"Suami... Terima kasih sebab hantar isteri usrah. Kesian suami kena tunggu lama."
"Takper... Suami suka! Suami pun dapat pahala sama. Siapa tak suka pahala kan?!"
Semalam ada Usrah dari pukul 9 -11:45 malam. Biasa hari Khamis malam Jumaat tapi sekarang dah tukar hari dah... setiap Selama malam pulak. Keluar pagi gi kerja, balik kerja dgn berlengas tak mandi terus teman isteri ke usrah adalah sangat romentik pada isteri. Oh... terima kasih suami! Kammoo romen-tik sangat! ;)
Yer, romentiknya seorang suami itu luas konteksnya dan terpulang pada si isteri menterjemahkan romentiknya suami pada pandangan kamu...
Tengok laki orang bagi bunga segala terus "eh... bestnya ko laki romentik! laki aku tak romentik, tak pernah pun bagi bunga kat aku". alahaiiiii... takyahlah nak banding2... laki ko laki ko lah... laki orang laki orang lah... cara tak sama hoke! pada mocik, laki tolong kemas rumah, basuh pinggan, vakum karpet, cucci kipas, lipat baju tu romentiknyerrrrrrrrrrrrrrr... rasa nak timang2 lambung jer! :p
Sokongan dari suami adalah sangat penting dalam kelangsungan tarbiah seorang isteri. Apa salahnya, seminggu sekali atau 2 minggu sekali atau paling komang sangat pun sekali sebulan, suami korban sikit jaga anak2 bagi masa untuk isteri ke usrah atau kelas agama. Kena faham yang tarbiah itu bermula dari rumah. Nak anak jadi soleh - solehah, mak pak nya yang kena ubah diri jadi soleh -solehah dulu. Tidaklah pulak mocik nak kata orang gi usrah ni solehah... dah cukup baik... tak! tapi ini antara jalan tarbiah dan proses membentuk diri nak jadi baik... nak jadi solehah.
Terima kasih ya Allah izinkan saya bersila di bulatan gembira malam ni. Kadang2 rasa lemahnya kudrat. rasa penat sangat bangun subuh hari... gi kerja... tak sempat nak balik rumah terus ke usrah ngan berlengas berkebas (kebas stand for ketiak basah. hahahaa...). Tapi bila berada dalam bulatan tu, ohsemnya rasa... hilang segala penat.
- Tauhid ialah mengesakan Allah pada sifat Rububiyyah, Uluhiyyah dan Nama-nama serta sifat-Nya.
- Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beriktiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan bagi sekelian alam.
- Tauhid al-Uluhiyyah pula bermaksud menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan. Contohnya melalui ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji sebagai tanda pengabdian kita.
- Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah dari segi Rububiyah dengan segala pengertiannya, akan menghubung atau menyebabkan manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyah iaitu mengesakan Allah dalam pengabdian. Secara spontan pula manusia akan mengakui bahawa Allah sahaja yang layak disembah, makanala selain daripada-Nya tidak layak disembah walau dalam apa bentuk sekalipun.
Ok, sikit jer boleh kongsi. Takut nanti terbagi ajaran sesat kat korang. Bab Tauhid ni bukan boleh ambil mudah, melibatkan akidah kita.
Oh Usrati Jannati... Bulatan gembira yg osem yang sentiasa menggembirakan. Berukhwah dan berkasih sayang kerana Allah. Moga Allah redha.
Terima kasih atas perkongisan sis..
ReplyDeletemmg best pon bultn gembira..
pernah join juga masa di uni..
gembira tengok life sis yang ada masa untuk berusrah...saya seorang cikgu yang org msia dok kata pekerja paling banyak cuti pun belum sempat berusrah....pagi hingga petang disekolah...belum ditambah dengan aktiviti koko dan kelas tambahan malam...hujung minggu tentunya menyelesaikan tugasan membasuh, mencuci dan mengemas..juga membuat persediaan mengajar minggu seterusnya...berusrah sendiri dengan mendengar tazkirah pagi di radio ikim sahaja.....alhamdulillah, asalkan kita bersyukur dan bahagia dengan cara kita sendiri...
ReplyDeletenak senang ingat...
ReplyDeleteUluhiyah...kata akar dari ilah...tuhan yg patut disembah...ingat dalam shahadah...
rububiyah...kata akar dari rabb...tuan sekelian alam...ingat dalam Al-Fatihah(1:2)