Barakallahu fikum (semoga Allah memberkati kamu).
Seperti biasa... khamis malam jumaat saya akan berbulatan gembira.
malam tadi adalah antara sesi bulatan gembira yang buat rakan bulatan gembira saya terpaksa hulurkan tisu untuk saya sebab kesian kot tengok shawl saya jadi mangsa untuk kesat air mata hingus segala... entah, bila baca tafsiran surah Ar-Ruum malam tadi, saya sebak hati sangat2.
Kalau kamu rasa saya ni cengeng, selaklah tafsiran milik kamu sekarang. takde tafsiran, cuba gugel. baca surah Ar-Ruum ayat 50-60. ok takpe, tak yah selak pon takper... saya senang hati nak kongsi beberapa ayat kat sini:
(Maka janganlah engkau berdukacita - wahai Muhammad -
terhadap keadaan mereka yang demikian), kerana sesungguhnya engkau tidak
dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu,
dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar
seruanmu, apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya). [Ar-Ruum; 52]
Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada
orang-orang yang buta (matahatinya) supaya menjauhi kesesatan mereka;
engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada
orang-orang yang sedia beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana
mereka orang-orang yang menurut perintah.
[Ar-Ruum; 53]
dan bila sampai ayat yang last, ayat 60... tak tertahan saya membacanya...
Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji
Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang
engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah. [Ar-Ruum; 60]
ya Allah... sungguh hatiku rapuh! air mataku murah! tumpah untuk kesekian kalinya... lagi dan lagi! tak sanggup ku dengar kau dihina ya Rasulullah... tapi yer, mereka2 itu adalah mereka yang 'buta' hati dan 'pekak' telingannya.
dan Ya Allah...
kau jadikanlah kami yang TAK BUTA hati dalam menerima ajaranMU...
kau jadikanlah kami yang TAK PEKAK telinga dalam mendengar seruanMU...
# menerbitkan filem menghina Rasulullah SAW jelas merupakan satu penghinaan. Namun, meninggalkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW lagi besar penghinaannya.
# setelah penat mengutuk, tangan tak lepas mengepit rokok keluaran Barat! Jika ini berlaku, maafkan saya untuk menyatakan bahawa duduk diam di rumah jauh lebih baik daripada bertopengkan manusia yang cintakan Rasulullah SAW.
berharap agar diri sendiri tak pekak dan buta dalam menerima ajaran Dia.
ReplyDeleteakak sangat setuju... semoga kita tergolong menjadi insan yang dipilihNYA.. amiinnn
ReplyDeletebetapa hati ini teringinnnnnn nak berbulatan gembira bersama kalian..seperti ada yang menegur mana yang salah..membimbing mana yang leka..
ReplyDeletenice entry ~
ReplyDeletesaya speechless....
ReplyDeleteSayu..
ReplyDeletesaya pun ada komen tentang ini dalam blog yg menyatakan marah rasulullah di hina.
ReplyDeleteramai umat islam yg marah bila rasulullah dihina terang2an oleh bukan islam termasuk org islam di atas kad pengenalan tetapi sunnah dan ajaran islam yang dibawa rasulullah diperlekehkan. mereka terpekik terlolong menunjukkan rasa kesal dan marah apabila rasulullah dhina oleh bukan islam tetapi mereka diam bila melihat anak isteri tidak menutup aurat
Org bukan islam mungkin akan memuliakan islam jika org islam memuliakan ajaran dan mengikuti sunnah Rasulullah dan hukum yg terkandung dalam A-Quran
no word can describe how bertapa kerdilnya sy ni...semoga saya diberi masa untuk tidak menjadi buta dan pekak...doakan sy sis...amin....
ReplyDeleteBagaimana ingin myertai bulatan gembira?
ReplyDelete