Thursday, October 29, 2015

Tasik Biru @ Pepsi Blue









Bukan di Lombok... bukan di New Zealand... tapi di Rusila.
Indah dan damai mata memandang...
Tapi kisahnya tak seindah saujana terbentang.
Di sini tersimpan seribu satu cerita...
Telah berapa banyak nyawa terkorban
Misteri? Mistik?
Allah jua pentadbir alam...


Pernah viral tentang keindahan tasik biru atau Pepsi Blue ni... Terletak dekat Kampung Kalungan Mas, Rusila, Marang, Terengganu. Kebetulan masa balik Terengganu Raya Haji lepas, adik ipar ajak datang sini. terus zasssss...

Tempat dia macam tersorok sikit. Sekali lalu memang tak cam la... Terletak atas bukit dekat perumahan x siap. Bergegar jugaklah lemak tepu ni naik ke atas tu... Tapi bila sampai atas... tengok tasik membiru... semput penat semua hilang. MasyaAllah cantiknya! Oh, memang cantik! Tapi sebab pergi tu musim jerebu, matahari malu-malu mengintai dari celahan awan, dan hari seakan suram... maka kecantikan dan keindahan sebenar tak dapat di-zahirkan seperti yg terzahir di depan mata.

Tasik Biru ni sebenarnya bekas lombong emas. Tapi ditutup sebab merbahaya dan ikut cerita, berpuluh nyawa terkorban di sini. Tasik ni tak sesuai untuk sebarang aktiviti riadah and that why tak dibuka kepada orang ramai. Hasil gugelan, airnya berasid, pH 2.4 menyebabkan kulit anda akan menjadi gatal jika terkena airnya. Dan cerun tepi tasik tu pun tidak kukuh. Masa kitorang datang tu, ada jugak 4-5 org berspesis otak di kepala lutut terjun tiruk dari tebing ke dalam tasik tu.
So, kesimpulannya: segala kemungkinan sendiri tanggung.


Peta lokasi ke Tasik Biru.
(Gambar adalah hasil gugelan. thank u Tuan gambar.)


Moh pulang...



Monday, October 19, 2015

Lama tak update blog... Pregnant ker?!

Assalamualaikum wbt...
Lama sungguh tidak merapu meraban di Blog kesayangan ni...
Sekali masuk, hamek ko... propa pulak tajuk entrynya!
Well u know Cik Kaki kan (yg mana masih ingat lagi la)...
Dasar drama Queen sgt! hahahaa...

Dulu, kalau kawan blog tetiba lama tak update blog,
tup2 muncul mesti bagitahu tak lalu update blog sebab pregnant.
Tapi bukan kes saya k... tapi doakan jerlah. hehehe...
Sekarang rutin harian yg sgt2 padat setelah bertukar kerja di tempat baru.
Tapi takmaulah cerita hal kerja... tak best! hahahaha.
Jangan kata blog, mukabuku pon jarang update, kalau update pun tak sempat nak reply komen satu2 macam biasa... Biasa update IG jer... tu pun, versi syok sendiri.

Cakap pasal pregnant...
Ada ramai juga kawan2 yg 'takut' untuk berkongsi tentang kehamilan mereka dgn sebab risau saya kecil hati...

Maka dengan ini saya nak buat pengakuan terbuka ikhlas tulus suci murni;
tak pernah sekelumit timbul rasa kecil hati, jeles atau sebagainya bila dgr berita kawan2 mengandung.
saya bukan insan sempit hati yg cemburukan kebahagiaan orang lain.
Saya bahagia melihat orang lain bahagia...
InsyaAllah, saya benar2 berlapang dada dengan apa jua yg tertulis dalam episod perjalanan hidup saya.
Ber-anak atau tidak, tetap rezeki untuk kita. Rezeki dalam konteks yg luas dan berbeza inteprestasinya.

So, jgn runsing... saya ok jer.
Nak share berita gembira, saya tumpang gembira,
Taknak share pun tak apa, kamu pasti ada alasan tersendiri juga. kan?!
Yang penting, sucikan hati jauhkan dari prasangka2 yg membawa kpd penyakit hati. :)

Buat kawan2 yg pregnant, ada hadiah kecil dari saya...
selain doa mohon Allah permudahkan perjalanan tiny dot sehingga keluar dari rahim ibu jadi pendekar Islam yang badang super saiya dan power serta membanggakan Islam. :)

Nah hadiah kecil dari saya; Bacaan Surah mengikut usia kandungan.

