Entah kenapa...
jiwa senkutip di hari penghulu segala hari ini... setiap bait kata yg terbaca, terus menusuk dan menikam kalbu! oh, jiwaku tertusuk tanpa darah yang mengalir tapi rasa yg menyelinap ke segenap urat sendi saraf dan usus... mungkin hasil tarbiah dari bulatan gembira malam tadi mungkin. oh, sayang bulatan gembira itu! sangat!!! semakin banyak pencerahan untuk diri yg masih bertatih.
hari ini...
bekerja dalam keadaan sedikit tertekan.
ingat pula pesan suami.
"segala kesukaran pulangkan padaNYA... insyaallah, hati akan tenang..."
suami, setiap kata nasihat berharga seperti kamu belanja kita shopping stock setahun!
dan saya cuba bertenang... alhamdulillah... tekanan itu berkurangan... terima kasih suami!
dalam kunun kata sebok kerja menggung tu, saya sempat curik2 bukak fesbuk. terpandang satu gambar dengan caption menarik dari Ustaz Zahazan.
Baginda Rasulullah SAAW kerap membawa Ummul
Mukminin Aisyah RA makan bersama di luar sehinggakan suatu ketika Nabi
SAAW pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan
di rumah mereka jika isterinya Aisyah RA tidak diundang bersama. Mafhum
hadis (Riwayat Muslim)
Romantik pada isteri tu sunnah rupa2nya. Para suami sekalian, kita bagaimana pula?
Romantik pada isteri tu sunnah rupa2nya. Para suami sekalian, kita bagaimana pula?
tersentuh lagi...
oh! ni bukan tersentuh lagi dah... tapi dah mengundang air mata yang menitik
x berapa laju (under control). 5 6 titik jer. ku sapu dengan hujung
lengan baju. oh, lega...
kerana kebizian, saya menapau sebungkus nasi gerai kakak bawah payung depan ofis ni. sebenarnya nak boikot kakak ni sebab dia selalu park kereta yg mengganggu lalu lintas di jalan yg sempit ini. dah ditegur tapi boleh pula mencari kesalahan org utk tutup kesalahan sendiri. tak faham dengan org yg tak sensitif ni! semoga dicelik hatimu kakak itu... semoga lebih barakah kamu dlm mencari rezeki yg halal...
sebelum makan, saya baca buku DI MANA DIA DI HATIKU? tulisan Pahrol Mohd Juoi. mencari kata untuk motivasi diri agar hati ini sentiasa diketuk... terbaca helaian yg diselak secara random.
TUHAN...
Dosaku menggunung tinggi
tapi rahmat-MU melangit luas...
harga selautan syukurku
hanyalah setitis nikmat-MU di bumi...
TUHAN...
Walau taubat sering kumungkir
namun pengampunan-MU tak pernah bertepi...
bila selangkah ku rapat pada-MU
seribu langkah KAU rapat padaku...
tersentuh lagi...
Banyak sungguh scene emosi saya kan...
kan dah kata jumaat yang beremosi. tapi saya suka jer ngan segala emosi ini. . .
Ya Allah, aku perlukan-MU lebih daripada aku perlukan udara...
mesti best kan Ina dpt join bulatan gembira tu?...:'(
ReplyDeleteLIKE!! tersentuh jugak huhu..
ReplyDeletejumaat yg penuh keinsafan dan keberkatan. take care sis. =)
ReplyDeleteShu pun tersentuh baca entry ina. Terus rasa rindu teramat sangat pasa suami.
ReplyDeletekesabaran dan ketabahan tue penting...moga awak dan sy tabah...
ReplyDelete