ok Perbualan laki bini di malam Jumaat ini bebas dr sbrg unsur2 18sx yer. masih sesuai untuk tontonan umum. tapi saya tak bertanggungjawab kalau anak2 dara yg masih belajar kat Uni tetiba geletis nak kahwin jugak sebab kahwin dan berkasih sayang krn Allah itu hasilnya adalah super ohsem! ;)
isteri: suami... kite rasa x larat sesangat nak gi usrah mlm ni. badan penat sgt.
suami: isteri tahu x... org yg lawan nafsu dia tu adalah jihad yg besar! lawan isteri! bla3 (syarahan ringkas dr suami)....
*lalu bangunlah isteri dan bersiap...
suami: mesti nafsu menangis mlm ni sebab isteri abg kuat!
isteri: dia biasa jer... x sedih mana pon (sambil wak muka toye)
*bila nk keluar. suami hantar sampai muka pintu. bagi air masak dlm botol sbg bekal
suami: nah, abg wak air utk isteri (air masak jer pon kot). isteri drive lek lok yer... niat krn apa?
isteri: kerana Allah. suami, nak salam!
********
Alhamdulillah... QADA' (perlaksanaan takdir) nya ialah: dgn suntikan/ceramah suami, saya cuba dan berjaya lawan nafsu malas dan usahakan utk ke usrah... dan QADAR (ketetapan takdir) nya Allah sudah takdirkan saya memang bersama-sama Bulatan Gembira saya yg ohsem malam tadi.
itulah tajuk usrah malam tadi: KEPERCAYAAN KPD QADA' & QADAR. topik akidah yg agak berat juga. tapi Alhamdulillah... mendapat penjelasan yg saya tak dapat di sekolah mahupun universiti.
kesimpulan:
kita adalah apa yang kita nak. bila kita nak yg baik, kita usahakan yg baik, insyaAllah Allah dorong kita yg baik.
Salam Jummah buat kesayangan hamba semua.
sorry minggu ni tiada entry membina sebab tuan tanah super busy. tegang segala urat saraf tunjang dan sendiri. dan peluang bekerja di hari minggu seakan mekar mewangi. oh Tuhan, permudahkan urusan2 kami..