Saya sebenarnya serba salah sikit nak sharing2 pasal rumah ni...
Bukan pasal rumah jer... tapi tentang banyak benda.
Ntah... jadi takut. Kadang niat kita lain... orang faham lain...
Yer, memang la boleh cakap; yang penting niat kita.
tapi tipu kalo tak terhiris sikit sebanyak kan?!
Dah alang2 cakap pasal ni... meh la saya jawab byk soalan yg dtg tentang kenapa tak sambung entry Kembara Umrah. inilah antara sebabnya. terhiris/sentap/takde mood nak sambung bila orang specially saudara sepupu sepapat sendiri cakap kita ni macam nak show off sangat gi umrah. pulakkkkkkk... kita nak sharing is caring jer kan kot2 ada pengajaran atau info2 yg berguna dan membantu dari catatan musafir hina ni... kan dah kluar ayat drama tu! tapi gitulah hakikat hidup ni... tak mampu nak santuni hati semua orang. tak gitu?! ;)
Berbalik pada motif utama entry... nak sharing is caring deko2 InaAchik Baiti Jannati...
Terpulang pada korang nak nilai dari sisi mana... positif atau negatif, kita yg pilih.
Tapi memang dari awal blog kakikusukaberjalan tertubuh pada thn 2009, memang puan blog suka berkongsi dekorasi dgn followers seciputnya. ;)
Raya tahun ni memang takde make-up rumah pun...
hanya sentuhan kecil jer... tu pun, dah separuh Syawal baru tergedik gedik. enjin lambat panas! hehee...
Dan macam previous post, InaAchik Baiti Jannati ni simple present tense jer.
Saya guna pendekatan minimalist concept.
takde perabot2 mewah... hiasan2 mahal... most of perabot hiasa berbentuk ringkas dan garis lurus jer. dan kebanyakannya IKEA mari. saya suka sebab murah dan praktikal.
SEBELUM:
SELEPAS:
tukar frame gambar ngan frame murah KAISON mari. dah lah main gantung ikut paku sedia ada. nanti nak naikkan kasi tinggi sikit.
dan tambah pokok kenit kecik toet tu 2 ketul.
Yang lain2, menten...
Sekarang dalam perancangan nak upgrade karpet kalerful yg macam red indian tu kpd karpet bulus gebu kaler lembut like kelabu or cream. dah sakit mata tgk kaler terang2 semenjak dah masuk ketegori remaja purba ni. ;)
Ok di sini saya terus jawab soalan2 lazim ditanya:
- mana beli kerawang hitam tampal kat dinding tu? >> itu saya beli kat Jusco Wangsa Maju hampir 5 thn lalu (kot). harga lupa. takde niat nak let go lagi setakat ni. ;)
- rak tv beli mana? >> kedai perabot kokak kat Balakong. pergi beberapa bln lepas tgk kedai tu dah tutup pun skrg. hehehe...
- jam beli kat mana? >> online jerk kat Nile.com x silap. murah kededek org klate kata. ;)
- karpet? >> ikea mari. harga jgn tanya... makcik spesis manusia tertelan byk semut.
- langsir? >> Nilai mari. beli kat kedai MK Curtain Nilai 3. gi r carik kalo nak boria makcik tak kisah.
rasanya tu jerlah soalan bocor setakat ni...
Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sbg tempat yg menyenangkan - surah an-Nahl; 80
Maka jadikanlah kediaman kita sbg syurga dunia yg paling mendamaikan. tak perlu dekorasi yg bumbumpau... janji kemas dan bersih sebagaimana Islam mengajar kita tentang kebersihan.