Baik saya tamatkan cerita raya puasa sebelum lembu Qurban siap sedia untuk disembelih untuk menjadi tunggangan meniti titian sirat di akhirat kelak...
Pada 31Ogos2012 bersamaan 13Syawal1433Hijrah, satu open haouse secara kecil-kecilan tapi meriah berjaya dilangsungkan di teratak kecil kami. Memandangkan rumah kecik jer... pada mulanya nak buat open house untuk jiran-jiran. untuk family tak kisah sangat sebab kitorang dah gather2 n makan2 masa kat kampung. sekarang ni, baru nak kenal jiran. yer, dah 2 kali raya kat rumah skrg, tapi tak pernah ajak jiran2 datang rumah. very the KL n not good lah you! kita sepatutnya dahulukan jiran tapi cemana nak dahulukan kalau tak kenal sesama jiran tetangga kan?! jadi, kami jadikan aidilfitri ini sbg langkah awal selain say hai2 bai2 kat lif. hehehe... alang2 ajak jiran, ajak office mate suami dan saya... alang2jugak, jemput rakan2 bulatan gembira juga... alang2 lagi, jemput kengkawan terdekat jugak. kira2, ehhhhhhhhhhh... ramai nya jemputan kite! kite ni rumah kecik toet jer... panggil jemputan dah lebih 50 org ni... tu pun, ramai jugak yg terlepas pandang. sorrryyyyyyyyyyyyyyyyyy~~~
dalam hati memang risau tau... sebab buat malam, kemungkinan tetamu semua datang serentak. confirm la tak muat ni. so, stand by dari open house ke open room. dan sangkaan ku benar belaka! oyeahhhh, tetamu saya sampai ke bilik! huhuuuuuuu...
memandangkan cik esah masih bersenang lenang di kampung, raya puasa qadha raya haji terus... saya memang kena handle majlis ni berdua dgn suami. memang kelam kelibut! menu, percaya tak saya masak sendiri semua? kalo percaya kesian! saya hanya sediakan kuah kacang + nasi impit + spaghetti + goreng bola2 sotong, ayam dan chicken koktel jer. kemudian saya tempah kakak ipar kesayangan saya datang tlg masakkan mee kari sbg menu utama. sebab kakak ipar saya adalah super osem, dia masakkan saya puding biskut kegilaan ramai dan agar2 santan. rasa nak lambung2 kakak ipar tinggi2 sbg tanda penghargaan yang terucap dgn kata. :)
jom tinjau gambar2 menimbun di sekitar majlis itu.
ruang tamu yg telah dilapangkan seboleh mungkin untuk menampung kedatangan tetamu
menu-menunya...
mee kari pelbagai binatang (ayam + udang + kerang dan bola2) yang menjadi buah mulut tetamu saya. semua puji kata sedap tapi sayang, bukan saya yg masak. semua pujian goes to my kakak ipar yg osem. :)
ni baru air tangan saya... spaghetti yg dimelayukan. menu wajib tiap kali open house setakat ni.
diserikan dengan bebola pelbagai jenis ini. pilihan tepat untuk kanak2.
juga dilampirkan bersama nasi impit kuah kacang untuk menimbulkan suasana raya.
candy station la kununnya ni...
tapi jangkaan tepat pada sasaran, candy, gula, jelly ni yg licin dulu. reward utk kekanak. happy tgk bebudak suka. sampai anak jiran saya dah kluar, masuk balik semata-mata nk ambik gula2. pastu kawan saya siap cakap: "naaaaa... sorry deh, penuh doh poket anok sayo ngan gulo2 ngan jelly ni.." laaaaaaaaa... mmg saya nak bagi diorang mkn la... saya ngan achik xder bebudak. hehehhee...
oke, jangan terkejut... entry ini dipanjang jelakan dengan gambar2 menimbun. saya nak letak semua gambar2 tetamu saya di sini sbg kenang-kenangngan walopon ada juga yg ter-miss. tak sempat nak ambil gambar sebab dah kelam kelibut kan...
gambar2 secara rambang...
kakak neber (baca neighbour) kesayangan saya bersama kawan saya dari sekolah rendah. gambar neber2 lain takder... diorang datang awal ke kala saya masih berlari ke sana ke sini. so, tak sempat nak ajak posing. :)
Ustazah Bulatan Gembira saya yg gembira. candid jerk! ampon ustazah! hehehe...
rakan-rakan bulatan gembira saya...
kawan2 ofis achik. kawan dia tapi macam kawan saya pulak.
biasalah... perempuan kepoci memang cenggini. ;)
Faiz - kawan UTM saya... senior sebenarnya. tapi jadi kawan WA-LU after tamatkan kisah hidup di UTM. thanks for puding sedap yer babe.
kawan UTM saya aka kawan 'gergaji' saya: FIRAH & ZURA. oh, zura dah selamat fly ke England utk sambung study. ohhhh, kagum ngan kengkawan saya! mereka antara tetamu yg terpaksa berkampung dalam bilik sebab ruang tamu dah padat cam sardin.
*kawan gergaji?! apakah? gergaji = SAW = civil engineering course @ UTM. :)
kawan 'gergaji' saya lagi! dalam kata tak dapat datang, akhirnya wajahnya muncul jua! love u NURA sayang!!!
ni lagila... kawan saya zaman sekolah rendah; ZAHARAH datang bersama keluarga. sampai juga walopon sesat barat. mekasih awok dehhhh...
kawan saya dari sekolah rendah jugak lagi; CIK DAH dan adiknya JIJAH.
Kawan blog saya; ERYN.
antara blogger terawal yg saya realisasikan persahabatan alam maya ke alam nyata.
kawan2 blog saya juga; DEKNA, MIMY & PEPEL
kata blogger... haruslah banyak sikit gambarnya yer...
bergambar dengan peace style Molly (nama manja yg saya sorang kot panggil utk Melissa, anak Dekna)
3 jejaka ini telah menyumbangkan keringat jantan terutamanya my hensem suami (bodeklah sikit kan...), FAIZ (kawan adik achik) sbg cameraman dan tukang potong nasi impit) dan SEKUT JAGUNG (adik achik) sbg tukang potong nasi impit juga merangkap tukang karut sbg pencerita paling kelakar malam tu selepas semua tetamu pulang.
gadis-gadis manis...
Alhamdulillah, open house berjalan dengan jayanya saya rasa walopon sedikit bersesak dan sampai ke bilik. yang penting makanan cukup dan tetamu enjoy the food specially mee kari kakak ipar saya yg osem itu! sungguh, open house kali ini open house yg sgt terkesan di hati saya dan achik... paling osem saya kira sepanjang 6 kali raya sbg pasangan halal INA+ACHIK. seperti sedang berbulatan gembira... seperti jejak kasih... seperti... arghhhh... seperti banyak macam! Alhamdulillah... syukur sangat2...
semput tak tengok gambar2 nyer?
kalo semput, cer bayang kan semputnya si tukang karut yg menaip ni... huhhhh~ kebas jemari montelku! :)
#cerita raya ada lagi... cerita atau simpan jer??? raya dah basi la woiiiiiiii~~~ :p