Entry ini adalah entry copy paste...
Harap perkongsian dapat membantu rakan2 untuk ambil langkah berjaga jaga...
__________________________________________________________________________________
GOMBAK: Seorang pemandu teksi dikesan berpakat dengan seorang
rakannya untuk menjalankan kegiatan ‘sampingan’ dengan menjadikan
penumpang sebagai mangsa samun dan peras ugut sebelum meninggalkan
mereka di tepi jalan.
Dalam kejadian terbaru pada jam 7.40 pagi kelmarin, seorang wanita
berusia 25 tahun yang menaiki teksi terbabit di Batu 8, Jalan Gombak
Lama, untuk ke tempat kerja tergamam apabila disamun lelaki terbabit
bersama rakan subahatnya menyebabkan kerugian RM4,000.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa meminta
pemandu teksi itu menghantarnya ke Kuala Lumpur dan pada masa sama
terdapat seorang penumpang lelaki di tempat duduk hadapan yang kononnya
ingin ke destinasi sama.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Batu 7, Jalan Gombak Lama, tiba-tiba
teksi itu membuat pusingan U sebelum memecut ke Kuantan menyebabkan
mangsa yang panik menjerit meminta dilepaskan.
“Tindakannya
menjerit menyebabkan lelaki yang berada di sebelah pemandu mengeluarkan
pisau dan mengugut akan mencederakan mangsa jika dia tidak mengikuti
arahan,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang ketakutan
berdiam diri dan merayu dilepaskan. “Mangsa yang bimbang dengan
keselamatan dirinya akur sebelum menyerahkan beg tangan berisi wang
RM100 dan telefon bimbit.
“Lelaki terbabit yang belum puas kerana barangan samun sedikit
merampas cincin emas dan gelang tangan dipakai mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa dibawa ke kawasan perumahan di Bukit Lela, Simpang Tiga Gombak, sebelum ditinggalkan di tepi jalan.
“Mereka melarikan diri dan membiarkan mangsa terpinga-pinga.
Penduduk yang melalui kawasan itu membantu membawa mangsa ke Balai Polis
Gombak untuk membuat laporan,” katanya.
__________________________________________________________________________________
Eeeeeeeeeeeeee... scary kan?!
kira nasib baik ler jugak tak diapa-apakan. cer bayang pas rompak kena rogol atau dibunuh! Nauzubillah..............
Tapi memacam ler Malaysia negera tanah air ku yang tercinta skrg ni. jenayah sana sini! rompak samun bunuh membunuh cam biasa dah... buang bayi cam buang anak kucing! setakat 'duit kopi' tu jgn cerita lah! bleh wak minum kopi kat coffee bean 7 keturunan! :p
EHHHHHH... cop cop!!! Malaysia kan negara aman sentosa...................... (la sgt!)
kalo komplen kata malaysia tak selamat karang, ada la yang bagi komen2 panas kata kite ni tak sedor dek untung! ko bertuah duk malaysia. cer duk thailand indon vietnam sana!!! hmmmmm~ oke!!! #tangan di dada mata ke atas :p
Last week, masa sesi Berbulatan Gembira, ustazah kata: jenayah bermaharajalela itu adalah antara bala kemurkaan Allah di atas pemerintahan yang kejam ... Wallahua'llam...
Semoga kita dan ahli keluarga serta sahabat handai dijauhkan dari segala perkara2 yang tak diingini.
Doa ketika keluar rumah
Maksudnya:
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".
suke ayat sis tu. yg bab komplen. ;) tu la, tapi nak buat camne. org2 mcm tu mane takut kalau stakat kena penjara aje. huhu~ kes nie kat kuantan ea? takutnye.. =(
ReplyDeleteladybird:
ReplyDeletekawasan jajahan rumah kite jugak!
Khumaera:
kat Gombak, selangor syg...
alamak area gombak ke ina???
ReplyDeletetakutnya nk kuar.
yg sebenar2nya M'sia mmg dh x aman lg... mmg dh ala2 thailand pun.
penjenayah bebas merata.
takkan nk menafikan sesuatu yg benar.
Ya Allah.mintak dijauhkan semuanya
ReplyDeleteameris:
ReplyDeletemasih ade yg menafikan hakikat sebenar...
lifesaver hamzah:
aamin...
woo mmg agak menakutkan bile kejadian ni berlaku dkt ngan tpt tggl sendiri huhuuu...
ReplyDeleteYa Allah scary.....
ReplyDeleteIna, thanks for the reminder..nak share ckit ek...:-)
ReplyDelete