleh…kalau tak, boleh ke kita
tukarkan lagu “Allah selamatkan kamu”?
Jawapannya:
Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah
setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya.
Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari
kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya
kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia
merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di
dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.
Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari
kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu
“selamat hari jadi”?
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”
Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin
itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat
Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang
siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan
menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya
Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan
kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan
sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim
antara satu sama lain.
Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya
bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan
nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah
Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini
lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah
hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam,
mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh
Allah.
# Perkongsian dari MyIbrah
next time kene ingat, no lilin2! kan Ina...tengs atas peringatan mesra ini... Ina sihat?
ReplyDeleteItulah perkara yg senang tp susah nak dibuatkan? Kanak2 dh terbiase nengok kt majlis org lain tiup lilin so bile besday dorang lepas doa pun dorang nak tiup lilin. Kengkdg tu sian gak huhuuu...
ReplyDeleteMy latest Entry :)
Hari Sukan Rakyat & Usahawan SKDK 2012