  • Kandungan 1-3 bulan ; banyakkan baca Surah Yasin, Surah An-Nahl untuk elak gangguan syaitan
  • Kandungan Minggu ke-16 ; baca Surah Yusuf
  • Kandungan Minggu ke-24 ; baca Surah Luqman
  • Kandungan Minggu ke-36 ; baca  Surah Maryam
Wallahuallam...
Semoga ALLAH permudahkan segalanya wahai kesayangan...


 Bahagia itu kita yang pilih...
Bahagia dengan cara kita.
Selagi Allah membenarkannya...




Tuesday, September 22, 2015

Puasa Arafah: Fadhilat, Niat Puasa dan Zikir.


"Labbaikallahumma Labbaik... Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata.. Laka Wal Mulk... Laa Syarikalak"


Ya Allah... Sayunya hati mendengar Talbiah... Bahang Haji makin terasa... moga Allah sudi menjemput kita menjadi tetamuNya suatu hari nanti...

Walaupun kita tidak berada di sana, Ayuh hidupkan 'ROH HAJI'. Allah tidak pernah melupakan kita. Kita tetap diberi keutamaan... Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Ayuh hidupkan hari2 terakhir Zulhijjah... Kita puasa Arafah esok hari;
9 Zulhijjah 1436H | Rabu, 23.Sept.15






FADHILAT:
Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).


NIAT:
"Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala"


ZIKIR / DOA Hari Arafah:
"Laa ilaaha illallah, wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa 'alaa kulli syaiin Qodiir"
(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu).
***sebaik-baiknya dibaca seberapa banyak yang termampu selepas solat Zuhur 9 Zulhijjah sehingga menjelang Subuh 10 Zulhijjah.

Wallahu a’lam...

Tuesday, July 14, 2015

Tanda Lailatul Qadar paling ketara...

Assalamualaikum dan Salam 27 Ramadhan buat semua sahabat kesayangan...
Alhamdulillah... hening pagi ini bumi dihujani hujan renyai...

Kesayangan hamba di sini...
Sudilah lapangkan sedikit masa membaca kalam indah ini. Baca dgn hati yg celik...




Malam AL-QADAR / Lailatul Qadar...

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. 
Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.
Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.
Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar.

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah.

Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.

Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa?
Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, Aku hanya insan lemah, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Dlm mencari keampunan dan RedhaMu dan anugerahkan aku Qalbu yg Salim wahai Ar Rahman, wahai Ar Rahim.
اللهم آمين


#wahai pemilik kalam... Kalammu begitu indah... Menyantuni hatiku dgn hibanya...
Moga Allah sudi hidupkan hati-hati kita ini... Terus memburu Al-Qadar sepanjang musim.


Thursday, July 9, 2015

Aurat tanpa batas bila dan di mana...


Bila solat,
baju ketat sendat kita cover dgn telekung, kita tahu mana aurat yg perlu ditutup.
Sebab apa? Sebab takut solat kita tak sah... takut solat kita tak diterima.
Lepas solat, lipat telekung, sangkut sejadah, kembali keluar dgn baju ketat sendat.

Bila umrah,
Gigih berstokin, bersungguh tutup aurat, pakej lengkap berjubah bertudung labuh siap. Balik Malaysia, tudung kembali singkat, baju kembali sendat, stokin tak tahu mana campak.

Apa kita hanya menutup aurat hanya kerana nak Allah terima Solat kita?
Apa pahala menutup aurat hanya dikira bila berada di Kota Mekah dan Madinah sahaja?
 

Janganlah... 

Kita tutup aurat sebab nak Allah terima semua amalan kita...
Sebab kita mengharapkan redha Allah setiap masa walau di mana kita berada...
Jagalah hak Allah... dan rasakan sendiri betapa amazing-nya Allah akan menjagamu...

 

 |Tulisan diinpirasikan oleh Wardah Rashid tapi maaf puan karya, saya olah dgn gaya bahasa saya. mohon halal... |





Terima kasih Al-Hiz'Ain Collection utk set Syari'e Khadijah mesra solat ini... Teruskan jihadmu utk terus menyediakan pakaian muslimah yg benar2 syari'e.

Psstttt... Tgh sale skrg! Get yours kesayangan sebab jubah ni benar2 jubah yg boleh dipakai wak basahan dilenjan dan dibawak berjalan. Saya suka giler!